Thursday, January 24, 2013

Langkawi ~ Pulau Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting
Pengalaman pulang ke kampung kali ini, saya sempat singgah ke Pulau Dayang Bunting. Dah lama tak pergi pulau ini. Pulau dayang bunting yang menjadi tarikkan nya adalah Tasik Dayang Bunting. Tasik ini terbentuk akibat proses luluhawa tanah dan batuan.


Terdapat beberapa versi cerita dongeng dan mitos, berkenaan dengan legenda tasik ini.
Versi pertama dan yang tercatat pada tasik itu adalah, Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apa bila Dayang terpandang wajah Magat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil (bunting) maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik sehingga melahirkan anak, Tetapu anak dayang mati setelah 7 hari di lahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.
Pulau Dayang Bunting pulau dayang bunting
Boleh lihat bentuk seperti wanita hamil terbaring. Nampak bentuk muka, bentuk payudara, perut dan pinggul.


Versi kedua pula mitos ini, ada berpendapat yang suatu masa dahulu ada seorang perempuan mengandung sedang baring mengiring dengan dihadapannya ada bekas air, dan kemudiannya telah di sumpah oleh sang kelembai menjadi batu dan dan pulau yang mengandungi tasik. Jadi ketika anda menaiki boat untuk ke pulau ini tekong boat akan menunjukkan pemandangan pulau yang menampakkan bentuk wanita hamil yang sedang terbaring.


Kepercayaan Karut
Ramai juga para pengunjung yang masih mempercayai bahawa sekiranya pasangan baru berkahwin datang mandi manda di tasik ini akan menjadi hamil. sebenarnya ini cuma kepercayaan sahaja. Tidak dapat dibuktikan kebenarannya, tapi secara psikology nya dan pendapat saya apabila pasangan itu datang mandi di tasik ini dan percaya akan hamil, maka pasangan ini akan lebih kerap bersama sepanjang percutian mereka, jadi secara sainsnya jika mood happy dan tiada stres, hormon stabil terkawal dan tiada masalah reproduksi maka pastinya akan hamil.. :).


Pulau Dayang Bunting Pulau Dayang Bunting
Bagaimana hendak ke pulau ini
Untuk ke pulau ini atau mengambil pakej tak susah, semasa anda di jetty kuala kedah atau kuala perlis sudah ada agen2 yang buka kaunter, jadi anda cuma pilih pakej yang anda suka. Agen2 ini akan berhubung dengan boat man di langkawi untuk pick up anda. Atau anda boleh mendapatkan pakej ini di jetty kuah bila anda sudah berada di Langkawi. Jika anda ke Langkawi dengan pesawat, di airport pun sudah ada brosur pakej dari agen. Selain agen yang jemput anda, anda juga boleh terus ke Jetty Teluk Baru, di Mukim Kedawang Teluk Baru. Biasanya jika hendak ke pulau ini ada 4 pakej yang general, contohnya


1. Pakej island hopping - (Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Melihat dan bagi makan burung helang)
2. Island Drop - (Pulau Mutiara, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Teluk Kecawi)
3. Fun Fishing
4. Pulau Payar Marine Park


Semua pakej ini secara carted boat dan juga berkumpulan. jika anda dalam kuntiti yang sikit contoh 2-3 orang sahaja, anda boleh bayar perhead dan dan tunggu peserta lain sehingga penuh satu boat. Cas yang dikenakan diantara RM20-RM30, bergantung pada agen boat. Saya ambil pakej Island Hopping ( Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Bagi Makan Helang) saya dapat pakej RM20 seorang, walk in terus ke jetty, kalau yang pickup dari UnderWater World tu biasa dapat dalam RM25-RM30. tapi harga ni ikut musim la kekadang naik sikit kekadang kalau bukan musim cuti tu dapat lagi murah.
tasik dayang bunting pulau dayang bunting
Setibanya anda di jetty untuk ke tasik dayang bunting anda akan melewati tandas awam. ini satu-satunya tandas awam yang ada. seterusnya anda perlu mendaki anak tangga untuk ke tasik yang mengambil masa 10minit perjalanan. Bagi yang tak biasa dan membawa banyak barang pastinya anda tercungap2 punya. terdapat 3 aktiviti yang boleh anda buat di tasik selain mandi iaitu ada disediakan perkhidmatan Berkayak, Boat Padle (Kayuh) dan boat solar. Anda dinasihatkan supaya memakai Jaket Keselamatan yang disediakan (Kena Sewa RM10) kerana tiada Life Guard dan dasar tasik yang sangat dalam.


pulau dayang bunting Tasik Dayang Bunting
tasik dayang bunting tasik dayang bunting
Terdapat hanya satu pelantar yang besar disini dimana semua pengunjung datang untuk mandi. Ditengah pelantar terapung ini juga ada disediakan kolam untuk kanak2 mandi manda. Mandi disini adalah atas risiko sendiri dan anda perlu memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga anda. Pastikan anda yang tidak pandai berenang memakai jaket keselamatan.


Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Pulau ini turut menjadi tumpuan pelancong dan terdapat resort di pulau ini. Di Pulau ini anda boleh buat aktiviti mandi manda dan snorkeling, pantainya yang cantik dan air yang jernih pasti membuatkan anda terpesona, anda boleh buat aktiviti snorkeling di pulau ini. Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang pulau ini sebab saya tak abis explore pun, lepak kat pantai mandi manda jer.
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Selain itu jika anda berani dan suka adventure anda boleh menyewa jetski untuk satu hari dan anda bebas bergerak ke pulau-pulau berdekatan dan juga bebas pergi ke pantai-pantai lain yang lebih cantik.


pulau dayang bunting
Memberi Makan Helang ( Eagle Watch )
Boat akan singgah di perairan Pulau Singa Kecil berdekatan dengan jetty dan memberi makan burung helang. Kita akan dapat lihat dengan lebih dekat bagai mana kumpulan helang-helang ini menjunam ke laut dan menyambar makatan yang diberikan oleh tekong boat. Tekong boat akan mencampakkan isi ayam kedalam laut dan kemudian mematikan engin boat supaya suasana tenang untuk membolehkan burung-burung helang ini mengambil makan. Bagi peminat burung helang biasanya mereka akan singgah dan duduk di jetty Pulau Singa Kecil berjam2 untuk melihat burung helang dan merakam gambar.
pulau dayang bunting pulau dayang bunting
Jika anda ingin merakam gambar burung helang pastikan anda membawa camera Dslr yang mempunyai lensa zoom untuk gambar yang lebih jelas. Untuk melihat burung helang ini ada waktunya, jika anda datang bukan waktu yang sesuai kemungkinan tak banyak burung helang, tetapi jika masa anda datang tu kebetulan waktu burung-burung helang ini keluar mencari makan maka akan kelihatan banyak burung herlang berterbangan.


Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya ke Pulau Dayang Bunting. tak banyak yang boleh saya ceritakan. Lagi satu yang tak bagusnya jika anda ke tasik dayang bunting ini adalah signal telefon bimbit tiada. anda seolah2 terputus hubungan dengan dunia luar. pernah sekali terjadi kejadian dimana seorang pelancong luar negara terkena serangan jantung, mereka tidak dapat menghubungi bantuan kerana tiada signal telefon dan terpaksa menunggu kedatangan boat. boat pulak tidak tunggu selepas dia hantar kita ke pulau dayang bunting dia akan patah balik untuk mengambil penumpang yang lain. Akhirnya pelancong tersebut tidak dapat diselamatkan, sebaik sahaja boat yang tiba hendak membawa beliau keluar, pelancong tersebut telah meninggal dunia.


pulau dayang bunting

Sekian..

1 comment:

  1. Jack Lone RangerMay 7, 2014 at 5:02 AM

    5 Mei 14-Mendarat d Kuala Perlis.
    7 Mei 14-Pelayaran ke Pulau Lagenda.

    ReplyDelete