Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, October 24, 2015

Bangkok Thailand ~ 4H3M

Bangkok 2015
Trip Bangkok 4H3M
Trip kali ini merupakan trip santai bersama kawan-kawan. Tiada perancangan sangat. Tiket Flight beli sejak 2014 lagi dapat dalam RM250 pergi balik. Hotel pula booking melalui Agoda dapat harga RM120 semalam. Kami tidak booking apa2 pakej.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Day 1
Hari pertama sampai ke Bangkok dari Airport Don Mueang, kami naik bus ke stesen BTS terdekat iaitu Stesen Mo Chit. Bus ini memang ulang alik dari Airport Don Mueang ke Stesen BTS Mo Chit. Memang mudah bayaran pun murah cuma 30 baht sahaja. Sampai di Stesen BTS Mo Chit, sebelum beli tiket melalui mesin kita tukar duit syiling dahulu. Ada maps Train di kaunter BTS, bole ambik untuk rujukan. Kami beli tiket ke Stesen Phra Khanong kerana Hotel kami terletak berdekatan stesen tersebut.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Hotel Hope Land Executive Residence
Hotel ini tempah melalui Agoda dapat harga RM120 semalam. Hotel nampak gempak macam mahal tapi harga murah sahaja. Hotel ni ada kemudahan Swimming pool, jakuzi, sauna dan gym. Kalau menginap disini memang boleh guna semua kemudahan ini. Makanan tidak halal, jadi kami pilih makanan yg boleh dimakan seperti roti bakar, salad, nasi putih, telur masin dan conflake sahaja. Cukup la untuk sarapan. Semasa menunggu cek in hotel ini ada welcome drink, semua pakat2 minum teh dan makan biskut yang disediakan.


Selepas Chekin, kami ke kaunter sebelah kaunter reception hotel untuk tempah transport. Biasanya semua hotel ada kaunter travel didalamnya yang membolehkan pelancong tempah pakej atau transport. Kami cuma tempah transport untuk sehari sahaja untuk esoknya, kami tempah Van dengan bayaran 1600 Baht sehari.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Untuk makan malam kami naik BTS ke Siam Center Mall, di food court mall tersebut ada jual makanan halal. Food Court tersebut nama The Fifth Food Avenue. Harga boleh tahan jugak la sekitar 120 - 200 Baht sekali makan. Food Cour ini menggunakan sistem kad, topup kad dan bole membeli makanan, jika ada baki boleh refund. Selepas makan kami naik BTS Stesen Sala Daeng untuk Jalan-jalan di Patpong Night Market.


Patpong Night Market
Hari minggu memang meriah, tapi sayangnya hujan ketika kami sampai jadi nak jalan lama2 tidak selesa, sempat masuk Patpong Night Market sebelum hujan lebat. Seterusnya kami buat keputusan pulang ke hotel.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Day 2
Hari kedua kami sarapan awal jam 6.00am. Dan mula jam 8.00am. Perjalanan ke Damnoen Saduak floating market ni memang jauh dua jam perjalanan kesana. Sekitar jam 10am kami sampai di salah satu agen boat. Terdapat banyak agen Boat dan pakej. Hotel bawa kami ke agen dia la. Sampai di premis agen kami deal harga. Kami ambik pakej boat floating market dan naik gajah dengan harga 1300 Baht seorang untuk tempoh 2 jam. Selepas bayar kami pun naik boat.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Naik Gajah
Mula-mula naik boat mereka bawa kami ke tempat naik Gajah. Setiap gajah boleh naik 2 orang. Gajah ini akan pusing kebun kelapa dan masuk dalam air. Masa lebih kurang 30-40 minit jugak, bergantung kepada Gajah ada slow dan ada yg laju. Nanti masa nak abis gembala gajah akan jual souvenir. Selesai naik gajah nanti boleh beli gambar kenangan yang mereka ambil semasa kita naik, harga sekeping dalam 200 Baht siap frame.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Damnoen Saduak Floating market
Terdapat banyak Floating market di Bangkok, Damnoen Saduak Floating market ini antara yang terkenal dan terbesar. Jika nak happening kena datang awal iaitu seawal jam 6.00am, kerana antara jam 6.00am - 9.00am adalah masa paling sibuk dan ramai pengunjung dan peniaga. Tekong boat mula membawa kami henti-henti disetiap kedai di tepi sungai. macam2 ada, ada peniaga yang buka kedai tepi sungai dan ada juga peniaga yang menjual dari atas boat. kami tak shoping :) tapi lebih kepada makan2. Kena pandai cari yang halal, tapi tak susah ada saja peniaga muslim.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Rose Garden
Selesai Damnoen Saduak Floating market kami meneruskan perjalanan ke Rose Garden. Rose Garden ini sebenarnya adalah Cultural Village.. ingatkan taman bunga rose hahaha. Kami sampai jam 3.00pm, tiket masuk 600 baht seorang. Kalau nak datang pastikan timing betul betul kerana show ada waktu tertentu. Untuk sesi petang Show bermula 3.30pm, jika sampai awal bole la shoping2 sikit kedai souvinior yang terdapat disini dan bergambar landskap yang cantik.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Cultural Village Show ni berkaitan kehidupan orang thai. Ada tarian, ada perkahwinan dan ada muay thai, memang terhibur jugak la menonton. Selesai menonton show ini ada lagi satu show iaitu persembahan gajah. Kisah kehidupan gajah dlm masyarakat thai seperti aktiviti pembalakkan. Selesai show gajah, kalau anda hendak bergambar dengan gajah pun boleh, pegang duit dan angkat tangan, nanti gajah tu akan datang pada anda :). Selesai show kami terus pulang ke hotel.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Malamnya kami makan malam di Siam Paragon Mall yang bersebelahan Siam Center. makan kat food court ada beberapa gerai dan restoran halal. Harga standard restoran la sekitar 100-200 baht. Kalau ada yang nak tukar duit pun boleh sbb ada money changer kat sini. Ada andata kami yang tukar lagi duit :)
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Day 3
Hari ketiga kami tidak kemana2 cuma buat keputusan untuk lepak sahaja di Hotel. Jadi pada pagi tu selepas sarapan jam 9.00am kami mula mencuba kemudahan Gym hotel, keluarkan peluh selepas ini kami mandi manda di swimming pool. Selepas mandi kami mencuba Jakuzi dan juga sauna.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Sekitar jam 3.00pm baru kami selesai dan siap2 untuk keluar makan. Kami Naik BTS ke Stesen Saphan Taksin ( Stesen Chao Phraya River Cruise). Sampai di stesen river cruise ini kami meneliti pakej yang ada. Sehali naik 40 baht, kalau sehari pass adalah 140 baht, Jika naik dari pagi untung ambik pass sehari tapi memandangkan kami cuma ingin pergi Asiatique The riverfront. So kami bayar 40 Baht untuk cruise sehingga ke last station sambil lihat pemandangan dan bayar lagi 40 baht untuk pulang dan turun ke Asiatique The riverfront. Sekitar jam 6.00pm kami dah berada di Asiatique The riverfront untuk makan malam di sebuah restoran India muslim. Makan boleh tahan jugak la standard makan dalam 100-200 Baht seorang.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Selepas makan kami pusing2 Asiatique The riverfront dan naik Eye of Chao Phraya dengan harga seorang 300 baht. Kat mesia tak naik pulak kat bangkok naik pula.. :). Ok jugak boleh tengok pemandangan sekitar, ada juga yang gayat. dia pusing 3 round ok la.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Selepas tu sekitar jam 9.00pm kami Naik BTS ke Stesen Sala Daeng - Jalan-jalan di Patpong Night Market. Malam ni tak hujan jadi kami dapat jalan2 lama kat sini, semua pakat2 beli tshirt dengan skill tawar menawar memasing. Selepas penat shopping kami pulang ke Hotel menaiki Tuk Tuk.


Day 4
Hari last kami relaks juga lepas sarapan jam 12.00thr baru kami cek out. Naik BTS ke stesen BTS Mo Chit untuk ke Pasar Chatuchak. Pasar ini buka hanya weekend, tapi ada mall yang buka kat sini, so kami shopping kat mall Jatujak Mall yang terletak bersebelahan Chatuchak Weekend Market ini.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Lepas shopping dan makan di Mall Jatujak (Ada restoran halal) lebih kurang 5.00pm kami menaiki bus Airport. Naik bus No A1 atau A2 ke Airport Don Mueang International Airport dengan tambang cuma 30 baht sahaja , tunggu di stesen bus di area stesen BTS Mo Chit. Bus akan stop terus di pintu masuk pelepasan Airport. Sekitar 08.00pm kami Berlepas ke Kuala Lumpur.


Sekian Tammat :)

Itenari
Day 1 : 10/10/2015 : Sabtu
12.15pm - ERL TBS ke KLIA2
03.30pm - Berlepas ke Bangkok
05.30pm - Sampai Bangkok (Waktu Tempatan 4.30pm)

05.00pm - Naik Bus ke BTS Mo Chit (Tambang 30 Baht)
06.00pm - Naik BTS dari Stesen Mo Chit ke Phra Khanong (Tambang 30 Baht)
06.30pm - Check in hotel Hope Land Executive Residence
07.30pm - Deal harga transport untuk ke Floating Market esoknya (Kaunter sebelah kaunter hotel)
08.00pm - Naik BTS ke Siam Center, Makan Malam di Siam Center Mall (Ada Food Court Halal)
10.00pm - Naik BTS ke Stesen Sala Daeng - Jalan-jalan di Patpong Night Market
12.00pm - Naik BTS (Last Train) ke Stesen Phra Khanong

Day 2 : 11/10/2015 : Ahad
06.00am - Sarapan
08.00am - Bertolak ke Damnoen Saduak floating market
10.00am - Sampai di Jetty Deal harga Pakej Boat ( 1300 Baht seorang untuk Naik Gajah dan Floating Market utk 2 jam)
10.30am - Naik boat ke tempat Gajah dan seterusnya ke floating Market.
12.30pm - Selesai Pakej Damnoen Saduak floating market dan naik gajah
01.00pm - Bertolak ke Rose Garden
03.00pm - Sampai di Rose Garden (Cultural Village) - 600 Baht seorang
03.30pm - Show bermula Culture Show
04.30pm - Show Gajah
05.00pm - Rose Garden tutup dan bertolak pulang ke hotel
08.00pm - Naik BTS ke Siam Center, Makan Malam di Siam Paragon Mall (Ada Food Court Halal)

Day 3 : 12/10/2015 : Isnin
08.00am - Sarapan
09.00am - Guna kemudahan Gym Hotel
10.00am - Swimming Pool
12.00am - Jakuzi
01.00pm - Sauna
03.00pm - Naik BTS ke Stesen Saphan Taksin ( Stesen Chao Phraya River Cruise)
03.30pm - Beli tiket Sehala 40 baht ( Jika pass sehari 140 baht lebih untung dan jimat)
04.00pm - Naik Cruise sehingga ke hentian terakhir patah balik turun ke Asiatique The riverfront (80 Baht dua hala)
06.00pm - Makan di Asiatique The riverfront ( Restoran India Muslim)
09.00pm - Naik BTS ke Stesen Sala Daeng - Jalan-jalan di Patpong Night Market

Day 4 : 13/10/2015 : Selasa
08.00am - Sarapan
12.00pm - Chek Out
01.00pm - Naik BTS Mo Chit
01.30pm - Chatuchak Weekend Market buka cuma sabtu ahad. Jd kami ke Jatujak Mall Sebelahnya untuk shoping
05.00pm - Naik bus No A1 atau A2 ke Airport Don Mueang International Airport
08.00pm - Berlepas ke Kuala Lumpur

Tips dan Panduan

Perbelanjaan
- Untuk 4 hari kami bawa 5000 Baht sahaja
- Cukup untuk perbelanjaan seperti Itenari kami
- Kami cuma sewa Van sehari sahaja selebihnya kami naik BTS sahaja
- Bus Airport ke stesen BTS Mo Chit sehala 30 baht
- Tambang Tren BTS antara 20-50 Baht sahaja bergantung stesen
- Hotel RM120/semalam share 2 orang jadi RM60 ja semalam - Cari dlm agoda flash promo
- Tiket Flight RM250 retun
- Van 1600 Baht sehari (8.00am-8.00pm) share 7 orang
- Rose Garden (Cultural Village) 600 baht seorang
- Pakej Floating market, naik gajah 1300 Baht seorang

Makan
- Makan tak susah cuma kena mencari restoran halal sahaja.
- Gerai muslim juga ada tapi tak banyak
- Dalam mall pasti ada 1-2 restoran halal

Hiburan
- Ada show Muay Thai - Bayaran agak mahal jd kami tak tengok
- Show-show lain juga ada seperti tarian tiang dan sebagainya - Hati2 jika tidak pandai, takut kena tipu ( Pau bayar lebih), Kami tak tengok jd tak tau berapa bayarannya.
- Massage kat kedai2 yang betul, jangan panggil ke bilik dan jangan bgtau no bilik, nanti dia datang dengan bapak ayam paksa kita ambik.
- Kalau lelaki Jalan di Patpong Night Market, akan ada org follow kita promot supaya tengok show dewasa, jangan rimas dan tenang, cakap sahaja tidak mahu dan terus berjalan buat bodo, 2-3 kali dia promot kita tak mau dia akan berlalu pergi.

Keselamatan
- Selamat untuk pergi Bangkok walaupun wanita 2-3 orang
- Semasa di Airport sentiasa pastikan beg kita tidak dibiarkan tanpa pengawasan untuk elakkan pengedar dadah seludup dlm beg kita
- Kalau tak pandai jgn masuk pusat hiburan dewasa

Transportation
- Nak jimat guna BTS - last tren jam 12mlm
- Kalau nak guna teksi pastikan dia guna meter
- Bas dan ferry juga murah
- Kalau nak pergi Wat Pho dan Grand Palace boleh naik BTS dan Ferry lagi jimat

Massage
- 3 jenis massage yang patut anda cuba bila di thailand- harga jgn lebih 250 baht
- Body Oil aroma Massage
- Thai Massage - nak yang origenal bole cuba kat Wat Pho
- Foot Massage - last day - biasanya untuk kesegaran kaki