Persediaan Mendaki Mt. Kinabalu

Hamydy

Persediaan Diri dan Latihan Kecergasan

Latihan Stamina 3 Bulan Awal


Untuk Latihan meningkatkan stamina anda boleh buat latihan jogging setiap petang. Sebolehnya sebulan awal anda lakukan jogging seminggu 3 kali. Sesekali anda masuklah pertandingan larian maraton 7km atau 10km yang sering dianjurkan di dataran merdeka setiap hujung minggu.


Latihan Ketahanan Diri dan Fizikal

Latihan Mendaki

Adalah digalakkan dalam masa 3 - 6 bulan awal sebelum mendaki gunung kinabalu anda dapat melibatkan diri dengan mana2 aktiviti pendakian yang tidak berisiko tinggi.

Gunung yang boleh anda jadikan tempat latihan mendaki seperti berikut:
1. Gunung Datuk
2. Gunung Angsi
3. Gunung Nuang - Pastikan tidak diwaktu hujan

Gunung2 yang saya sebutkan ini anda boleh buat pendakian Daypack, iaitu pendakian harian tanpa perlu bermalam. Dan trek laluan juga bagus dan bersih, kecuali gunung nuang akan becak berlumpur jika mendaki pada musim hujan. Latihan mendaki ini akan menguatkan otot kaki dan meningkatkan stamina anda


Latihan Kaki
 
Anda boleh melakukan latihan kekuatan kaki dengan membuat latihan naik anak tangga berurang kali, Jika di Kl anda boleh buat latihan di tangga batu cave. latihan kaki ini penting untuk menguatkan otot kaki dan berguna ketika turun dari Gunung Kinabalu supaya tidak lenguh dan sakit.

Peralatan yang perlu dibawa ketika mendaki Gunung Kinabalu


1. Baju Sejuk Waterprof  (tebal),  jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan
2. Glove waterprof - Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.
3. Baju Hujan (Rain Coat) - Beli kat 7-11 yang RM7 jangan beli yang RM2 mudah koyak
4. Head Lamp - Gunakan bateri baru
5. Sleeping Bag Nipis - Jgn bawak yang tebal gabak..ini bagi yang tak tahan sejuk. kekadang cuaca lebih sejuk
6. Tongkat - Dulu ada tongkat kayu yang dijual, sekarang tiada lagi, yang ada tongkat kayu batang mop, harga kalau tak silap RM8. atau anda boleh bawa tongkat boleh laras yang dibeli kat kedai Outdoor sekitar RM20, atau anda boleh sewa tongkat besi ini masa hendak mendaki dari pondok Guide.

Berikut adalah Contoh Gambar Keperluan yang saya sering bawa

Baju Sejuk


Glove Tebal  (waterproof)                                  Glove Cotton                                         Glove Nipis (waterproof)


Head Lamp - berguna semasa hendak mendaki kepuncak pada jam 2.00am


Rain Cot - Berguna sepanjang perjalanan mendaki jika hujan


Payung - Berguna ketika mendaki dari bawah ke Laban rata, Jika hujan renyai2 tak perlu nak guna rain cot.

 
Head Cap                                                                                  2+1 (Head Cap & Mask)


Mask - Berguna semasa mendaki kepuncak jika terlalu sejuk muka dan hidung jadi tak selesa


Sleeping Bag -  Bagi yang tak tahan sejuk digalakkan bawa, berguna masa kat laban rata.


Kasut Hiking - Sebolehnya yang bertapak kasar dan ada Grip


Berus Gigi - Travel pack


Tisu Basah- berguna masa kat laban rata, air sangat sejuk kat sana.


Backpack dengan Rain Cover - tak perlu bawa beg besar


Wraping - Baju digalakkan bungkus dengan plastik ketika mendaki untuk elakkan beg basah jika hujan lebat

Bag pakaian biasanya di simpan di Kinabalu Park HQ, Ada perkhidmatan sewa simpan barang. Jadi barang yang dibawa naik sepatutnya cuma keperluan asas sahaja seperti baju sejuk, rain coat, glove dan headlamp.

0 comments:

Post a Comment