Saturday, August 3, 2013

Borong Fabric Vietnam 2013

Borong Vietnam

Trip Borong Fabric Vietnam kali ini saya buat sempena Bulan Ramadan 2013, kerana kebetulan mendapat tapak meniaga di Bazar Malam Ramadan di Wangsa Maju. Trip pendek 3h2m di minggu pertama bulan puasa memberikan pengalaman yang berbeza.


Saya dengan seorang rakan kongsi telah berbincang tentang trip borong ini dan membuat perancangan 2-3 hari tentang jenis2 fabric yang ingin kami borong. Setelah mendapat idea kami menempah penerbangan MAS. kalau harga MAS dan Air Asia lebih kurang better ambik MAS kerana MAS dah free luggage dan dapat makan free. Kami pergi hanya sehelai sepinggan sahaja. masing2 cuma bawa beg kecil dengan 2 pasang baju sahaja. Sangat simple.


Borong Vietnam

Hari Pertama - Jumaat - 19 julai 2013
Selepas kerja hari jumaat saya berangkat ke KLIA penerbangan jam 7.00pm. Sampai di airport kami menaiki teksi ke hotel berdekatan dengan Pasar Bent Than. Hati2 jangan tertipu dengan pemandu teksi yang meminta bayaran paking, ada dua jenis teksi satu harga dia bagi dah siap dengan duit paking airport dan lagi satu tanpa bayaran parking airport. Kalau teksi yang tanpa bayaran parking ni, pemandu teksi tu akan minta, kalau yang menipu tu dia mintak sampai 100ribu dong, padahal cuma 10ribu dong sahaja.


Sampai di hotel cek in dan keluar meninjau kedai2 fabric dan kedai makan muslim. Restoran muslim di kawasan pasar Bent Than agak mahal, kalau di convert duit Malaysia sekali makan dalam belas2 ringgit hanya untuk nasi goreng dan air. Jadi kalau nak murah boleh makan kat gerai2 kecil tepi banggunan yang muslim.


Hari Kedua - Sabtu - 20 Julai 2013
Jika anda hendak borong jangan borong di dalam Pasar Bent Than kerana harga disitu sangat mahal, hanya jika anda pandai tawar sahaja boleh. Jadi untuk senang dan mudah anda cari kedai lot yang berhampiran, kedai2 ini jual lebih murah berbanding yang terdapat di Pasar Benthan, cuma harganya tetap dan kalau kurang pun sikit sangat. Jika kita sudah jadi regular customernya mungkin baru dia bagi murah sedikit. Kedai2 lot ini anda boleh cari kain pasang, telekong, baju kurung, tudung dan sebagainya. Biasanya jika anda mencari baju sedondong untuk dipakai sempena kenduri atau raya selalunya orang Malaysia shoping kat sini la lebih murah.


Borong Vietnam

Kalau anda hendak tahu di bulan Ramadan ni kalau kat vietnam ni anda rasa macam kat Malaysia sahaja, ramai jer orang kita yang datang shoping. Sampaikan peniaga-peniaga disana sudah pandai bercakap Melayu. Sembang2 dengan peniaga mereka bagitau bahawa jika hendak borong untuk berniaga di Malaysia biasanya pemborong datang sebelum bulan Ramadan borong sakan. Jadi kebanyakan fabric yang cantik2 sudah habis diambil. Contoh seperti Mydin dan Tudung Fareeda mereka tempah di vietnam dan ambil 2-3 bulan sebelum puasa.


Sambil minum di gerai saya sempat mendapatkan maklumat dengan bersembang dengan Orang Malaysia yang sering memborong. Selalunya orang Malaysia ni kalau kat sana sombong dan tidak mahu berkongsi maklumat yang mereka dapat. Jadi kebetulan seorang kakak ni baik hati bagi maklumat. Menurutnya jika orang yang hendak berniaga, biasanya mereka ini akan datang Vietnam borong kain, mereka pilih kain yang berkualiti dan murah. Selepas itu mereka akan hantar kain2 tersebut kepada tukang jahit yang ada kilang. Selepas itu baju2 ini di hantar pulak untuk upah menjahit manik, Oleh kerana upah murah jadi kos untuk satu baju menjadi murah, jadi di Malaysia baju tersebut dijual 3 kali ganda. Contohnya kalau kat butik jual baju kurong Vietnam yang bermanik sekitar RM150-RM200, sebenarnya kos nya sekitar RM60 sahaja di Vietnam. Tapi ok la sebab dicampur dengan kos tenaga, hotel, flight maka harga RM150 tu kira ok la.


Borong Vietnam

Memandangkan saya baru pertama kali buat kerja borong ni so saya tiada contact kat mana nak cari kain murah, kat mana nak tempah baju murah dan kat mana nak jahit manik murah. Jika anda dah biasa dan dah tahu contact2 ini maka lagi mudah dan murah. Biasanya orang kita yang berniaga ni kedekut, dia tak akan cakap kat mana dia tempah murah. Jadi kena pergi selalu la baru tahu. Ada juga orang kita yang jadi guide, dia ni tau la kat mana semua tu.


Hari kedua ni saya menghabiskan masa sepanjang hari untuk mencari baju kurong yang sesuai dan mengikut trend, telekong pun ada beberapa jenis ada yang sutera, jahitan tangan dan jenis cotton. Kain-kain pasang juga saya beli. Setelah semuanya siap dibeli dan di bawa pulang ke hotel, maka baru la buat repacking.


Borong Vietnam

Sebelah malamnya setelah berbuka puasa saya berjalan kaki ke Hard Rock Cafe Ho Chi Min untuk membeli tshirt yang di kirim oleh rakan2. Berjalan kaki sekitar 15minit sampai la ke Hard Rock Cafe ni. kalau Google guna google map, dia bagi lokasi lama jauh sedikit, Jadi cara mudah hendak ke sana dengan teksi la kan :D, tapi kalau nak jalan kaki dari Pasar Bent Than kita cari Saigon Square. bila jumpa Saigon Square sudah tak berapa jauh.


Matawang
Jika anda pergi shooping kat sini, tidak perlu tukar banyak matawang Dong, tukar sikit buat naik teksi dan masa kat airport atau pun untuk hotel. Jika hendak shoping boleh guna duit Ringgit. Lagi satu masa di airport masa tiba duit jangan di masukkan beg dan dalam sampul jika banyak. masuk saja dalam Walet. Sebabnya bila scan nampak macam banyak dan dia akan suruh kita buka. Sekitar Pasar Bent than hampir semuanya menerima Ringgit Malaysia.


Hari Ketiga - Ahad - 21 Julai 2013
Memandangkan flight pulang petang maka pagi sampai tengahari saya mencari lagi bahan2 yang boleh dijual di gerai kat malaysia nanti, antaranya yang di cari seperti Alas meja dan juga Beg luggage. Setelah beli beg, bawa balik hotel dan mula repacking. Kakak yang saya jumpa pesan supaya dibuka semua plastik2 dan packing tanpa plastik. Ini kerana, menurutnya ketika di imbasan kastam kat Malaysia jika tidak dibuka plastik akan nampak berpetak2 dalam imbasan tersebut , maka kastam akan mintak kita buka beg. Hendaklah beli beg luggage jangan sesekali guna beg plastik borong atau kotak jika hendak elak kastam Malaysia. Dan lagi satu jangan pulang flight malam ke Malaysia.


Borong Vietnam

Setelah repacking, saya berjaya memasukkan semua hasil borong kedalam 2 buah Beg. Disusun dengan padat dan rapi. Sekitar jam 4.00pm saya dah mula bergerak ke Airport.


Di airport selepas timbang dan melepasi scan, Alhamdulillah tiada masalah semua lepas. Sampai sahaja di Malaysia apabila melalui kastam, pihak kastam langsung tidak meriksa beg selepas melepasi scan. Saya tengok yang mana guna bek plastik borong dan kotak kena periksa dan dibuka oleh kastam.
Borong Vietnam
Sampai sahaja di balai ketibaan sudah ada yang tunggu untuk membeli mereka adalah Kawan2 yang bekerja di Airport. Selebihnya saya bawa masuk gerai untuk berniaga di Bazar Ramadan.


Borong Vietnam

Suatu pengalaman baru bagi saya. Edisi Redah dan Borong :D


Sekian


Update 13.10.2014


Memandangkan Ramai yang tertanya2 berkenaan perkhidmatan penghantaran barangan (POS), maka disini saya lampirkan contact yang sempat saya dapatkan semasa saya di sana. Saya tidak pernah guna perkhidmatan ini tapi ramai orang guna katanya.

Phuc Tam Trans & Services JSC
75 Ho Van Hue
St Ward 9
Phu Nhuan Dist
Ho Chi Minh City Vietnam
Tel : (84-8) 39 974 003
website : www.phuctamtrans.com

Sila Download Brosur PDF - Phuc Tam Trans & Services JSC

31 comments:

  1. Plan ke sana edisi redah jugak. Watsapp me nama hotel tempat menginap.

    ReplyDelete
  2. hi ester
    kalau nak shoping cari hotel yang paling hampir dengan benthan market. haritu saya dapat hotel jauh sikit, letih la mengangkut barang. Guna Agoda dan Booking.com , view mapnya cari hotel yang paling dekat. Saya tak cadangkan backpacker masa trip lepas sbb jauh.

    kalau hotel dekat senang jalan kaki saja, bila dah banyak barang pun senang bawa balik simpan kat hotel.

    TQ

    ReplyDelete
  3. Hi beli bag luggage tu di mana? Comel lah pula, berapa ya harganya?

    ReplyDelete
  4. hi zila.
    Banyak kedai2 sekitar pasar benthan tu. kena pilih jer yang murah2

    ReplyDelete
  5. salam....saya bercadang nak ke ho chi mihn bulan 12 ni...saya hanya memerlukan perkhidmatan pengangkutan di sana selama 5h4m..
    boleh tak email no contact di sana kalu ada...

    ReplyDelete
  6. Entry sempoi, tpi helpful...sy dan 3 rakan pun bru bercadang nak wat edisi redah dan borong ni..org lain da jadi frequent visitor, kami bru nak bertatih2 mula bisnes., tpi, rezeki allah itu luas..

    ReplyDelete
  7. Menarik pengalaman tu. Berapa kos involve untuk borong 2 beg tu?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya... beg luggage kat sana mmg murah ke kalau compare dgn yg dijual di online mcm lazada dll. Kulau mmg beg murah, nak beli kat sana je beg luggage n pegi berlenggang je mcm saudara

    Tq utk tips2

    ReplyDelete
  9. salam...nak tya...agak2 klu beli baju kurung dalam 100 psg masuk dlm beg lagej,lepas x kat airport...hihi

    ReplyDelete
  10. dua bag luggage dlm bape kg?

    ReplyDelete
  11. Salam, kalau ada contact tukang jahit disana harap dapat share... tq

    ReplyDelete
  12. harga beg bape ye kat sana?? bukn ape malas nk bawak beg dari sini.. hihih....

    ReplyDelete
  13. Hallo, dgr2 kastam dkt vietnam bahaya.. silap2 dorg akan tahan kita dkt sna sbb bw byk brg.. bg skit tips bro..

    ReplyDelete
  14. Hi,

    Tumpang tanya, kenapa jangan pulang flight malam ke Malaysia ye? Mhon pencerahan. Thanks.

    ReplyDelete
  15. Hai. Sy cdg nak pegi vietnam utk borong kain ela. Boleh encik share kat kedai mana murah? Area ben thant atau china town atau kedai tepi2 ben thant? Thanks.

    ReplyDelete
  16. Hi Aien

    Flight malam dari vietnam biasanya jadi sasaran pihak kastam untuk lebih ketat nak cek barangan kita. Biasanya dia akan tanya dari mana kalau kita sebut dari bandung atau vietnam nanti dia nak cek la beg kita tu.

    Tapi kalau beg kita tu besar gedabak memang la dia akan cek jugak. Biasanya kastam kita tak la serius sangat sbb kalau kita borong sikit2 kita cakap la nak bagi ahli keluarga sanak saudara yang kirim. so biasanya dia cuma tanya berapa semua kos.. so kita buh jer agak2 jangan bagi harga sebenar.. kalau kita borong sampai 3ribu kita cakapla " ala encik dalam 500-600 jer buat ahli keluarga buat pakai raya" so dia caj cukai untuk RM500-600 jer la..cincai

    Camtula

    Abg2 kastam kita ni baik2 jugak, cuma jangan kita belagak sombong dah la.. bole nego..asalkan cakap baik2... tapi jangan bagi rasuah pulak.. bahaya.. pastikan anda dapat resit bila dia kenakan cukai kat kita...kalau tak dapat resit tu maknanya dia masuk poket la.. :D

    cam tu la

    ReplyDelete
  17. hi Yatie
    Terima kasih kerana singgah di blog saya
    saya ni bukan la peniaga tegar barangan Vietnam
    saya borong suka2 saja.
    kalau betul2 nak borong kena pergi kat kilang baru dapat harga sangat murah

    kalau sekitar luar pasar ben thant ni kita dapat la murah berbanding apa yang dijual kat mesia.

    saya punya trip cuma borong sekitar luar ben thant sahaja. tak sempat pun pergi China Town.

    ReplyDelete
  18. Hi,

    Terima kasih atas pengisian ini kerana memberi banyak info. Cuma kalau tidak keberatan, bolehkah berikan nama kedai yg tuan borong kain ? Ini merupakan trip borong pertama saya bersama sahabat ke vietnam. Mungkin juga contact2 lain yg berguna jika sudi berkongsi..

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  19. salam... saya insyaAllah akan pegi ke vietnam ptgahan bulan 4 nanti dgn menaiki air asia.. persoalan sya adakah barang makanan seperti biskut, roti, dan mee segera boleh dibawa naik untuk ke dalam kabin.. mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  20. Hi Bryan
    Terima kasih kerana singgah di blog saya. Sebenarnya saya tidak la buat borong seperti peniaga2 yang memang regular borong kat vietnam. Saya cuma borong sekali untuk projek Bazar Ramadan yang saya dapat pada tahun 2013 sahaja.

    Oleh itu saya tiada spesifik kedai borong. saya borong sekitar shop lot yang berhampiran Pasar Benthan sahaja. Dalam Pasar Benthan agak mahal jika tidak pandai tawar. Jadi saya cuba nasib di sekitar lorong Nguyễn An Ninh sebelah Pasar Bến Thành.

    Memang saya tau peniaga2 banyak borong di Vietnam, tetapi mereka borong terus dari kilang. lokasi kilang dan nama kilang tersebut saya tiada info. Pernah sekali majalah 3 buat dokumentari pasal ini.

    ReplyDelete
  21. Salam Mr Slumber

    kebetulan saya juga akan ke vietnam pada tanggal 11 April 2015.

    Berkenaan dengan makanan segera seperti biskut, roti dan mee segera saya rasa tiada masalah dibawa, kerana saya pernah bawa mee segera dan biskut dan juga minuman 3in1 semasa ke vietnam.

    lagipun terdapat beberapa restoran halal berhampiran pasar benthan

    ReplyDelete
  22. boleh dpt harga murah dlm ben than market...biasanya pakat ramai2 bli kat kdai y sama. (biasa wt mcmni kat guangzhou, shenzhen & beijing). guna ayat manis bila nk tawar menawar. sbb saya tinggal di JB..kami amik flight Jet Star (handcarry leh bawa 10kg). extra luggage kne charge dgn US Dollar. Lokasi hotel memang penting sbb misi mengangkut kain cotton (kain cotton berat kan)
    Seronok meniaga ni. saya jual 4 hari dah habis.

    boleh bertukar2 pendapat di blog saya:
    farahtravelog.blogspot.com
    Blog Kembara Mania

    ReplyDelete
  23. Assalam. Sy bercadang nk ke vietnam utk carik kain tdg dan jahit skali di sane.bole la kirenye tuan share dgn sy kilang jahit tdg di vietnam bile pulang ke msia nanti.sy mmg xpernah lg ke sane

    ReplyDelete
  24. hi Aisyah
    Terima kasih kerana singgah di blog saya.
    terima kaih juga share blog awk di komentar ini, sangat berguna kepada pembaca lain yang sedang tercari2 info. Saya bukan la peniaga tegar, jadi tak tau sangat selok belok...bidang terjun ja. tapi memang seronok berniaga, bawa balik jer dah abis jual 2-3 hari. Bayangkan la yang borong banyak2 buat penghantaran guna kargo pasti kos lagi jimat dan dapat jual dengan margin untung yang tinggi tapi masih murah tawaran harga.

    Terima kasih ya

    ReplyDelete
  25. salam...tahu tak nak borong kain dari kilang mana?

    ReplyDelete
  26. rasanya makanan vietnam masih boleh diterima tekak. xmcm kt korea@hong kong. klu nk menambah rasa biasanya kami bw serunding, sambal kering (letak dlm plastik, then masukkn dlm tupperware pakai buang), sambal tempe (plg best sambal wak doyok), megi cup, air 3 in one.

    makanan kt vietnam agak mhl. cth:
    sarapan roti canai rm6/sekeping
    air kopi susu vietnam rm6/secawan
    kain cotton je la y murah...selamat bershopping.

    ReplyDelete
  27. Salam encik..need your favour. Kot2 tau contact detail kilang yg jahit baju n manik...:-) Minta info.

    ReplyDelete
  28. salam sha
    untuk makluman saya tidak pernah borong dari kilang. oleh itu saya tidak ada contact. jika jumpa pengedar malaysia di sana pun mereka tidak bagitau kita kat mana kilang...maaf tak dapat nak tolong.

    ReplyDelete
  29. salam hafizah
    untuk makluman saya tidak pernah borong dari kilang. oleh itu saya tidak ada contact. jika jumpa pengedar malaysia di sana pun mereka tidak bagitau kita kat mana kilang...maaf tak dapat nak tolong.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih for sharing d info. Quite useful for beginners

    ReplyDelete