Tips Travel

Dalam Page ini saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman yang saya lalui sepanjang saya travel solo dan travel bersama kawan-kawan. Disebabkan ramai yang setiap saban hari email saya bertanyakan tips2 maka saya masukkan kat page ini supaya tidak la saya berulang kali menjawab email yang sama setiap kali timbul pertanyaan dari pembaca. Bukanla perfect sangat tip saya ini, tapi sekadar dapat memberikan idea-idea untuk Pengembara Muda.

Impian
Impian saya letakkan mula-mula sekali sebabnya tanpa impian mana mungkin niat nak travel tu ada kan. Impian ini boleh tercetus dengan pelbagai cara, baca blog, lihat gambar cantik, baca pengalaman dan pengembaraan orang atau pun impian sendiri. Jadi tuliskan semua impian anda dalam bentuk senarai, contohnya

1. Europe Trip
2. Trans Java
3. Bandung Shoping2 ker :D
4. Taj Mahal ker :D

Jadi bila semua impian anda sudah tertulis, maka perancangan dan bagai mana untuk menjayakannya adalah bergantung kepada perancangan rapi anda mengikut keutamaan dan keperluan masa dan buget. Biasanya Trip besar dan memakan belanja besar perlu di buat perancangan teliti. Tapi trip2 ringkas seperti 3h2m 2h1m yang senang dan dekat boleh dibuat secara adhoc bergantung buget.

Trip Belanja Besar
Untuk trip ni saya akan plankan tempoh masa untuk mencapainya. Contohnya Dalam masa 2 tahun atau 3 tahun akan datang. Jadi dalam tempoh itu saya akan mula menyimpan duit, cari keje part time, buat bisnes dan sebagainya. Di samping itu saya akan baca banyak blog dan dapatkan sebanyak maklumat yang boleh. Maklumat yang penting seperti hostel buget, faktor keselamatan dan kaedah survivor.

Trip Pendek dan Ringkas
Untuk trip pendek dan ringkas selalunya saya akan simpan dalam RM500. Cukup sahaja RM500 dalam bank saya dah gatal tangan mencari flight murah dan promo. Selalunya untuk buget RM500 ni saya selalu dapat negara2 seperti Indonesia, Thailand, Singapore, Brunei. Kalau Buget dalam RM1000 selalunya yang jauh sikit seperti Korea, Cambodia, Vietnam. Tapi dalam Bank sentiasa simpan RM500, sebab kekadang promo ni tak tentu masa tetiba jer muncul, jadi kalau tiada cash ketika itu rugi la sebab kita dah dapat jimat banyak jika dapat tiket promo. Bagi negara seperti Indonesia saya selalu budget tiket Flight sekitar RM200 sahaja, kalau ada saja tiket bawah RM200 terus saya beli.

Tiket Flight Murah
Untuk mendapat info awal flight murah selalula jadi member pada website penerbangan tersebut. Contohnya Air Asia, Firefly, Jetstar dan Malindo. Bila kita jadi member biasanya kita akan dapat email makluman 2-3 hari awal sebelum promo keluar, jadi sempat la kita plan nak beli. Pastu selalu jugak saya survey tiket murah bila ada masa lapang.

Itenary - Tentative
Bila sudah dapat tiket murah atau promo barulah saya merancang tentative dan itenari perjalanan. Dan masa ini lah saya mula menyimpan wang secara sedikit-sedikit untuk perbelanjaan ground sehingga sampai tarikh travel. So mula2 saya akan buat sikit google semua tempat menarik yang ada pada destinasi travel tersebut. Selepas itu saya akan susun ikut kekangan masa yang ada dan juga ikut keutamaan. Jadi ada lah juga tempat yang tak sempat pergi untuk trip pertama kita masukkan dalam trip kedua jika ada rezeki.

Jangan lupa juga untuk lihat calender even tempat travel tersebut, jika ada apa-apa event yang patut kita lawat atau patut kita elakkan supaya melancarkan perjalanan. Sebagai contoh jika ada even atau perayaan yang melibatkan penggunaan jalan, mungkin kesesakan jalan akan berlaku dan akan terjejas timing masa kita. semua tu perlu ambil kira. kemungkinan hotel akan penuh dan perlu untuk kita booking cepat.

Penginapan
Penginapan murah dan selesa senang sahaja untuk kita cari. Ada beberapa web site yang sering saya gunakan antaranya Agoda.com, Booking.com dan Hostel World.com. Setelah jumpa hostel dengan budget yang kita nak. Kita baca dahulu review pengunjung terhadap hostel tersebut jika puas hati barulah kita pilih dan booking. Perlu ambil kira lokasi hostel tersebut berdekatan dengan tempat kunjungan orang, selamat, bersih, ada kemudahan wifi, berdekatan kedai makan, dan sebagainya. Jangan pilih hostel yang jauh kerana ia akan menambah perbelanjaan terhadap teksi dan juga masa. Lihat juga kemudahan2 yang disediakan oleh hostel tersebut seperti perkhidmatan pick up, ada pakej tour, ada perkhidmatan sewa motosikal dan sebagainya. Jika penginapan transit maka tidak perlu berbelanja mahal. Maksudnya anda sampai malam dan cuma tidur beberapa jam dan esok seawal 6.00 pagi sudah hendak gerak, jadi jika situasi begini adalah membazir booking penginapan yang mahal, kalau boleh semurah yang boleh pun tak apa.

Transport
Bila sudah ada Penginapan dan juga Itenari barulah saya kaji kaedah transport yang sesuai. Guna transport awam, sewa kereta, sewa van atau sewa moto. Jika perlu sewa van maka baru la saya cari contact untuk transport. Saya akan contact beberapa syarikat transport atau pemandu dan berikan itenari saya untuk mereka berikan harga. Saya buat perbandingan harga sebelum pilih. Jangan lihat pada harga yang di tawarkan sebaliknya apa yang ditawarkan. Contohnya RM200 transport (tidak termasuk makan minum supir, penginapan supir, petrol, parking) berbanding dengan RM250 ( All IN). Kalau ikut harga pasti yang RM200 tu murah kan. Tapi sebenarnya yang RM250 tu lagi murah sebab dah All IN. Jadi perkara2 ini juga diambil kira. Ikut pengalaman saya ambil transport dan ikut itenary sendiri lebih bebas dari pada ambil pakej. Sebabnya kita nak makan mana dan singgah mana semua pada kita, cuma cara ini pengembara mestilah tahu tujuan dan tempat. Jika tak tahu nak kemana atau malas nak buat itenari sendiri saya cadangkan ambil pakej ground.

Informasi Kemudahan dan keselamatan
Buat la sedikit kajian Google dan bacaan berkaitan budaya, tempat2 makan dan juga perkara buruk tempat travel. Sebagai contoh tempat2 makan halal dan murah dan bersih. Budaya dan masyarakat tempatan apa mereka suka dan tak suka. Faktor keselamatan, kes ragut, penipuan dan sebagainya.

Sebelum Travel.
Seminggu sebelum travel perlu buat persediaan terakhir, pastikan tiket penerbangan tiada perubahan, sbb kekadang air asia akan email atau sms jika ada perubahan. dan perlu semak perkara2 berikut antaranya seperti:

1. Semak tarikh luput Pasport - Pastikan 6 Bulan dari tarikh luput
2. Semak Tiket dan buat Web Cek In dan print
3. Foto Copy Pasport sebagai backup - berguna jika hilang
4. Re-email, atau contact semula penginapan yg telah booking untuk pengesahan
5. Contact semula transport untuk pengesahan
6. Print atau simpan contact kedutaan atau alamat kedutaan
7. Pastikan matawang asing telah di tukar. Asingkan duit ke dalam dompet, poket, dan beg. Jangan sekalikan semua dalam sampul nanti jika tercicir atau hilang masalah.
8. Asingkan siap2 duit airport tax, berbeza ikut airport. bagi mengelakkan duit abis masa nak balik.
9. Apa-apa Informasi yang diperlukan - print, bertulis dalam buku nota atau simpan dalam tablet, phone - mana yg senang.
10. Lesen Memandu Internasional- Semak jika masih boleh guna
10.Yang penting maklumkan orang terdekat atau waris jadual travel kita.. penting

Packing Beg
Biasanya jika travel trip pendek saya biasa guna backpack sahaja. Pergi tak ambil luggage balik baru ambik luggage, sebab balik mesti muatan beg melebihi 7 kilo. Antara yang biasa saya bawa travel seperti berikut.

1. Travel Charger dan Power Bank
2. Extension Wayer simple - cari yang muat 3 soket (hp, Tablet, camera)senang.
3. Gajet (hp, camera, tablet, labtop) mana yang senang
4. Tshir - beberapa helai - Pergi sehelai, balik sehelai, tidur sehelai dan selebihnya untuk pakai disana boleh beli kat sana.
5. Seluar - Seluar Jean dan Seluar - Pendek cukup la
6. Seluar Dalam - Pakai Buang Cotton
7. Barang keperluan Peribadi (Micro Fiber Towel, Berus gigi, Ubat Gigi,Sikat, Pembersih Muka, Sabun, Shampoo, Cream2 dan sebagainya) Pastikan label botol tak lebih 100ml.
8. Kasut, Sliper yang sesuai
9. Apa-apa yang sesuai bergantung cuaca tempat travel - contoh sweater, Shawl, pashmina, reben, Stokin atau sebagainya.
10. Pastikan benda terlarang tidak masuk dalam beg seperti pisau, dan sebagainya.
11. Ubat-ubatan - pastikan berlabel dengan jelas dan tidak mencurigakan. jangan bawa pill tanpa ada label sah.

12. Pasport, gajet, Info, buku nota, Lesen memandu International.

Pastikan semua nya tidak lebih 7 KG :D . Yang penting buat cek list supaya tiada yang tertinggal ketika packing.

Semasa Travel
Keluar awal untuk ke Airport, Pastikan semua ceklist kita dah bawa. Sebelum kuar rumah pastikan semua suiz ditutup, rumah dikunci, pagar berkunci dan jika ada jiran yg baik dan boleh dipercayai maklumkan yg kita bercuti.

Semasa di Airport pastikan begpack kita tidak dibiarkan sendirian dikuatiri jika ada penyeludup yang cuba masukkan barang terlarang dalam beg kita.

Sebelum boarding pastikan kita timbang beg kita pastikan tidak lebih muatan. kalau lebih keluarkan apa2 yang boleh dipakai pakai dulu masa nak masuk boarding, kekadang kalau naik air asia dia suruh kita timbang masa nak masuk. biasa apa saya buat saya keluarkan jaket kasut dan sweater dan saya pakai semua tu, bila lepas saya masuk balik dalam beg :D .

Semasa Tiba Destinasi
Setiba sahaja di airport perkara pertama ada lah anda ambil brocher yang berkaitan dan juga peta yang ada di kauter sebagai rujukan tambahan. Seterusnya boleh la bergerak ke hotel anda dengan menggunakan transport awam atau airport taxi.

Sampai sahaja di hotel, pastikan anda melihat2 kawasan sekeliling untuk lihat apa kemudahan yang ada dan apa kawasan berdekatan.

Jika anda travel solo jangan bagitau orang yang anda seorang, cuma bagitau anda akan bertemu kawan2 yang lain nanti. Untuk keselamatan. Bila berjalan jalan la dengan tenang dan jangan kelihatan terlalu exited dan nampak macam prak. Relaks saja dan rakam foto secara normal.

[caption id="attachment_6095" align="alignnone" width="300"]Karrimor Microfiber Towel Karrimor Microfiber Towel[/caption]

[caption id="attachment_6096" align="alignnone" width="300"]Travel Charger & Multiple USB Travel Charger & Multiple USB[/caption]

[caption id="attachment_6097" align="alignnone" width="300"]Power Bank Power Bank[/caption]

[caption id="attachment_6098" align="alignnone" width="300"]Camera DSLR, Waterprof Camera, Mini Tripod, Mini Torchlight, Mobile Phone Camera DSLR, Waterprof Camera, Mini Tripod, Mini Torchlight, Mobile Phone[/caption]

[caption id="attachment_6099" align="alignnone" width="300"]International Driving Permit, Passport, Pen International Driving Permit, Passport, Pen[/caption]

Tips Penting
Memandangkan impian travel kita masih banyak tempat dan faktor masa, kesihatan dan juga kewangan yang terhad maka saya nasihatkan supaya anda jangan mengulangi pergi tempat yang sama yang anda sudah pergi hanya semata2 sebab kawan ajak atau temankan kawan anda.

1. Pergi tempat yang anda belum pernah pergi lagi
2. Kalau boleh join group travel lain untuk jimat transport atau pakej
3. Kalau pergi negara yang sama cuba pergi lokasi atau daerah yang lain pulak
4. Kalau hendak mendaki cuba join group ke tempat baru

0 comments:

Post a Comment