Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts

Monday, August 21, 2017

Mt Kinabalu 13-14 May 2017 ~ Via Timpohon

Gunung Kinabalu 2017
Mt Kinabalu 2017
Trip mendaki Gunung Kinabalu 2017 kali ini di sertai oleh 12 peserta orang semuanya. Sebenarnya saya dapat seat 20 orang, tapi semasa konfirm booking, yang sempat bayar cuma 12 orang. So bakinya saya return balik. Booking saya buat sejak Ogos 2016 lagi. Trip kali ini tentative hampir sama dengan trip sebelum ini iaitu 5h4m. Peserta terdiri daripada 7 orang lelaki dan 5 orang perempuan dan diantaranya 4 orang sudah pernah mendaki sebelum ini dan juga pernah mendaki bersama saya pada tahun 2015.

Hari Pertama : Khamis - 11 May 2017
Penginapan backpacker disediakan. Para peserta datang berbeza waktu. Ada yang sampai pagi, Petang dan juga lewat malam. Ada juga yang memilih menginap di Hotel. Transport Airport ke Backpacker, ramai menggunakan perkhidmatan Uber dengan bayaran sekitar RM10. Lebih murah dari teksi airport. Jika anda sorang dan sampai awal dan tidak terburu-buru boleh naik bus airport dengan bayaran RM5. Tapi jika anda berdua atau bertiga lebih baik naik uber yang caj dalam RM10 sahaja.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Bus Airport
Perkhidmatan Airport Bus ni untuk ke pusat bandar Kota Kinabalu dengan beberapa hentian station. Kebetulan Borneo Backpacker berdekatan dengan station Padang Merdeka dan di laluan yang sama, so bole minta driver bus untuk turunkan di Borneo Backpacker.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Borneo Backpacker Sabah
Backpacker ini memang selesa dan dekat dengan pasar filipine. Maklumat lanjut berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/. Tahun 2015 Borneo Backpacker ini telah diambil alih oleh pengurusan syarikat yang baru. Syarikat Sticky Rice Travel Sdn Bhd telah mengambil alih Borneobackpacker dan juga kedai kopi di bawahnya. Web site borneobackpacker juga telah bertukar wajah baru di alamat http://www.borneobackpackers.com/.


Hari pertama peserta dengan aktiviti sendiri, ada yang sewa kereta dan jenjalan sampai kundasang, ada yang shoping pasar filipine dan ada yang rehat sahaja.


Hari Kedua : Jumaat - 12 May 2017
Pada hari kedua seawal 6.00am kami semua telah bersiap sedia menunggu transport datang. Kami mula gerak ke Kundasang sekitar jam 7.00am dan singgah pickup Cikgu Awal dan Huzam di Tune Hotel 1 Borneo. Kemudian singgah sarapan (tempat baru Lupa nama tempat ni) tapi kali ini bukan Putrajaya yang selalu singgah.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Kami singgah di Pekan Nabalu untuk bergambar. Pemandangan bagus dan dapat merakam gambar yang bagus jugak. Sini memang port tempat bergambar bagi para pelancong yang datang ke kundasang. Kami tidak singgah lama disini dan tidak juga shoping kerana mahu meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Sampai di Kinabalu Park, sementara buat pendaftaran ada yang mengambil peluang bergambar sekitar kinabalu park. Selesai mendaftar kami check in di Tahubang Lodge untuk letak Bag. Tahubang Lodge ni terletak seberang jalan dihadapan pintu masuk Kinabalu Park. Sebelum ini saya biasa booking chalet dalam kinabalu park, tapi kali ini cuba yang lain pula. seterusnya kami bertolak ke Kundasang untuk makan tengahari dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kundasang. Masjid Jamek Kundasang ini terletak di atas bukit boleh jalan kaki sahaja dari pekan kundasang ini. Kami Lunch di Pekan kundasang bersebelahan dengan War Memory terdapat kedai makan yang famous dengan Chicken Wing bakar, so kami pun tidak melepaskan peluang untuk mencuba.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kampung Marakau untuk melihat ikan kelah. Plan asal hendak ke Sg Maroli tetapi disebabkan jarak dan masa maka Kg Marakau dipilih kerana lebih dekat. Ternakan ikan kelah di sini tidak sebesar dan sebanyak seperti Santuari Ikan Kelah di Sg Maroli tapi ok la boleh merasa bagi makan dan pegang ikan kelah yang jinak-jinak.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam bagi makan dan bergambar. Destinasi seterusnya adalah Poring Hot Spring. Di sini tiada peserta yang mandi, sebaliknya cuma merendam kaki sahaja dan bergambar.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Malangnya kami sampai jam 4.30pm dan Gate telah ditutup. Jadi kami cuma bergambar di luar sahaja. Desa Dairy Farm Buka 8.00am-5.00pm, tapi masuk sebelum 4.30pm. so kena datang awal sikit next time :(.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Makan Malam kami di Restoran Puteri Nabalu didalam Nabalu Kundasang Lodge. Kawasan Lodge ni agak besar selain restoran dan ia turut menyediakan perkhidmatan Lodge, Meeting Room dan function room dan event. Makan malan adalah Seafood Stimboat. Harga yang ditawarkan tidak la terlalu mahal dan makanan pun sedap. Tapi sebelum makan kami singah shopping bazar tepi di kundasang, melihat buah-buahan dan sayuran yang segar2.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Setelah makan Malam kami pulang ke Tahubang Lodge, rehat sambil packing barang2 dan buat sesi taklimat ringkas sambil agihan Tshirt program.


Hari Ketiga : Sabtu - 13 May 2017
Jam 6.00am kami semua dah siap sedia, bergerak ke Kinabalu Park untuk tinggalkan beg di HQ Park dan seterusnya sarapan pagi di Balsam Cafe. Setelah sarapan kami tunggu guide dan juga porter untuk timbang beg. Semua dah siap tunggu bas untuk ke Timpohon Gate. Sampai di timpohon gate kami dengar sesi taklimat yang diberikan oleh guide. setelah selesai taklimat kami buat sesi regangan badan dan seterusnya memulakan pendakian.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Diawal pendakian masing-masing masih berkumpulan sehinggalah mencapai KM 3-4 masing2 sudah berpecah dengan kelajuan masing-masing. Peserta paling awal sampai ke laban rata sekitar 2.30pm dan paling lambat sampai dalam group ini adalah 6.00pm. Nane antara yang terawal sampai ke Laban Rata mengejar untuk join Via Ferata, Malangnya apabila beliau sampai di Pendant Hut, Pakej Short Via Ferata telah penuh.


Kinabalu 2014 Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Kami semua menginap di Lemaing Hut, setelah makan malam masing-masing mula berehat dan tido. Lemaing Hut ni Dorm Besar dan campur, walaupun campur peserta tiada masalah kerana nak tukar baju dan mandi dilakukan di toilet, katil untuk tido sahaja dari jam 8.00pm-1.00am, disebabkan sejuk semua peserta berselimut. Terdapat toilet dan Bilik mandi, ada dapur dan sinki, dapur boleh untuk masak air.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Hari Keempat : Ahad - 14 May 2017
Jam 1.00am dah ada peserta yang bangun siap sedia untuk ke Cafe Laban Rata Resthouse untuk sarapan. Kali ini saya tewas dengan AMS, tak tahu kenapa, biasanya saya kena symtom AMS dengan sakit kepala. Tapi kali ini saya kena pening yang teruk. Nak melangkah pun terasa dunia yang bergoyang :D. Lagi seorang kena AMS adalah Nur Dalila, beliau pun sama tak sangka, sbb 2 tahun semasa mendaki Kinabalu beliau sampai ke Puncak. So dua orang sahaja yang tak naik pagi tu.


Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Setelah semua dah sarapan, guide bagi taklimat ringkas dan seterusnya memulakan pendakian melalui jalan baru yang berhampiran dengan Lemaing Hut. Kalau dulu jalan masuk sebelah Gunting Lagadan Hut. Pertengahan Jalan sebelum sempat Check Point Abg Azmi pun tewas juga kerana masalah penghadaman, jadi beliau berpatah balik. Selebihnya meneruskan perjalanan dan melepasi Check Point Sayat-Sayat.


Kinabalu 2014 Kinabalu 2017

Peserta yang paling awal sampai Puncak dalam group ini adalah Hamyzy dan Nane Tahniah !!!. Saya kat laban rata tido jer. Keadaan cuaca sepanjang pendakian ke puncak hujan sedikit renyai2 tipis dan berangin.


sekitar 9.00am kesemua peserta group ini sudah selamat kembali ke Lemaing Hut dan bersiap2 untuk check out dan sarapan di Laban Rata Resthouse cafe. Sekitar 11.00am kami semua sudah beransur turun dengan kelajuan masing2. Cikgu Awal dan Cikgu Huzam perlu sampai ke Kinabalu Park Awal kerana kejar Flight Jam 9.00pm.


 Gunung Kinabalu 2017  Gunung Kinabalu 2017

Sekitar jam 5.00pm semua peserta sudah pun tiba di Kinabalu Park HQ dan menerima sijil masing-masing. satu Avanza bergerak dahulu untuk hantar Cikgu Awal dan Cikgu Huzam terus ke Airport. Tiba di KK ada yang menginap di Backpacker dan ada yang menginap di Hotel dan ada yang pulang ke kampung Kota Belut (En Sablidi). Sesi makan malam dan penutup program di buat di Gerai Seafood tepi Pasar Filipine.


Gunung Kinabalu 2017

Hari Kelima : Isnin - 15 May 2017
Hari kelima ini aktiviti free n easy, kali ini tiada yang kepulau, semua rehat di hostel sahaja. selesai sarapan peserta masing2 bergerak ke pasar filipine untuk shopping. Ada yang pulang Flight tengahari dan ada yang pulang petang.


 Gunung Kinabalu 2017  Gunung Kinabalu 2017

Begitulah cerita trip mendaki kali ini. harap terhibur membacanya.


Tentative Program

Day 1 : Khamis - 11 May 2017
- Free & Easy
- Check In Borneo Backpacker

Day 2 : Jumaat - 12 May 2017 - Tour
06.00am - Transport telah sampai di Backpacker
07.00am - Mula bertolak dan singgah di Tune Hotel 1Borneo untuk pickup 2 peserta yang menginap disitu, kemudian singgah sarapan di pertengahan jalan.
09.20am - Singah di Pekan Nabalu untuk bergambar, seterusnya meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park
10.30am - Singah di Kinabalu Park untuk Pendaftaran
11.30am - Singah di Pekan Kundasang untuk Makan Tengahari dan juga Solat Jumaat
12.30pm - Solat Jumaat di Jamek Kundasang
02.15pm - Melawat ikan Kelah di Sg Kg Marakau
03.15pm - Melawat Poring Hot Spring
04.30pm - Melawat Desa Dairy Farm Mesilau - Tidak sempat masuk kerana tutup 4.30pm, so bergambar di luar sahaja
08.00pm - Makan malam Seafood di Restoran Puteri Nabalu Kundasang
09.00pm - Cek In di Tahubang Chalet di hadapan Kinabalu Park
10.00pm - Taklimat dan sesi suai kenal dan agihan Tshirt Program
10.30pm – Packing barang2 yang hendak bagi portal dan yang hendak disimpan di Kinabalu Park
*Beg simpan di Kinabalu Park HQ = RM10 satu beg
*Portal dari Mesilau = RM12 untuk 1 KG

Day 2 : Sabtu - 13 May 2017
05.00am – Bangun Solat subuh
06.00am – Simpan beg di kinabalu park
06.30am – Sarapan pagi di Balsam Cafe Kinabalu Park
07.00am – Timbang beg untuk bagi portal dan Naik bas ke Timpohon Gate
08.30am – Taklimat oleh Guide dan Mula Mendaki
03.00pm – Peserta pertama dalam group ini sampai di Laban Rata
06.15pm - Peserta terakhir dalam group ini yang sampai laban rata
05.00pm – Makan malam dan cek in chalet Lemaing Hut
08.00pm – wajib tido

Day 3 : Ahad - 14 May 2017
01.00am – Bangun dan siap2 untuk mendaki
01.30am – Sarapan
02.30am – Mula Mendaki ke puncak ( Jarak 2.8km)
05.00am – Mesti melepasi Sayat-sayat Cekpoint sebelum jam 5.00am atau anda tidak dibenarkan naik.
07.00am – Sampai Peak bergambar
08.00am – Berkumpul di KM8 gambar duit seringgit bergambar baju raya dengan pantas
08.30am – Bergerak turun ke Laban Rata Rest House
10.00am – Sarapan dan Cek Out
11.00am – Bergerak turun ke Timpohon Gate
03.00pm – Dijangka tiba di Timpohon Gate
04.00pm – Ambil sijil dan tunggu Beg dari Portal dan ambil beg di HQ
05.00pm – Bergerak pulang ke Kota Kinabalu/ yang balik kl ( Terus akan hantar ke Airport)
08.00pm – Cek in Borneo Backpacker
09.00pm – Makan malam di Pasar Malam (Makan Seafood tepi laut)
– Majlis Perpisahan dan program berakhir

Day 4 : Isnin - 15 May 2017
Free & Easy, Peserta rehat dan shopping di pasar Filipine.

untuk Melihat Galeri Gambar trip ini sila klik capaian link ini https://kinabalufoto.wordpress.com/2017/07/07/mt-kinabalu-13-14-may-2017-timpohon/

Tuesday, December 20, 2016

Bromo Borobudur 2015

Trip Bromo Borobudur 2015
Trip Bromo Borobudur merupakan trip singkat yang melibat Surabaya dan Yogjakarta, Tiket Penerbangan kami dapat sangat murah semasa promo Air Asia iaitu KL – Surabaya (RM79.00 beli 13 nov 2014) dan Jogyakarta – KL (RM35.29 beli 13 nov 2014). Murah kan Total return cuma RM114.29. Naik trek ETS ke Padang besar sehala pun dah RM80, ini naik flight lagi :).

Trip ini di pecahkan kepada 3. Total 13 orang peserta ke Bromo selepas Bromo kami berpecah kepada Jogja dan Malang Batu. Bila habis di Jogja kami berpecah dua pula satu pulang terus ke kl dan satu lagi sambung ke jakarta bandung. Detail perjalanan kami seperti berikut:

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
Kami semua buat janji bertemu di KLIA2. Masing2 masih belum kenal ahli-ahli lain. Selepas Boarding dan di ruang menunggu barulah kami semua berkenalan secara ringkas dengan ahli2 lain, ada 4 orang dari Penang selebihnya semua dari KL. Semua kenal dalam group whatsap sahaja sebelum ini. Kami 11 orang berlepas ke Surabaya dengan Pesawat QZ321 pada jam 10.05am. Ada peserta yang beli tiket 6.45am tapi di delaykan ke flight yang sama jam 10.05am. Manakala lagi 2 orang telah berlepas ke Surabaya sehari sebelumnya.

Tiba di Airport Surabaya, kami menggunakan Wifi gratis Airport untuk berkomunikasi secara whatsap. Supir pun memang sudah menunggu ketibaan kami kerana flight tidak delay. Kami menaiki Mini Bus dan Avanza. Kami dibawa terus makan tengahari di sebuah restoran nasi campur yang murah. Makanan juga ok.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan dan singgah di kawasan perniagaan kulit Tanggulangin iaitu di Mall Permata Tanggulangi. Kawasan ni memang banyak butik2 dan kedai taylor kulit, tapi kami masuk mall ini kerana lebih besar. Harga kat mall ni ok la boleh tahan jigak ada yang murah dan ada yang biasa. Ada pelbagai barangan disini. Dalam ramai-ramai kami ada jugak yang membeli yang lain cuci mata sahaja sbb plan nak shooping hari last trip di Jogja. Seterusnya kami bergerak ke Bromo Dalam perjalanan kami singgah di sebuah gerai Telco untuk beli Simcard SIMPATI untuk internet.

Kami sampai di Hotel Bromo Permai sekitar 6.00pm. Selepas Cek in kami keluar untuk makan2 di kedai luar hotel, cafe Hotel juga ada jual makanan sehingga jam 9.30pm, tapi kami saja nak mencuba makanan local seperti bakso, nasi goreng dan lain2 lagi. Selepas makan kami pun berehat di bilik masing2.

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
Sekitar jam 2.00am kami semua sudah siap bangun. Juga sudah pesan wakeup call pada petugas hotel, tepat jam 2.00am memang diketuk pintu bilik. Setelah siap-siap menunggu jip didepan hotel kami sempat bergambar dahulu. Kami 13 orang naik 3 buah jip yang bertutup. Jip ni maksimum penumpang 5 orang. Persiapan kena sediakan jaket, glove dan mask. Suhu sejuk masa malam dan pagi sahaja.

Kami meentasi padang pasir kawah gunung berapi dan menaiki puncak penanjakan. Kena awal jika lewat jeep parking jauh dengan puncak. Kami sampai tidak la lewat tapi parking agak jauh kerana sudah penuh jeep parking di hadapan. So kena berjalan kaki. Bagi yang malas berjalan dan tak kisah pasal duit boleh naik Ojek Moto, ada saja penduduk yang ofer naik motor untuk hantar sampai ke puncak dengan bayaran 60ribu rupiah. Boleh tawar2 sehingga dapat murah jika hendak. Kalau boleh ambik sehala sahaja bagi yang malas bejalan, sebabnya biasanya bila turun driver jeep ini akan cuba naik sampai keatas bila ada kosong.

Kami sampai di Puncak Penanjakkan sekitar jam 4.00am. Suhu memang sejuk la, kena pakai jaket dan sarung tangan. Masa ni dah ramai orang berada di puncak penanjakkan untuk menunggu sunrise. Sekitar jam 4.30 - 5.00am matahari terbit, tetapi nasib tak berapa baik sbb sedikit berkabus jadi kurang jelas kelihatan matahari tu. Selepas matahari terbit dan suasana mulai cerah, para pengunjung mulai bergambar berlatarbelakangkan Gunung Bromo dan Gunung Semeru. Kami pun tak ketinggalan bergambar. Selesai bergambar kami tidak terus turun ke jip, sebaliknya kami singgah di gerai2 sepanjang ke puncak penanjakan untuk minum teh panas dan makan pisang goreng panas. Selepas makan baru kami turun ke jeep.

Jeep membawa kami turun ke savanah padang pasir hitam. Kata orang pasir berbisik, sebab bila angin bertiup bunyinya seperti ia seakan-akan berbisik kepada kita. Kami berhenti di tengah untuk bergambar dan seterusnya menaiki semula jeep ke tempat parking jeep untuk mendaki Gunung Bromo. Sampai sahaja di parking sudah di serbu oleh pemilik kuda yang ofer untuk naik kuda. Masa ini tawar menawar berlaku dan ada beberapa orang yang menaiki kuda sehingga ke tangga gunung Bromo. Bagi yang pertama kali datang, saya nasihatkan supaya menaiki kuda, sebab ia suatu pengalaman yang jarang kita dapat, harga pun tidak mahal sekitar 100ribu sahaja, ikut tawar menawar yang anda dapat. Lagipun bagi yang semput memang la terasa penat berjalan tambah debu pasir yang berterbangan. Jadi kena pakai mask.

....Bersambung... :(

Tentatif

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
10.05am – Berlepas ke Surabaya
12.00pm – Tiba di Surabaya
01.00pm – Terus Transport ke Bromo
06.00pm – Cek in Hotel Bromo Permai
08.00pm – Shoping and minum sekitar Hotel Bromo Permai
09.00pm – Lepas Dinner Terus Tidur

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
02.00am – Siap sedia menunggu Jeep
02.30am – Bertolak ke Puncak Penanjakkan
04.00am – Sampai Puncak Penanjakkan cari port untuk lihat sun rise
05.30am – Layan Sunrise, Solat Subuh
07.00am – Minum teh dan Pisang goreng panas di puncak penanjakkan
08.00am – Bertolak ke Gunung Bromo
08.30am – Layan Gunung Bromo
10.00am – Balik ke Hotel Sarapan dan mandi
12.00pm – Cek Out dan bertolak ke air Terjun Madakaripura (Berpecah satu van ke Malang Batu)
05.00pm – Bertolak pulang ke Jogjakarta
06.00pm – Berhenti makan malam di Probolinggo

Day 3 : 19/10/2015 – Isnin
04.00am – Sampai di Jogyakarta, singgah mandi dan solat beberapa km dari Borobudur
08.00am – Tiba dan beli tiket Borobudur
12.00pm – Cek in hotel di Jalan Malioboro
01.00pm – Taman Sari dan Masjid
03.00pm – Shoping dan jenjalan di Malioboro

Day 4 : 20/10/2015 – Selasa
09.00am – Candi Prambanan
11.00pm – Ratu Boko
02.00pm – Terus ke Airport
05.15pm – Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

Anggaran Kos
Pakej Bromo (Tiket Masuk, Jeep, Transport dan Hotel) = RM300
Pakej Borobudur (Tiket Masuk, Hotel, Van) = RM370

Bandung Jakarta 4H3M

Bandung Jakarta 2016
Bandung Jakarta 4H3M
Trip santai shoping ini telah di rancang sejak tahun lepas lagi 2015 dengan kesempatan promo air asia. Tiket pergi Kuala Lumpur ke Bandung dapat RM74 campur tax dan insuran jadilah RM122, manakala tiket pulang dari Jakarta Kuala Lumpur dapat RM18 campur tax, insuran dan ludgage jadilah RM115. So total RM237 untuk Return. Semua peserta 10 orang dan semua mendapat tiket harga yang sama.

Trip kali ini adalah terdiri daripada peserta rombongan yang sama dari trip yang lepas Jakarta Bandung 2014, cuma tambahan 2 orang peserta baru. Memandangkan ini trip santai shoping sahaja jadi itenarinya tidak banyak ke wisata, cuma ke Kawah Putih sahaja. Berikut adalah kisahnya..

Hari Pertama
Penerbangan Kuala Lumpur ke Bandung seawal jam 6.40am, jadi ada para peserta yang telah datang awal ke KLIA2 sejak jam 3.00am, selebihnya ada yang tiba jam 5.00am. Penerbangan dengan pesawat Air Asia berjalan lancar tiada kelewatan dan tiba di Bandung jam 8.05am waktu Indonesia.

Sampai di Airport sudah ada supir yang tunggu dan jemput iaitu Pak Arofah dan Randy. Kami naik van 12 Seater. Destinasi pertama apabila sampai adalah ke Kawah Putih. Pak Arofah guide dan Randy supir, memang peramah Pak Arofah ni dan tak lokek bercerita tentang Indonesia.

Singah Makan
Kami singgah makan di sebuah restoran masakkan sunda di Rumah Makan Saung Gawit yang terletak sudah hampir dengan Kawah Putih. Restoran suasana kampung dengan binaan restoran ini daripada buluh. Selepas makan barulah kami ke Kawah Putih. Sampai di Pintu masuk beli tiket dan naik ke puncak dengan van sendiri dengan bayaran 600ribu.
Bandung Jakarta 2016 Bandung Jakarta 2016
Dari tempat parking ke dasar kawah putih tidak jauh jalan kaki sekitar 10minit sudah sampai ke dasar dimana terdapat tasik. bau belerang tidak kuat jadi tiada yang memakai mask. setelah bergambar sakan kami pun turun dari Kawah Putih ke entering gate untuk minum teh panas yang diberi percuma.

Setelah selesai melawat kawah putih maka bermula la misi shoopig santai kami. Toko pertama kami singgah apabila sampai di kota bandung adalah toko kain ela namanya D'Fasion. Banggunannya 5 tingkat kalau tak silap saya. Kat sini terdapat pelbagai kain ela yang menarik2, memang ramai juga pengunjung. Dalam group kami tiada yang beli kerana tidak kena dengan citarasa.

Seterusnya kami bergerak pula ke Toko Tiga. Toko ini memang antara yang menjadi sebutan pelancong.

.......bersambung ..Maaf ya... :(

Tentative

Hari Pertama : Jumaat 11.03.2014
06.40am - Berlepas KL- Bandung
08.05am - Tiba di Bandung
11.00am - Singgah Makan
12.00pm - Tiba Kawah Putih
04.00pm - Toko Kain Ela - D'Fasion
05.00pm - Toko Tiga - Jeans
06.30pm - Collector Parfum Jln Pasirkaliki no 148 - Shooping Perfume bau Ori
09.30pm - Kambing Bakar Cairo - Jalan Cihampelas
11.00pm - Hotel Rorompok Jalan Riau

Hari Kedua : Sabtu 12.03.2014
07.00am - Sarapan di Hotel
08.30am - Naik Angkutan Kota ke Pasar Baru - Charted 1 Angkutan muat 9 orang 50ribu
09.00am - Sampai Pasar baru belom buka - tapi sudah ada beberapa kedai yang buka, masuk juga
01.00pm - Berhenti lunch di Food Court Pasar Baru
03.00pm - Naik Angkutan ke Jalan Cihampelas - Charted 1 Angkutan muat 9 orang 50ribu
04.00pm - Shoping di Jalan Cihampelas
06.00pm - Makan2 di ChiWalk (Cihampelas Walk)
08.00pm - Makan di Kambing Bakar Cairo - Jalan Cihampelas
09.30pm - Hotel Rorompok Jalan Riau

Hari Ketiga : Ahad 13.03.2014
07.00am - Sarapan di Hotel
08.00am - ke Pasar Baru, ada peserta tertinggal barangan shoping di kedai - kedai masih simpan :)
09.00am - Bergerak ke Jakarta
12.30pm - Tanah Abang
04.00pm - Thamrin City
07.00pm - Hotel Wisma 9 Jalan Kebun Kacang
09.00pm - Makan di Restoran Sate Senayan
11.00pm - Minum di Hard Rock Cafe Jakarta
12.00pm - Hotel Wisma 9 Jalan Kebun Kacang

Hari Keempat : Isnin 14.03.2014
07.00am - Sarapan di Hotel
08.00am - Dataran Monas
10.00am - Tanah Abang
01.00pm - Pasar Senen - Jam
03.00pm - Magga Dua
04.00pm - Gerak Ke Airport
05.00pm - Sampai Airport
08.25pm - Berlepas pulang ke KL
11.30pm - Sampai Kuala Lumpur

Total Kos
Hotel + Van untuk 4h3m = RM360 seorang
Flight = RM237 Return (KL-Bandung, Jakarta-KL)
Masuk Kawah Putih = 600ribu untuk 9 Orang dengan van sendiri

Supir
Nama : Edi
Tel : +62 853 2089 9973
FB : Cahya Edi Permana