Star Cruises ~ SuperStar Libra
Cuti2 Malaysia kali ini saya mencuba menaiki kapal mewah Star Cruises SuperStar Libra untuk pakej 2 hari 1 malam. Dah lama teringin nak cuba tapi tak kesempatan. Saya ingatkan pakejnya mahal sangat, tapi bila di cari rupanya tidak la mahal sangat. Bagi budget traveller pun kira masih mampu untuk merasai bercuti di kapal mewah dengan buget yang minimum.
Cara Booking
Terdapat beberapa cara untuk booking Star Cruises ini. Kapal Cruises ini juga terdapat 6 jenis kapal iaitu SuperStar Libra, SuperStar Virgo, SuperStar Aquarius, SuperStar Gemini, SuperStar Pisces dan The Taipan. Anda boleh pilih kapal2 ini bergantung kepada destinasi pelayarannya. Saya pilih SuperStar Libra yang berpangkalan di Penang Port di Swettenham Pier Cruise Terminal.
1. Direct Web Starcruise : http://www.starcruises.com/en/home.aspx
2. Agen : http://www.starcruisepackagesmalaysia.com/ , http://www.airlinktravel.my/cruises/
3. Direct Walkin : Penang Port Swettenham
Tips
Biasanya saya akan cari di web rasmi Star Cruise dahulu untuk lihat harga dan pakej yang disediakan..seterusnya saya bandingkan pula dengan harga di Groupon dan juga Harga dari Agen Pelancongan. Perlu diteliti pada kandungan pakej yang ditawarkan jangan lihat pada harga sahaja. Kekadang ada yang perkara termasuk dan ada yang tidak termasuk. Jadi kat sini kena bijak sedikit. Selain itu perlu juga di teliti tarikh-tarikh yang di tawarkan. Kalau di Groupon ada redemption period nya. Oleh itu pilih lah yang kena dengan jadual dan buget anda.
Saya pilih untuk beli Direct pada web site Star Cruise kerana pakej yang ditawarkan di Groupon dan travel Agen tidak sesuai dengan jadual dan budget saya.
Pakej Groupon http://getaways.groupon.my
Contohnya Pakej Groupon
3D2N Stay for 2 People on SuperStar Libra Cruise + Flamingo Hotel = RM596
Pakej di Groupon juga menarik dengan 1 malam di Hotel Flaminggo. Tapi perlu baca dahulu detail terma dan syarat pakejnya supaya tidak terlepas pandang jika terdapat bayaran tambahan. Jika dibandingkan pakej 3D2N Groupon dengan pakej 2D1N dari web Starcruise, sudah tentu pakej Groupon lagi murah dan untung jika harga pakej hampir sama. Jadi pada pendapat saya jika anda tidak terikat dengan jadual anda, maka ada baiknya ambil pakej dari Groupon yang ternyata lebih untung kerana ada penginapan di Flaminggo Hotel. Tetapi jika di website Starcruise ada pakej yang harga RM245 dan anda tidak mahu menginap di Hotel Flaminggo, maka lebih baik ambil pakej dari web Star Cruise :) .
Pakej di Web Starcruise http://www.starcruises.com/en/home.aspx
Pakej di Web Starcruise
2D1N Stay for 2 People on SuperStar Libra Cruise = RM245 (Tiada View) RM315 (Ocean View) - Antara Tarikh yang murah. Harga berbeza-beza mengikut jenis cabin dan tarikh walaupun Cabin dan pakej yang sama. Biasanya jika tengah minggu harga lebih murah berbanding jika hujung minggu. Harga pada hari sabtu boleh mencecah RM600
Tips Jimat
Jika anda pergi dalam group 3-4 orang, hanya 2 orang ambik pakej dgn Cabin dan lagi 2 orang ambik pakej tanpa cabin (Standing). So nanti anda boleh share cabin untuk tidur, katil cabin boleh di cantumkan. Cara ini ada juga yang buat :D . yang penting masa beli anda beli asing2 jangan pula bagitau yang anda nak sharing. Untuk pakej tiada cabin ini ( Pakej Standing) biasanya untuk pakej 2H1M sahaja yang ada, sebab kebanyakkan orang yang suka berjudi akan pilih pakej Standing ini sebab nak berjudi sepanjang malam. Pakej Standing ni boleh dapat dengan agen. Kalau melalui web Starcruise saya cek tiada.
Antara Pakej Yang Ada
Star LIBRA - 1 Night Cruise from Penang
Star LIBRA - 4D3N Penang-Phuket-Krabi-Penangg
Star AQUARIUS - 1 night from Kota Kinabalu
Star AQUARIUS - 3D2N from Kota Kinabalu
Star AQUARIUS - 4D3N from KK - Puerto Princesa - Kota Kinabalu
Star GEMINI - 3D2N (Fri Sailing) from Singapore
Star GEMINI - 3D2N Sg-Melaka or Port Klang-Singapore
Star GEMINI - 4D3N from Singapore-Penang-Langkawi-Singapore or Singapore-Penang-Port Klang-Singapore
Star VIRGO - 1 Night Cruise from Hong Kong
Star VIRGO - 3D2N High Seas Cruise from Hong Kong
Ok berbalik kepada trip saya. Saya pilih tarikh dan hari Sabtu dan Ahad untuk Pakej 2H1M, sebab nak jimat cuti tahunan :). So saya akan citerkan step by step bagaimana saya booking dan perjalanan saya ke sana. Setelah saya Lihat pakej dan tarikh-tarikh yang sesuai dengan jadual dan buget saya, maka saya memilih untuk booking terus dari Laman Web Rasmi Star Cruise.saya lihat ada juga yang murah sehingga RM270 untuk 2pax, tapi tarikh pulak tidak sesuai. Anda boleh booking 1pax juga tapi harga sama seperti 2pax, oleh itu mula2 anda search dahulu 1 pax tgk harga pastu anda search pulak 2pax tengok harga. kalau harga sama baik anda beli 2 pax, supaya anda dapat satu cabin dan tidak sharing. kalau anda booking 1pax kemungkinan boleh sharing dengan orang yang tidak kenal. Kalau booking di web Star Cruise saya lihat tiada option untuk tanpa cabin (Standing). Pakej standing ini boleh beli dengan Agen atau pun beli direct di kaunter Star Cruise di terminal.
Mula2 saya buka website rasmi starCruise, cari tarikh yang saya nak, selepastu ikut jer arahan pada web sehingga ke peringkat bayaran. Boleh buat bayaran melalui kredit card dan juga debit card. Saya guna debit card sahaja. Setelah buat bayaran dan telah confirm anda akan akan dapat pengesan tiket. Maklumat penumpang boleh menggunakan Pasport dan Juga Kad Pengenalan. Saya guna pasport sahaja. Kenapa boleh guna IC kerana kapal Cruise hanya berlayar sehingga ke lautan antarabangsa sahaja, ia tidak memasuki mana2 negara, kecuali jika anda ambil pakej Phuket Krabi.
Online Cek In.
8 hari sebelum berlepas anda sudah boleh online check in. memang mudah dan senang sahaja. macam cek in flight. setelah check in online anda akan dapat Boarding Pass. Print dan simpan boarding pas ini. ini link website untuk online checkin https://booking.starcruises.com/OnlineCheckIn/default.aspx?lang=en
Saya memandu ke Penang pagi Sabtu sekitar 4.00am, drive santai2 sambil menikmati pemandangan hiway :). sampai di Butterworth sekitar 10.00am seterusnya sengaja menaiki ferry ke George Town.. layan angin sepoi2 atas ferry. Sampai di George Town cari makan di Restoran Nasi Kandar. Try nak makan kat Nasi Kandar Beratur di sebelah Masjid Kapitan keling tapi tutup pulak, hanya buka jam 10 malam, jadi saya pun makan jer kat restoran yang buka. jika anda sampai awal dan hendak habiskan masa sementara menunggu boarding kapal Cruise sekitar jam 5.00pm, jadi anda boleh la berjalan2 sekitar little india mencari lukisan mural yang canntik (Penang Street Art)..ini saya akan ceritakan dalam entry Penang Street Art :)
Parking Kereta ~ Penumpang Star Cruise
Setelah puas pusing lihat Penang Street Art dan Padang Kota saya sudah sedia untuk ke Kapal Cruise. Jika anda menaiki kereta, jangan risau, Star Cruise ada menyediakan parking kereta khas bagi penumpang. Tapi parking ini hanya di buka pada jam 5.00pm sahaja.Ia terletak sebelah Tugu Fort Cornwallis, Pintu masuk warna biru. Caj parking cuma RM5 untuk 2 hari sehingga keluar.
Setelah Parking kereta saya bergerak menuju ke Terminal Swettenham Pier Cruise Terminal . Rasa teruja juga sebab pertama kali nak naik kapal mewah ni. sampai di terminal saya lihat dah ramai yang sedang beratur untuk Cek In. Masa Check in antara jam 5.30pm dan last Boarding adalah jam 8.15pm. Jika anda masuk awal, boleh rehat awal dan makan kerana buffet makan sudah bermula jam 6.00pm sehingga jam 9.30pm. Boarding Masuk kedalam kapal macam naik flight juga. Disebabkan saya telah check in online, semasa di kaunter saya terus diberi kad akses dan sticker "Online Cek In" yang di tampal pada dada, dengan sticker ini saya dapat terus masuk tanpa beratur panjang :). Pemeriksaan seperti biasa kita akan di scan dahulu sebelum masuk. Masukk kedalam saya terus mencari kabin saya.
Kabin Oceanview Stateroom
Kabin saya di tingkat 3, masuk sahaja suasana ala2 Titanic pulak. memang cantik. Kabin Oceanview Stateroom ni pun selesa. Bilik air dan toilet walaupun kecik tapi kemas dan bersih. Masuk menggunakan akses card macam hotel. Jadi di atas kapal semuanya menggunakan akses card, jika anda langgan perkhidmatan tambahan yang tiada dalam pakej dia akan minta card dan di rekod pada card tersebut, bila nak check out baru bayar.
Kabin Oceanview Stateroom ini dilengkapi dengan almari, meja tulis dan juga TV. Ala-ala bilik hotel cuma ruang terhad saja. jika anda hendak bilik yang lebih besar juga ada, harga pun besar jugak la :D . Cabin ini berdasarkan kajian saya boleh muat 4 orang, katil di kembarkan muat 3 orang dan sorang tido atas lantai :) . Ok la kan kalau nak berjimat :) . Setelah letak barang, apa lagi jom jamu selera la. makan di dek atas yang ada swimming pool dan jakuzi.
Makan Malam
Yang bestnya makan malam ni ialah anda boleh ulang-ulang makan sehingga buffet tutup jam 9.30pm, makanan tak abis2 pun. dah makan balik cabin mandi pastu datang makan balik :) . Terdapat 3 restoran, Halal dan tidak halal, biasanya yang tidak halal dibuat khas di level lain ( Chainese restaurant). Yang buffet di dek tingkat atas sekali adalah halal, dan ada juga saya jumpa chef Melayu. Makan minum sampai kenyang. Sambil makan anda akan lihat ramai jer yang sudah terjun pool beremdam dan mandi :). makanan juga banyak dan sedap. Antara yang saya sempat rasa masakkan lokal dan western seperti kambing grill, laksa, itik, kuih2, buah2. Selepas makan rehat sambil minum kopi :).
Setelah minum kopi saya pulang ke Cabin untuk mandi dan tukar pakaian. waktu ini sudah sekitar 8.45pm, anda akan mendapat pengumuman latihan kecemasan akan dilakukan. Selepas 15 minit macam tu FireDrill dibunyikan dan anda perlu pergi ke tempat berkumpul yang telah di tetapkan mengikut lokasi cabin anda, info ada pada kad Akses dan juga nota di belakang pintu. Sebelum ke tempat berkumpul penumpang perlu ke dewan utama untuk melihat taklimat dan demonstrasi pemakaian jaket keselamatan..Seterusnya penumpang di bawa ke lokasi boat penyelamat mengikut cabin dan berbaris 5-10 orang satu barisan, betul-betul di bawah boat penyelamat, taklimat diberikan beberapa minit dan selesai. Tak ramai pun yang join latihan ini, biasanya penumpang yang pertama kali naik sahaja, yang selalu naik saya lihat duk relaks kat swimming pool saja :D . Takperla kita kena juga tau latihan keselamatan ni..jangan ambil mudah.. :)
Aktiviti Malam
Jika anda bukan kaki judi, maka aktiviti malam anda agak terhad. apa yang boleh kita lakukan selepas makan adalah mandi di pool dan jakuzi, setelah itu sekitar jam 9.15 malam sudah bermula show di dewan utama. Aktiviti malam saya lebih kepada explore semua lokasi di dalam Cruise, Saya melawat dari satu dek ke satu dek. Antara kemudahan yang terdapat di atas cruise ini antaranya seperti tempat berjoging, Gym, Spa Massage, Karaoke, Bar, Golf Driving Range dan Mini Shop.
Di Mini Shop Cruise ini ada jual ubat gigi dab berus gigi jika ada yang terlupa bawa. Selain itu terdapat juga barang2 berjenama dan souvinior khas Star Cruise. Ramai jugak orang yang shopping kat sini. Saya tidak ketinggalan membeli Kopi Khas Star Cruise yang percuma Mug Star Cruise :) , kopi satu kotak ada pelbagai perisa dan sedap. Patut cuba, kalau minum star crusie kat sini dapat free wifi :). Wifi atas Cruise tidak percuma kalau nak kena bayar huhu.
Sudah habis explore saya kembali ke dek utama lepak di kerusi SunBed, pesan minuman dan layan live band sehingga tamat jam 1.00am. Selepas abis live band saya ke dewan utama layan movie pulak. Kebetulan cuma Movie Big Hero 6 yang dipasang. Layan jer. Sebenarnya bermula jam 9.15pm camtu sudah ada show, ada show berbayar dan show free. Tapi saya tak berminat, saya lebih suka kepada nak explore dan relaks di cruise sahaja.
Habis movie saya bergerak ke Cabin, sempat lalu depan Casino.. huhuhu ramai giler dalam casino, semua orang sedang asyik berjudi patutlah kat dek utama, gym, Spa, Karaoke cafe dan Bar sepi jer orang, rupanya semua asyik berjudi. So kalau kita yang bukan kaki judi ni, bila naik cruise ni rasa relaks dan tenang jer bila kita lepak kat dek utama ..sebab tak ramai orang :D. Orang hanya akan ramai semula semasa time makan :). Dah jam 2.00am, saya layan tido la apa lagi
Sarapan
Sarapan pagi sudah bermula dari jam 6.30am-10.00am. Masa ni baru nampak yang kapal Cruise ni penuh dengan penumpang :) . menu sarapan pagi macam hotel juga. Sedap jugak dan pelbagai. Selepas sarapan anda hanya ada beberapa jam sahaja sebelum chek out. Jam 9.00am sudah kena ready untuk check out. Di kaunter reservation anda semak kad akses anda untuk lihat jika terdapat sebarang caj tambahan atau sebagainya.
Jam 10.00am macam tu Kapal Cruise dah berlabuh di Terminal, dan ramai penumpang sudah berbaris untuk keluar dari kapal. Masa nak keluar sekali lagi kita kena imbas kad akses kita. Jika clear tiada apa2 hutang maka boleh terus keluar, jika masih ada hutang tak boleh keluar dan perlu jelaskan bayaran.
Sekian..Begitulah kisah percutian pendek di atas kapal Cruise
Tentative
Day 1 : 14/03/2015
04.00am - Memandu ke Penang
10.00am - Sampai di Butterworth naik Ferry
11.00am - Explore Penang Street Art (Lukisan Mural) & Makan Nasi Kandar
04.00pm - Lepak di Padang Kota sambil Layan Cendol
05.00pm - Parking kereta di Parking khas Star Cruise dan bergerak ke Swettenham Pier Cruise Terminal
05.30pm - Chek in, Ambik Kad Akses - Boarding
06.00pm - Masuk dalam kapal setelah melalui pemeriksaan
06.30pm - Masuk Cabin letak dan letak Beg
06.45pm - Makan Malam di Dek Utama - sampai nak muntah :)
08.00pm - Rehat di Cabin - Mandi dan tukar pakaian
09.00pm - Sambung Makan dan Minum di Dek utama/ Latian Kecemasan
10.00pm - Explore Star Cruise dan bergambar/ Ada Show di Dewan Utama
11.00pm - Lepak di Dek Utama sambil minum tepi swimm Poll sambil layan Live Band
Day 2 : 15/03/2015
01.00am - Layan movie (Big Hero 6)
02.30am - Movie Habis
02.40am - On the way balik ke Cabin Lalu depan Casino ( Penuh Orang :D )
03.00am - Tidor
06.00am - Bangun mandi dan siap2 untuk sarapan
06.30am - Sarapan bermula
09.00am - Siap sedia untuk Cek Out (Ke kaunter semak kad akses dan pulangkan Adaptor)
10.00am - Beratur untuk keluar
11.00am - Dah kembali ke kereta dan sedia untuk destinasi berikut nya :)
01.00pm - Sampai Alor Setar
06.00pm - Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur
12.00am - Sampai Kuala Lumpur
Tips
- Sila bawa adaptor untuk caj telefon, kerana soket kapal 2 pin sahaja.
- Jika lupa cepat2 pinjam dengan kaunter reception ( Limited )
- Bawa baju mandi (Sewa Mahal)
- Bawa kasut sport dan pakaian sukan jika boring2 boleh masuk Gym
- Show berbayar semasa dinner ada petugas datang ofer boleh beli tiket..harga dalam RM25 sahaja
- Jika bawa anak boleh bagi main kat Kids Indoor Playground
Perbelanjaan
- RM5 Parking Kereta
- Pakej (Bergantung Pakej apa yang anda pilih dari RM275 - RM700)
Bayaran Luar Pakej
- Spa dan Massage
- Minum di Bar
- karaoke
- Show Berbayar
- Makan dan minum selain dari waktu Dinner dan Sarapan
Komen
Suasana dalam kapal Star Cruise sangat selesa dan mewah. Makanan sedap dan ada varity. Sangat sesuai untuk relaks. Jika anda ambil pakej 2h1m, anda tak rasa happening sebab kebanyakkan yang datang majoriti hendak berjudi. Jadi tempat2 umum seperti dek utama, dewan utama dan show tidak ramai yang memeriahkan kecuali tiba masa makan sahaja.
Ini Jadual Aktiviti Pakej ~ Jadual yang diberikan oleh Star Cruise
14/03/2015
6.00pm-6.45pm - Welcome Serenade with Pianist Freddie (Live Band)
6.00pm-9.30pm - Hawker's Dinner (Pool Deck)
6.45pm-7.30pm - Party Rock with Class of Six Band and Cruise Staff (Pool Deck)
7.00pm-7.45pm - Romantic hits with Pianist Freddie (Live Band)
7.00pm-9.00pm - Young Sailor's Fun Time (Child Care Center)
7.00pm-10.00pm - Affortable Beer in town (Bar Beer open)
7.30pm-8.30pm - first Time Cruiser's Meet and Greet with Cruise Staff Coordinator Jad
8.45pm-9.15pm - Safety Drill for All guest
9.15pm-9.45pm - Showtime : Simply the Best (free)
9.15pm-10.00pm - Showtime : Chinese Top Hits the Fix Band (Live Band)
9.15pm-10.00pm - Ballroom hits with Pianist Freddie (Live Band)
9.15pm-10.00pm - Oriental Serenade with the class of six show Band (Live Band)
9.45pm-10.00pm - Jackpot Bingo with Jackpot Prize of RM34,888
10.15pm-12.00pm - Junior Camper with Kiddle Chef Class : Pizza Making (Pool Bar)
10.15pm-11.00pm - first Time Cruiser's Get Together Party with Cruise Staff (Pool Deck)
10.30pm-11.15pm - Love Songs with Cruise Staff Renesel (Deck 4)
11.30pm-12.00pm - Sensation - Adult Show (show penari perempuan pakai seksi RM25)
11.15pm-12.00pm - First Hits Music with the Fix Band (Live Band) (Deck 8, Disco)
11.30pm-12.00pm - Disco with the class of six show Band (Live Band)
11.30pm-12.00pm - Chinese Melody with Pianist Freddie (Live Band)
12.00pm - Jackpot Lottery Draw with Jackpot Prize of RM18,888
12.00am-12.45am - First Time Cruiser's karaoke jamming with Cruise Staff
12.15pm-1.00am - Slow Music with the Fix Band
12.15am-1.00am - Oriental Serenade with the class of six show Band (Live Band)(Pool Deck)
12.30am-1.50am - Movie Big Hero 6
12.45am - First Time Cruiser's Disco Party
15/03/2015
6.00am-9.30am - Breakfast
9.00am-9.30am - Zumba Dance Class with Cruise Staff (Pool Deck)
Brosur Star Cruise
Brosur Tentative
Brosur Pakej atas Cruise
Lagi Foto-foto Atas Star Cruise
Nak Tips lagi Murah dan Jimat :) naik Kapal?
Ada sebuah kapal lagi sebelah Star Cruise iaitu Amusement World Cruise. Kapal ni dari syarikat lain. Sangat murah tapi tak mewah macam star cruise. Boleh dapat harga semurah RM60 untuk 8 jam ada 2 trip iaitu Trip Pagi 10.30am-8.00pm dan Trip Malam 9.30pm-8.00am. Tapi tanpa bilik la, Pakej RM60 untuk 2 kali makan. Kalau ambik bilik lain harganya. Tak bestnya kapal ni tak ada pool deck (Deck atas tiada swimming pool). Tempahan hanya boleh dibuat kaunter yang terletak di bulatan sebelum masuk ke Port Swettenham Pier Cruise Terminal. Show2 international pun ikut musim ada masa ada ada masa tiada.
Brosur Amusement Cruise
Ini Update : 2 May 2017
Berikut saya kongsikan iklan pakej Star Cruise Libra dari Wbsite rasmi starcruise dan juga dari travel agen website starcruise packages malaysia.
1. 2.
1. http://www.starcruises.com/my/en/hotdeals/superstar_libra_malaysia_thailand_1n20off
2. www.starcruisepackagesmalaysia.com/starcruise-packages/family-cruise
FB : Surfink Holidays (yang ini saya tak pernah call, baru ternampak di FB sahaja, so tak berani nak rekomen)
So, utk pakej 2D1N nie actually kapal tue cruise ke x mydy? or kita just enjoy the facility atas kapal jer?
ReplyDeleteTQ
Hi Ann
ReplyDeleteThanks singgah di blog mydy.
Star Cruise ni dia belayar sehingga ke tengah laut laluan antarabangsa. Jauh dari Penang. So semua kemudahan kita bole guna. Kalau trip 2h1m sampai tengah laut open sea jer. Kalau nak belayar betul ambik pakej ke phuket. Kemudahan memang selesa gaya kapal mewah. Staff dan crew majoriti foreigner.
hi.....sy nk tye..pakej y awak ambk sekali dgn bilik n makan brpa??? sy x bp nk faham....y awak ambik nie untuk pakej 2 org ke?
ReplyDeleteHi Nurul
ReplyDeletePakej ambik untuk seorang bole dan untuk dua orang pun boleh. Jika kita ambil pakej seorang mungkin share kabin, tapi jika ambil pakej untuk dua org kita tak share kabin la.
saya kurang faham tentang pemilihan cruise punya port, sebab depart penang, arrive pun penang mcm x boleh pilih kat web ni.harap dpt trerangkan..heehehe
ReplyDeleteSalam Aimi
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah di blog saya
Berkenaan dengan booking kat web starcruise tu memang macam susah sikit kena cuba2.
Mula2 daftar jadi member dahulu kat web starcruise. https://booking.starcruises.com. pastu login dan search
saya juga telah cuba search untuk kapal Libra..tapi macam dah tiada pulak di tawarkan sekarang. Yang ada Gemini
yang saya jumpa Kapal Gimini berlayar dari Melaka ke Singapore
Saya ada email awk step by step harap ini membantu awk
Terima kasih juga sudi jadi folower saya
katakn saya pegi family...6 org...mcm mana nak bgtau dorang separuh nak standing pax..
ReplyDeleteHi Miza
ReplyDeleteKalau awk ambik standing pax dan cabin. tak perlu la nak bagitau dia yang awak nak tumpangkan semua dalam cabin tu. sure dia tak bagi punya.
so apa awak buat adalah booking yang berasingan
1 booking cabin pax
1 booking standing pax
camtu la tricky nya.
Nanti kat dalam bukan dia ada cek pun. cuma jgn kecoh2 jer la. Ramai jer saya nampak yang buat camtu.
contohnya pergi 4 orang, 2 ambik cabin, 2 lagi standing pax.
harap ini membantu. Terima kasih
brpe ye hrga standing pax,,, email sy hrga standg pax blh, noorzuliana.azhar@yahoo.com
ReplyDeletesalam..nak tanya...sy dh klik web utk booking..tp available hanya gemini..mcm mna ye nk pilih pakej libra?
ReplyDeleteAssalammualaikum.. Tumpang tanya.. Libra ni da xde year utk travel march 2016.. For 4 days 3 nights.. Puas search.. Xdpt jgk.. ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteHi ayda
ReplyDeleteLibra 2h1m dah takde buat sementara. Kapal ni maybe tak berlabuh lagi kat penang buat masa ni.
Hi murni
ReplyDeleteLibra 2h1m dah takde buat sementara. Kapal ni maybe tak berlabuh lagi kat penang buat masa ni.
Salam.saye cuba nk register tp cant to understand part area code n no..
ReplyDeletehai... masih ade ke pakej tuk standing. cz sy plan nk naik cruise pd bln 4 d penang...
ReplyDeletehi efa
ReplyDeleterasanya kapal ni dah tak berlabuh di penang dah, ramai yang mencuba nak booking tapi pakej 2h1m dah tak ada
hi nurul
ReplyDeletesaya pun tak sure, just try n erorr jer masa daftar dan berjaya
salam. sy dah bukak link untk tempah cruise tu. tapi, semuanya depart from singapore.. satu lagi, saya cri pakej dalam malaysia shj, tapi smuanya ke singapore. sbb sy tkde pasport. just ic. k boleh mcm tu?? maklumlah, first time nk p, tapi tk taw prosedure mcm mne. mohon bg tunjuk ajar..
ReplyDeleteSalam Syazwani
ReplyDeleteUntuk makluman star cruise ni ada promosi dan masa2 tertentu yang dia berlayar dan berlabuh. Selepas saya naik Cruise mac 2015 yang lepas, saya dapati sudah tiada lagi di tawarkan pakej seperti saya. kalau tak silap saya semasa dia berlabuh di Penang tahun lepas dia dlm proses penyelenggaraan, so di tak berlayar jauh pun, cuma sekadar masuk launtan international dan berpatah balik sahaja.
Perlu pasport jika tempahan online, dan merentasi negara.
so kalau depart from singapore, syazwani perlu ada pasport dan masuk singapore dahulu.
Sekian
harap ini membantu
Hai , I'm jasmin . . nk tnya . mcm if pgy 1day je .mcm mna ? Ada sy tgk kat banner to 1day 15+ smting kot . . mcm mna
ReplyDeletehi..kalau kmi nak 2 orng kena pilih pakage mana ye???? harga berapa ade pool deck...???
ReplyDeleteHi
ReplyDeleteKlau sya ada 5 mbers fmily..2 adult n 3 children..cmne pulk nak book cabin n standing yer? Tq
assalam tuan,kapal cruise tu ada bilik untuk solat x?sbb sy ni solo travel cuma amik pakej tanpa kabin..:)
ReplyDeleteApa je 2d1n.. Cuma kat 1 malam je.. Tak seronok
ReplyDeletesalam, sy asmat.. nk tnya mcm mana nk book utk standing pax, cz sy tgok xde pn dlm package. anak 7 tahun kne chrge ke?
ReplyDeleteWsalam
ReplyDeleteHi asmat. Tq komen di blog saya. Betkenaan dgn standing pax biasanya booking dengan agen. Kalau di web rasmi memang takde. Tapi tgk pada schedule ship tu.
Wsalam Afifi
ReplyDeleteTaksure berkenaan dgn tu Sbb saya ambik cabin . Tapi saya ada nampak ruang kosong.
Hi Linda
ReplyDeleteKalau nak booking pakej mcm ni, biasanya bole check dgn pakej agen.
Hi Jasmin
ReplyDeleteBiasanya pakej 2h1m ni ada promo kat web tapi jarang ada sbb ikut schedule kapal. Ada juga promo dgn agen dan groupun. Kalau google kat groupon takde kemungkinan schedule kapal takde 2h1m.
Salam bro, atas kapal line phone mcm mane/~?
ReplyDeleteassalam..sy nk tnye..klu kita beli tiket standing tu include breakfast n dinner x...
ReplyDeleteBestnya baca blog tuan ni. Teringin nak naik cruise, dapat harga murah2 lg best. nak bayar utk 2orang dewasa + 2org kanak-kanak (5yr+2yr) dok survey mahal juga. Ada tau mana-mana tmpt yg dpt diskaun lg tak tuan? klu boleh weekdays disember (bulan ni juga). terima kasih krn sharing.
ReplyDeleteHi Noorzuliana
ReplyDeleteterima kasih singgah di blog saya. berkenaan dengan harga standing pax ini bergantung pada pakej agen, biasanya tidak mahal dalam 100-200 sahaja. tapi kena tgk juga ada time tertentu kadang ada kadang tiada. kena rujuk travel agent.
Salam Ezuan
ReplyDeleteTerima kasih singgah di blog saya, Berkenaan dengan Line, kalau dia masih dalam perairan malaysia signal telefon masih dapat. kecuali dia masuk ke perairan antarabangsa agak jauh dari daratan, kalau mcm ni line tak dapat, tapi bole guna wifi jika ada. Pakej saya ni cuma 2h1m, kejap saja dia stop kat laluan international.
Salam Elle
ReplyDeleteSelalunya dah termasuk makan,
Salam Akmal
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah di blog saya. kalau nak tengok promotion ni biasanya kat Groupon selalu ada pakej diskaun ni. 3hari 2 mlm ( 1 mlm di hotel , 1 mlm di kapal), dan boleh juga lihat direct website cruise kadang ada promotion.
Saya dah beli tiket Star Cruise ni direct ke website. Saya dok cari2, mana lah untuk web check-in tu. Official website nye pon dah berubah, tak jumpa saya mana button nye. Bleh guide saya?
ReplyDeleteAlhamdulillah, trima kasih bg link tu. Saya google2 lg lps tanya tuan. Alhamdulillah jumpa juga. Pelayaran kami sekeluarga 29 Dis 2016, tu yang petang 28 Dis saya nak buat web check-in :-) anak2 seronok sangat. Kami berempat iaitu 2Dewasa dan 2kanak-kanak RM944 + 200 (grat) so total percutian atas kapal kami RM1,144.00. Lepas juga hajat. haha
ReplyDeleteajar saya sekali macamana
ReplyDeleteboleh pilih bilik kah?
ReplyDeleteMaaf nk tny..mengenai tukaran wang...survenier di atas kapal guna RM @ kn tukar duit? Klau ambik package yg lebih lama cth turun di phuket @ krabi.. jual bli dlm matawang thailand k? @ rm diterima
ReplyDeletehi Chris Lee
ReplyDeleteBoleh.. Semasa kita buat tempahan booking online kita boleh pilih jenis bilik, bergantung kepada pakej.
Atas kapal saya gunakan duit rm sahaja sbb 2D/1N. dan juga stanby debit card atau credit card. Biasanya ada tukaran wang, saya tak pernah berlayar lama sehingga ke krabi, tapi saya ada sembang dgn penumpang yg pergi kesana dgn cruise, mereka bawa duit thai jugak .
ReplyDeleteTahniah Akmal..alhamdulillah :)
ReplyDeletehi nak tanya, takde ke pakej dari semenanjung ke sabah,
ReplyDeleteini promosi terbaru
ReplyDeletehttp://www.starcruises.com/my/en/hotdeals/superstar_libra_malaysia_thailand_1n20off
ini promosi terbaru
ReplyDeletehttp://www.starcruises.com/my/en/hotdeals/superstar_libra_malaysia_thailand_1n20off
Bahasa pengantaraan atas kapal apa ye?..maklumla org kampung, x fluent ckp omputih ni....apa2 pn..kita boleh ckp mlayu x?
ReplyDeletehalo, saya nak tanya apakah udah sama makan kalo naik kapal starcruise ini ?
ReplyDeleteHi Rohaimey. Kebanyakan staf diatas kapal bukan melayu, kalau jumpa melayu pun berapa kerat saja. Masa saya pergi dulu salah sorang asisten chef tu melayu. So kalau tak pandai cakap english pun takpa janji tau sebut benda2 penting saja cth Halal?, where to Eat, have Pork?. Pastu bole baca jadual dah ok.
ReplyDeleteHi Aini kalau beli tiket starcruise sudah termasuk makan. kalau satu malam sudah termasuk (Dinner & Breakfast)
ReplyDeletehai saya nak tanya..percutian cruise ini saya tak mau pergi jauh..saya cuma nak dari penang ke penang..masih adakah?
ReplyDelete