Restoran Tajine ~ Restoran Masakan Arab Moroccan
Jalan - jalan cari makan kali ini membawa saya ke restoran masakan arab. Dah lama tak makan masakan arab ni. Kali ini saya mencuba restoran masakan arab Moroccan. Restoran ini terdapat 2 cawangan di Kuala Lumpur. Satu kat tengah2 Bukit Bintang dan lagi satu yang terletak di banggunan Bintang Goldhill yang bersebelahan dengan Beverly Wilshire Medical Center dan berdekatan dengan Prince Court Hospital.
Pekerja restoran ini semua orang arab. so kena speaking english la, kalau tau cakap arab lagi bagus. Masakan juga boleh tahan lazat dan sedap. standard masakan arab yang ada seperti masakan mandy, biriani dan kabsah. Lain2 tu la yang spesial sikit so kalau nak cuba makan kat sini cuba la menu lain seperti salad, appetizer, dan masakan moroccan.
Lokasi restoran Tajine yang saya suka adalah yang terletak di Jalan Tun Razak di banggunan Bintang Goldhill. Kenapa saya suka lokasi yang ini kerana parking senang dan tidak Crowded serta lebih selesa santai dan relaks. Jika datang sekitar jam 8.00 malam Jalan Tun Razak ni memang agak jem. Jadi saya datang dan sampai ke restoran sekitar jam 8.30 malam walaupun jalan run razak sedikit jem tapi masih ok.
Saya tak pasti restoran ini buka dari jam berapa dan tutup jam berapa. saya lepak sampai jam 11.00 malam sahaja. Jika anda hendak info yang lebih boleh la lawati laman Facebook restoran ini iaitu FB: http://www.facebook.com/pages/Tajine-Restaurant
Sedikit info dari wikipedia : From Wikipedia, the free encyclopedia
" Tajines in Moroccan cuisine are slow-cooked stews braised at low temperatures, resulting in tender meat with aromatic vegetables and sauce. They are traditionally cooked in the tajine pot, the conical cover which has a knob-like handle at its top to facilitate removal. While simmering, the cover can be lifted off without the aid of a mitten, enabling the cook to inspect the main ingredients, add vegetables, mix the contents, or add additional braising liquid.
Most tajines involve slow simmering of less-expensive meats. For example, the ideal cuts of lamb are the neck, shoulder or shank cooked until it is falling off the bone. Very few Moroccan tajines require initial browning; if there is to be browning it is invariably done after the lamb has been simmered and the flesh has become butter-tender and very moist. In order to accomplish this, the cooking liquid must contain some fat, which may be skimmed off later ".
Peta Lokasi
[googlemaps https://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Bintang+Goldhill+Jalan+Tun+Razak+Kuala+Lumpur&aq=0&oq=Bintang+Goldhill&sll=3.146022,101.72245&sspn=0.00286,0.004823&t=h&ie=UTF8&hq=Bintang+Goldhill&hnear=Jalan+Tun+Razak,+50400+Kuala+Lumpur,+Wilayah+Persekutuan+Kuala+Lumpur&ll=3.14554,101.721597&spn=0.040113,0.011673&output=embed&w=425&h=350]
Sekian
0 comments:
Post a Comment