Tuesday, July 17, 2012

Backpacker ~ Universal Studio Singapore


Universal Studio Singapore (USS)
USS merupakan tempat kunjungan kebanyakan rakyat Malaysia yang bercuti dan membawa keluarga. terdapat pelbagai cara untuk ke USS. Ada melalui Flight, Keretapi dan ada melalui Bas. Semuanya bergantung kepada keselesaan, buget dan masa masing-masing. Untuk post kali ini saya akan fokuskan kepada backpacker melalui laluan darat iaitu BAS.


Bas ke Singapore
Terdapat dua cara melalui bas, pertama bas ekpress terus ke singapore dan kedua bus terus ke Johor. Stesen bas di johor yang paling dekat dengan Singapore adalah Larkin. Jika tiket bas ekpres terus ke singapore habis pilihan kedua adalah ke Larkin. Tiket bas ke selatan boleh dibeli di Terminal Bas Selatan TBS di Bandar Tasik Selatan. Tiket bas sekitar RM40 - RM45 sehala. Ikuti tentative perjalanan saya seperti dibawah.


Tentatif Perjalanan


Jumaat
10.00pm - Tiba di TBS cari tiket, kebetulan tiket ekpress ke Singapore habis. so saya beli tiket bas ke Larkin.
12.30am - Bas mula bergerak - saya tido jer atas bus..senang


Sabtu
05.00am - Sampai di Stesen Bas Larkin - cari sarapan dan tukar matawang singapore. ada money changger yang buka awal pagi.
05.30am - Naik Bas ke singapore - tiket cuma RM2.20
- Bila dah dekat Emigresen nampak orang kuar dari bas ramai2 maka kita pun kuar masuk emigresen cop pasport. Selepas dah cop pasport cepat2 keluar dari emigresen cari semula bus yang kita naik tadi. kalau naik bus yang sama tak perlu bayar. kalau tetiba naik Bas yang lain kena bayar semula la.
06.30am - Tiba di Stesen Bus yang berhampiran dengan Stesen MRT Bugis
07.00am - Jumpa hotel backpacker yang ditempah melalui online (Corzy Backpacker)
07.30am - Walaupun tidak boleh Cek in lagi tapi backpacker ni benarkan kita mandi dan letak beg dahulu. nanti malam baru masuk bilik.
08.30am - mula gerak ke USS menaiki MRRT Station Bugis
09.00am - Sampai di Marina Park.. Bergambar kat Merlion ( Singa yang ada air pancut kat mulut).
10.00am - Sampai di USS beratur beli tiket. Masuk USS ...hoooreeyy- hoorey
10.00pm - Keluar USS balik ke hotel backpacker
11.30pm - jalan2 kat bugis road tgk aktiviti malam.
12.30am - Tido


Ahad
10.00am - Bangun Mandi dan Sarapan
11.00am - Cek out dan Shoping2 kat Bugis Street
01.00pm - Pergi ke Stesen bus berhampiran Bugis MRRT, Cari bus ke Larkin Johor. Jika hendak terus balik ke KL cari bas kat stesen yang berdekatan dengan Beach Road. Sebb kebanyakkan bas express yang direct dari KL akan stop kat Beach Road.
02.00pm - Sampai ke Larkin, cari tiket bus ke KL
03.00pm - Menaiki Bus Ke KL.
---------Tamat---------------

 
Terminal Bas Selatan (TBS) Tasik Selatan. Sedang menunggu bus. Tiket bus untuk ke USS ada 2 cara, Jika dapat tiket bus express terus ke Singapore lagi bagus. kalau tak ada kena beli tiket bus ker JB (Larkin). Saya plan last minit tiket bus direct ke Singapore abis jadi terpaksa beli singgah di JB dahulu.

Sampai di Stesen Bus Larkin tunggu Bus SBS Transit, Bus No 170, bus ni paling awal masuk Singapore sekitar jam 5.30am harga tiket cuma rm2.20. Bus no 170 ini sampai ke Stesen bus Bugis, dekat dengan Bugis Street dan MRT Bugis. Jika dekat Emigresen anda sudah tersalah naik bas tak apa, nanti dah sampai kat singapore cari mana2 MRRT station dan naik MRRT ke stesyen Bugis.

Ini lah Stesen Bus yang berdekatan dengan Stesen MRT Bugis. dari stesen ni kita jalan dalam 500 meter jumpa la. Bila jumpa Stesen MRT Bugis..jalan lagi ke kawasan Bugis Street, kat sini banyak hotel backpacker yang murah.

Inilah backpacker yang saya menginap Cozy Backpacker. Bawah hotel ni ada restoran mamak Muslim. jadi kalau nak makan tak susah la. Hotel ni pun ok dan selesa bagi backpacker. Ramai jugak foreiner yang menginap kat sini.

Signboard hotel ni kecil jadi anda mungkin terlepas pandang. Jadi nak senang anda rujuk banggunan tu. Sebelah kedai Seng Huat tu la Cozy Backpacker. Sebenarnya saya pernah menginap di Backpacker lain selain Cozy ni seperti di area Geylang road.

Bilik dan koridor pun selesa dan bersih.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti PC Internet, Wifi dan sarapan pagi. Biasanya backpacker bilik airnya di luar. Toilet dan Bilik air setiap tingkat ada jadi tak susah.

Shoping2 di Bugis Street

Bersambung

26 comments:

  1. kami kan nk pergi..ikot care en.hamydy ni..hehehe..haritukan..rase mcm nmpk la en.hamydy kat bukit gasing..hehehe.., pakai baju warna merah..

    ReplyDelete
  2. Salam Biey

    Terima kasih sbb baca blog saya dan sudi ikut tentative ni. :D

    next time kalau jumpa tegur la.

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH..:)..time kasih wujudkan blog mcm ni..sng org2 mcm sy ni nk jd kan panduan..:)

    ReplyDelete
  4. Salam Biey
    Sama2
    Cik boleh juga rujuk entri saya sebelum ini

    http://hamydy.wordpress.com/2012/07/29/backpacker-batam-indonesia/
    http://hamydy.wordpress.com/2012/04/30/singapore-uss-batam-2012/
    http://hamydy.wordpress.com/2011/09/13/backpacker-2012/
    http://hamydy.wordpress.com/trip-singapore-batam-2012/
    http://hamydy.wordpress.com/2011/08/26/kl-singapore-batam-2011/

    ReplyDelete
  5. salam... nak tanye abg hamydy ni... bilik yg abg tunjuk kat gambar tu.. katil dia double decker an... so 1bilik bape org erk? terima kasih

    ReplyDelete
  6. wsalam Zam
    bilik tu boleh muat 2 orang nak duduk seorang or berdua tak kisah asalkan sewa satu bilik. saya taknak kongsi so saya ambil satu bilik. jimat sikit dari ambil bilik hotel.

    ReplyDelete
  7. bro, terima kasih atas tips.
    cuma nak tanya, memandangkan sampai di imigresen dalam waktu subuh dan bertolak dari larkin sebelum subuh.. bro solat subuh di mana..

    ada surau ke/chapel room ke kat imigresen singapore tu.. terima kasih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,

    bleh tny budget encik ke singapore..?

    ReplyDelete
  9. Salam MNajem

    Di migresen Malaysia memang terdapat surau. so boleh solat dulu kat situ. so saya solat dahulu sebelum langkah sempadan. Maaf la info saya tak detail sampai ke situ.

    ReplyDelete
  10. sy nak pergi rabu malam ni direct turun beach road...info sgt berguna..harap semua berjalan lancar...

    ReplyDelete
  11. brapa harga hotel backpackerr tu utk semalam?

    ReplyDelete
  12. bajet berapa ye pergi dan balik kalau ikut cara ni?

    ReplyDelete
  13. Salam Tini

    Kos Seperti berikut

    Tiket USS = 74SGD = 191.40
    Tiket Bus KL-Larkin-KL = RM90 (RM45x2)
    Backpacker = RM50
    Bus dari Larkin ke Bugis Station Singapore = pergi RM2.20, Balik 2.2SGD

    Makan dan minum tak termasuk
    Train pun taksampai 10SGD sahaja

    TQ harap ini membantu

    ReplyDelete
  14. salam. ada ke bas direct dari johor ke USS ? kalau ada, boleh tau x bas apa. thank you

    ReplyDelete
  15. I comment when I especially enjoy a article on a website or I have something to contribute to the discussion.
    Usually it is caused by the sincerness communicated in the post I read.
    And on this article Backpacker ~ Universal Studio Singapore « The life journey.

    I was actually moved enough to drop a thought ;-) I
    do have a couple of questions for you if you usually do
    not mind. Could it be only me or do a few of the remarks look like coming from brain dead folks?

    :-P And, if you are posting on additional social sites, I'd like to follow you.

    Would you make a list the complete urls of
    all your public pages like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

    ReplyDelete
  16. salam. nak tnye kalau dr USS nak ke hotel backpacker macam mane? maksud saya after 1 day di USS,kene amik bus ape utk ke hotel backpacker ni?

    ReplyDelete
  17. Salam anakda,mkck dan pakcik nak jalan2 ke Singapore 6 Disember ni, naik bus dari JB.Agak2 bleh sesat ke.Dari KL kami drive dn nk cari otel dekat station bus.

    ReplyDelete
  18. Salam Makcik Jamaliah

    Terima kasih kerana komentar di blog saya. Kalau pegi singapore insyallah tak sesat.

    Kalau Bus express makcik turun kat Beach Road dah dekat dengan Bugis
    Kalau naik bus henti2 tu bus akan stop kat Station Bus Bugis
    Kalau sesat atau malas nak naik MRT, makcik naik teksi sahaja.

    ReplyDelete
  19. Tksh anakda.Mkck duk baca blog ke singapore utk panduan.

    ReplyDelete
  20. Sama-sama makcik jamaliah

    Kalau dah sampai sana nanti ambik la peta MRT untuk senang rujukan

    Selamat bercuti ke singapore :)

    ReplyDelete
  21. Salam ankda,dari station Raffles nk blek Kranji ade jalur hijau dn merah.MRT tu ade warna atau tulis Kranji.klau silap naik ke pasir rias pulak nanti.jgn gelak ye klau soalan ni lucu.esk mkck dah nak ke JB.Tksh

    ReplyDelete
  22. Salam..
    Nak tanya kalau naik bas dr tbs turun di spore-woodland atau spore-beach road?
    Dri situ ada bus ke uss terus ke ya?

    ReplyDelete
  23. Assalam. saya nak tau kalau naik MRT dari station bugis kena transit lg ke? boleh kasi detail kalau naik MRT sampai USS. tq

    ReplyDelete
  24. Hi Rose

    ada transit,

    1. Naik MRT Bugis (Beli tiket dari Bugis ke Harbourfront (vivocity))
    2. Tukar train di Outram Park
    3. Sampai HarbourFront masuk vivocity
    Pilihan Bus, Monorail, Cabel Car


    boleh rujuk entri ini https://hamydy.wordpress.com/2014/12/28/singapore-travel-by-bus/

    Peta MRT : https://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-transport/mrt-and-lrt-trains/train-system-map.html

    ReplyDelete
  25. salam Nadia

    Kos Seperti berikut

    Tiket USS = 74SGD = 191.40
    Tiket Bus KL-Larkin-KL = RM90 (RM45x2)
    Backpacker = RM50
    Bus dari Larkin ke Bugis Station Singapore = pergi RM2.20, Balik 2.2SGD

    Makan dan minum tak termasuk
    Train pun taksampai 10SGD sahaja

    TQ harap ini membantu

    Boleh Rujuk entri ini https://hamydy.wordpress.com/2014/12/28/singapore-travel-by-bus/

    ReplyDelete
  26. Salam Makcik Jamaliah

    Naik jalur merah senang terus ke kranji. Ikut ja jalur merah ke stesen terminal train tersebut

    Boleh rujuk peta MRT ni. MRT takde warna, kita kena tau jalur mana mengikut warna tu. peta MRT tu bole ambik kat kaunter.

    https://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-transport/mrt-and-lrt-trains/train-system-map.html

    ReplyDelete