Sunday, July 29, 2012

Backpacker ~ Tips Bergambar


Tips Bergambar
Entri ringkas ini saja saya buat memandangkan ramai jer yang asyik tanya saya kalau Backpacker seorang diri macamana hendak bergambar supaya gambar kita ada dalam foto tak la semua gambar pemandangan dan banggunan :D. Sebenarnya mudah saja dan jangan malu dan segan. Berikut adalah sedikit pengalaman yang saya ingin kongsikan. pic diatas ni adalah contoh gajet yang saya sering bawa jika ber Backpacker. Camera Dlsr, Camera Compact, Smart Phone dan 1 camera cap ayam.


Mintak Orang Ambilkan
Cara ni jangan segan dan malu. Biasanya sebelum kita mintak tolong dari orang ramai yang berhampiran kita tu, pertama sekali kita kena la jugak pilih, kita tengok gaya orang tu, kalau nampak yakin dia ramah dan tak buta camera barulah kita minta tolong dia. lagi satu pastikan camera kita di set pada seting auto, kalau tak sure tak jadi. lagi satu kalau mintak orang ramai ambilkan jangan anggap komposisi yang kita nak tu dia tau. Biasanya dia ambik ikut sedap dia janji nampak muka kita. Kita mungkin nak nampak sedikit sigh board atau latar belakang yang menunjukkan tempat tersebut. Selaluya tak jadi la. Jadi untuk mengelakkan masalah ini saya selalunya akan snap dahulu komposisi yang saya nak lepas tu saya tunjuk pada orang tersebut macam mana nak tangkap foto saya. Biasa nya cara ini berkesan. Jadi jangan lupa beritahu macamana yang kita nak..tapi jgn mintak banyak2 dan pelik2 kang marah pulak dia. selalunya kita akan target 2 kali shoot sahaja jangan lebih, tapi kalau orang tersebut ok dan ramah dan sendiri nak shoot pic kita beberapa kali kita layan ajer dan ucap terima kasih banyak2 kat dia.




Guna Tripod
guna tripod adalah kaedah paling terbaik dan boleh merakan dengan cara yang kita inginkan. Namun cara ini tidak berkesan jika kita berana di laluan pejalan kaki dimana ramai orang lalu lanlang. Tripod boleh terdapat pelbagai saiz dan bentuk. bagi saya yang suka travel saya tidak suka bawa tripod besar Cukup la Mini tripod yang fleksibel. Ada satu lagi Monopod yang jarang kita jumpa, Biasanya orang akan pegang camera dengan tangan dan snop foto sendiri, tapi cara ni membuatkan muka kita nampak dominan (Besar) sedangkan latar belakang yang kita nak tu tak nampak. Jadi penggunaan monopod ini membantu, ia dipasangkan pada camera dan boleh dipajangkan pastu setkan selftimer dan pegang hulu dan ambil gambar, carani pun ok cuma kita mungkin akan nampak gambar tripod dalam pic kita tu..

Ini adalah Tripod Mini Flexibel yang saya suka. Ia boleh dibentuk dan boleh di letak di pelbagai permukaan yang tak rata sekali pun tergantung, pada tiang, pada pintu dan sebagainya ikut kretiviti kita.

Sekian..

1 comment:

  1. First of all I want to say great blog! I had a quick question in which I'd like to ask if you don't mind.
    I was curious to know how you center yourself and clear your head prior to writing.

    I've had trouble clearing my thoughts in getting my ideas out. I do take pleasure in writing but it just seems like the first 10 to 15 minutes are generally lost just trying to figure out how to begin. Any ideas or hints? Cheers!

    ReplyDelete