Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, August 3, 2012

Backpacker - Korea

Post kali ini khas saya buat bagi memberi sedikit info kepada pembaca blog saya. Rentetan dari pertanyaan, SMS, email dan panggilan telefon yang saya terima dari seluruh Malaysia bertanyakan info dan pengalaman saya melawat Korea. Maka saya pun mengambil kesempatan ini menulis semula trip saya ke Korea pada Mac 2011.

Dalam Post saya yang lepas tidak banyak saya tulis pengalaman saya memandangkan ketika itu saya agak sibuk.

http://hamydy.wordpress.com/2011/03/14/korea-2011/

Berikut Adalah Senarai Penginapan Murah "Backpacker" di Korea. Ada yang murah dan ada yang sederhana.

1. Guest house in korea

2. Backpacker Sinside.com

3. Seoul Backpackers

4. HostelZ   :Web yang ada list semua hotel buget di Korea.

5. http://www.staykorea.co.kr/english/index.html

6. http://www.hostelseoulkorea.com/

Sekian

Thursday, August 2, 2012

Backpacker - Borneo Backpackers Sabah


Borneo Backpackers Kota Kinabalu Sabah
Backpacker lodge yang sering menjadi pilihan saya jika setiap kali membuat trip pendakian Mt Kinabalu. Terdapat beberapa lagi backpacker lodge yang saya pernah menginap. Tapi untuk entry kali ini saya citerkan satu2 dahulu. Backpacker ini terletak memang tak jauh dengan Jeselton dan Pasar kraftangan. jalan2 kaki jer.

Bagi saya setakat ini setelah beberapa kali menginap di backpacker ini saya rasa ia selesa dan murah. yang penting ia berdekatan dengan kedai2 makan dan shoping.


Ruang  Santai
Ruang ini menempatkan dua buah sofa, rak buku dan tempat untuk gosok baju (Ironing)dan sebelah balkony. Diruang ini juga terdapat 2 buah komputer yang menyediakan perkhidmatan internet percuma. Anda boleh guna seberapa lama pun dan sampai tengah malam, tapi kalau ada orang menunggu anda kena la bagi giliran. Biasanya pengunjung tidak la guna komputer ni lama2, sekadar update FB, Upload gambar, cek in flight dan membaca email. Terdapat novel2 dan majalah di ruang rak buku. Backpacker ini terkenal dikalangan pelancong asing. oleh itu kita kena booking awal untuk dapatkan tempat.

Terdapat juga di sebelahnya ruang meja untuk menulis dan minum atau makan kerana ada mini dapur yang membolehkan kita mebeli makanan segera seperti air tin dan mee segera dan boleh terus di masak.

Dihadapan Kaunter reception terdapat ruang santai untuk melihat TV. Ada astro disini. walaupun tak besar boleh memuatkan sekitar 10 disini dan boleh baring2 sambil layan TV.



Sarapan Pagi
Sarapan pagi disediakan. tapi kita kena buat sendiri la. yang disediakan adalah roti dan mentega dan jem serta minuman panas yang kena bancuh sendiri. Selain itu terdapat juga peti ais yang disediakan dan kita boleh meletakkan minuman kita didalam dan pastikan berlabel. Cikgu Zaidan sedang buat sarapan tu. tetiba jadi Model
 
Bilik Tidur
Kamar tidur yang disediakan adalah Dorm dan juga private room. Bagi private room (utk 2 orang) bilik ini tidak banyak yang ada cuma beberapa sahaja. Yang banyak ada adalah Dorm. Dorm yang disediakan ada yang 4 katil, 6 katil dan ada 8 katil. Bilik dorm selesa dan bersih. setiap tingkat ada bili air dan toilet. Dorm untuk perempuan juga disediakan. Jadi tidak perlulah nak kongsi dorm jika anda datang berlainan jantina. Tapi jika anda cuma seorang anda akan masuk ke dorm yang dan berkongsi dengan yang sama jantina la.

Tandas Dan Bilik Air
Kemudahan Tandas dan Bilik mandi juga selesa. walaupun berkongsi tempat..tapi tidak la perlu masuk berdua yer..:D. kalau seorang masuk bilik air seorang lagi boleh masuk tandas dulu. Setiap level ada tandas dan bilik mandi. Tapi nak lagi selesa Sabun mandi, tuala, shampu dan berus gigi dan ubat gigi kena la bawa sendiri. kat sini tidak disediakan. Jika terlupa bawa pergi aje ke 7-11 yang terletak tak jauh dari lodge ini.




Roof Top
Tingkat atas banggunan backpacker ini memang terbuka dan ada meja dan bangku disediakan bagi pelanggan yang merokok. Didalam backpacker tidak dibenarkan merokok, jadi roof top ini di sediakan bagi pelanggan yang ingin merokok dan jugak rehat sambil melihat pemandangan sekeliling dari atas banggunan. Terdapat kemudahan mesin basuh dan juga tikar untuk pelanggan berjemur. Terdapat juga ampaian bagi pelanggan yang menginap untuk menyidai pakaian.

Apa yang berdekatan?


Jika anda lapar kedai mamak yang paling hampir adalah Restoran Azlina Sulewesi. Restoran ini buka sampai lewat pagi. Dari sini anda boleh berjalan kaki ke Pasar Kraftangan (Pasar Filipine) Pasar Ikan Masin dan juga Pasar Malam Sinsuran. Selain itu anda boleh berjalan kaki untuk ke Jeselton.


Contact Backpacker ini seperti berikut:



Borneo Backpackers Sdn. Bhd.
No. 24 Lorong Dewan, 88801
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: 60 88 234 009    Fax: 60 88 233 688
E-mail: info@borneobackpackers.com
Website: www.borneobackpackers.com

Nama staff yang sudah biasa dengan saya ialah Edith dan Nani, kalau mention nama saya pada Edith sure dia kenal.

Sekian..

Tuesday, July 31, 2012

IFTAR Santai di Padang


IFTAR di Padang
Cara berbuka puasa seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi warga kota terutamanya yang tinggal berhampiran dengan padang2 yang mempunyai pemandangan yang menarik. Selain padang kawasan pantai juga menjadi tumpuan. Tempat santai berbuka kali ini adalah di Padang sebelah Masjid Shah Alam.

Jika anda melalui kawasan ini seawal jam 6.00pm, memang tiada apa2 pun, nak nampak orang yang bawa makanan untuk berbuka pun susah. Biasanya orang akan mula datang dengan serentak sekitar jam 7.00om. Selesai jer berbuka puasa sekitar 15minit anda akan dapati semua pengunjung mula beredar balik rumah dan ada yang beredar ke Masjid untuk Solat Magrib.

Biasanya Hujung minggu sahaja orang ramai. saya dimaklumkan jika hari bekerja ada jugak tapi tak banyak. Hujung minggu menjadi pilihan kerana keluarga akan bawa anak2 dan berbuka seperti ala2 piknik. Jika datang awal kanak2 berpeluang bermain bola, badminton dan sebagainya. Selain itu kekadang ada jer progam ibadah yang dibuat dekat tasik bagi menarik pera pengunjung untuk mendengar tazkiroh2


Sekian

Restoran D' Arab Cafe


Restoran D' Arab Cafe
Restoran masakan arab yang terletak di Shah Alam ini sememangnya tidak asing lagi. Boleh tahan sedapnya bagi pengunjung yang meminati resepi masakan arab ini. Restoran ini milik bumiputera. Dah lama saya tak buat entri berkaitan makanan. Bukan apa, kurang masa nak jalan2 cari makan ini.
 
Restoran ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam bersebelahan dengan UniSel. Dan terletak di Komplek Anjung 7. Restoran ini mempunyai 15 cawangan di Selangor dan Putrajaya.

Jika anda ingin berbuka Puasa di restoran ini pastikan anda tempah awal kerana meja sentiasa full booked. Tapi kalau anda datang lewat sedikit sekitar jam 8.00pm selepas orang berbuka..maka masih banyak meja lagi. Selain restoran ini di Komplek Anjung 7 ini terdapat banyak lagi restoran. Antaranya kedai burger besar, kedai minuman buahan jus. dan beberapa restoran lain. Komplek ini 2 tingkat dan Restoran D' Arab Cafe ini terletak di tingkat bawah.

 
Terdapat banyak juga menu dan minuman dalam masakan arab. Tapi biasalah mata saya akan tertumpu pada menu yang ada Kambing. Ada 2-3 menu yang ada daging kambing seperti Hanith Lamb, Kabsah Lamb, Aukdah Lamb. Saya mencuba Kabsah Lamb dan Hanith Lamb, Setakat ni kalau antara 2 tu saya lebih prefer Hanith Lamb, sebabya dagingnya di kukus bersama rempah menjadikan ia lembut. Daging kambing ini di makan bersama sos yang rasanya ada pudina. minuman dalam botol yang diimport dari arab juga ada disediakan.


Berikut adalah Contact Number setiap Cawangan


Sekian..

Sunday, July 29, 2012

Backpacker ~ Tips Bergambar


Tips Bergambar
Entri ringkas ini saja saya buat memandangkan ramai jer yang asyik tanya saya kalau Backpacker seorang diri macamana hendak bergambar supaya gambar kita ada dalam foto tak la semua gambar pemandangan dan banggunan :D. Sebenarnya mudah saja dan jangan malu dan segan. Berikut adalah sedikit pengalaman yang saya ingin kongsikan. pic diatas ni adalah contoh gajet yang saya sering bawa jika ber Backpacker. Camera Dlsr, Camera Compact, Smart Phone dan 1 camera cap ayam.


Mintak Orang Ambilkan
Cara ni jangan segan dan malu. Biasanya sebelum kita mintak tolong dari orang ramai yang berhampiran kita tu, pertama sekali kita kena la jugak pilih, kita tengok gaya orang tu, kalau nampak yakin dia ramah dan tak buta camera barulah kita minta tolong dia. lagi satu pastikan camera kita di set pada seting auto, kalau tak sure tak jadi. lagi satu kalau mintak orang ramai ambilkan jangan anggap komposisi yang kita nak tu dia tau. Biasanya dia ambik ikut sedap dia janji nampak muka kita. Kita mungkin nak nampak sedikit sigh board atau latar belakang yang menunjukkan tempat tersebut. Selaluya tak jadi la. Jadi untuk mengelakkan masalah ini saya selalunya akan snap dahulu komposisi yang saya nak lepas tu saya tunjuk pada orang tersebut macam mana nak tangkap foto saya. Biasa nya cara ini berkesan. Jadi jangan lupa beritahu macamana yang kita nak..tapi jgn mintak banyak2 dan pelik2 kang marah pulak dia. selalunya kita akan target 2 kali shoot sahaja jangan lebih, tapi kalau orang tersebut ok dan ramah dan sendiri nak shoot pic kita beberapa kali kita layan ajer dan ucap terima kasih banyak2 kat dia.




Guna Tripod
guna tripod adalah kaedah paling terbaik dan boleh merakan dengan cara yang kita inginkan. Namun cara ini tidak berkesan jika kita berana di laluan pejalan kaki dimana ramai orang lalu lanlang. Tripod boleh terdapat pelbagai saiz dan bentuk. bagi saya yang suka travel saya tidak suka bawa tripod besar Cukup la Mini tripod yang fleksibel. Ada satu lagi Monopod yang jarang kita jumpa, Biasanya orang akan pegang camera dengan tangan dan snop foto sendiri, tapi cara ni membuatkan muka kita nampak dominan (Besar) sedangkan latar belakang yang kita nak tu tak nampak. Jadi penggunaan monopod ini membantu, ia dipasangkan pada camera dan boleh dipajangkan pastu setkan selftimer dan pegang hulu dan ambil gambar, carani pun ok cuma kita mungkin akan nampak gambar tripod dalam pic kita tu..

Ini adalah Tripod Mini Flexibel yang saya suka. Ia boleh dibentuk dan boleh di letak di pelbagai permukaan yang tak rata sekali pun tergantung, pada tiang, pada pintu dan sebagainya ikut kretiviti kita.

Sekian..

Backpacker ~ Batam Indonesia


Batam 2012
Trip Batam lagi kali ini saya buat disebabkan atas permintaan rakan2 saya. Semua kawan2 saya ni belum pernah ke Batam. Jadi mereka teruja hendak kesana, walaupun Batam dan Johor tidak jauh tapi mereka tidak pernah pun pergi sebelum ini. Trip 3h2m memang menarik dan happening. Mulanya saya dan rakan2 cuma plan reunion sambil bakar kambing di PD tapi last2 minit tukar distinasi kerana PD tu dah selalu pergi.

Kami bertolak pada hari khamis malam sekitar 11.00pm dari kuala Lumpur dan sampai di JB 2.30am. Memang laju kawan2 saya bawa. Sampai di JB kami singgah minum di Restoran Mamak dan tukar matawang Indonesia di Pengurup wang yang buka 24 jam di Meldrum Walk.  Tempat ni happening , dimana hujung minggu sampi pagi pun ada kedai yang masih buka. Dikatangan Singaporean selalu lepak minum kat sini.

Setelah itu kami singgah tidur di rumah nenek Sarul di JB. Bangun pagi sarapan dah disediakan oleh ibunya ( TQ ibu sarul). Selepas Solat jumaat kami di jamukan oleh nasi beriani yang cukup sedap lagi enak berlauk KAMBING...yang dimasak sendiri oleh ayah Sarul. Memang sodap, kalau buka restoran sure laku punya. Bapa dia hidang kambing punya la banyak sorang 2 ketul pun tak habis. Apa2 pun TQ bapa Sarul..Memang terangkat punya sodap. Sekitar jam 4.30pm kami pun berangkat ke Terminal Ferry di The ZON.

Tiket Ferry Sehala RM80 dah termasuk tax. Agak mahal jugak. Ada orang ckp beli satu-satu, iaitu sehala pergi then bila balik beli pulak lagi jimat. tapi rasanya sama jer, sebab kalau belu pergi balik harga dalam RM120 tapi tak termasuk tax dan bayaran kat terminal ferry kat batam, bila di total lebih kurang jugak la harganya.

Menaiki Ferry boleh tahan jugak la lamanya sekitar 1 jam 30 minit rasanya. Masa ferry melalui selat antara Singapore dan Johor dia bergerak perlahan mungkin sebab faktor keselamatan ataupun undang2 perairan. Kami memilih untuk duduk atas bumbung untuk menikmati pemandangan dan juga untuk melihat sempadan singapore. Kelihatan juga Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan. Duduk di atas memberi kan kami kelebihan untuk bergambar dan jugak melihat kapal terbang yang mendarat rendah ke singapore.

Kami tiba di Batam pun sudah malam.  Sampai saja di Batam supir yang kami tempah sudah pun siap sedia menunggu kami. Kami tidak booking hotel pun sebelum datang. Kami walk in sahaja. Tapi cara ni agak bahaya sebabnya jika cuti sekolah alamatnya semua hotel di tengah pekan sudah penuh. Sebab kami datang hari jumaat makanya hotel masing banyak yang ada kekosongan. Kami mintak supir bawakkan kami ke hotel yang mudah untuk kami kemana2 hanya dengan jalan kaki untuk g shoping dan juga makan.


Tentative Perjalanan

Khamis 5 July 2012
11.00pm - Bertolak ke JB dengan Kereta

Jumaat 6 July 2012
02.30am – Sampai JB, Minum dan tukar Matawang Indonesia
04.00am - Lepak Umat Nenek Sarul
08.00am - Sarapan
08.30am - Tengok barang alat ganti kereta di sebuah kilang kereta potong.
04.30pm - Mula bertolak ke Terminal Ferry The Zon dengan teksi.
06.00pm - Menaiki Ferry ke Batam
08.00pm - Sampai di Batam
09.00pm - Cek in Hotel
09.30pm - Makan Malam Ayam Bakar Rujak- ( Restoran Dapur Unik)
11.00pm - Jalan2 tengok hiburan malam di Bandar Batam
01.00am - Balik Tido

Sabtu 7 July 2012
09.00am – Sarapan
10.00am – Shoping
12.00pm – Makan Tengah hari di Restoran Nasi Padang
01.00pm - Betolak Melawat Jambatan Barelang
02.00pm - Sesi bergambar sakan di Jambatan Barelang
03.00pm - Melawat port memancing dan juga Restoran sea food terapung beberapa kilometer dari Jembatan Barelang
04.00pm - Hilangkan dahaga di Restoran Ladang Buah Naga
06.00pm - Shoping di Factory Outlet
08.00pm - Shoping di Nagoya
11.00pm - Makan Malam di Restoran Bebek Penyet ( Itik Penyet)
12.00pm - Cekin Hotel
01.00am - Jalan2 tengok hiburan malam di Bandar Batam
02.00am - Balik Tido

Ahad 8 July 2012
09.00am – Sarapan
10.00am – Shoping last kat Batam Center
12.00thr – Naik Ferry
02.00pm – Sampai JB
03.00pm – Singgah Tido di rumah nenek Sarul
08.00pm – Jalan2 di Dangga Bay JB
11.00pm – Bertolak balik ke KL dengan kereta
11.00pm – Sampai KL
02.00am – Sampai KL Balik Umah Tido

 

Untuk transport anda boleh rujuk blog ini http://mvhtourbatam.blogspot.com/2013/04/minibus-and-car-rent-at-batam-indonesia.html

....akan Bersambung....