Borneo Backpackers Kota Kinabalu Sabah
Backpacker lodge yang sering menjadi pilihan saya jika setiap kali membuat trip pendakian Mt Kinabalu. Terdapat beberapa lagi backpacker lodge yang saya pernah menginap. Tapi untuk entry kali ini saya citerkan satu2 dahulu. Backpacker ini terletak memang tak jauh dengan Jeselton dan Pasar kraftangan. jalan2 kaki jer.
Bagi saya setakat ini setelah beberapa kali menginap di backpacker ini saya rasa ia selesa dan murah. yang penting ia berdekatan dengan kedai2 makan dan shoping.
Ruang Santai
Ruang ini menempatkan dua buah sofa, rak buku dan tempat untuk gosok baju (Ironing)dan sebelah balkony. Diruang ini juga terdapat 2 buah komputer yang menyediakan perkhidmatan internet percuma. Anda boleh guna seberapa lama pun dan sampai tengah malam, tapi kalau ada orang menunggu anda kena la bagi giliran. Biasanya pengunjung tidak la guna komputer ni lama2, sekadar update FB, Upload gambar, cek in flight dan membaca email. Terdapat novel2 dan majalah di ruang rak buku. Backpacker ini terkenal dikalangan pelancong asing. oleh itu kita kena booking awal untuk dapatkan tempat.
Terdapat juga di sebelahnya ruang meja untuk menulis dan minum atau makan kerana ada mini dapur yang membolehkan kita mebeli makanan segera seperti air tin dan mee segera dan boleh terus di masak.
Dihadapan Kaunter reception terdapat ruang santai untuk melihat TV. Ada astro disini. walaupun tak besar boleh memuatkan sekitar 10 disini dan boleh baring2 sambil layan TV.
Sarapan Pagi
Sarapan pagi disediakan. tapi kita kena buat sendiri la. yang disediakan adalah roti dan mentega dan jem serta minuman panas yang kena bancuh sendiri. Selain itu terdapat juga peti ais yang disediakan dan kita boleh meletakkan minuman kita didalam dan pastikan berlabel. Cikgu Zaidan sedang buat sarapan tu. tetiba jadi Model
Bilik Tidur
Kamar tidur yang disediakan adalah Dorm dan juga private room. Bagi private room (utk 2 orang) bilik ini tidak banyak yang ada cuma beberapa sahaja. Yang banyak ada adalah Dorm. Dorm yang disediakan ada yang 4 katil, 6 katil dan ada 8 katil. Bilik dorm selesa dan bersih. setiap tingkat ada bili air dan toilet. Dorm untuk perempuan juga disediakan. Jadi tidak perlulah nak kongsi dorm jika anda datang berlainan jantina. Tapi jika anda cuma seorang anda akan masuk ke dorm yang dan berkongsi dengan yang sama jantina la.
Tandas Dan Bilik Air
Kemudahan Tandas dan Bilik mandi juga selesa. walaupun berkongsi tempat..tapi tidak la perlu masuk berdua yer..:D. kalau seorang masuk bilik air seorang lagi boleh masuk tandas dulu. Setiap level ada tandas dan bilik mandi. Tapi nak lagi selesa Sabun mandi, tuala, shampu dan berus gigi dan ubat gigi kena la bawa sendiri. kat sini tidak disediakan. Jika terlupa bawa pergi aje ke 7-11 yang terletak tak jauh dari lodge ini.
Roof Top
Tingkat atas banggunan backpacker ini memang terbuka dan ada meja dan bangku disediakan bagi pelanggan yang merokok. Didalam backpacker tidak dibenarkan merokok, jadi roof top ini di sediakan bagi pelanggan yang ingin merokok dan jugak rehat sambil melihat pemandangan sekeliling dari atas banggunan. Terdapat kemudahan mesin basuh dan juga tikar untuk pelanggan berjemur. Terdapat juga ampaian bagi pelanggan yang menginap untuk menyidai pakaian.
Apa yang berdekatan?
Jika anda lapar kedai mamak yang paling hampir adalah Restoran Azlina Sulewesi. Restoran ini buka sampai lewat pagi. Dari sini anda boleh berjalan kaki ke Pasar Kraftangan (Pasar Filipine) Pasar Ikan Masin dan juga Pasar Malam Sinsuran. Selain itu anda boleh berjalan kaki untuk ke Jeselton.
Contact Backpacker ini seperti berikut:
Borneo Backpackers Sdn. Bhd.
No. 24 Lorong Dewan, 88801
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: 60 88 234 009 Fax: 60 88 233 688
E-mail: info@borneobackpackers.com
Website: www.borneobackpackers.com
Nama staff yang sudah biasa dengan saya ialah Edith dan Nani, kalau mention nama saya pada Edith sure dia kenal.
Sekian..
[…] berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/. Tahun 2015 Borneo Backpacker ini telah diambil alih oleh pengurusan syarikat yang baru. Syarikat […]
ReplyDelete[…] berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/. Tahun 2015 Borneo Backpacker ini telah diambil alih oleh pengurusan syarikat yang baru. Syarikat […]
ReplyDelete