Saturday, August 30, 2014

Medan Selera Rasta TTDI

Rasta
Medan Selera Rasta TTDI
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke Medan Selera Rasta. Tempat ini dah biasa saya datang sebelum ini, tapi tak pulak saya masukkan dalam entri blog saya. Kebetulan saya berada di Taman Tun Dr Ismail TTDI, maka saya singgah makan disini.
Rasta Rasta
Apa yang menariknya medan selera ni. Sebenarnya ia macam medan selera yang lain jugak, cuma medan selera ini menjadi tumpuan lepak minum kebanyakkan org melayu di kawasan ini. Masuk sahaja medan selera ini ada akan didatangi wakil-wakil gerai yang memberikan menu-menu meraka. Anda baca menu dan pilih makanan yang hendak dipesan.

Ada banyak gerai dalam medan selera ini dan pelbagai jenis menu dari masakan kampung, western hinggalah ke masakan thailand dan Indonesia. Pengunjung akan betambah ramai jika malam minggu. Antara menu yang menjadi bualan pengunjung dan jika di google kebanyakkan menyuruh kita mencuba Burger Bakar Rasta.

Kawasannya Medan selera ini besar dan ada shop-shop kedai yang menjual pakaian, buku-buku dan juga kedai mencuci kenderaan 'car wash'. Jadi sambil menjamu selera, kita bolehlah melihat barangan atau pakaian yang boleh dibeli. Lagi menarik, sambil menjamu selera di sini, kita juga akan dihiburkan oleh kumpulan pemuzik yang bergerak dari meja ke meja, tapi masa saya datang lewat petang tak ada mungkin bila malam dan malam minggu.

Bagi peminat bola dan kaki bola, Medan Selera Rasta ini merupakan pilihan untuk menonton perlawanan bola sepak secara live bersama kawan-kawan selain dari menonton di Restoran Mamak. Kalau ada bola dan pasukan faveret boleh tahan jugak sesak dan meriah dengan penyokongnya.

Lokasi Medan Selera
Tepi jalan
Bersebelahan Lebuhraya Penchala Link
dan Persimpangan Jalan Datuk Sulaiman
di jalan Penchala Hilir 1

Koordinat : 3.1585656,101.6259682

Sekian

0 comments:

Post a Comment