Monday, September 1, 2014

Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka

Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka
Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka
Jalan-jalan cari makan hujung minggu kali ini membawa saya ke Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka yang terletak di Jalan Lumut Kuala Lumpur. Restoran utama di Stadium Merdeka sudah lama di tutup sekitar tahun 2006. Saya google-google juga mencari lokasi restoran ini. Hasil pembacaan blog dan juga FB akhirnya saya berjaya mencari lokasinya yang terletak di Jalan Lumut Kuala Lumpur.


Sejarah Restoran
Setelah sembang-sembang dengan pemilik restoran di Jalan Lumut ini saya mendapat sedikit sebanyak info dari beliau. Menurut beliau Restoran ini mulanya dibuka di bawah pokok di Jalan Imbi Kuala Lumpur sebelum tahun 1996 lagi seterusnya restoran ini mendapat premis di Stadium Merdeka Kuala lumpur. Sebelum Restoran di Stadium Merdeka di tutup kerana kontrak menyewa premis tidak disambung, restoran ini sudah pun membuka cawangan di Jalan Lumut Kuala Lumpur sebelum itu. Jadi tidak hairan la jika anda google di internet ramai mengatakan restoran ini terletak di Stadium Merdeka. Oleh sebab itu nama Restoran ini kekal sebagai Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka.
Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka
Apa yang menarik tentang restoran ini,.. ermm ia masih sama seperti restoran mamak yang lain, restoran tidak la besar sangat. Cuma beza pada kari kepala ikannya sahaja. Semasa kunjungan saya sekitar jam 4.00pm tidak ramai pengunjung, mungkin ramai ketika makan tengahari. Lokasi restoran ini jauh dari jalan utama membuatkanya tidak bising, terletak di belakang Vistana Hotel.


Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka

Uniknya Restoran ini, ia hanya akan masak kari kepala ikan hanya bila anda Oder. Oleh itu kari kepala ikan yang anda terima memang panas-panas baru di masak, ini menjadikan keenakkan memakan kari kepala ikan bertambah lazat. Saya tidak pasti jenis kepala ikan apa yang di buat kari. Masa saya sampai cuma ada kepala ikan "nyot-nyot", saya pun tak tau ikan apa mamak tu cakap mcam tu :). Lauk-lauk lain yang biasa dimasak kebanyakan sudah habis, tapi restoran ini boleh masak laun lain ikut permintaan kita jika masih ada. Harga satu kepala ikan yang saya makan RM45, boleh tahan jugak harganya, tak pasti harga ikut saiz ke apa, tapi kepala ikan yang saya dapat tu besar la jugak. Dari segi rasa saya rasa sedap jugak, rasa tersendiri la. nak kata lebih power dari restoran yang lain tak boleh jugak sebab lain restoran lain rasa rempahnya dan cara masaknya. Oleh itu kita kena rasa sendiri la, masing2 ada citarasa yang berbeza.


Lokasi Restoran
Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka
No 28, Jalan Lumut
Damai Kompleks 50400
No Tel : 03-40451459

Koordinat : 3.170372, 101.696602

*Belakang Vistana Hotel, Bertentang persimpangan dengan PMB Investment

Sekian.

9 comments:

  1. Hi win
    Terima kasih komen.
    Kapan kamu datang ke Kuala lumpur
    Bisa aja saya bawa kamu makan- makan di tempat yang menarik.

    ReplyDelete
  2. janji ya ntar tak beli tiket loh :)

    ReplyDelete
  3. Sir.. nanti cuba kari kepala ikan restoran ZK kg attap!! Terbaik...

    ReplyDelete
  4. hi Azlina
    Terima kasih bagi sugestion tu. nanti saya cari dan cuba pulak.

    Thanks ya :)

    ReplyDelete
  5. Baru hari ini berpeluang ke sini. Memenuhi permintaan seorang sahabat untuk belikan kari kepala ikan. Untuk berbuka puasa katanya.

    ReplyDelete
  6. hi azlina. saya pun dah cuba restoran ZK Kg Atap…..Terbaik juga 🙂

    ReplyDelete