Sunday, August 17, 2014

Muzium Diraja Jalan Istana

Aku Ikon Patriotik 2014
Program Belia Aku Ikon Patriotik 2014
Pada tarikh 16 Ogos 2014, Telah berlangsung satu Program sempena bulan Kemerdekaan 2014 yang dilancarkan di Muzium Diraja Jalan Istana (Istana Negara Lama). Saya telah berpeluang terlibat sebagai salah seorang Urusetia semasa pelancaran tersebut.
Aku Ikon Patriotik 2014 Aku Ikon Patriotik 2014
Aku Ikon Patriotik 2014 Aku Ikon Patriotik 2014
Program “Aku Ikon Patriotik” ini adalah Program sempena Bulan Kemerdekaan Negara 2014 ini telah dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Program dengan kerjasama TV3 ini yang terdiri daripada 14 kumpulan peserta yang mewakili 14 buah negeri dan wilayah di Malaysia akan melakukan aktiviti seperti perlumbaan ExploreRace bagi menjejaki dan melakukan aktiviti berkaitan sejarah dan Patriotik.
Aku Ikon Patriotik 2014 Aku Ikon Patriotik 2014
Ini merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di Istana Negara Lama yang kini menjadi Muzium Diraja, walaupun sering melalui di jalan Istana. Tiada gambar yang dapat saya kongsikan semasa memasuki dalam Istana ini kerana tidak dibenarkan merakam gambar. Memang menarik ketika memasuki istana ini, anda akan dapat melihat pelbagai bilik yang terdapat seperti bilik tidur Diraja, Bilik Air, Bilik Bacaan, Pejabat, Tempat mengadap, Tempat perjumpaan dan sebagainya disamping gambar2 yang berkaitan dengan sejarah Yang di- Pertuan Agong.


Info
Muzium DiRaja merupakan bangunan Istana Negara Lama yang telah dibina sejak tahun 1928. Pada asalnya bangunan ini adalah rumah agam kediaman jutawan Cina yang dikenali sebagai Chan Wing. Rekaan bangunan dua tingkat ini adalah hasil kreativiti daripada sebuah fi rma seni bina yang terkenal di Singapura iaitu Swan & MacLaren. Keluasan kediaman seluas 11.34 hektar menerapkan seni bina gaya Palladian bagi menunjukkan kemewahan dan kehebatan kediaman tersebut sebagai rumah agam yang terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan mes pegawai tentera Jepun, dan kemudiannya diambil alih oleh British Military Administration (BMA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Setelah itu pada tahun 1950, bangunan ini dijadikan sebagai istana sementara Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sehingga tempoh pajakan tamat pada bulan Februari 1957. Bangunan ini akhirnya dibeli oleh Kerajaan Persekutuan dan dijadikan sebagai Istana Negara iaitu kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sebagai Istana Negara, bangunan ini telah diubahsuai beberapa kali dan mengalami penambahan secara besar-besaran sekitar tahun 1980-an dengan penambahan Balairung Seri Utama untuk upacara rasmi. Bangunan ini menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2011 semasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIII. Sumber (http://www.jmm.gov.my/ms/muzium-diraja)


Hari dan Masa Lawatan
Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Bayaran Masuk
Warganegara - RM 5.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) - RM 3.00
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah - RM 2.00
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian seragam - RM 2.00
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian seragam - RM 3.00
Ahli International Council of Museums (ICOM) - Percuma
Bukan Warganegara - RM 10.00
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah - RM 5.00

 

Sekian

0 comments:

Post a Comment