Saturday, July 19, 2014

RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT

RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Entri kali ini sempena Bulan Ramadan yang mulia ini saya dan beberapa orang kawan dari tempat kerja telah menganjurkan satu aktiviti amal bagi membantu meringankan beban rumah anak yatim di Olak Lempit iaitu RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH.


Entri ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk akan aktiviti amal yang kami buat. Tujuan saya untuk berkongsi maklumat dan aktiviti ini, manalah tahu jika ada pembaca blog saya ini yang tercari-cari aktiviti amal ataupun tidak ada idea untuk membuat sumbangan.
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Sebenarnya banyak tempat yang boleh kita buat sumbangan, banyak rumah anak yatim, orang-orang susah dan pelbagai lagi. cuma kekadang kita tiada idea dan memikirkan yang kita juga tidak berkemampuan. Sebenarnya jika kita buat secara jemaah kumpul rakan-rakan dan masing2 beri sedikit sumbangan lama2 ia akan banyak jugak. Mungkin harini ini kita sumbang RM500 sahaja dari kumpulan rakan2 kita, tapi dalam masa yang sama juga mugkin terdapat lagi insan2 lain yang pemurah turut juga menderma dan menyumbang, jadi sumbangan makin bertambah.
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Aktiviti ini di ketuai oleh sahabat saya En Anuar Rahman yang telah memilih lokasi RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT ini sebagai aktiviti amal tempat kerja kami. Seminggu dua sebelum pergi kami mengumpulkan sumbangan dari kalangan kakitangan yang ingin disumbangkan, ada yang sumbang duit dan ada yang sumbang beras dan bahan makanan.


Alamat rumah amal ni :
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Lot 11537, Jln Sepakat, Taman Cenderawasih,
Kg Olak Lempit, 42700 Kuala Langat.
Banting, Selangor. ( Belakang Shell).
Puan Norjia - 017-2967860

Koordinat : 2.830284, 101.597297

Pembaca blog boleh hubungi Puan Norjia - 017-2967860 jika hendak datang memberi sumbangan.


Anak-anak kat sini sekitar 45 orang. Yang paling muda sekitar 3 tahun dan yang paling tua sekitar Tingkatan 5, RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT ini terdiri dari anak-anak yatim, yatim piatu dan juga muallaf.


Adalah baiknya jika anda dan kumpulan anda ingin membuat aktiviti amal atau menyumbang, cuba hubungi dahulu penjaga RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH ini iaitu Puan Norjia atau datang sendiri ke sini dan bertanyakan tentang keperluan yang sesuai untuk disumbangkan. Jika hendak sumbangkan pakaian dan peralatan yang terpakai yang masih elok kuatir menjadi lambakkan atau tidak sesuai, jadi ada baiknya kita berbincang dan bertanya dahulu tentang keperluan yang diperlukan oleh rumah anak yatim ini sebelum kita membuat sumbangan.


Sepanjang Bulan Puasa ini saya dimaklumkan oleh Warden yang RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH ini hampir setiap hari ada badan dan juga dermawan yang menaja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim ini, sama ada majlis dibuat di RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH sendiri dan juga di Hotel.


Selain sumbangan wang ada juga yang membuat sumbangan tenaga dan juga ilmu, saya difahamkan terdapat ustaz dan ustazah yang datang mengajar serta terdapat para pelajar dari MARA yang datang memberi Tuisyen percuma kepada anak-anak yatim ini.


Harapan saya agar semua rumah-rumah anak yatim ini sentiasa ada bantuan dan sumbangan setiap masa agar ia dapat membesarkan anak-anak yatim ini sehingga dewasa.


Sekian


Antara blog yang dirujuk : http://aksarafendi.blogspot.com/2014/06/sumbangan-di-rumah-amal-asnaf-al-barakh.html

2 comments:

  1. […] ini adalah link entri lawatan pertama https://hamydy.wordpress.com/2014/07/19/rumah-amal-asnaf-al-barakh-olak-lempit/ […]

    ReplyDelete
  2. […] ini adalah link entri lawatan pertama https://hamydy.wordpress.com/2014/07/19/rumah-amal-asnaf-al-barakh-olak-lempit/ […]

    ReplyDelete