Tuesday, July 15, 2014

ALTEL - Syarikat Telekomunikasi Baru

ALTEL
ALTEL - Syarikat Telekomunikasi Baru
Saya pun baru dengar tentang syarikat ini. Setelah saya baca di laman web rasmi www.altel.my baru la saya tahu yang syarikat ini adalah dari kumpulan syarikat bumiputera iaiti Tan Sri Syed Albukhary. Wah akhirnya ada juga syarikat melayu yang buat rangkaian telekomunikasi ini. Syabas dan tahniah kepada Tan Sri Syed Albukhary kerana berusaha memecahkan monopoly dari syarikat bukan bumi dan semoga terus bertambah maju dan gah..


"Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.
Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat." - Sumber dari website www.altel.my
ALTEL
Walaupun sudah diperkenalkan sejak January 2012, namun tak banyak promosi dan juga iklan di TV, saya tidak pasti kenapa. Kalau kita cari simcard juga tak banyak kedai yang menawarkannya. Saya kebetulan pergi Shah Alam, saya mencari di Plaza Alam Sentral tingkat 3. Kawan saya yang bagi tahu lokasi kedai tu, memang senang jugak nak nampak sebab sigbord besar pada kedai. Tapi pelik jugak masa saya mula2 sampai di tingkat tiga saya ada bertanya pada kedai telefon yang mula2 saya jumpa, saya tanya kat mana ada jual sim card Altel, peniaga tersebut cakap dia tak jual dan tak tahu, pastu siap promote simcard celcome lagi. So saya pun pusing lagi barulah jumpa kedai tu.
ALTEL ALTEL
Kedai tu bukan dealer Altel, dia cuma jual simcard sahaja. So lepas pilih no yang berkenan, saya terus beli harga simcard RM7 sahaja, dalamnya ada kredit RM5, Selepas isi borang pendaftaran, ada petugas registerkan terus melalui telefon. Kejap sahaja terus dapat SMS mengatakan "This Altel Number has been successfully register under "nama saya ler". Selepas dah register saya buat panggilan pertama untuk membolehkan buat pilihan bahasa, selepas tu dah boleh Top Up.


Lokasi yang saya tahu ada jual simcard ini adalah Plaza Alam Sentral Tingkat 3, Pertama Kompleks Ground Floor kedai G-85. untuk lokasi lain boleh tengok pada websitenya.


Antara plan yang buat saya tertarik adalah RM28 untuk Altel pakej 365, iaitu kita topup RM30 then tolak RM28 untuk pilih pakej 365, nah sekarang tempoh sah dapat selama satu tahun. Sudah tak risau expired. Bila kredit habis top up saja, kalau tak abis kredit tu sim masih sah selama setahun. Bagus kan pakej ini. Teringat dulu2 ada pakej studen yang mana tempoh sah selama beberapa tahun.


Saya dah cuba so saya rasa ok la. tentang liputan atau servis ker tu, biasala mana2 new company still ada masalah dan sedang memperbaikinyakan, kita sokong dan sabar nanti lama2 dia akan maju dan coverage makin baik la. Setakat ini saya sudah gunakan internet 1GB, SMS, Call di kawasan Kuala Lumpur dan semuanya OK tiada masalah, saya belum cuba di kawasan lain lagi.


Berikut dibawah ini saya sharekan info yang saya copy past dari website ALTEL


Pelan Tambah Nilai

















































DENOMINASI - Fleksi - PIN-less, Easy ReloadTEMPOHDENOMINASI - Sederhana - Physical Scratch Cards & Soft PinsTEMPOH
 RM 3 - RM 43 hariRM 55 hari
 RM 5 - RM 95 hariRM 1020 hari
 RM 10 - RM 1920 hariRM 3060 hari
 RM 20 - RM 2945 hariRM 5090 hari
 RM 30 - RM 4960 hari
 RM 50 - RM 25090 hari

Perhatian: Denominasi Fleksi Flexi bermula daripada RM3 sehingga RM250 (kenaikan RM1)


 

Altel Tiga Enam Lima


Lanjutkan tempoh aktif kredit sehingga 365 hari dan sentiasa berhubung sepanjang tahun!
Nikmati tempoh sah kredit sehingga 365 hari hanya pada RM28 dengan Altel Tiga Enam Lima
Taip EXTEND dan hantar ke 25835


Pelan Jalur Lebar Mudah Alih


Untuk melanggan, hanya pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi di dalam akaun anda untuk pelan pilihan anda diaktifkan.



































MINGGUANBULANAN
Kuota500MB1GB2GB
Tempoh7 hari30 hari30 hari
Harga (RM)152848
LanggananTaip MB WEEK dan hantar ke 25835Taip MB 1GB dan hantar ke 25835Taip MB MONTH dan hantar ke 25835

 Periksa tempoh/kuota = Hantar MB BAL ke 25835  Menu Tambahan = Hantar MB HELP ke 25835






 


ALTEL

Sekian :)

Sumber Bacaan lain

1. http://www.themalaymailonline.com/tech-gadgets/article/syed-mokhtars-altel-takes-measured-approach-to-its-launch
2. http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130731/ko_02/Syarikat-telekomunikasi--Altel-masuki-pasaran
3. http://www.lowyat.net/2013/08/altel-now-live-plans-and-pricing-unveiled/
4. http://www.sinarharian.com.my/bisnes/altel-lancar-pelan-prabayar-berpatutan-1.205673

 

0 comments:

Post a Comment