Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, March 2, 2012

Kekosongan tempat Mendaki Kinabalu 15-17 Sept 2012

Berikut adalah kekosongan

Tarikh : 15-17 Sept 2012
Bilangan : 12 pax
Pakej : 3h2m

Tempat ni expired pada 9 Mac 2012

harga :
kalo 2 pax @ RM960
kalo 4 pax @ RM850
kalo 6 pax @ RM800
kalo 8 org @ RM770
kalo 10 pax @ RM750

BUTIRAN PROGRAM

MENDAKI GUNUNG KINABALU (via Timpohon Gate)

3 HARI 2 MALAM

Hari Pertama

  • Tiba di Kota Kinabalu.

  • Bergerak keKinabaluPark.

  • Sebaik tiba, daftar masuk ke asramaKinabaluPark(dormitory)

  • Makan malam diRestoranBalsamKinabaluPark.

  • Acara bebas.


Hari Kedua

  • Sarapan pagi diRestoranBalsamKinabaluPark.

  • Selesai sarapan, bergerak ke Park HQ untuk pendaftaran pendakian Gunung Kinabalu.

  • Penyerahan packed lunch kepada setiap pendaki.

  • BertemuMountain Guide dan bergerak ke Timpohon Gate

  • Memulakan pendakian dari Timpohon Gate ke Laban Rata (anggaran 6 jam pendakian)

  • Tiba di Laban Rata, daftar masuk ke asrama penginapan (dormitory, non-heated room)

  • Acara bebas

  • 05.00petang, makan malam di Restoran Laban Rata.

  • Acara bebas.


Hari Ketiga

  • 02.00pagi, bangun untuk early supper & bersiap sedia memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu

  • 02.30pagi, memulakan pendakian ke puncak (Low’s Peak)

  • 05.30pagi, waktu jangkaan tiba di Puncak Gunung Kinabalu. Nikmati pemandangan indah matahari terbit dari puncak Gunung Kinabalu & jangan lupa merakamkan gambar kenang-kenangan.

  • 05.45pagi, mendaki turun ke Laban Rata. Bersarapan pagi di Restoran Laban Rata.

  • 09.00pagi, daftar keluar dari penginapan & mendaki turun ke Timpohon Gate

  • 03.00petang, waktu dijangkaan tiba di Timpohon Gate. Bertolak keKinabaluPark.

  • Tiba di Kinabalu Park, mengambil sijil pendaki. Makan tengahari diRestoranBalsamKinabaluPark.

  • Bertolak ke Kota Kinabalu (penginapan)


Program Tamat.

PAKEJ TERMASUK:

1)       1 malam penginapan di asramaKinabaluPark
2)       1 malam penginapan di asrama Laban Rata
3)       Pengangkutan
4)       Yuran masuk
5)       Permit mendaki, Insuran mendaki, Sijil mendaki
6)       Mountain guide
7)       Makan minum seperti yang dinyatakan (2 Sarapan Pagi, 1 Packed Lunch, 1 Lunch, 2 Dinner,1 Early supper)
8)       Program seperti yang dinyatakan

PAKEJ TIDAK TERMASUK
1)      Kos/ perbelanjaan persendirian
2)       Yuran porter
3)       Tiket penerbangan
4)       Tips
5)       Pertukaran laluan ke Mesilau Trail
6)       Makan minum yang tidak dinyatakan
7)       Dan perkara-perkara yang tidak dinyatakan

KOS-KOS LAIN

1)       Store Penyimpan Bag/Barang di Kinabalu Park @ RM10.00 per bag
2)       Walking Stick @ RM5.00 per stick
3)       Head Torch Light @ RM15.00 per unit
4)       Jacket @ RM10.00 per unit
5)       Porter Fee @ RM80.00 per trip (10 Kg): Timpohon Gate – Laban Rata – Timpohon Gate

BARANGAN/KEPERLUAN YANG PERLU DI BAWA (Catatan dalam Bahasa English):
-          Suitable walking shoes / warm clothing / wind breaker / long sleeve shirts / change of clothes.
-          Drinking water / high energy food (chocolates, nuts, raisins, glucose).
-          Headache tablets / sun block / lip gloss / deep heat lotion / plasters / insect repellent.
-          Binoculars / camera / water proof bag for camera / torchlight.
-          Extra socks / towel / gloves / hat mask / tissue paper / toilet roll.

SENARAI PENGINAPAN
Kinabalu Park Hostel: Grace Hostel / Rock Hostel
Mesilau Nature Resort: Bishop’s Head Resthouse
Laban Rata (Dorm Non Heated): Laban Rata Resthouse/ Gungting Lagadan Hut/ Waras Hut/ Panar Laban Hut
 
MAKLUMAT DI PERLUKAN UNTUK TEMPAHAN
1)       Name Penuh
2)       No. IC
3)       Jantina
4)       Umur
5)       No. Telefon (Ketua Rombongan Sahaja)
6)       Jadual & No. Penerbangan (Jika pick up point bermula di airport)

Monday, February 27, 2012

Taman Negara Gunung Tahan


Taman Negara Gunung Tahan
Trip Kali ini saya berpeluang meninjau Taman Negara Gunung Tahan melalui Kuala Tahan. Trip selama 3h2m ini bermula pada hari jumaat 24 - 26 Feb 2012. Walaupun bukan trip adventure ataupun trip outdoor tetapi saya sempat meninjau serba sedikit lokasi dan juga pakej aktiviti yang ditawarkan disini. Trip ini merupakan trip jabatan tempat saya bertugas, yang mengadakan bengkel peningkatan kualiti organisasi. Jadi kesempatan yang terluang saya gunakan untuk survey dan dapatkan info untuk menganjurkan trip2 seterusnya.


 

akan bersambung.......... 27 Feb 2012...nantikan...memandangkan wordpress sudah boleh upload gambar seperti biasa maka mungkin cepat sikit saya update :D.

Tuesday, February 21, 2012

Mali's Corner Char Koew Teow Kampung Medan


Char Koew Teow Kampung Medan. Satu lokasi baru bagi saya yang dah lama tak buat jalan2 cari makan ni. telah dicadangkan oleh salah seorang pembaca blog saya yang suka juga makan. Gerai Mali's Corner ni terletak di kampung Medan.

Lokasinya senang sahaja iaitu berdekatan dengan deretan kedai kedai di kampung Medan. Gerai yang hujung. Terdapat juga gerai makan yang lain sebaris dengan gerai ini. Hasil Tinjauan saya mendapati memang ramai pengunjung yang makan disini.

Kesedapan : Mengikut lidah dan tekak saya = Rasa sedap boleh datang lagi :D

Maaf Pic kurang kualiti sbb guna camera phone cap ayam sahaja :D.

Gerai ini dibuka setiap malam. Tetapi ada jugak malam yang tetiba dia tutup tanpa notis.. saya tidak pulak tanya bila dia tutup.

Friday, February 17, 2012

Iklan Kekosongan Tempat Mendaki Gunung Kinabalu

Berikut adalah request dari salah seorang pembaca blog saya. Jika berminat sila hubungi beliau terus. Terima kasih
From: Nad Baharuddin <nutdeya@gmail.com>
To: hamydy@yahoo.com
Sent: Friday, 17 February 2012 12:14 AM
Subject: Kinabalu.Bantuan Hebahan.

Salam En.Hamydy.

Saya ingin meminta tolong kepada encik Hamydy untuk menghebahkan kepada rakan2 yang ingin mendaki Mt.Kinabalu seperti buiran dibawah.


Pakej : 3H2M

Tarikh : 3 julai hingga 5 julai.

Tempat kosong : 5 orang

Mendaki melalui Mesilau.


Pada saat-saat ini 5 org  group saya tidak dapat pergi. Bayaran deposit telah dibuat. Minta bantuan encik jika ada yang berminat.

Jika ada yg berminat saya akan berikan sebut harga pada mereka. Yang pasti memang jimat sbb saya uruskan sendirian berhad tanpa agen.
--
Have a nice day..
TeNad Baharuddin

Tuesday, February 7, 2012

Menabur Batu Cave Menuang Janda Baik - Latihan Pre Kinabalu 2012



Pakej Latihan ni saya saja namakan seperti itu sebab Latihan Hujung Minggu ini melibatkan 4 tempat yang yang betul2 meningkatkan stamina sempena persediaan mendaki gunung kinabalu.

Bukit Tabur West, Bukit Tabur East, Batu Cave dan Gunung Nuang melalui Janda Baik.

Terima kasih dan tahniah kepada 3 orang peserta Mt Kinabalu iaitu Cik Andrita, Cik Marlina (24-25 Feb 2012) dan En Fahlulhadi (22-24 Aprl 2012)

Terima kasih juga kepada rakan2 kelab KOHM dan Rakan2 pendaki yang sama2 turut menjayakan latihan ini.

Bersambung.... (disebabkan buat masa ni WORDPRESS tengah ada gangguan saya tidak dapat nak upload pic yang lain..mungkin sikit hari lagi bila wordpress dah ok ..saya upload semula...buat masa ni cuma boleh upload melalui email..jd susah sikit sebab tak boleh upload direct..

Thursday, January 26, 2012

Air Terjun BERKELAH 2012


Air Terjun BERKELAH Maran Pahang.
Aktiviti ini merupakan aktiviti pembuka tirai bagi tahun 2012. Trip ini seramai 15orang. Trip ini di anjurkan oleh kakitangan ORA (Outrange Adventure Team) yang diketuai oleh En Amir. Outrange Adventure Team merupakan sebuat syarikat penganjuran semua jenis aktiviti Outdoor. Tapi trip kali ini adalah trip suka2 santai kakitangan ORA yang selalu sibuk dengan penganjuran aktiviri untuk pelanggan mereka. Jadi trip ni mereka panggil trip santai bercuti :D. Selain kakitangan ORA kawan2 outdoor yang terdekat turut dijemput memeriahkan aktiviti ini. Trip Adhoc ni cuma baru dirancang tidak sampai seminggu sahaja. Terima kasih Kepada En Amir kerana turut menjemput saya untuk turut serta :D lain kali jemput lagi yer.


Trip ini dinamakan "Trip Santai Abselling, Flying Fox dan BBQ Kambing"


Cadangnya berkumpul di LRT Gombak jam 9.00malam pada jumaat 6/1/2012 tapi last2 semua berkumpul kat gerai makan. Berhampiran LRT ini ada beberapa gerai makan.. tak jauh jalan kaki dalam 5 minit sahaja. Sekitar jam 11.00mlm barula semua ahli sampai di gerai makan ini dan sempat makan dan minum dulu sementara tunggu yang lain. Kami buat Carpool jimat dan senang. So sebanyak 4 buah kereta semuanya. 3 buah bergerak dari gombak berhimpit2 jugak la sebab keta lagi satu (Keta Azmi) tunggu kat toll karak. sampai kat tol karak baru bahagikan semula ahli dalam keta supaya selesa. Perjalanan diteruskan sehingga la sampai di tapak rekreasi Air Terjun Berkelah. sekitar jam 2.00pagi. Sampai jer kat situ bulan cerah dan hanya keta kami sahaja yang paking kat situ. So nak jaga keselamatan kereta kami pakir rapat2 nak buka pintu pun tak dapat..tapi keta yang hujung kiri kanan terdedah la :D. Siap-siap kelengkapan, pembahagian RATION (Makanan), Kelengkapan tali dan sebagainya, Kemudian kami ada sesi taklimat oleh en Amir. Dan mula bergerak trekking ke air terjun.
 


Selepas meredah malam yang terang kami singgah di CP4 untuk buat chamsite, kawasan ni lapang dan tinggi dari punca air, jadi jika hujan dan ada kepala air yang turun dari atas chamsite kami selamat dari pukulan arus air dan juga keselamatan diri. ramai yang tidak tahu dan ambil mudah dengan chamsite ditepi sungai..kononnya mudah nak menggunakan air dan mandi-manda..namun harus ingat tentang kepala air bila ada hujan di hulu. Kemudian sementara belom mengantuk ada dikalangan ahli membuka gajet masing2 Ipone, Ipad, labtop dan sebagainya melayari internet....saya cuma ada kamera.. :D jadi sambil2 tu shoot gambar bintang.

Beginilah rupa chamsite kami. ada yang khemah tertutup, ada yang duk khemah terbuka (Ground dan Fly) dan ada yang buat kondo bertingkat ( Hamok 4 bertingkat). Suasana malam sunyi dan agak sejuk. Tiada gangguan nyamuk. semua tidur nyenyak.
 
Bangun pagi kelihatan yang lain masih nyenyak tido, cuma beberapa orang yang sudah bangun menikmati keindahan pagi. Saya tanpa membuang masa mula memancing ikan tengas. Last minit persediaan tak sempat cari ciji kelapa sawit masak masam, cuma guna roti gardenia sahaja. Cuma 30minit memancing boleh la dapat 5 ekor ikan tengas. Cukupla boleh buat tambahan lauk untuk sarapan pagi.
Bersambung........

Wednesday, January 4, 2012

Hutan Lipur Sg Tekala


Hutan Lipur Sg Tekala
Rentetan dari Broga Hill kami singgah di hutan lipur Sg tekala untuk mandi manda. Tak jauh dari Broga Hill. Sempena New Year ni dan cuti2 ni tempat ini menjadi tupuan dan kunjungan orang ramai. terutama family. Dehadapan Sg Tekala ini pula terdapat kolam memancing, pun penuh dengan orang ramai. So saya pun menjenguk Hutan Lipur Sg Tekala ini, rasanya dah hampir 3 thn tak datang sini. Banyak juga perubahan yang ada.
 

Satu perkara yang saya tak tahan tengok adalah sampah. ramai pengunjung kat sini main buang jer sampah merata2. Pihak pengurusan ada sediakan tong sampah tapi masih takde kesedaran. yang lagi tak tahan tengok tu lampin pakai buang bayi di buang camtu jer.. takde kesedaran betul la ibu-bapa tu.. macamana dia nak didik anak dia supaya baik kalau dia sendiri buang lampin camtu jer..orang kat bawah sedang mandi, lampin dibawa air habis tercemar.

Bayaran masuk yang dikenakan cuma RM1, antara kemudahan yang disediakan yang sempat saya perhatikan adalah seperti, Pondok, Tandas, Bilik Salin dan tapak untuk khemah, boleh BBQ. Kawasan ni tiada kawasan air yang dalam, kalau dalam pun cuma paras pinggang sahaja.

itulah seba sedikit yang boleh saya story kan pasal Hutan Lipur Sg Tekala ni.
Saya dan kawan2  layan jer lepak dan masak. Menu kat Sg Tekala ni adalah sup Cendawan Panas dengan Milo Panas serta baki makanan dari Broga, Roti dan biskut. Sambung Goreng kopok leko panas memang sedap petang 2 makan.


Ok sampai disini sekian dulu..jumpa lagi.. :D

Tuesday, January 3, 2012

New Year 2012


New Year 2012 di Broga Hill.
31 Dis 2011..New Year Broga tahun ini 2011-2011 agak sunyi. Ramai yang ke KL untuk celebrate, Bagi kaki Outdoor pulak banyak undangan yang dapat, antaranya Jelawang, Bukit Tabur, Gunung Tahan, Broga Hill dan lain2 lagi. Tapi tahun ni bagi penamat 2011 saya pilih Broga Hill jer. Buget sikit jimat kos.


Roger2 kawan2 maka mula la berkumpul kat Pekan Semenyih jam 9.00pm beli barang, g tandas, makan dan apa2 yang patut. memandangkan tiada kemudahan awam di puncak broga tu (air dan tandas).


Sampai jer di parking ladang kelapa sawit...didapati parking kosong gelap gelita. Masuk lagi kedalam pun tiada keta.. sah la cuma kami 2 biji keta sahaja yang masuk nampaknya malam tu. Setelah dah parking kereta mula buat persediaan barang2 yang hendak dipikul naik. Air 5 liter 1 botol..sampai pancit Mr Rizal bawa..selebihnya 1.5 liter setiap orang belum masuk 100plus dan lain2. Roti, Milo, Megi dan yang tak boleh lupa ialah bahan mentah dan rencah-rencam untuk masak Char Koew Teow.. Menu istimewa Char Koew Teow ni akan di masak oleh rakan saya Mr Qi. Penuh satu beg dia bawa perkakasan.


Setelah trekking dari ladang kelapa sawit hingga ke kaki Broga barula ternampak sebiji kereta, Dasyat jugak dia bawa wira sampai ke atas tu dgn jalan yang tak rata. Sembang2 mereka ckp mereka naik kejap jer pastu nak turun semula dan tidak bermalam.


Sepanjang perjalanan Mr Rizal yang baru buat camback to outdoor mengeluh semput.. biasala lama tak hiking..yang lain maintain jer..Sampai di CP1 Broga ..ternyata kami lah yang pertama sampai.. :D


Kami mula berlabuh pasang khemah di CP3, di CP2 pun ada kaw lapang tapi rendah dari CP3. Jadi untuk tengok view yang cantik dan boleh buat khemah adalah di CP3. di CP4 tapak khemah terhad manakala CP5 (puncak) View tak menarik kerana sebelah nampak hutan dan sebelah nampak view dan perlu naik atas batu. Jadi CP3 adalah yang terbaik kerana view boleh lihat 280 darjah.

Kami sampai di CP3 jam sudah 11.00 malam, pasang khemah dan Mr Qi sudah mula mengeluarkan barang dan perkakasan untuk memasak. Sementara menunggu Char koew teow siap dimasak, kami layan kopi panas special sambil di badai hembusan angin yang sejuk, sambil memandang langit yang cerah dan penuh bintang.

Tepat jam 12.00 tengah Malam, maka bermula la Sambutan Tahun Baru.. kedenganran mercun dan bunga api 280 darjah pemandangan. sungguh cantik, Bunga api dari Kuala Lumpur juga kelihatan. Orang2 semenyih Branang dan Broga kaya2 jugak la rasanya sebab banyak jugak bunga api yang mereka mainkan. View indah sekali.
Setelah selesai layan view pancaran bunga api, lagi 2 orang rakan kami yang baru sampai mula menapak ke CP3 dari CP1. kami pun lepak sambil makan Char koew Teow yang ternyata sungguh lazat, resepi keluarga Mr Qi turun temurun kot..rasanya. Selepas tu kami Lepak2 makan Prosperity burger, Chiken Burger, Frenfried dan char koew teow dan minum kopi. Kemudian sesi Fotografi pun bermula la.





Lebih kurang sekitar jam 2.00am baru la mula yang tido. Ada yang tak leh tido sbb banyak minum kopi. Saya dah ngantuk tido jer sambil membilang bintang terus terlelap. Sedar jam sudah kul 4.30am dah ada pengunjung yang sampai ke Broga Hill. Saya layan tido jer.. kawan2 lain ada yang tak dapat tido dek bising pengunjung yang baru sampai. Jam 5.30semua sudah bangun sbb dah makin ramai yang sampai. Mr Qi lagi sekali menyiapkan sarapan pagi Char Koew Teow. Kami sarapan sekitar jam 6.30am.

Pengunjung dah semakin ramai. Sembang2 rupanya kebanyakan mereka tidak tido lagi merka da yang lepas celeberate new year kat kl pastu terus datang ke Broga. Memang ramai. Kami layan sarapan dan sambil menunggu ketibaan lagi 4 orang rakan kami.


tengah sedap2 lepak dan berborang tetiba dikejutkan dengan kehadiran kumpulan Pertahanan Awam dan ada kakitangan yang membawa Bed Medic melepasi kami. Mulanya tiada sapa pun perasan sebab mereka terus berjalan saja sedangkan pengunjung lain sedang berehat keletihan. Saya pun pelik..Ermmm..ermm.. sambung makan lagi. tambahan menu dari kawan Muffin kenduri dan krepek.


Hasil soal selidik dan fakta kurang jelas, yang saya dengar lelaki berbangsa cina ini terjatuh dari batu di puncak Broga (CP5), dan bahu nya terkehel. Batu kat puncak Broga tidak la besar dan menjadi port untuk lepak melihat pemandangan. Dahulunya ada tangga besi untuk naik, tapi sudah lama tiada tangga tu, jadi kalau nak naik kena la panjat batu tu, walaupun tak tinggi tapi nak naiknya kena kangkang luas2, kalau yang kaki pendek masalah la sikit. :D . Kesian budak tu dia asyik risau tulang belakang dia sahaja. Org Pertahanan Awam tu tanya budak tu kaki boleh gerak tak.. dia cakap boleh.. so kalau boleh tulang belakang masih ok la..dan dinasihatkan jgn tido..Tengok muka kakitangan Pertahanan Awam tu nampak penat tercungap2. Terima kasih pada Pertahanan Awam yang bersedia dan bersungguh-sungguh menyelamatkan mangsa tu walaupun tengah cuti New Year.

Kami turun seiring dengan pertahanan awam yang membawa mangsa tersebut.  Sampai dibawah sekitar jam 9 am agak lewat sbb que panjang dibelakang pertahanan awam yang membawa mangsa semasa di curam2 trek broga.


Sekian sahaja.  Kisah New Year 2011-2012



Sumber Pic FireWork untuk pic yang diedit  : http://malay.cri.cn/621/2012/01/02/26s127124.htm

Thursday, December 29, 2011

Sate Tulang Senawang


Sate Tulang Senawang
Mungkin ada yang pernah makan dan mungkin ada yang baru tau. Saya pun baru tau jer ni. itu pun kawan2 yang sama2 mendaki Gunung Angsi yang ajak. Selepas turun dari Gunung Angsi kami ramai2 singgah makan di Senawang untuk mencuba Sate Tulang. Kat area kedai2 pekan Senawang ni ada beberapa kedai lain yang menjual satey, satey Hj Samuri pun ada berdekatan. Nak kata kedai mana yang best sy kurang pasti. ikut selera masing2. Kedai yang kami masuk ni adalah Restoran Mak Teh. Gerai satey yang ada kanopi merah depan restoran tu. Dekat dengan parking, dan lot hujung.

 
Istimewanya satey ni adalah pada potongan ayam yang di cucuk pada buluh satey. Ayam yang di potong ketul2, satu cucuk ada dalam 4-5 ketul. Tidak macam satey ayam biasa yang cuma dicucuk isi sahaja. Satey tulang ni di cucuk dengan tulang2 sekali. Jadi bila hendak makan, kena gigit sikit2 atau cabut seketul2 makan dgn tangan. Kalau dapat 5 cucuk pun rasa sudah kenyang. kalau tak silap harga secucuk dalam RM1, tak pasti harga sebab kawan mendaki yang dari senawang yang belanja.. saya ucap TQ kat dia. Kami oder 30 cucuk pun susah nak abis. :D


Kepada yang ingin mencuba boleh la pergi sana jika berdekatan, kat Area KL sy tak pasti pulak kat mana ada, kalau pembaca blog ada maklumat boleh la share kat sini.