Thursday, January 26, 2012

Air Terjun BERKELAH 2012


Air Terjun BERKELAH Maran Pahang.
Aktiviti ini merupakan aktiviti pembuka tirai bagi tahun 2012. Trip ini seramai 15orang. Trip ini di anjurkan oleh kakitangan ORA (Outrange Adventure Team) yang diketuai oleh En Amir. Outrange Adventure Team merupakan sebuat syarikat penganjuran semua jenis aktiviti Outdoor. Tapi trip kali ini adalah trip suka2 santai kakitangan ORA yang selalu sibuk dengan penganjuran aktiviri untuk pelanggan mereka. Jadi trip ni mereka panggil trip santai bercuti :D. Selain kakitangan ORA kawan2 outdoor yang terdekat turut dijemput memeriahkan aktiviti ini. Trip Adhoc ni cuma baru dirancang tidak sampai seminggu sahaja. Terima kasih Kepada En Amir kerana turut menjemput saya untuk turut serta :D lain kali jemput lagi yer.


Trip ini dinamakan "Trip Santai Abselling, Flying Fox dan BBQ Kambing"


Cadangnya berkumpul di LRT Gombak jam 9.00malam pada jumaat 6/1/2012 tapi last2 semua berkumpul kat gerai makan. Berhampiran LRT ini ada beberapa gerai makan.. tak jauh jalan kaki dalam 5 minit sahaja. Sekitar jam 11.00mlm barula semua ahli sampai di gerai makan ini dan sempat makan dan minum dulu sementara tunggu yang lain. Kami buat Carpool jimat dan senang. So sebanyak 4 buah kereta semuanya. 3 buah bergerak dari gombak berhimpit2 jugak la sebab keta lagi satu (Keta Azmi) tunggu kat toll karak. sampai kat tol karak baru bahagikan semula ahli dalam keta supaya selesa. Perjalanan diteruskan sehingga la sampai di tapak rekreasi Air Terjun Berkelah. sekitar jam 2.00pagi. Sampai jer kat situ bulan cerah dan hanya keta kami sahaja yang paking kat situ. So nak jaga keselamatan kereta kami pakir rapat2 nak buka pintu pun tak dapat..tapi keta yang hujung kiri kanan terdedah la :D. Siap-siap kelengkapan, pembahagian RATION (Makanan), Kelengkapan tali dan sebagainya, Kemudian kami ada sesi taklimat oleh en Amir. Dan mula bergerak trekking ke air terjun.
 


Selepas meredah malam yang terang kami singgah di CP4 untuk buat chamsite, kawasan ni lapang dan tinggi dari punca air, jadi jika hujan dan ada kepala air yang turun dari atas chamsite kami selamat dari pukulan arus air dan juga keselamatan diri. ramai yang tidak tahu dan ambil mudah dengan chamsite ditepi sungai..kononnya mudah nak menggunakan air dan mandi-manda..namun harus ingat tentang kepala air bila ada hujan di hulu. Kemudian sementara belom mengantuk ada dikalangan ahli membuka gajet masing2 Ipone, Ipad, labtop dan sebagainya melayari internet....saya cuma ada kamera.. :D jadi sambil2 tu shoot gambar bintang.

Beginilah rupa chamsite kami. ada yang khemah tertutup, ada yang duk khemah terbuka (Ground dan Fly) dan ada yang buat kondo bertingkat ( Hamok 4 bertingkat). Suasana malam sunyi dan agak sejuk. Tiada gangguan nyamuk. semua tidur nyenyak.
 
Bangun pagi kelihatan yang lain masih nyenyak tido, cuma beberapa orang yang sudah bangun menikmati keindahan pagi. Saya tanpa membuang masa mula memancing ikan tengas. Last minit persediaan tak sempat cari ciji kelapa sawit masak masam, cuma guna roti gardenia sahaja. Cuma 30minit memancing boleh la dapat 5 ekor ikan tengas. Cukupla boleh buat tambahan lauk untuk sarapan pagi.
Bersambung........

4 comments:

  1. wahhh..sgt cantik air terjun tue..(^_^)

    ReplyDelete
  2. An
    Tempatnya memang cantik ada 7 semuanya CP. Air terjun paling tinggi dan kolam yang paling besar dan dalam di tingkat atas sekali di CP7. memang dalam2 mandi pakai life jaket jer.

    ReplyDelete
  3. salam..boleh bg direction x nk ke lokasi tapak rekreasi Air Terjun Berkelah? sy dr melaka bercadang nk g sana ngn kwn2..senang x nk cari direction ke sana? any signboard utk dijadikn panduan? risau sesat sbb btolak mlm..huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam..boleh bg direction x nk ke lokasi tapak rekreasi Air Terjun Berkelah? sy dr melaka bercadang nk g sana ngn kwn2..senang x nk cari direction ke sana? any signboard utk dijadikn panduan? risau sesat sbb btolak mlm..huhuhu..harap dpt membantu

    ReplyDelete