Thursday, December 29, 2011

Sate Tulang Senawang


Sate Tulang Senawang
Mungkin ada yang pernah makan dan mungkin ada yang baru tau. Saya pun baru tau jer ni. itu pun kawan2 yang sama2 mendaki Gunung Angsi yang ajak. Selepas turun dari Gunung Angsi kami ramai2 singgah makan di Senawang untuk mencuba Sate Tulang. Kat area kedai2 pekan Senawang ni ada beberapa kedai lain yang menjual satey, satey Hj Samuri pun ada berdekatan. Nak kata kedai mana yang best sy kurang pasti. ikut selera masing2. Kedai yang kami masuk ni adalah Restoran Mak Teh. Gerai satey yang ada kanopi merah depan restoran tu. Dekat dengan parking, dan lot hujung.

 
Istimewanya satey ni adalah pada potongan ayam yang di cucuk pada buluh satey. Ayam yang di potong ketul2, satu cucuk ada dalam 4-5 ketul. Tidak macam satey ayam biasa yang cuma dicucuk isi sahaja. Satey tulang ni di cucuk dengan tulang2 sekali. Jadi bila hendak makan, kena gigit sikit2 atau cabut seketul2 makan dgn tangan. Kalau dapat 5 cucuk pun rasa sudah kenyang. kalau tak silap harga secucuk dalam RM1, tak pasti harga sebab kawan mendaki yang dari senawang yang belanja.. saya ucap TQ kat dia. Kami oder 30 cucuk pun susah nak abis. :D


Kepada yang ingin mencuba boleh la pergi sana jika berdekatan, kat Area KL sy tak pasti pulak kat mana ada, kalau pembaca blog ada maklumat boleh la share kat sini.

3 comments:

  1. SALAM TAHUN BARU 2012....
    NIE MCM SATEY ORG MALAS NAK BUAT JEE..
    JANJI SODAPPPP

    ReplyDelete
  2. pertama kali saya makan sate tulang ni kt manjung perak....lepas tu ada jugak orang jual kt taman melati, setapak...pernah tray tapi xsesedap yg kt manjung. tapi sekarang kt taman melati tu dah xde. xtau samaada dh tutup atau pindah ke lokasi lain

    ReplyDelete
  3. wah ramai jugak yg penah makan satey tulang ni. Ok jugak tu info boleh cuba kat stapak pulak

    ReplyDelete