Hutan Lipur Sg Tekala
Rentetan dari Broga Hill kami singgah di hutan lipur Sg tekala untuk mandi manda. Tak jauh dari Broga Hill. Sempena New Year ni dan cuti2 ni tempat ini menjadi tupuan dan kunjungan orang ramai. terutama family. Dehadapan Sg Tekala ini pula terdapat kolam memancing, pun penuh dengan orang ramai. So saya pun menjenguk Hutan Lipur Sg Tekala ini, rasanya dah hampir 3 thn tak datang sini. Banyak juga perubahan yang ada.
Satu perkara yang saya tak tahan tengok adalah sampah. ramai pengunjung kat sini main buang jer sampah merata2. Pihak pengurusan ada sediakan tong sampah tapi masih takde kesedaran. yang lagi tak tahan tengok tu lampin pakai buang bayi di buang camtu jer.. takde kesedaran betul la ibu-bapa tu.. macamana dia nak didik anak dia supaya baik kalau dia sendiri buang lampin camtu jer..orang kat bawah sedang mandi, lampin dibawa air habis tercemar.
Bayaran masuk yang dikenakan cuma RM1, antara kemudahan yang disediakan yang sempat saya perhatikan adalah seperti, Pondok, Tandas, Bilik Salin dan tapak untuk khemah, boleh BBQ. Kawasan ni tiada kawasan air yang dalam, kalau dalam pun cuma paras pinggang sahaja.
itulah seba sedikit yang boleh saya story kan pasal Hutan Lipur Sg Tekala ni.
Saya dan kawan2 layan jer lepak dan masak. Menu kat Sg Tekala ni adalah sup Cendawan Panas dengan Milo Panas serta baki makanan dari Broga, Roti dan biskut. Sambung Goreng kopok leko panas memang sedap petang 2 makan.
Ok sampai disini sekian dulu..jumpa lagi.. :D
AsSalam, cenner nk g tpt ni. kalu dari pekan semenyih masuk simpang kanan kt balai polis tu ker?
ReplyDeletewsalam Kak
ReplyDeletekalau dari broga nak ke pekan semenyih kat trafik light tu ambil kanan ke Sg Tekala/ Klawang
ikut jer jalan tu terus sampai jumpa Sg Tekala. senang jer jalan dia