Gunung Santubong
Trip Mendaki Gunung Santubong kali ini merupakan trip kali kedua. Gunung Santubong terletak di daerah Santubong. Gunung ini berketinggian 810 m (2,657 ft) dari paras laut dengan panjang trek 3060m. Jika anda berpeluang mendapat tiket promo Air Asia ke Kuching pada hujung minggu jangan dilepaskan peluang. Trip 3h2m ini seperti percutian hujung minggu sahaja. Tiket promo Air Asia saya dapat cuma RM0.00 sahaja, Cuma perlu bayar tax sahaja so total + Tax pergi balik hanya RM55. Saya pergi Jumaat malam dan pulang Ahad malam. Tidak perlu pun ambik cuti, cuma Sabtu Ahad sahaja.
Ok untuk trip ini saya akan update lebih detail berkaitan pendakian Gunung Santubong. Ramai tertanya-tanya saya macamana hendak ke mendaki Gunung Santubong. Sebenarnya tidak la susah pun dari segi transport dan hendak kesana. Ada pula yang bertanya tentang tempat penginapan yang senang untuk mudah ke sana. Pada saya, anda boleh memilih penginapan di Kuching Waterfront atau terus menginap di hotel atau chalet di kawasan Pantai Damai.
Penginapan
Saya selalu pilih menginap di Tune Hotel WaterFront sebab mudah dan murah. Tune Hotel ini betul-betul dekat dengan WaterFront. Ada juga lodge atau hostel buget yang lain, pilihan bergantung pada harga dan juga lokasi yang menyenangkan anda. Terdapat juga chalet dan hotel murah di kawasan Pantai Damai resort jika anda memilih hendak relaks kat sana.
Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam seperti Bas Awam memang agak susah jika kita tidak tahu jadualnya. So masa di Tune Hotel, kita boleh dapatkan jadual Bas yang disediakan dikaunter. Tetapi petugas Tune selalu pesan yang jadual tu tak berapa tepat sangat, maksud dia jika dalam jadual tulis jam 8.00am, bas mungkin akan sampai terawal atau terlewat sedikit. Tapi ikut pengalaman saya jika kita tunggu di Stesen Bas, saya dapati bas tiba ikut masa Cuma mula gerak saja yang bergantung kepada driver. Jadi jadual bus tu penting anda dapatkan supaya mudah untuk rujukan anda.
Transport untuk ke Gunung Santubong setakat ini cuma boleh pergi dengan Carted Van (Shuttle Bus) dan Teksi sahaja atau pun sewa transport di kaunter dalam Tune Hotel . Bas yang ada hanya sampai ke Kampung Santubong dan bas ini tidak melalui Bukit Puteri dan Damai Resort. Untuk carted van (Shuttle Bus) anda boleh dapatkan perkhidmatan ini di kaunter Hotel Grand Margherita Kuching. Van paling awal adalah jam 7.00am untuk pekerja sahaja, jika anda seorang diri boleh la minta ehsan untuk tumpang jika van tu tak penuh. Van carted untuk pelanggan Cuma bermula jam 9.15am. Kaunter hotel ni buka 24jam tapi petugas yang menguruskan Van Carted ni tutup sekitar jam 9.00 malam. Jadi untuk selamat jika anda ramai adalah dicadangkan booking awal sehari sebelumnya. Atau anda boleh minta no telefon bos carted van tu dari petugas hotel untuk booking jika kaunter carted van sudah tutup, Atau jika anda berkumpulan ramai anda boleh carted 1 van, jadi dia mungkin boleh ikut jadual kita jika kita mau pegi lebih awal dari jam 9.00am.
Bayaran yang dikenakan cuma RM12 sehala, jadi untuk pergi balik adalah RM24. Masa booking anda perlu memilih waktu pulang siap2 ikut jadual yang mereka sediakan. Van last dari Damai adalah pada 5.15pm. Jadi jika anda bertolak jam 9.15am adalah baiknya anda minta dia jemput jam 5.15pm. Ambil no telefon driver, jika tetiba anda laju dan sempat sampai turun jam 3.15pm anda boleh call tanya jika ada kosong untuk pulang ke Kuching. Kita boleh minta dia turunkan atau jemput kita di Bukit Puteri, Santubung National Park Gate, Damai Resort, atau Restoran Seafood asalkan ia di satu jalan yang sama. Shuttle Bus ini juga sampai ke Kampung Budaya Sarawak. Detail contact dan jadual adalah seperti pic di bawah ini.
Syarikat Shuttle Bus ini adalah Syarikat Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, FB = Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, Bosnya Mr Halik 019-8251619 dan kaunter hotel Grand Margherita 082423111. Selain Hotel Grand Magarita Shuttle Bus ini juga jemput dari hotel Hilton, Pullman, Harbour View dan Singgahsana Lodge.
Pintu Masuk Gunung Santubong
Terdapat 4 pintu masuk (3 lama dan 1 baru) antaranya ialah melalui Bukit Puteri, Restoran Seafood (Green Paradise Seafood Café) dan Kampung Budaya Sarawak. Manakala Taman Negara Santubong baru dibuat awal Januari 2014, pintu masuk ini bersambung kepada trail yang sedia ada. Setakat ini saya hanya masuk melalui pintu Bukit Puteri dan Taman Negara. Jadi saya tidak dapat nak ceritakan detail bagaimana hendak masuk melalui pintu yang berdekatan dengan Sarawak Cultural Village dan juga melalui Restoran Green Paradise Seafood.
Trail Gunung Santubong
Setakat ini Cuma ada 3 trail (2 Trail Jungle Trekking dan 1 Trail Summit) yang sedia ada dan dibuat oleh orang kampong, iaitu Trail Bukit Puteri, Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan Trail Kampung Budaya Sarawak. Bagi Trail Kampung Budaya Sarawak, trail ini akan bercantum dengan Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan kemudiannya trail ini akan bertemu dan bercantunm pula dengan Trail Bukit Puteri dan seterusnya menuju ke Puncak Gunung.
Mesti anda tertanya trail mana nak ikut kan. OK nak cepat dan mudah adalah Trail Bukit Puteri, kerana ia trail paling pendek. Manakala pilihan kedua adalah Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café). Jika hendak lagi mencabar boleh la mencuba Trail Kampung Budaya Sarawak. Ramai juga berpendapat dan juga memberi cadangan jika suka buat Jungle trekking boleh la masuk ikut Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan Trail Kampung Budaya Sarawak sbb trail-trail ini panjang dan melalui waterfall dan treknya naik turun bukit dan dapat menghayati keindahan hutan.
Pada pendapat saya pendakian sebenar bermula apabila anda sampai ke persimpangan antara Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dengan Trail Bukit Puteri.
Pintu Masuk Taman Negara Santubong (National Park)
Disebabkan saya menggunakan perkhidmatan Van (Shuttle Bus) ini pemandu van memaklumkan yang saya perlu daftar diri di National Park dan dia turunkan saya disini jadi mau tak mahu saya terpaksa masuk melalui pintu ini. Pihak National Park baru sahaja menempatkan pondoknya disini sejak Januari 2014. Kehadiran Pihak Taman Negara ini telah menimbulkan konflik dengan pihak orang kampung yang selama ini menguruskan trek pendakian dari segi pondok,tali, tangga dan juga tempat rehat.
Bayaran Masuk
Oleh sebab saya masuk melalui Pintu Taman Negara, dikenakan bayaran Permit sebanyak RM10 untuk Malaysia dan RM20 untuk Warga Asing. Manakala dari Pintu Bukit Puteri bayaran dikenakan sebanyak RM8 untuk semua pendaki dan dari Pintu Masuk Restoran Seafood saya kurang pasti harga dikenakan berapa, menurut blog yang saya baca bayaran juga RM8 ( RM3+ RM5 untuk Parking). Kalau anda masuk melalui Pintu Taman Negara dan keluar ikut Pintu Bukit Puteri pun bole tiada masalah dan tidak akan dikenakan bayaran selagi anda menunjukkan resit tiket yang telah dibayar.
Ok berbalik pada trip saya, saya sampi di pintu Taman Negara jam 9.50am. Setelah mendaftar dan membayar permit saya mula trekking masuk jam 10.00am. Cekpoint pertama yang saya jumpa adalah Cekpoint C (Trail Restoran Seafood) dan kita Cuma perlu ikut trek ke Cekpoint F dan seterusnya ikut Cekpoint F1 sehingga ke cekpoint F15 untuk sampai ke Puncak.
Setelah sampai di Cekpoint F pendakian mula mendaki bukit kecil dan ada terdapat tali sokongan. Trek tidak la mencabar sangat naik turun naik turun sahaja. Seterusnya setelah melepasi Cekpoint F4 anda akan tiba di Waterfall. Di waterfall ini ada sebuah pondok untuk berehat. Waterfall ini tak la cantik sangat masa saya sampai, mungkin sebab sekarang ni musim panas airnya kurang.
Simpang Bukit Puteri
Setelah melepasi Cek Point F6 anda akan bertemu dengan persimpangan Trail Bukit Puteri. Kat sini ada bangku untuk anda berehat. Papan tanda di simpang ini mengatakan anda perlukan 2jam 30minit untuk sampai puncak dari simpang ini. Saya sampai di simpang ini jam 12.07pm. Ini bermakna saya telah mengambil masa 2 jam (10.00am-12.07pm) untuk sampai dari Pintu Masuk Taman Negara. Bermula persimpangan ini anda akan mula mendaki laluan trail yang banyak berakar dan curam. Disini la saya katakan pendakian sebenar mula bermula :D.
Cekpoint F9
Bermula cekpoint F9 ini anda akan mula jumpa banyak tangga bertali sehingga sampai ke cekpoint F15 ke puncak. Ada panjang ada pendek dan ada yang senang dan ada yang susah. Disini dicadangkan supaya anda memakai sarung tangan supaya kulit tapak tangan anda tidak cedera atau melecet ketika memegang dan menarik tali pada tangga kayu ini. Di tangga bertali ini pendaki perlu melepasi seorang demi seorang sebagai langkah keselamatan. Ada Cekpoint yang ada meja dan bangku untuk berehat dan melihat view.
Cekpoint F15
Sampai sahaja di Cekpoint 15 anda akan jumpa Plat Besi pada batu yang menceritahan tentang sejarah Gunung Santubong. Menurut yang tercatat di plat besi itu bahawa Datuk Merpati yang berasal dari Johor telah menjumpai gunung Santubung sekitar Kurun k1 10-14 semasa zaman pemerintahan kerajaan Majapahit. Di cekpoint ini juga terdapat ukiran muka manusia pada batu. Ukiran ini tidak kelihatan semasa kita melalui cekpoint F15 ini, menyebabkan ramai pengunjung tidak perasan ataupun lupa untuk mencari dan bergambar dengan batu ini. Termasuklah saya :D dah dua kali pergi, asyik lupa saja setiap kali sampai kat cekpoint F15 ni sbb teruja nak terus ke puncak. Oleh itu saya nasihatkan anda jangan lepaskan peluang untuk mencari ukiran muka manusia ini di sebalik batu sebelah cekpoint F15 ini. Setelah jumpa ukiran batu ini barulah anda teruskan perjalanan ke puncak yang hanya mendatar beberapa meter sahaja untuk sampai ke pondok di Puncaknya.
Puncak Gunung Santubong
Saya sampai di puncak pada 2.30pm ngam-ngam 2jam 30minit dari simpang Bukit Puteri. Sebenarnya setelah anda naik ke cekpoint F15 tu dah dikira anda sampai puncak. Cuma anda perlu berjalan beberapa meter lagi ke pondok landmark puncak. Disini terdapat sebuah pondok rehat dan Papan Tanda Puncak, tapi kali ini saya saya lihat pondok dan papan tanda seperti sudah lama tidak diuruskan tidak cantik seperti tahun 2011 yang lalu . Kecik sahaja kawasannya, dan disini anda boleh melihat pemandangan ke arah Bandaraya Kuching dan Laut. Terdapat sebuah perigi di puncak. Saya tidak pasti perigi ini digali oleh manusia atau sudah semulajadi ada. Sebenarnya ia lebih kepada lubang tadahan air sahaja, sebabnya tak mungkin mata air boleh sampai ke puncak. Saya lihat air dalam lubang ini keruh dan tidak sesuai digunakan.
Perjalanan Turun
Saya berehat 30minit untuk makan tengahari berbekalkan roti sandwish dan ikan tuna. Tepat jam 3.00pm saya terus bergerak turun dengan segera untuk mengejar transport Shuttle Bus yang telah ditempah untuk jemput saya di Pintu Masuk Bukit Puteri pada jam 5.15pm. Saya Cuma ada masa 2jam sahaja untuk sampai ke bawah.
Saya sampai di Pintu Masuk Bukit Puteri tepat jam 4.45pm. Lega rasanya, di pintu masuk Bukit Puteri ini ada pondok kaunter tiket oleh orang kampung. Kat sini ada jual air manis dan mineral. Kaunter ini tutup sekitar 5.00-5.30pm. Sekitar 5.20pm Shuttle Bus tiba dan bawa pulang ke Kuching.
Sekian...
Ringkasan Kos Mendaki Gunung Santubong
1. Shuttle Bus = RM24
2. Permit = RM10
Tips untuk pendakian
1. Sila bawa air yang secukupnya kerana anda mudah rasa kehausan. Sekurang2nya 3liter (2botol besar 1.5liter) + 2 botol air Isotonik (100plus, Revives, Gatorade). Saya suka bawa Gatorade sebab ia kurang gas dan lubang botol besar mudah minum.
2. Makanan seperti roti, coklat, gula2 perlu bawa sebagai bekalan.
3. Sarung tangan - sebab perlu memegang banyak tali ketika memanjat
4. Rain Coat - Jika hujan
5. Insect Repellent – Berguna jika anda masuk dari Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan Trail Kampung Budaya Sarawak kerana anda trekking laluan berhutan.
6. Masa mula mendaki sebaiknya sebelum 11.00am. jika lewat anda mungkin sampai bawah 6.oopm dan hari sudah gelap. Jika dapat lagi awal lagi bagus.
7. Purata masa pendakian selesai jika masuk ikut Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan keluar ikut Trail Bukit Puteri adalah 6 jam.
8. Pakaian boleh berseluar pendek dan baju T jenis dry fit, jangan pakai cotton sebab peluh akan bertakung dalam baju cotton.
9. Tiada kemudahan Tandas sepanjang pendakian.. jadi paham2 la kalau nak buang air. Sila bawa tisu basah.
10. Jangan hilangkan resit Shuttle Bus dan tiket masuk.
Tentative
Day 1 : 25 April 2014 – Jumaat
08.20pm - Berlepas ke Kuching
10.00pm - Tiba di Kuching dan naik teksi berkupon RM26 ke Tune Hotel
10.45pm - Jalan-jalan minum di gerai-gerai Water Front
12.00pm - Tido
Day 2 : 26 April 2014 – Sabtu
05.30am - Bangun siap2
06.15am - Berjalan kaki ke Stesen Bus Petra Jaya Transport
06.45am - Sarapan di gerai berhampiran stesen bus
07.10am - Bus bergerak ke Bako
08.20am - Tiba di Jeti Bako (Permit Taman Negara RM10, Boat RM15)
08.30am – Mula menaiki boat
08.48am – Tiba di pantai Taman Negara Bako ke HQ Park lapor kehadiran
09.30am – Sewa boat ke Batu Landmark Bako RM35 satu boat.
09.45am – Pusing batu dan bergambar dan mendarat di pantai berdekatan Batu. Dari Trail Pandan Kecil ke Trail Pandan Besar kemudian ke Tajor Waterfall kemudian ke Tanjung Assam dan pulang ke HQ Park.
03.30pm – Tiba di HQ Park lapor diri untuk boat pulang. Boat last jam 4.00pm
04.00pm – Berangkat pulang ke Jetty Bako
04.30pm – Sampai di Jeti Bako tunggu bus last jam 5.00pm
05.00pm – Bus last dari kucing tiba, selepas semua penumpang naik bas terus gerak.
06.00pm – Sampai Kuching Waterfront bergambar dgn patung Kucing
07.15pm – Naik boat tambang ke seberang jalan2 Tambang Boat siang RM0.50, Orang luar RM1, Malam semua RM1
09.30pm – Ke hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van
10.00pm – Makan seafood di TOP SPOT.. kebanyakkan kedai tutup jam 10.00pm so kena awal sikit untuk lebih banyak pilihan.
12.00pm - Tido
Day 3 : 27 April 2014 – Sabtu
07.30am - Bersap2
08.00am – Booking Airport Transfer di Tune Hotel dan seterusnya Sarapan di Mac Donalds
08.45am – Tunggu Shuttle Bus di Hotel Grand Margherita
09.15am – Naik Shuttle Bus ke Santubong
10.00am – Mula Mendaki Gunung Santubung masuk ikut Pintu Taman Negara
12.07pm – Sampai simpang Bukit Puteri
02.30pm – Sampai Puncak
04.45pm – Sampai Pintu Masuk Bukit Puteri
05.20pm – Bertolak pulang ke Waterfront Kuching
06.00pm – Sampai di Waterfront, Naik boat ke seberang untuk makan dan beli kek Lapis.
08.00pm – Siap di Hotel
08.30pm – Last Airport Transfer dari Tune Hotel ke Airport – booking sehari sebelum RM10 seorang.
09.00pm – Sampai Airport rehat dan tunggu Boarding
10.20pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.05am – Tiba di LCCT 12.30am – Bus Aerobus ke KL sentral
01.30am – tiba Kl Sentral ambil teksi pulang ke rumah.
07.00am - Bertolak ke Tempat Kerja
** Entri ke Taman Negara Bako dalam entri seterusnya :D
Brosur Jadual Bus dan Peta Pekan Kuching dan Bako : Sila Download TQ :)
what a wonderful journey..wait for the Taman Negara Bako..
ReplyDeletepergi ber group atau boleh pegi sendiri2.. saya bercadang nak ke santubong hujung tahun ni
ReplyDeleteTumpang tanya, kedai makan di kg boyan buka ke waktu siang, sarapan? Tq
ReplyDeleteada sapa2 nak naik satubong ni dlam masa terdekat, saya nak tumpang sama
ReplyDeleteBoleh pergi sendiri2 saja. tak perlu guide pun. Trek jelas kelihatan.
ReplyDeletekalau sudah di kuching boleh ikut panduan van carted yang saya share kat atas untuk kesana.
ReplyDeleteSyarikat Shuttle Bus ini adalah Syarikat Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, FB = Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, Bosnya Mr Halik 019-8251619 dan kaunter hotel Grand Margherita 082423111. Selain Hotel Grand Magarita Shuttle Bus ini juga jemput dari hotel Hilton, Pullman, Harbour View dan Singgahsana Lodge.
[…] 2014 13 Jun 6.G. Arong 2009 7.G. Datuk 2010 8.G. Bromo 2010 9.G. Tok Wan 2011 9.G. Santubong 2011 G. Santubong 2014 10.G. Angsi 2011 11.G. Irau 2012 12.G. Hallasan Korea […]
ReplyDeletePerkhidmatan carted van cuma ada di hotel2 besar sahaja?
ReplyDeleteBlh ke Van ambil dari hotel lain sebab hotel saya berdekatan dengan tune hotel
Hi Afi
ReplyDeleteCarted van untuk airport transfer biasanya memang ada di hotel tune dan hotel biasa juga sesetengahnya ada.
Berkenaan dengan van carted untuk ke Damai Resort atau Gunung Santubong. Sebenarnya jika di hotel tersebut ada contact syarikat carted van tu, dia akan datang pickup di hotel kita menginap.
Pengalaman saya, semasa saya naik van carted di Grand Magarita tu, van yang saya naik tu pergi ambil beberapa org pelancong di beberapa hotel sebelum bergerak ke Damai Resort.
jadi jika awk menginap di hotel Tune bole call contact ini Mr Halik 019-8251619, atau pun terus booking di kaunter hotel Grand Magarita.
harap ini membantu
best tak taman negara bako tu...ada Orang utans tak kat situ?
ReplyDeletesaya berbelah bagi sama ada nak pergi situ atau semenggoh wildlife
Hi bro,
ReplyDeleteSy bercdg nak hike santubong sorg2.
Agak2, selamat tak?
Risau pulak.
Bro,
ReplyDeleteNk tanya.
Hike sorg2 di santubong ok ke?
Ramai tak orang hike kat sana?
TQ
ReplyDeleteJuliaty. nice places tu
hi lyana
ReplyDeletekat taman negara bako boleh lihat monyet hidung belanda
orang utan tak de kat sini
Salam Zurainie
ReplyDeletekalau nak hiking santubong seorang pun selamat. treknya senang dan bersih. tiada simpang2. biasanya kalau hiking sorang kena mula mendaki time kebiasaan orang mendaki iaitu sekitar 7.30-8.00am dan bergerak turun sekitar jam 12tengahari atau 1.00pm, dan sampai di bawah sekitar jam 3.00pm. Lain dari waktu itu tidak digalakkan kerana ada masa mungkin tiada pendaki lain.
jadi kalau sorang dan rasa tak yakin, boleh la datang awal di gate taman negara atau gate bukit puteri tunggu pendaki lain dan naik sama2 mereka, bagitau ja nak join sekali.
ok selamat mendaki.
biasanya kalau hujung minggu ramai jugak org mendaki, tapi tidak la sampai 50-60org, biasa kalau tiada rombongan budak sekolah sekitar 20-30org.
ReplyDeleteZurainie orang Kuching kah? Saya baru naik Santubong Ahad lepas bersama 2 orang kawan. Biasa hujung minggu ramai juga yang mendaki, boleh ikut saja mereka. Sekarang tiada bayaran dikenakan.
ReplyDeleteSalam nor edayu
ReplyDeleteterima kasih berkongsi info buat zurainie
nak tanya ..kalau naik gunung santubong nie perlu booking x? mcm mana nak deal ? contact person?
ReplyDelete