Bukit Gasing via Pantai HillPark
Ramai yang kurang tahu yang kita boleh masuk Bukit Gasing melalui Pantai Hillpark. Sebelum ini saya pun masuk melalui Pintu Gerbang utama sahaja. Tapi disebabkan masalah parking maka saya beralih masuk melalui Pantai Hillpark. Ternyata parking tidak la menjadi masalah walaupun tidak meriah macam Laluan Utama Pintu Gerbang Bukit Gasing.
Untuk entri yang ini saya kongsikan trail pendek yang sangat berkesan jika dibuat berulang kali. Cuma perlukan masa 30minit untuk buat satu pusingan trail ini dan kita mendapat 2 buah bukit. Trail yang saya maksudkan adalah Trail Bukit Abu Bakar. Saya kurang pasti macamana bukit ini dapat nama Bukit Abu Bakar dikalangan pengunjung melayu, atau pun ada yang panggil Trail Jambatan gantung.
Pintu Masuk Pantai Hillpark
Pintu masuk adalah melalui hadapan pintu masuk Pusat Komuniti Lembah Pantai di Hillpark. Jadi kalau nak masuk ikut sini boleh la parkin dalam kawasan parking pusat komuniti ini. Pusat komuniti ini mempunyai kemudahan yang lengkap, seperti Toilet, Dewan, Swimming Poll, Gim dan padang permainan kanak-kanak. Tapi untuk pendaki Bukit Gasing atlest kita dapat guna kemudahan tandas kira dah ok kan :D. Tandas ni memang selesa dan bersih serta ada bilik mandi di dalam tandas ini.
Pemulaan masuk kalau kita lihat dihadapan pusat komuniti ni jalan mati kerana ada projek pembinaan. So masuk memelalui denai bersebelahan tepi pagar Zink. Selepas laluan dinding Zink anda akan nampak 2 simpang, so ambik simpang kanan, Laluan ini akan membawa kita sampai ke Trail Bukit Abu Bakar/ Jambatan Gantung. Masuk sahaja ke laluan trail ini anda akan jumpa simpang dengan 2 buah Bangku, sebelah kiri adalah ke menara pandang dan sebelah kanan ke Bukit Abu Bakar dan Jambatan Gantung.
Adalah di cadangkan supaya anda melalui laluan ke Jambatan gantung terlebih dahulu supaya anda mendapat kesan mendaki 2 buah bukit. Selepas melalui jambatan gantung anda akan mendaki satu bukit kecil tidak la terlalu curam sangat. Setelah itu anda akan menurun sehingga jumpa kesan sungai kecil, kekadang ada air jika tidak kering. Selepas sungai kecil itu barulah permulaan mendaki bukit abu bakar yang sememangnya curam lebih kurang 45-55 darjah. Setelah sampai di puncak Bukit Abu Bakar anda akan menurun ke simpang yang mula2 anda sampai jika dari pantai hillpark td.
Jika anda malas atau tiada masa boleh la sekadar pusing Trail ini. Satu pusingan trail ini ambil masa 30 minit, kalau anda sudah biasa dan boleh berlari anda mungkin ambil masa 15 minit sahaja. So selalu kalau saya kesuntukan masa saya buat trail ini 2-3 pusingan sahaja dan terus balik rumah. Kira dapat dua buah bukit yang mencabar pun ok dah untuk mengekalkan stamina dan latihan kaki.
Tips dan Panduan
1. Sila gunakan Insect Repellent - untuk mencegah nyamuk ketika musim nyamuk banyak. Sebagai pencegahan.
2. Tongkat jika perlu
3. Air
Peringatan
1. Jangan trekking jika waktu sunyi dan tiada orang dan jangan melalui trail yang jarang orang lalu jika berseorangan dan lewat petang atau lewat tengahari. Sebagai Langkah keselamatan. Biasanya waktu paling ramai orang adalah sekitar jam 6.00am-9.00am dan 4.00pm-6.30pm.
Anda boleh baca entri bukit gasing untuk trail2 lain di entri berikut
1. http://hamydy.wordpress.com/2013/05/26/bukit-gasing-latihan-pre-mt-kinabalu/
2. http://hamydy.wordpress.com/2012/10/11/latihan-pre-kinabalu-bukit-gasing/
3. http://hamydy.wordpress.com/2011/11/27/bukit-gasing-27-nov-2011/
4. http://hamydy.wordpress.com/2011/02/02/bukit-gasing/
[…] Anda boleh baca entri bukit gasing untuk trail2 lain di entri berikut 1. http://hamydy.wordpress.com/2013/05/26/bukit-gasing-latihan-pre-mt-kinabalu/ 2. http://hamydy.wordpress.com/2012/10/11/latihan-pre-kinabalu-bukit-gasing/ 3. http://hamydy.wordpress.com/2011/11/27/bukit-gasing-27-nov-2011/ 4. http://hamydy.wordpress.com/2011/02/02/bukit-gasing/ 5. http://hamydy.wordpress.com/2014/05/04/bukit-gasing-via-pantai-hillpark/ […]
ReplyDeleteHi... Boleh dptkn no telefon pusat komuniti lembah pantai...?
ReplyDeleteHi Nuredayu, terima kasih komentar di blog saya. Maaf saya tiada no Pusat Komuniti tersebut.
ReplyDelete