Wednesday, March 12, 2014
Home »
Green School
,
Green School Bali
,
Green School Bali Indonesia
,
Melancong
» Green School Bali
Green School Bali
Green School Bali
Entri ini khas saya buat setelah mendapat banyak pertanyaan melalui email dan juga whatsap daripada pembaca blog dan juga pengunjung blog saya yang menyatakan keterujaan untuk ke sekolah tu dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang keunikan sekolah hijau ini.
Maaf dalam entri Bersepeda di Bali saya tidak dapat nak cerita banyak dan share banyak gambar kerana entri panjang dan juga gambar sudah penuh kouta. Bermula Januari yang lepas 2014 saya terpaksa buka akuan lain khas untuk upload gambar dan gambar tersebut saya link kan dalam blog ini.. :), jadi kalau nak upload banyak gambar jadi leceh sikit.
Info Green School
“Sekolah Hijau ini telah diilhamkan oleh pengasasnya pasangan suami isteri John dan Cynthia Hardy pada 2006. Sekolah ini dibuka pada bulan September 2008 dengan 90 orang pelajar. John dan Cynthia Hardy telah menetap di Bali selama lebih daripada 30 tahun. John Hardy warga Kanada datang ke Bali pada tahun 1975, manakala Cynthia pula seorang warga Amerika yang datang ke Bali pada tahun 1982. Mereka mula bekerjasama dalam perniagaan jewellery pada tahun 1989 sebagai kongsi dan seterusnya menjadi pasangan suami isteri.”
**Sumber text dan foto untuk info diatas ini dari website http://www.greenschool.org
Lokasi Sekolah
Terletak di Jalan Raya Sibang Kaja, Banjar Saren, Abiansemal 80352, Bali Indonesia dengan koordinat [-8.566758,115.213824], Jarak daripada pantai Kuta dengan Sekolah ini sekitar 21-24km bergantung kepada jalan yang dilalui dan mengambil masa sekitar 45-60 minit jika trafik sangat lancar. Biasanya trafik tidak la lancar sangat, kereta dan motosikal kekadang penuh dan sesak dan kekadang macet di beberapa jalan tertentu pada masa tertentu. Dari kuta akan melepasi bandaraya Denpasar sebelum memasuki daerah Abiansemal, kalau lihat di Google Maps. Perjalanan memang mudah kerana melalui jalan utama sehingga hampir sampai di lokasi akan masuk jalan kampung sekitar 10 minit dari jalan utama.
Ok berbalik pada lawatan saya, saya akan ceritakan satu2 bermula saya masuk dan sampai habis tour saya di sekolah ini. Seminggu sebelum saya datang ke Bali saya telah buka website Green School ini dan buat tempahan lawatan. Tempahan lawatan ini terhad bilangan pelawat dan masa, oleh sebab itu kena buat tempahan awal, sebabnya pihak sekolah akan sediakan seorang staffnya yang akan membawa pelawat melawati kawasan sekolah dan juga diberi penerangan, Tour setiap hari bekerja (Weekdays) isnin hingga jumaat jam 4.00pm dan tamat jam 5.00pm dengan minimum donasi 100ribu rupiah (RM30).
"Our public tours run every day Monday through Friday afternoon (excluding Indonesian public holidays) at 4:00 PM and generally finish by 5:00 PM. Visitors are welcome to arrive early and enjoy Bali’s best cup of coffee at our FREAK Warung or a raw food treat at our Living Food Lab. We suggest a minimum donation of IDR 100,000 per person for the tour. If you are a prospective parent, please click here to arrange a private admissions tour. If you have a large group or have any questions regarding tour fees, please email tours@greencampbali.com."
Saya sampai sekolah jam 4.00pm, selepas bayar donasi 100ribu rupiah saja terus dibawa join group dan diberi penerangan pengenalan tentang sejarah sekolah ini. Permulaan tour di sebuah gelanggang gusti lumpur. Gelanggang ni kecil sahaja tempat para pelajar bermain gusti diatas tanah dan berbentuk U dengan tempat duduk penonton dibuat dari tanah dan batu. staff sekolah melarang kami merakam foto kanak2 atau pelajar disekolah ini kerana hak privasi dari ibubapa, namun banggunan dan kawasan seolah boleh dirakam.
Sekolah ini seperti sekolah biasa yang lain yang mempunyai matapelajaran asas. Cuma tambahan aktiviti dan juga matapelajaran tambahan yang lebih menyeronokkan dan juga aktiviti luar kelas. Dalam erti kata lain ia mendidik pelajar supaya lebih dekat dengan alam dan sumber semulajadi. Semasa tour saja lihat kelas sudahpun tamat dan ada pelajar yang mengikuti sesi khas seperti kelas musik dan juga pementasan.
Seterusnya saya dibawa melawat ke kawasan bilik kelas dan juga melalui kawasan chalet pelajar. Saya tertarik dengan binaan chalet pelajar ini nampak unik dan cantik walaupun tidak besar. Bilik kelas Seni juga dibina dengan buluh dan dan unik.
Seterusnya saya dibawa melalui satu kawasan yang ada seketul Batu Kristal Quartz Gergasi yang didermakan oleh hartawan dan dermawan dari Germany kalay tak silap saya. Batu ini diletakkan betul-betul diatas laluan paip air bawah tanah dan dikatakan memberikan aura positif kepada air dan menjadikan airnya sihat diminum. Selain itu kawasan keliling batu ini juga dijadikan kawasan untuk meditasi dan menenangkan fikiran para pelajar yang dikatakan aura batu kristal ini dapat memberikan suasana damai. Staff sekolah ini membuat satu demonsasi dengan mengatakan bahawa batu ini menyerap haba, beliau mengambil sehelai rambut dari salah seorang pelawat perempuan dan kemudiannya meletakkan di atas batu kristal itu kemudiannya menggunakan pemetik api dan membakar rambut tersebut...anehnya rambut tersebut lansung tidak terbakar walaupun dikenakan nyalaan api yang lama dan batu kristal tempat dinyalakan api tersebut langsung tidak panas...menarikkan.
Seterusnya kami dibawa melawat kantin sekolah, kantik sekolah ini unik keranan binaannya daripada tanah liat dan juga buluh. Dinding kantik ini dibuat dari tanah liat. Masa ketibaan kami kantin ini sudah tutup kerana waktu persekolahan sudah tamat. Di kantin ini pelajar diberi makan beralaskan daun pisang tidak menggunakan pinggan, jadi daun pisang dan sisa makanan ini akan di kumpulkan dan di komposkan menjadi baja. Jimat air dan kos.
Seterusnya kami dibawa melawat kawasan Kinder Garten (Tadika) , sebelum itu sempat melalui mini zoo yang cuma mengandungi beberapa ekor spesis haiwan seperti burung, rusa, ayam dan itik..boleh dikatakan mini zoo tu sebagai tempat haiwan ternakan sebab ayam itik tu sebagai sumbar makanan juga. Memang unik juga binaannya kelas kinder garten ni yang diperbuat dari pada buluh, tak dapat masuk dalam kelasnya tengok dari luar sahaja. Disebabkan semua bilik kelas dan banggunan dibuat dari buluh dan mempunyai sistem pengudaraan yang asli, maka mereka langsung tidak menggunakan kipas dan kelas tidak panas disiang hari....menarikkan.. kalau kat mesia dan kat KL jangan la buat camni..sure berpeluh punya.
Seterusnya kami dibawa melawat kawasan kebun sekolah ini. Dimaklumkan kebanyakan buah-buahan dan sayuran yang dimakan di sekolah ini adalah dari hasil kebun mereka. Semasa di kawasan kebun kami di tunjukkan bangsal tempat memproses baja kompos. Pokok-pokok yang sempat saya lihat dan ingat semasa di kebun tersebut antaranya seperti pokok markisa, pokok pisang, pokok kelapa dan sayuran.
Seterusnya saya dibawa melawat sebuah jambatan yang diperbuat sepenuhnya daripada buluh merentasi sebuah sungai. Memang menakjubkan binaan jambatan ini, dimana semasa dibina telah diuji dengan beberapa buah 4WD penuh muatan melalui jambatan tersebut. Memang unik, semasa di jambatan tersebut karyawan sekolah tersebut banyak berceritakan tentang para pelajar yang datang kesekolah dan juga yang tinggal di asrama, selain itu mereka ada juga buat program pertukaran pelajar dengan pelajar sekolah berhampiran bagi merasai suasana pembelajaran di sekolah tersebut. Selain itu mereka juga memberi bakti kepada penduduk sekeliling dengan pembelajaran bahasa English. Sumber air biasanya mereka banyak menggunakan air sungai untuk aktiviti harian kecuali untuk air minuman mereka menggunakan air yang di tapis.
Seterusnya saya dibawa melawat bilik kelas bagi gred 4 dan gred 5 dan kami singgah di dalam bilik kelas Gred 5 dan merasai suasan didalam bilik darjah tersebut. Bayangkan semuanya diperbuat daripada buluh termasuklah kerusi meja, dan juga aksesori dalam bilik darjah tersebut.
Dalam bilik darjah ini karyawan menerangkan sedikit sebanyak tentang silibus sekolah ini yang berbeza dengan aktiviti sekolah biasa, maksud saya banyak praktikal dan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah. Sebagai contoh jika belajar subjek biologi dan tumbuhan ..maka pelajar akan dibawa melihat pokok-pokok dan tumbuhan melalui tugasan sekolah.
Seterusnya saya dibawa menuju ke banggunan kelas utama iaitu banggunan utama yang paling besar binaan daripada buluh. Sebelum sampai ke banggunan utama kami dibawa melalui kawasan tanaman bunga dan juga kawasan panel tenaga solar. Sekolah ini juga sedang berusaha menyiapkan projek tenaga hidroelektrik daripada turbin air sungai. Dimana jika projek ini berjaya disiapkan mereka cuba untuk memberikan tenaga elektrik percuma kepada penduduk sekitar.
Setibanya di banggunan utama saya asyik mendongak ke atas terpesona dengan senibina buluh. Memang menarik, tak terfikir di minda bahawa sebuah banggunan yang cukup indah dan kukuh seperti itu dapat dibina hanya dengan buloh..
Di banggunan utama kami diterangkan tentang struktuk banggunan dan fungsi utamanya. Banggunan ini dua tingkat dan tingkat atas adalah bilik darjah dan pusat pentadbiran sekolah. Pelawat tidak dibenarkan naik keatas hanya sekadar di bawah sahaja.
Disini saya lihat banyak ukiran nama pada batang-batang buluh. Ukiran-ukiran nama itu merujuk kepada individu yang telah memberi sumbangan derma dalam ribuan dollar.. Antara nama yang yang sempat saya kenal adalah David Copperfield dan Sir Richard Branson CEO Virgin Air. Jadi kalau nak nama anda diukir pada batang buluh banggunan utama boleh la menderma ribuan ringgit :D. Tour tamat di banggunan utama. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina banggunan ini yang menggunakan sepenuhnya buluh, saya pun terpesona inikan pula anda.. Setelah tour tamah kami dibenarkan bergambar dan pulang. Saya mengambil kesempatan bergambar dan merakam binaan banggunan ini dan sambil itu melihat2 kawasan sekitar. Saya singgah di kawasan padang bola melihat gelagat para pelajar anak mat salleh bermain bolasepak dengan berkaki ayam.
Seterusnya saya menjamu selera di restoran Green School ni.. Makan malam “dinner”.. tapi makanan nya macam salad campur ja.. patutla mat salleh kat sini slim-slim.. Mulanya ingat tak kenyang sekali dah makan kenyang sampai tengah malam.
Selesai makan saya pun beransur pulang.. pada ketika ini saya lihat para pelajar sudah tiada dan kakitangan sekolah sudah bersiap2 untuk pulang.
Sebelum beredar saya sempat menggunakan Toilet Kompos. Tandas tidak menggunakan air untuk flush. Bila masuk toilet ada dua mangkuk tandas satu untuk kencing dan satu untuk buang air besar. Anda akan buang air besar dalam magkuk tandas yang ada baldi didalamnya, selesai berak ada disediakan habuk kayu dan cebisan daun kering untuk di tabur dalam mangkuk tandas ini. Bila dah hampir penuh baldi ini akan diangkut ke Bangsal Kompos untuk di buat baja kompos. Tetapi tandas ini masih ada air untuk mandi.
Begitulah sedikit sebanyak lawatan saya di sekolah Green School ini..
Sekian.
wow..really nice..
ReplyDeleteWonderful n great idea
ReplyDelete[…] Batam CNY 2014 Green School Bali […]
ReplyDeleteTerima kasih :)
ReplyDelete