Sunday, August 5, 2012

Restoran Arab - Hannoon Al Arab


Restoran Hannoon Al Arab
Jalan-jalan cari makan Masakan arab kali ini membawa saya ke sebuah Restoran masakan arab yang menarik iaitu Restoran Hannoon Al Arab yang terletak di Setia Alam. Pemilik restoran ini adalah warga arab yang berkahwin dengan orang Malaysia. Restoran ini baru sahaja di datangi oleh Crew JJCM yang di hostkan oleh pelakon Iqram Dinzly dan akan keluar ke TV pada 26 Ogos 2012.

 
Terdapat pelbagai menu masakan arab yang lazat dan enak. Kunjungan saya berbuka puasa di restoran ini di sambut mesra oleh Isteri Pemilik Restoran tersebut iaitu Kak Nieta. Orang nya peramah dan mesra. Banyak menu yang dia cadang untuk saya cuba..tapi perut saya satu jer..:D so mana yang mampu jer la. Seperti biasa kalau masuk restoran arab saya akan mencuba menu KAMBING la apa lagi. walaupun banyak lagi menu yang ada. Di restoran ini saya mencuba Lamb Mendy, Lamb Haneeth dan Chicken Haneeth. Kambingnya memang lembut dan rasa enak.

Saya mencuba Greek Salad yang mengandungi lettuce, tomato, timun, lemon juice dan minyak zaiton. Terima kasih juga pd Kak Nieta kerana sudi bagi rasa menu masakan keluarganya iaitu sejenis masakan yang terdiri dari buah terung. Memang sedap. Suasana di restoran ini juga selesa dan ringkas.

 
Pada bulan puasa ini restoran ini dibuka dari jam 4.30pm (take away) sehinggalah jam 4.00am (sahur) . Jika hari biasa restoran ini dibuka jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Untuk berbuka puasa restoran ini ada juga menyediakan Buffet dan juga ala carte. Kena la call dulu tanya. Setelah kenyang berbuka dengan menu kambing yang sedap tu. Saya lepak santai di sebuah sofa yang disediakan sambil minum Teh Arab dan juga Kopi Arab.

Sebelum pulang saya sempat merakam gambar kenangan bersama pemilik restoran ini yang berbaju kemeja putih di tengah  dan juga pemilik Restoran Gate of Yemen yang berbaju hitam, yang kebetulan datang melawat pemilik Restoran Hannoon Al Arab ini. Pemilik Restoran Gate Of Yemen yang terletak di Sri Kembangan juga berkahwin dengan wanita tempatan Melayu. Dia juga turut jemput saya untuk mencuba restoran mereka di Sri Kembangan. Nama pemilik restoran ini adalah Dr Naeem Hannoon dan Isterinya Pn Anita Kamaruddin. Dr Naeem Hannoon adalah Doktor sains bidang kejuruteraan, kalau tak silap pensyarah di salah sebuah kolej di ibukota.


Alamat Restoran ini Seperti Berikut

Restoran Hannoon Al Arab
49-1-1, Jalan Setia Prima U13/A,
Setia Alam, 40170,
Shah Alam, Selangor.
Opening hours: 11am~11pm (daily)
Call for details : 03-33423058/016-6850312

Web : http://hannoonalarab.blogspot.com/

FB : http://www.facebook.com/anita.kamaruddin

Peta : Sumber dari Web http://hannoonalarab.blogspot.com/









Directions to Hannoon ~ Before Meru. Giant and Klang Sentral on the left side.  Make a u-turn as if you re going back to Klang,  Hannoon on the left side.  Facing the main road.  Every Saturday, there ll be a night market / Pasar Malam there too.


Menu

 

Sekian


Video JJCM TV3
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=du8CkHgJGTg&w=480&h=360]

0 comments:

Post a Comment