Monday, December 5, 2011

Langkawi Disember 2011


Langkawi Disember 2011. Musim Cuti sekolah dan kebetulan ada LIMA 2011 bermula 5 Dis 2011. Lama2 sekali balik kampung memang seronok. Tapi kalau balik time cuti sekolah dan kebetulan ada LIMA.. almaklumlah harga semua naik. Motel yang harga RM45 bila cuti sekolah dah jadi RM90, bila ada LIMA sahaja harga jadi RM150. Kalau pandai cari ada jugak motel yang harga tetap, tapi kebanyakannya memang naik la. Harga makanan pun ada jugak yang naik. Pernah sekali masa LIMA yang awal2 dulu Roti Canai harganya RM2 sekeping.


Tak banyak yang hendak sy kongsi dengan pembaca .. sbb sy balik kampung dalam masa sama ada kenduri saudara. Cuma beberapa keping sahaja gambar pemandangan yang sempat sy ambil untuk dikongsi dengan para pembaca.

 
Saya berkongsi sedikit gambar pemandangan yang diambil semasa jalan2 di Dataran Lang. Taman Lagenda yang ditutup sebelum ini telah dibuka untuk orang ramai. tapi sudah tidak macam mula2 dia dibuka. kini ia cuma seperti taman orng beriadah sahaja. kelihatan orang tempatan berbasikal dan joging didalamnya. Sebelum ini terbiar dah jadi seperti hutan saja. tapi skrang dah boleh masuk jalan2 tengok pemandangan. Tiada bayaran dikenakan.

Kampung saya dengan jetty kuah dekat sahaja. jalan kaki tak sampai 10 minit. Dahulunya ia adalah pantai, bila di tambak buat taman dan Dataran Lang,  so pantai tempat saya bermain dulu2  sudah tiada.

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsi bersama dengan pembaca semua.

Kat bawah ni ada Brosur Motel yang sempat saya ambil.



Untuk dapatkan Brosur penuh PDF sila klik link berikut untuk Download

1. Dsa Motel

2. Seri Pulau Motel

Perkhidmatan Kereta Sewa

1. Paksu Zally : 014-7416379

0 comments:

Post a Comment