Restoran Wong Solo di Bandar Sri Permaisuri.
Rasanya baru lagi dibukan mungkin baru 2-3 bulan. Minggu lepas sempat saya merasa makan di restoran tersebut, ramai orang yang datang. Saya nak komen banyak tentang masakan di sini tak dapat la sbb saya cuma sempat rasa cuma satu menu sahaja iaitu nasi ayam. Saya tengok banyak lagi menu2 lain. Boleh cuba lain kali. Setakat nasi ayam yang saya rasa tu kira ok la, not bad, sedap jugak. Suatu kelainan dari nasi ayam kita. Nasi putihnya rasa lain sebab menggunakan beras yang mahal rasanya sbb rasa nak macam pulut tapi bukan pulut. Tempe dan tauhu dicantum sekali sedap jugak. Sambal belacan dan terus pun sedap. Mungkin ada pembaca blog yang permah banyak kali makan kat restoran ini boleh bagi komen dan cadangan menu apa patut saya cuba.. silakan.
Disebabkan tak plan nak masuk blog jadi tak banyak pic yang sempat saya ambik bagi menunjukkan suasana kedai ini. Kedai ini menggunakan 2 lot kedai. Ruang selesa dan cantik. Layanan pelayan juga baik dan mesra (rasanya warga indonesia) ada juga yang comel :D .
Tempat makan dibahgikan kepada 2 bahagian di tengah terdapat meja makan berkerusi manakala di bahagian tepi kiri dan kanan pelanggan boleh menjamu selara secara duduk bersila meja kecil.
17/08/2011
Terima kasih kepada pembaca blog saya yang tersilap menghubungi saya untuk tempahan berbuka puasa di restoran Wong Solo. Saya terpaksa letak statement ni memandangkan setiap hari saya dihujani dengan panggilan telefon dan juga sms untuk buat tempahan di restoran wong solo ini.
harap maaf : no yang pembaca dial tu no saya. no tel restoran ada saya letakkan dalam gambar diatas iaitu
Bandar Sri Permaisuri : 03-91711143
Pusat komersial seksyen 7 Shah Alam : 03-55232894
Bandar Baru Bangi Seksyen 9 : 03-89253414
Taman Dagang Ampang : 03-42701947/2062
Jalan Raja Alang Kampung Baru : 03-26911680
harap para pembaca tidak lagi tersalah menghubungi saya.
maaf jika para pembaca tersalah faham. sekian terima kasih
0 comments:
Post a Comment