Restoran Tastes of Kelantan Sri Permaisuri
Majlis berbuka puasa bagi kakitangan saya pada tahun ini 2011 memilih Restoran Taste of Kelantan ini sebagai destinasi pilihan berbuka puasa pada tahun ini. Kenapa memilih restoran ini, sebenarnya restoran ini tidak sibuk dan selesa. Jika pergi restoran2 lain sekitar sri permaisuri ini penuh sesak dan hidangan lambat dihidang. Jadi kami memilih restoran ini bagi memudahkan kakitangan untuk datang dan menjamu selera.
Restoran ini tidak la Power sangat. tapi saya sudah beberapa kali makan di restoran ini. Menu dan masakan memang ikut selera saya dan saya rasa ok sedap aja. tak tahula tekak orang lain. Layanan juga mesra dan ramah. Saya buat tempahan jam 5.00pm dan jam 7.00pm kami datang makan berbuka puasa.
Menu yang dipilih pulak seperti:
Tomyam Campur
Kailan Ikan Masi
Kangkung Belacan
Udang Tepung
Daging Masak Merah
Buah Tembikai
Buah Kurma
Ikan Bawal Masak 3 Rasa
Minuman pelbagai sejuk dan panas
Kos yang dikenakan juga murah. Bayangkan Hidangan untuk 14 orang makan cuma berjumlah RM191.00 sahaja. Makan memang puas dan kenyang.
0 comments:
Post a Comment