Sunday, August 7, 2011

Ayam Golek Mek-Q Pantai Dalam


 

Ayam Golek Mek Q memang tidak asing lagi bagi kawasan Pantai dalam. Apabila tiba bulan puasa resoran ini menjadi tumpuan ramai. sehinggakan orang ramai yang ingin membeli bungkus terpaksa berbaris panjang. Tinjauan saya kedalam restoran pada jam 7.00am penuh sesak dengan orang ramai.


Bersebelahan selang satu gerai dari  restoran ini ada terdapat gerai nasi lemak panas ayam berempah (Warung Rindu) yang buka sepanjang malam. Nasi lemak panas daun pisang ini dijual sebungkus RM1 dan ayam goreng di bungkus asing. Gerai nasi lemak ini dibuka setiap hari dari petang  sehingga pagi, dan bulan puasa sehingga sahur.


 


Tak jauh dari tempat ini terdapat Bazar Ramadan yang terletak di kawasan shot lot Bazar ria Pantai Dalam. Bazar ini sesak dengan kunjungan orang ramai. Masa jalan2 terserempak dengan Pelakon popular Rosyam Nor bersama anak sedang mencari juadah berbuka puasa.


Gambar akan saya update kemudian jika berkunjung lagi ketempat tersebut.


8 comments:

  1. teringat zaman student dulu sanggup datang dari Serdang semata-mata nak makan ayam golek ni..mmg sedap ratah sekor kenyang smpai sahur..

    ReplyDelete
  2. salam Zain

    TQ bro komen dan singgah di Laman Blog saya.

    ReplyDelete
  3. bro dah cuba nasik lemak warung rindu kat pantai dalam

    ReplyDelete
  4. kalau bro nak tau,rosyam nor memang di besarkan di pantai dalam,mungkin saja jer datang nam mengimbau kenangan lama,maklum la pantai dalam dah tak macam dulu lagi tang penuh dengan setinggan dan rumah pacak,sekarang pantai dalam dah maju

    ReplyDelete
  5. salam Bro Pantai Dalam

    Terima kasih kerana singgah di blog saya dan beri komen.

    Nasik lemak warung rindu memang tak asing lagi bagi saya. saya selalu beli nasi lemak dan ayamg gorengnya buat bekalan sahur jika malas hendak masak atau keluar makan. kekadang hunjung minggu kalau tak tidur atau bangun terlebih awal saya akan datang bersahur di warung rindu ini la. nasi lemak panas dan ayam goreng pun sodap. :D

    Tq bro mungkin kita sikit masa lagi boleh tesermpak kat warung tu.. :D

    ReplyDelete
  6. Tq Bro, tak tahu pulak saya dia dibesarkan kat situ. betul tu Pantai Dalam dah semakin maju.

    ReplyDelete
  7. sedap ke ayam golek ni? kalau sedap nk try jugak la...

    ReplyDelete
  8. Salam Fiza.

    Tq kerana singgah di blog saya.

    kalau ikutkan perut dan tekak saya.. kesedapannya sehingga menjilat jari la..

    tapi tak tau la tekak orng lain ..

    boleh dicuba tu..

    ReplyDelete