Mt Kinabalu 2015
Trip mendaki Gunung Kinabalu 2015 kali ini di sertai oleh 30 peserta orang semuanya. Sebenarnya yang telah mendaftar semasa saya mula buka pendaftaran sejak 4 Jun 2014 adalah melebihi 100 orang, tetapi saya hanya dapat 30 seat sahaja. Jadi terpaksalah pilih ikut sistem siapa cepat dia dapat semasa buat deposit. Selepas dah penuh 30 pun saya masih mendapat permintaan, tetapi terpaksa saya tolak.
Untuk trip kali ini saya tidak sempat menganjurkan siri latihan mendaki persediaan mendaki gunung kinabalu seperti sebelumnya kerana jadual yang agak padat dan sibuk. Mohon maaf sekali lagi kepada peserta. Peserta kali ini ada dari Utara (Kedah Penang), kuala lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak. Peserta terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan dan diantaranya 6 orang sudah pernah mendaki sebelum ini dan juga pernah mendaki bersama saya pada tahun 2013.
7 May 2014
Kebanyakan peserta telah bertolak ke Kota Kinabalu pada 7 May 2015, ada yang penerbangan pagi, tengahari petang dan malam menggunakan pesawat Air Asia, Malindo dan juga MAS, Saya sendiri mencuba pesawat Malindo kali ini. Menarik juga sebab harga yang saya dapat RM200 sudah termasuk bagasi, pilihan tempat duduk, snek dan hiburan. Semua peserta yang sampai terus ke Borneo Backpacker Hostel yang terletak di Jalan Dewan ada yang menggunakan teksi dan ada yang menggunakan bus.
Ok saya ceritakan trip saya lalui, satu flight dengan saya ialah Nane dan Nasrul kami menaiki pesawat Malinndo jam 12.45 tengahari, asalnya flight 3.45pm tapi Malindo awalkan. Naik pesawat Malindo jangan lupa bawa cabel USB untuk carge handphone dan earfone sebab pada seat ada screen yang kita boleh layan tgk movie, lagu, dan games. Sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu mulanya cadang nak ambik teksi ke Backpacker, tapi terlihat ada kemudahan transport baru iaitu Bus Airport.
Bus Airport
Perkhidmatan Airport Bus ni masih baru dan menyenangkan hanya RM5 sahaja untuk ke pusat bandar Kota Kinabalu dengan beberapa hentian station. Kebetulan Borneo Backpacker berdekatan dengan station Padang Merdeka dan di laluan yang sama, so saya pun minta driver bus untuk turunkan kami di Borneo Backpacker. Sampai di Backpacker ternyata sudah ramai yang sampai dan masing2 pun sudah free n easy jalan2 di kawasan sekitar. ketika ini kami masih tidak mengenali para peserta secara keseluruhannya hanya berhubung melalui group whatsap sahaja selama ini.
Pada sebelah malam ada yang keluar makan seafood dan ada yang hanya lepak di backpacker sahaja. Sekitar jam 10.00 malam group dari penang dan kedah pun sampai, mereka adalah kawan2 Fazly (Palie) dan Abdullah (Pak Lah). Mereka sampai, lepas letak beg saja mereka terus ke Gerai Seafood.
Borneo Backpacker Sabah
Backpacker ini memang selesa dan dekat dengan pasar filipine. Maklumat lanjut berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/. Tahun 2015 Borneo Backpacker ini telah diambil alih oleh pengurusan syarikat yang baru. Syarikat Sticky Rice Travel Sdn Bhd telah mengambil alih Borneobackpacker dan juga kedai kopi di bawahnya. Web site borneobackpacker juga telah bertukar wajah baru di alamat http://www.borneobackpackers.com/.
8 May 2015
Sekitar jam 8.00am kebanyakkan peserta sudah siap untuk sarapan di backpacker. Ketika ini la kami mula berkenalan dan bertegur-tegur sambil minum kopi dan makan roti bakar, Seterusnya ada yang keluar untuk shoping di sekitar Pasar Filipine dan yang masih membuat persiapan packing. Sekitar 10.00am lagi 4 orang peserta dari kuala lumpur tiba menjadikan kami semua lengkap 30 orang.
Seterusnya kami simpan bag yang tidak dibawa di stor backpacker dan mula berkumpul dan membuat semakkan nama dan kedatangan untuk memastikan tiada yang tertinggal dan seterusnya bertolak sekitar jam 11.00am. Kami singgah makan tengahari di Petra Jaya, di sini terdapat dua buah restoran masakan nasi campur dan sebuah pasaraya Giant Mini, kat sini lah kami membeli keperluan seperti minuman, coklat dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Negara Kinabalu.
Kinabalu Park
Perjalanan jauh berliku-liku, ada peserta yang tido dan ada peserta yang menghayati keindahan panorama hutan tropika. Sekitar 2.30pm kami sampai di Kinabalu Perk HQ, sementara saya buat pendaftaran dan ambil permit, peserta yang lain mengambil masa untuk bergambar dan bersiar di kawasan Kinabalu Park HQ.
Setelah nama disemak dari segi ejaan dan panjang, Harus ingat bagi yang mempunyai nama yang panjang perlu ditanya adakah nama tersebut semuanya muat dalam sijil, jika tidak muat maka dipendekkan nama seperti buang perkataan BIN, Binti, A/P, Muhammad pendekkan jadi MUHD kerana sijil muat sekitar 39 huruf (termasuk space bar) sahaja. Setelah urusan permit sudah selesai sekitar 3.30pm, kami meneruskan perjalanan ke Desa Catle Farm Mesilau.
Desa Catle Farm
Trip ke Desa Catle sudah termasuk dalam pakej cuma tiket masuk RM5 sahaja dibayar sendiri. Kami sampai di Desa Catle sekitar 4.00pm, suasana dan cuaca baik, kawasan bersuhu sejuk dan dingin. Desa catle ini menjadi tumpuan pengunjung kerana kawasan ladang lembu dengan padang rumput luas seolah-olah seperti di New Zeland. Ramai yang datang sini untuk bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, Kami kurang bernasib baik untuk dapat latarbelakang gunung kinabalu kerana keadaan berkabus di pergunungan.
Singgah di Desa Catle ini jangan lepaskan peluang untuk makan Ais Cream dan juga minum kopi panas sambil menghayati pemandangan. Kawasan Desa Catle ini sebenarnya sudah hampir dengan Mesilau Nasional Park. Jadi jika kita mendaki dari Mesilau jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini semasa perjalanan ke Mesilau National Park. Seterusnya kami bertolak ke Mesilau Nasional Park untuk Cek In Chalet.
Mesilau National Park
Penginapan di Mesilau kali ini berbeza sedikit. Kalau sebelum ini saya selalu dapat Bishop Chalet, tapi kali ini dapat Croker Ranger Chalet dan St John Chalet. Satu chalet muat untuk 8 orang. Croker Ranger chalet ni ada 4 bilik dan satu ruang tamu yang lengkap dengan sofa dan astro dan setiap bilik ada toilet dan tempat mandi. yang paling best adalah St John Chalet, dua tingkat dan ada 3 bilik, setiap bilik muat 2 orang, ruang tamu besar dan ada astro, rasa macam duk kat umah pulak.
Sesi Suai Kenal – Ice Breaking
Makan malam 6.00pm di cafe , Selepas makan malam sekitar jam 8.00 , kami mula berkumpul di St John Chalet untuk sesi suai kenal dan sedikit taklimat pengenalan dan persediaan. Dalam taklimat ini saya tekankan supaya membawa item yang diperlukan sahaja dan tinggalkan item yang tidak diperlukan di Kinabalu Park (Satu beg RM10).
Barang yang hendak bagi portal bawa di packing ke bag lain, Jadi yang perlu ada pada setiap peserta ketika mendaki adalah bag pack kecik yang memuatkan baju hujan, glove, air dan makanan ringan, serta bekal yang diberi. Camera dan Hp wajib dibawa oleh setiap peserta kerana setiap peserta mungkin akan terpisah jarak mengikut keupayaan masing-masing, jadi camera mesti ada sendiri untuk bergambar kenangan tak kisah la selfie atau selftimer atau mintak pendaki lain atau guide ambilkan. Ini penting kerana kita tidak tahu keadaan cuaca semasa perjalanan naik dan turun adakah clear atau hujan. Semasa di Laban rata nanti peserta juga dinasihatkan supaya memaklumkan kawan2 dan juga guide jika mengalami symtom AMS seperti pening dan sakit kepala atau demam. Biasanya jika kena AMS peserta dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak. Barang-barang yang tidak diperlukan atau tidak mahu dibawa naik keesokkan harinya boleh di packing dan dihantar ke pejabat Mesilau National Park untuk dihantar ke Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah selesai taklimat peserta semua kembali ke dorm masing-masing untuk berehat dan tido.
Bagi peserta yang tidak boleh tido awal, ada yang masih melepak sambil minum kopi dan makan meggi. Makan meggi panas-panas ketika suasana sejuk ni memang terasa best. Di Chalet ini ada disediakan pinggan dan mug, peti sejuk, Dapur atau Hot kettle untuk masak air.
9 May 2015
Jam 6.30am semua sudah berkumpul di Cafe membawa beg masing2. pada jam 6.40am kaunter dibuka untuk perkhidmatan simpanan beg ke Kinabalu park. Peserta meletakkan beg dan membuat bayaran RM10 untuk satu beg. Beg ini akan di hantar ke Kinabalu Park HQ untuk disimpan disana kerana semasa turun kita akan melalui Timpohon. Selesai letak beg semua peserta mula menjamu selera sarapan pagi. Selesai sarapan semua dibekalkan dengan lunch Pack yang berupa sandwish, epal dan air sebotol. Jam 8.00am semua peserta sudah berkumpul di hadapan Gate Mesilau, Kami buat senaman regangan yang di pimpin oleh En Sazali. Selesai buat senaman regangan barulah guide kami sampai. Peserta juga diserahkan Tag Nama Permit Mendaki dan dinasihatkan supaya tidak menghilangkan tag ini dan hendaklah dipakai setiap masa.
Timbang Beg ~ Porter
Beg-beg yang hendak bagi porter mula di susun dan di timbang satu persatu. Selesai timbang bag dan buat bayaran RM12 untuk 1 kg berat, kami berkumpul di di satu tempat untuk sesi taklimat oleh Guide. Guide semuanya 6 orang dan tambahan 2 orang porter, ketua guide namanya Jaidi, abang kepada guide Kamaluddin yang saya guna sebelum ini. Guide kami bagi tshirt warna kuning dan peserta memakai tshirt warna pink.
Selesai taklimat kami memulakan langkah dengan diiringi doa yang di pimpin oleh En Sazali, kemudiannya kami mula laporkan nama dan tandatangan di gate sebelum melangkah masuk memulakan pendakian sekitar jam 8.45am. Permulaan pendakian semua peserta sangat bersemangat dan teruja.
KM1 – Menaik
Permulaan pendakian semua peserta sangat bersemangat. Bermula dari 0km ke KM0.5 dan ke km1, trek tidak sukar mendatar dan ada sedikit menaik dan ada tangga-tangga kecil dan pendek. Tidak sukar mendaki dan peserta masih berada dalam satu kumpulan. Selepas KM0.5 peserta akan dapat melihat pemandangan gunung kinabalu dan bergambar. Yang menariknya jika melalui mesilau ini adalah anda dapat lihat banyak view yang cantik berbanding jika anda melalui Timpohon yang tiada view sehingga KM4. Saya sering mengingatkan peserta supaya KM1-KM3 peserta dapat bergerak sedikit laju supaya dapat curi masa. Digalakkan supaya kita cuba buat 1km dalam masa maksimum 1 jam sahaja, dengan itu kita boleh sampai ke Laban Rata dalam masa 8jam maksimum. Jadi jika kita curi masa pada KM1-KM3 so kita ada sedikit masa di KM-KM yang terakhir yang mana kita mungkin sedikit penat dan pelahan.
KM2 – Menurun – Pondok Schima – Pondok Bambu
Selepas anda melepasi papan tanda KM1, anda akan berjumpa pondok yang pertama iaitu Pondok Schima. Biasanya peserta akan target untuk rehat seketika (take 5) di pondok ini sambil bergambar kerana terdapat view yang cantik berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Peserta tidak digalakkan berhenti lama atau duduk di pondok ini kerana baru 1km tidak la penat sangat. Selepas melalui pondok ini anda akan bergerak menuruni bukit seterusnya trek mendatar sehingga anda bertemu dengan Papan tanda KM1.5, kemudiannya trek mula menurun lagi sehingga anda bertemu dengan pondok seterusnya iaitu Pondok Bambu. Di pondok ini tiada view pemandangan jadi kebanyakkan peserta tidak berhenti. Di pondok ini ada kemudahan tandas dan air paip. Selepas melepasi pondok ini trek masih menurun dan ada sedikit tangga dan masih menurun sehingga anda bertemu dengan papan tanda KM2. Semasa hampir dengan KM2 salah seorang peserta Eizam mula tercungap, kerana tidak biasa mendaki, beliau rehat sebentar manakala peserta lain meneruskan perjalanan.
KM3 – Menurun
Setelah melepasi papan tanda KM2 trek menurun dan mula mendatar seterusnya kembali menurun sehingga jumpa papan tanda KM2.5. Seterusnya anda akan jumpa batu besar, batu besar ini menandakan anda akan berjumpa dengan kawasan air terjun (Waterfall) yang pertama.
Di waterfall ini ada satu jambatan kayu yang pendek, disini kebanyakan pendaki berhenti untuk bergambar dan ada yang menyegarkan muka dengan air sungai yang bersih dan sejuk sebelum meneruskan perjalanan. Kebanyakkan peserta kali ini tidak berhenti lama disini. Seterusnya selepas melalui waterfall ini anda akan bertemu dengan Papan Tanda KM3. Di sini peserta sudah tidak lagi dalam kumpulan, peserta telah terbahagi kepad 3 kumpulan, kumpulan yang laju, sederhana dan pelahan.
KM4 – Menaik – Pondok Nepenthes – Jambatan Gantung Kipuyut
Seterusnya setelah melepasi papan tanda KM3 anda akan bertemu dengan pondok ketiga iaitu Pondok Nepenthes sebaik sahaja melepasi pondok ini anda akan menurun lagi dan kemudiannya sedikit mendatar dan bertemu dengan sebuah sungai dengan Jambatan Gantung, Jambatan gantung ini dinamakan Jambatan Gantung Kipuyut. Tahun 2013 saya datang masih ada papan tanda nama jambatan ini tapi tahun 2015 saya lihat sudah tiada papan tanda ini dan telah jatuh diletakkan di suatu sudut. Sungai di jambatan gantung ini juga memberikan pemandangan yang menarik, ramai peserta tidak melepaskan peluang bergambar disini.
Setelah melepasi sungai dan jambatan gantung ini trek mula mendaki sedikit dan anda akan bertemu jambatan kayu pendek merentasi sungai, selepas itu terdapat tangga pada KM3.5 dan trek ini mula terus mendaki dan beberapa tangga sehinggala anda bertemu dengan pondak keempat iaitu Pondok Tikalod. Seterusnya selepas melalui pondok ini anda akan jumpa papan tanda KM4.
KM5 – Menaik – Pondok Lompoyou
Selepas melalui papan tanda KM4 kebanyakkan peserta sudah mulai jauh antara satu sama lain dan tidak lagi berkumpulan. Masing-masing dengan kelajuan tersendiri. Ada yang sudah jauh kedepan dan ada yang perlahan di belakang. Semua peserta tidak perlu risau kerana ada salah seorang guide akan menjadi guide untuk orang yang paling belakang. Sebaik sahaja melalui papan tanda KM4 peserta mula mendaki dan tiada lagi trek mendatar dan menurun dan akan jumpa beberapa tangga dan ada yang panjang, laluan di trek ini pun tiada view dengan kiri kanan hutan. Selepas melepasi KM4.5 rasanya anda akan bertemu dengan pondok kelima iaitu Pondok Lompoyou. Biasanya di pondok ini menjadi kebiasaan pendaki berhenti untuk makan bekalan sandwich yang diberi. Di pondok ini anda akan dapat view pemandangan yang cantik dan berada atas bukit. Seterusnya dari pondok ini tak jauh anda akan bertemu dengan kawasan lapang yang dikatakan sebagai HeliPad. Ramai juga yang berhenti di Helipad berbanding dengan Pondok Lompoyou ni kerana view lagi menarik. Dikawasan Helipad ini sebenarnya anda berada di atas rabung gunung dimana kiri dan kanan anda adalah cerun. Jadi view keliling dengan 360 darjah. Disini anda kan lihat pokok- pokok diselaputi sejenis lumut, kawasan ini anda akan mula terasa sejuk dan dingin. Seterusnya anda akan melalui sedikit mendatar di atas rabung yang kecil dan dihadapan anda akan lihat sebuah lagi bukit yang hendak di daki. Sebaik sahaja melepasi rabung ini anda akan mula jumpa tangga yang agak tinggi.
KM6 – Menurun – Pondok Magnolia
Seterusnya kita akan menaiki tangga yang tinggi dan panjang jugak sebelum berjumpa pondok keenam iaitu Pondok Magnolia yang baru dan ada view. Pondok lama lagi kehadapan dan tiada view, Pondok Magnolia yang lama sudah di runtuhkan, disebabkan pondok ini di tepi cerun dan keadaan tanah yang sentiasa basah dan berair serta berlumut menyebabkan tiada pendaki yang hendak rehat dan jadi usang, mungkin ini sebabnya pihak kinabalu park buatkan pondok yang baru yang ada view. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini. Disimpang ini anda akan anda akan Jumpa Papan Tanda KM6. Kebetulan trip kali ini saya lihat beri-beri merah tiada banyak mungkin bukan musinnya. Semasa perjalanan ke persimpangan mesilau timpohon ini hujan mula turun, tetapi tidak lebat sangat, ada yang menggunakan rain cot dan ada yang menggunakan payung. Saya menggunakan payung sahaja sebab hujan tak lebat. Group dah terpisah jauh, saya berada di kelompok belakang, sudah 2 group di hadapan
KM7 – Menaik – Pondok Vilosa
Sebaik sahaja anda bertemu dengan KM6 anda jangan terkejut kerana anda kan jumpa papan tanda 4km. sebenarnya bermula dari simpang papan tanda adalah dari Timpohon. Jarak Gate Timpohon ke Laban Rata adalah 6KM, jadi papan tanda adalah ikut timpohon. Bermula di simpang ini juga anda akan terus mendaki lagi 2km untuk sampai ke Laban Rata. Dari sini trek bertangga dari batu-batu, dan pohok pun sudah mula renek serta terasa dingin. Disini anda akan jumpa peserta dari Timpohon sama ada naik dan turun, tetapi kebanyakkan yang turun la. Anda akan melepasi Papan tanda timpohon KM4.5 yang bermaksud anda sudah KM6.5 dari mesilau. Trek masih menaik dan anda akan jumpa tangga kayu, selepas tangga kayu ini anda akan jumpa kawasan batu lapang , kebiasaannya ramai juga bergambar disini. Atas sikit dari diri anda akan jumpa Pondok Vilosa kat sini terdapat tandas dan jika tidak berkabus anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Seterusnya anda naik lagi dan anda akan jumpa Papan Tanda KM5 yang bermaksud ada dari mesilau sudah KM7.
KM8 – Menaik – Taman Bonsai – Pondok Paka
Sebaik sahaja anda melepasi papan tanda KM5, anda akan melihat pemandangan seperti taman bonsai. Memang cantik. Lebih cantik lagi jika tiada kabus atau tidak berhujan. Semasa saya melalui kawasan ini ia berkabus dan menutupi pemandangan Gunung Kinabalu. Trek makin menaik dengan batu-batu dan anda akan lihat kebanyakkan pokok diselaputi lumut yang panjang2. Selepas melalui kawasan ini anda akan memasuki kawasan seperti hutan semula tiada pemandangan selepas memasuki kawasan ini anda akan bertemu dengan Pondok Paka. Kalau dah jumpa pondok paka ni berbakna anda sudah dekat la. Ada tandas di Pondok ini dan juga air bukit. Saya tak galakkan anda minum air bukit yang di tadah ini jika perut anda sensitif. Seterusnya setelah melepasi pondok ini anda akan bertemu pula dengan papan tanda KM5.5 yang bermaksud anda sudah KM7.5 dari mesilau dan hanya tinggal 500m sahaja lagi untuk sampai ke Laban Rata.
Waras Hut
Dari Papan tanda KM5.5 ini anda akan jumpa chalet pertama iaitu Chalet Waras Hut. Ramai yang kata terasa macam tak waras untuk 500m ni, sebab dah penat dan mental. Tapi sebaik sahaja jumpa Waras Hut ni kebanyakkan pendaki berasa sangat lega. Biasanya ramai akan rehat seketika di sini sebelum melangkah terus ke Laban Rata Rest House. Kiranya kumpul tenaga dan one shot terus ke Laban rata. Laban rata cuma dibelakang Waras Hut sahaja. Sebelum jumpa Cafe Laban Rata Resthouse anda akan jumpa kawasan lapang untuk Helipad. Sampai di Laban Rata kira dah mencapai KM8 dari mesilau dan KM6 dari Timpohon. Kalau dari Timpohon anda boleh sampai di laban rata sekitar jam 1pm-2pm. Tapi kalau dari Mesilau kebiasaannya pendaki sampai sekitar jam 4pm -jam 5pm.
Laban Rata
Laban Rata Resthouse cafe dibuka sekitar jam 4.00pm. Ramai peserta group ini sampai sekitar 4.00pm – 4.30pm. Alhamdulillah kami semua dapat penginapan di Laban Rata Rest House. Makan di Laban Rata cafe ni memang sedap, sentiasa ada menu kambing (my Faveret ni). Antara peserta group saya yang paling awal sampai sekitar jam 3.00pm, selebihnya sekitar jam 4.00pm dan 5.00pm. Saya agak tersasar, saya sampai sekitar jam 6.15pm bersama Shikin dan suaminya Zakaria, sama sama penat dan slow kami. Selepas makan dan rehat maka yang lain2 mula bergerak ke chalet. Disebabkan kami ganjil 15 lelaki dan 15 perempuan, maka salah satu dorm tu terpaksa bercampur. Biasanya kalau kita group kecil 3-4 orang pun akan bercampur jugak kat sini, kerana kat sini tidak di khususkan dorm lelaki atau perempuan. Tapi bilik air ada lelaki dan perempuan, jadi kalau nak tukar baju atau bersihkan diri peserta akan buat di bilik air, dorm tu tempat tidur sahaja. Jadi yang perempuan tidak perlu risau jika tetiba terpaksa mix. Sepanjang pengalaman saya perkara ini tidak menjadi isu pun.
Saya, shikin dan zakaria masih berada di cafe makan pelahan2 ketika ini jam sudah hampir jam 7.00pm dan masih ada 4 orang lagi yang belum sampai iaitu Hashimah,Eizham, Erhan dan Erliyani. Saya dan beberapa orang kawan tapaukan makanan kepada mereka dan minta salah seorang guide yang telah sampai untuk turun hantarkan makanan kepada mereka. Saya terharu dengan kesungguhan guide yang sanggup turun semula untuk hantar makanan walaupun beliau juga turut menjadi porter.
Sekitar 7.00pm Hasimahwati sampai, Beliau sempat makan sebelum dapur di tutup. Seterusnya setelah semua beredar ke bilik masing2 saya masih menunggu kawan yang belum sampai di cafe. Dalam 8.15pm barulah saya nampak kelibat Eizham sampai dengan penuh kepenatan dengan hanya memakai baju hujan (Rain Coat) sahaja sebagai pembekal haba di kala kesejukan dalam perjalanan. Saya buatkan Air gula suam kosong beberapa cawan untuk beliau. Dapur dah tutup jadi air manis sudah tiada. Air gula kosong ini dapat juga recover tenaga Eizham. Setelah berehat dan beliau pelahan2 makan makanan yang di tapau.
Sekitar jam 9.00pm saya dan Eizham mula beredar ke bilik setelah mendapat berita yang Erhan dan Erliyani di jaga oleh guide dan sudah 1km ke Laban Rata. Sekitar 9.30pm barulah Erhan dan Erliyani sampai ke laban rata. Bila semuanya sudah sampai baru la rasa lega dan boleh tidur. Kami semua cuba tidur dan rehatkan badan dengan masa yang agak terhad sebab jam 12.00 tengah malam sudah mau bangun. Ada beberapa orang yang tidak sempat tidur.
10 May 2015
Sekitar jam 12.00 tengah malam kami semua mula bangun, siapkan diri untuk mendaki. Sekitar jam 1.00am kami dah tunggu di cafe untuk sarapan. Lambat jugak cafe buka, sambil tunggu dan melihat tukang masak masak. Sekitar hampir jam 2.00am semua pendaki mula beratur dan mengambil makanan.
Kejutan Hari Jadi
Selepas makan kami buat Kejutan sambutan hari jadi salah seorang peserta group kami tanpa beliau ketahui. Paklah dan palie membawa pinggan diisi dengan cocopie dan lilin kearah meja pendaki perempuan sambil menyanyikan lagu "selamat hari jadi" sampai di meja orang yang diraikan iaitu Mursyida. Tapi malangnya beliau tiada di meja kerana ke toilet...huhuhu malu kejap Parklah :) semua orang pandang...kejutan tidak menjadi. Terima kasih kepada kawan2 pendaki yang sangat perihatin dan bersemangat setia kawan berkumpulan. Akhirnya cocopie di tapau ke puncak gunung :). Tidak dapat nak tunggu mursyida yang lama sangat kat toilet sebab 2.30am kami sudah mau mula mendaki. Beliau pun tak tau yang kami nak buat kejutan :).
Setelah semuanya berkumpul di hadapan pintu cafe, kami mendengar taklimat dari guide seterusnya bacaan doa dipinpin oleh En Sazali sebelum kami memulakan langkah. Memandangkan Marzuria (Chia) akan buat Via Ferata, maka seorang guide lead chia dahulu kehadapan. Seterusnya kami semua melangkah menuju ke Gunting Lagadan, Gate masuk ke trek Summit.
Sebaik sahaja melepasi Gunting Lagadan trek terus mendaki dan bertangga yang banyak sehingga ke tali pertama. Memang semput kejap la kat tangga-tangga ni tapi ikut petua jika kita tidak larat, kita jalan pelahan2 tapi jangan berhenti duduk atau tido. Dalam kegelapan bersuluhkan lampu head lamp kami melangkah, mula mula di hadapan kemudian sedikit2 di potong pendaki lain. Ketika ini ramai antara kami sudah terpisah. Saya bergerak sedikit pelahan tetapi saya tidak berhenti.
Tali pertama
Setelah mendaki banyak anak tangga kayu anda akan jumpa tempat tali pertama di KM6.5. Sampai di kawasan tali pertama semua orang berbaris, part ni memang curam dan perlu pegang tali dengan kuat, Disini sudah tiada pokok dan mula mendaki batu curam. Di tali pertama ini agak curam dan anda perlu memanjat menggunakan tali. Disini pastikan tangan anda bebas untuk memegang tali, jika ada camera atau tongkat sila masukkan pada beg dan berikan perhatian yang penuh. So mesti ingat keselamatan diutamakan dahulu. Semasa awal pagi dalam keadaan masih gelap kita tidak akan terasa sangat gayat sebab curam.
Km7 – Cek Point Sayat-Sayat
Pendaki mendaki dengan memegang tali sehingga sampai ke Sighboard KM7 barulah trek kembali rata sehingga jumpa Sayat-Sayat Cek Point. Saya sampai di Cek point Sayat-Sayat sekitar jam 4.45am, Saya dapati semua peserta group saya telah melepasi Sayat-sayat alhamdulillah. Saya yang paling last dalam group saya.
Saya pun tak larat sangat, rasa cepat penat, jadi saya berjalan 10 langkah dan stop 30saat. saya tidak duduk dan tidak baring untuk mengelakkan rasa malas timbul. Saya mendaki lagi sehingga sampai ke sighboard Mountain Torgh, kat sini saya take 2-3minit rehat. Kat sini saya bertemu dengan group Mr Zein Wong. Mereka pun kepenatan sambil duduk berehat. Saya tolong ambil gambar mereka dan kat sini sudah mula sunrise.
Group Zein Wong
Setelah bergambar group Zein Wong seramai 4 orang ini mengambil keputusan untuk turun, mereka dah giveup. Saya cuba pujuk mereka supaya sampai ke KM8 tempat sighboard duit seringgit tempat orang ramai bergambar. Saya dapat yakinkan mereka dan motivasikan mereka supaya teruskan perjalanan.
Dalam perjalanan saya Terjumpa dengan Chia yang sudah bergerak turun kerana mengejar masa untuk buat via ferata. Tak sampai berapa lama jumpa pulak Palie juga turun awal, Palie tidak kejar via ferata, sebaliknya dia kejar toilet.. :) patutla laju semacam. Apa pun tahniah buat chia dan palie sebab sudah berjaya sampai puncak. Saya meneruskan perjalanan sehingga sampai ke KM8.
KM8
Sampai di KM8 rehat kejap dan manakala Group Zein Wong pun turut sampai. Gembira mereka sebab berjaya sampai kat situ. Bergambar kejap dan saya mengambil keputusan untuk menerukan perjalanan ke puncak. Dalam perjalanan seorang demi seorang saya bertembung dengan pendaki group saya yang bergerak turun. Saya pasing banner putih saya pada Nane untuk bergambar group di KM8.
KM8.5
Dari kawasan ini jika sudah cerah kita akan dapat lihat puncak Gunung Kinabalu iaitu Low Peak yang sudah tidak jauh. So kita bergerak sehingga jumpa papan tanda kecil atas batu KM8.5. So tinggal 300meter sahaja lagi. Selepas papan tanda ini kita akan nampak Bukit Low Peak. Perlu mendaki untuk sampai ke Puncak Low Peak yang ada Papan Tanda Puncak.
Puncak Low'S Peak
Guide kami sangat bagus, mereka tidak halang saya untuk terus ke puncak, sebaliknya bagi semangat untuk saya sampai puncak. Saya menuju ke puncak dengan pelahan-lahan. Sampai di puncak saya lihat ada satu group pendaki Filipina. Mereka adalah group last dengan saya di puncak. Group Filipina ni sempat menyambut Besday rakan mereka secara kejutan di puncak gunung kinabalu. Di puncak cuaca tidak berapa sejuk sebab sudah jam 8.00am. Selepas bergambar dengan mintak mereka ambilkan, saya mula bergerak turun.
Dari puncak saya lihat group pendaki saya sedang bergambar group dan bergambar dengan baju raya masing2 di KM8. Semua sangat teruja, bergambar sakan sebab cuaca yang baik. Biasanya setiap kali trip saya akan buat fotoshoot baju raya kat sini semasa turun dari Low's Peak.
Laban Rata
Sekitar jam 11.00am saya sampai di Laban Rata bersama pasangan suami isteri Shikin dan Zakaria. Sampai di Cafe sempat lagi kami makan. Manakala peserta lain sudah bersiapsedia untuk turun. Selepas rehat dan makan barulah saya, shikin dan zakaria bergerak turun.
Timpohon
Sekitar jam 3.00pm Beberapa peserta telah sampai di Timpohon Gate. Menunggu cukup 10 orang untuk gerak dengan van yang telah siap menunggu. Van pertama gerak ke Kinabalu Park dan sempat makan di cafe, Van kedua mula gerak sekitar 4.30pm sempat makan tapau :(. Van ketiga mula gerak dari Timpohon Gate 6.30pm. Sampai di Kinabalu Park HQ dah dekat kul 7.00pm tunggu bag dari porter dan begerak pulang ke KK. Kami selaku van terakhir hanya makan tapau dalam perjalanan. huhuhu memang lapar dan keletihan tapi rasa syukur sebab semua berjaya menamatkan pendakian dengan baik.
Sampai di KK Borneo Backpacker jam 9.00pm, group yang dah sampai awal sudah siap bersihkan diri dan ready untuk keluar makan. Memandangkan esoknya kami punya free and easy yang tidak sama jadi memutuskan untuk buat majlis perpisahan dan penyerahan sijil malam ini jugak. Sekitar jam 9.45pm semua peserta telah berkumpul di ruang tamu borneo backpacker. Sedikit ucapan terima kasih dan penghargaan kepada yang berjaya dan juga penyerahan sijil. Ucapan perpisahan buat Kak Mazlina, En Sazali, Shikin dan Zakaria menginap di hotel lain. Ucapan tahniah buat peserta yang pertama sampi ke puncak Low's Peak iaitu Lidiah.
Makan Malam Sea Food
Sekitar 10.30pm kami sudah berada di tepi laut (Waterfront). Berjalan sekitar gerai2 seafood ini mencari gerai yang sedap.. huhuhu tapi kami pun tak tau mana yang sedap, jadi pusing2 kami singgah di gerai yang ramai orang sahaja. Rasanya harga dari satu gerai dengan yang lain lebih kurang sahaja. Kami tempah beberapa menu yang melibatkan ketam, ikan dan sotong untuk menu seperti bakar, masak pedas dan tiga rasa, rasa masakkan ok jugakla not bad la. Selepas makan kami pulang ke Backpacker tido.
11 May 2015
Harini free and easy, jadi peserta bebas buat aktiviti, ada yang hendak shopping, ada yang hendak ke pulau dan ada yang nak rehat sahaja. Group penang paklah and the geng memilih untuk aktiviti pulau. Untuk aktiviti pulau mudah sahaja cuma pergi ke Jeselton cari pakej boat untuk ke pulau. Bole carted satu boat dan boleh juga bayar perperson. Boleh pilih 1 pulau , 2 pulau atau 4 pulau.
Ada peserta yang pulang ke semenanjung dan kuching penerbangan pagi, tengahari petang dan malam, ada juga yang pulang keesokkan harinya.
Begitulah kesudahan trip pendakian kami. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai trip kinabalu kali ini, walaupun kami cuma kenal semasa trip sahaja namun selepas itu kami telah menjadi perkenalan baru. :)
Contact Borneo Backpacker
Sticky Rice Travel Sdn Bhd
58 Jalan Pantai, 3-A 3rd Floor
(Hainan Association Building)
Kota Kinabalu 88000 SABAH
Office : +6088.251.654
Mobile : +6016.8201.839
www.stickyricetravel.com
http://www.borneobackpackers.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah kisah Marzuria dan Via Feratanya... coretan ini di tulis sendiri oleh beliau :)
Kisah Marzuria dan Via Ferata
Pengalaman kali ke-2 sampai ke puncak Gunung Kinabalu bagi saya mendebarkan kerana saya mudah tercabar dari segi mental disebabkan ‘pernah sampai’ maka, perasaan malas dan tidak bermotivasi sering menghantui saya kali ini. Namun, perancangan tahun 2014 bersama seorang rakan iaitu Dr.Malinna Binti Jusoh yang juga mendaki Gunung Kinabalu buat kali ke-2 pada kali ini membuatkan saya bersemangat tinggi. Kami bertolak dari Mesilau tepat jam 8:50 pagi dan mesti sampai di Laban Rata sebelum atau pada jam 3 petang untuk pendaftaran via ferrata.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan sokongan dari admin Hamydywordpress iaitu En. Abdul Hamydy selaku ketua rombongan yang mendaki gunung Kinabalu buat kali ke-9 (saya sangat kagum dengan kekuatan mental beliau), saya tiba di Laban Rata tepat jam 2:50 petang. Walau pun agak sedih kerana rakan saya, Dr.Malinna tidak dapat tiba di Laban Rata seperti yang dirancangkan, saya teruskan juga rancangan untuk mendaftar aktiviti via ferrata yang diuruskan oleh Mountain Torq di Pendant Hut.
Saya perhatikan ramai pendaki dari luar negara yang berminat untuk mengikuti aktiviti via ferrata tersebut. Terasa sangat terpinggir di bumi sendiri dan semangat untuk mengikuti aktiviti berkobar-kobar apabila dilayan dengan sangat baik oleh krew Mountain Torq. Tepat jam 4 petang, taklimat tentang aktiviti via ferrata diadakan dan dikendalikan oleh James (krew mountain Torq) dan sesi praktikal turut dijalankan oleh Liow (krew Mountain Torq).
Sebenarnya aktiviti via ferrata ini terbahagi kepada 2 laluan, iaitu laluan pendek (Walk the Torq) dan laluan yang panjang (Low’s Peak Circuit). Untuk mencuba buat kali pertama, saya memilih untuk mengalami pengalaman laluan pendek dahulu (sebab saya tak tahu tahap gayat yang saya miliki).
Laluan warna merah ialah laluan yang panjang (Low’s Peak Circuit) dan laluan warna kuning ialah laluan yang pendek (Walk the torq). Laluan warna biru ialah laluan pendaki dari Laban Rata ke puncak gunung Kinabalu.
Dalam sesi taklimat tersebut, pendaki yang mengikuti aktiviti via ferrata dikehendaki tiba di puncak pada atau sebelum jam 6:15 pagi dan mesti tiba di check point via ferrata pada atau sebelum jam 8 pagi. Sekiranya pendaki tidak dapat berada di check point mengikut masa yang ditetapkan, bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dipulangkan. Bayaran hanya akan dipulangkan sekiranya aktiviti tidak dapat diteruskan disebabkan faktor cuaca atau masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak Mountain Torq itu sendiri.
Apa yang membimbangkan saya ialah masa. Adakah saya dapat mencapai masa seperti yang disarankan oleh krew Mountain Torq? Kerisauan saya terjawab apabila James mencadangkan supaya pendakian ke puncak perlu saya teruskan tanpa pasukan, yang mana seorang jurupandu (guide) akan menemani saya seorang dan menjayakan misi saya tersebut (terasa seperti VIP pula!).
Bertemankan seorang jurupandu yang selalu mengingatkan saya tentang masa, saya dapat mendahului pendaki-pendaki lain dan dapat tiba di Sayat-sayat Hut jam 4:10 pagi dan sampai ke puncak jam 6:15 pagi. Selepas sesi mengambil gambar selesai, saya terus turun ke Sayat-sayat Hut untuk mendaftar diri untuk aktiviti Walk the Torq. Saya sampai awal iaitu jam 7 pagi (tanpa kelam kabut sebab turun lebih laju daripada mendaki). Selesai mengalas perut dengan roti dan air, saya dan pendaki-pendaki yang telah bersiap sedia dengan brain bucket (helmet) dan juga harness (tali keselamatan) turun ke check point Walk the Torq.
Sebelum melakukan aktiviti tersebut, peserta diberi pilihan sama ada mahu memakai baju sejuk atau tidak kerana sepanjang aktiviti selama lebih kurang 2 jam ini, peserta memang berada di bawah matahari terik tetapi suasana dingin. Mujurlah saya hanya memakai windbreaker dan 3 helai baju di dalam, maka tidaklah terlalu berpeluh. Sekiranya peserta tidak mahu menggunakan baju sejuk yang tebal, maka bolehlah diserahkan kepada jurupandu (guide) masing-masing untuk dibawa ke chalet di Laban Rata. Beg air dan kudapan seperti roti, gula-gula atau coklat juga disarankan bawa bersama semasa aktiviti Walk the Torq ini kerana dalam masa 2 jam lebih memang kita akan keletihan dan kelesuan setelah penat mendaki dan turun dari puncak gunung Kinabalu pagi tadi.
Untuk melakukan aktiviti ini, pada mulanya saya agak risau kerana tiada kawan dan tiada kumpulan. Saya keseorangan dan saya dikagumi oleh peserta lain kerana berani menyertai walau pun keseorangan. Namun begitu, satu kumpulan (kapasiti untuk 1 tali panjang dan seorang krew) ialah seramai 8 orang. Saya bergabung dengan 4 orang sekumpulan dari Singapura dan 3 orang Cina sekumpulan dari Puchong (oh, Malaysian rupanya! Ingatkan dari Hong Kong). Hehehe. Saya kira, saya seorang sahaja orang muda sebab 7 orang lagi semuanya berpangkat uncle dan aunty. Huhuhu....jadi pergerakan saya agak terhad sebab 3 orang di hadapan saya amat laju dan 4 orang di belakang saya amat perlahan. Saya dalam dilema di tengah-tengah, terpaksa menjerit pada uncle Sie Sie Yong dari Puchong “Hold On, Hold On...Wait uncle, wait!”. Keadaan tali di antara orang depan dan orang belakang tidak boleh terlalu tegang. Bersabar je lah sebab bukan kenalan kita. Kalau kenalan kita, boleh la jerit dari depan sampai belakang tanpa segan silu.
Sampai sahaja ke check point terakhir, semua orang kelaparan, nasib baik betul-betul 2 jam masa yang diambil oleh kumpulan kami (mula jam 9 pagi, tamat tepat jam 11 pagi). Semua peserta ke Pendant Hut untuk sarapan sebelum turun ke Timpohon gate. Sijil yang saya terima kali ni sangat istimewa, 3 keping sijil (via Mesilau, sampai puncak dan Walk the Torq). Sijil Walk the Torq boleh terus ambil dari pejabat Mountain Torq, bertentangan dengan HQ Kinabalu Park. Kesimpulannya, tidak lah menakutkan sangat Walk the Torq ni, sebab laluan tidak mencabar, hanya curam-curam yang ‘suam-suam kuku’ sahaja. Lain kali saya akan ke laluan yang panjang pula, untuk merasai cabaran yang lebih sukar. Disarankan kepada sesiapa yang ingin mengikuti aktiviti via ferrata ini, eloklah naik melalui Timpohon supaya dapat sampai di Laban Rata sebelum atau pada jam 3 petang.
Sekian....
-----------------------------------------------------------------
Update Berkenaan Via Ferata : 17/04/2017
Web Site : http://mountaintorq.com/contactbooking/enquiries/
Harga 2017 untuk Aktivi
1. Walk The Torg = RM680 (Laluan Pendek)
2. Low Peak Circuit = RM900 (laluan Panjang)
Contact Mountain Torq
Visit Us
Mountain Torq Sdn Bhd
Suite #01-03/04,
Level 2 Menara MAA,
6 Lorong Api Api 1,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
T +60 88 268 126
Office hours Mon to Fri 9am to 5pm GMT +8.
thanks awak...finally ada juga entry ni...adehhh..paling win tu part bday surprise, especially tu paduan suara..hehehehe
ReplyDelete