Friday, December 30, 2016
Mt Kinabalu 20-21 Nov 2016 ~ Via Timpohon
Trip Kinabalu November 2016
Trip Kinabalu November 2016 ini merupakan trip last minit adhoc. Tiada perancangan dibuat, booking pun tidak. cuba tempah tiket flight sahaja. Cuma di fikiran jika tiba di kinabalu park ada seat kosong atau ada orang cansel maka naikla :). Kalau tak ada anggap pergi bercuti di sabah.
Trip terjah ni tidak digalakkan kalau ramai. kalau 2-3 orang atai 1-2 orang boleh la buat. Berikut saya ceritakan step by step trip terjah saya. Trip saya ini mengambil masa 4 hari. Hotel tidak boking kerana jika ada perubahan plan maka senang nak re-plan, cuma hari pertama sahaja booking. Cuma saya buatkan tentative bercuti sabah jika tidak berjaya mendaki. Flight tiket saya cuma beli 2 minggu dari tarikh yang pergi. Harga tidak la mahal sangat kira average. Sebenarnya selepas beli tiket flight saya ada call sabah park tanya seat mendaki tapi penuh katanya.
Day 1
Untuk hari pertama ini saya menginap di backpacker yang paling hampir dengan stesen bas untuk ke KK Park. Saya menginap di Akinabalu Youth Hostel. Hostel ni ada dorm (RM27 perhead) dan ada bilik (RM65). Saya booking melalui www.booking.com saja. Kalau nak hotel yang betul2 dihadapan stesen bus tu ialah Dreamtel Kota Kinabalu. Akinabalu Youth Hostel ni ok dan bersih, majoriti yang menginap disini masa ketibaan saya adalah mat salleh. Kekurangan hostel ini adalah ada toiletnya yang tiada Pili getah paip sebab fokus untuk western. Toilet yang ada getah paip ni ada beberapa saja. Jadi sebelum buang air besar cek dulu toilet mana untuk asia :).
Hari pertama ni saya tak buat apa2 aktiviti just relaks dan beli keperluan untuk mendaki sahaja, seperti coklat dan air isotonik untuk buat bekal semasa mendaki
Day 2
Hari kedua saya bangun awal sekitar jam 4.30am, mandi dan bersiap. Sarapan start jam 7.00am tapi saya mintak staf hostel tu prepare awal 5.30am ( sibbaik staf hostel ok :)). Disebabkan jarak yang dekat dengan stesen bus, saya takla terkejar2, jalan kaki dalam 2-3 minit sahaja.
Sampai di stesen bus ini saya dapati sudah ada van yang menunggu pelanggan. Katanya jam 7.00am nak gerak tapi sebenarnya dia tunggu orang penuh jugak, kalau nak cepat dia suruh carted 1 van. Kalau normal caj RM25 seorang untuk sampai ke Kinabalu Park. Ada masa 6.30am tu dah ada orang yang nak ke Kinabalu Park kalau bernasib baik kita boleh kongsi carted van dengan pendaki lain kos carted dengan kos per head lebih kurang sahaja. Kalau dapat nego maybe dapat murah, harga charted biasanya RM150-200.
Kebetulan masa saya tiba tiada pendaki lain atau penumpang lain, so saya tunggu sampai jam 7.00am, masih tak ada van yang hendak gerak, last2 saya ambil keputusan untuk ambil teksi, nego punya nego dapat harga RM90. Terus saya gerak ke Kinabalu Park. Sebenarnya kalau nak tunggu pun boleh sbb last time mendaki di Timpohon Gate jam 11am, kalau naik van kul 8.30am pun sempat sampai. Tapi sebab nak terjah kena la awal.
Sampai di Kinabalu Park terus saya ke kaunter Sutera untuk booking, memang ada 1-2 seat last minit yang cansel, so dapat la saya naik. So bayar Pakej 2H1M RM500 + RM230 Guide + RM14 Bas ke Timpohon Gate.
Seterusnya saya memulakan pendakian melalui Timpohon Gate. Begitulah serba sedikit edisi terjah saya buat. Tidak digalakkan sebab risiko kekosongan tempat tiada. kalau nak juga terjah kena buat plan backup, kalau penuh.
Untuk trip kali ini saya sampai di laban rata agak lewat iaitu sekitar jam 5.00pm, stamina kurang kerana lasminit plan tidak sempat buat latihan.
Day 3
Seperti biasa jam 1.00 pagi sudah bangun untuk persiapan mendaki ke puncak. Selepas 2.30am sarapan saya memulakan pendakian. Ini kali pertama saya mendaki selepas kejadian gempa melalui laluan baru. Laluan ini extra 300 meter. Saya hanya melepasi sayat-sayat jam 5.00am, sudah agak lewat. Guide tidak membenarkan saya meneruskan perjalanan, jadi saya minta kebenaran untuk mendaki dalam 100-200 meter selepas cekpoin sayat2 untuk bergambar dan melihat sunrise.
Tips : Jika anda sampai di sayat-sayat cekpoint selepas jam 5.00am, anda jangan putus asa dan rasa kecewa, anda minta la kebenaran untuk naik dlm 100-200 meter untuk bergambar ditemani guide. Jika anda stoo di sayat2 cekpoint, view untuk bergambar agar kurang cantik.
selepas bergambar dan menunggu sehingga matahari terbit saya pun turun, Sampi di timpohon gate sudah ada bus yang membawa saya ke Kinabalu park, selepas ambil sijil saya bergegas turun ke jalan di hadapan kinabalu park untuk menahan teksi (Van) ke Kota kinabalu.
Tips : Anda perlu turun dengan cepat supaya dapat tunggu bus sebelum jam 5.00pm, sebab jika lewat bus akan jadi sangat kurang dan kemungkinan tiada. Saya sampai jam 3.30pm jadi sempat la minum kejap di Restoran Tahubang Cafe sebelum menahan Van. Anda jangan malu2 nampak saja van tahan sahaja, kekadang ada juga van Tour yang kosong sudi tumpangkan. Selepas dapat bus saya pun bergerak pulak ke Kota kinabalu. Hotel yang saya menginap juga berdekatan dengan stesen bus.
Day 4
Free and easy - selepas sarapan shoping2 sikit dan gerak ke airport
Sekian
0 comments:
Post a Comment