Sehari di Paris
Salam kepada pembaca saya yang menunggu coretan perjalanan saya di UK dan Euro, Entri Sehari di Paris ini saya postkan dahulu kerana intri ini pendek sahaja. Kenapa sehari di Paris, sebenarnya memang saya cuma sempat berjalan sehari suntuk sahaja di Paris. Berikut adalah coretan perjalanan saya.
27 April 2014
Saya telah berada di Coach Station London sejak jam 6.00pm. Coach Station ni bersebelahan dengan Victoria Station. Tiket bas ke Paris saya beli semasa berada di Manchester. Saya beli tiket Bas Euroline, Beli di Kaunter lebih mahal dari beli online. Kalau online cuma 58£ (pound sterling) untuk 2 orang, tapi sebab beli kat kaunter harga jadi 68£ + 10£ fee = 78£ untuk 2 orang. So better beli lebih awal melalui online :( . Tiket bus jam 10.30pm, so satu jam sebelum dah kena cek in kat kaunter dengan pasport. So jam 9.30pm saya dah tunggu depan kaunter untuk cek in. Kaunter ni terletak kat belakang gate 19 kalau tak silap saya. Jangan lewat cek in sbb kalau lewat kaunter tutup dan anda tidak dibenarkan naik bus. Semasa cek in anda akan diberikan tag nama untuk di letakkan pada bag.
Semasa duk tunggu saya juga sempat terserempak dengan 2 family melayu dari Malaysia, Satu family 3 orang ni naik bus Mega Bus ke Amsterdam dan lagi satu family (6 orang) ni naik bus Euroline ke Paris jam 9.30pm. Jam 10.00 camtu penumpang sudah di benarkan naik bus. Bus selesa dan ada wifi, tapi wifi kekadang tak stabil. Naik bus saja saya dah layan nak tido.
Eurotunnel
Bas akan berhenti di Eurotunnel untuk pemeriksaan pasport. Kena keluar bus ke emigresen untuk scan pasport dan naik semula bus. Kemudian bus akan pergi ke tempat train, akan stop lagi pemeriksaan pasport oleh polis atas bas. Selepas tu bas menunggu giliran menaiki Train untuk merentasi Selat English.
Tunnel ini terletak di Eurotunnel UK Terminal, Ashford Road, Folkestone, Kent CT18 8XX United Kingdom. Kalau tengok map terletak di kawasan Newington. So untuk seberang selat English ni ada dua cara. Semasa beli tiket bus ada kat brosur tu ikut kapal atau ikut tunnel. Lebih kurang ja masanya cuma naik train cepat sedikit. Yang buat jadi sama adalah masa menunggu. Saya merasa kagum kejap melihat bas yang besar naik ke gerabak train. Dan saya sempat lihat suasana dalam berabak semasa bas memasuki gerabak.
Sampai seberang sana seingat saya takde cek pasport pun, sedar2 dah kat jalan raya dalam bus..nyenyak tido..Terminal tunnel di France di Fréthun bersebelahan kawasan Calais bus kalau tak silap melalui Calais dan Dunkirk seterusnya melalui hiway yang bersebelahan dengan sempadan Belgium. So kalau nak masuk Belgium dan Amsterdam dah dekat dah..
28 April 2014
Bus bergerak ke Paris dan ada stop 2 kali kalau tak silap saya turunkan penumpang, ada yang turun ke Airport. Saya stay jer dalam bus sehingga ke Paris. Bus euroline berhenti di Station Euroline Gallieni. Sampai saja saya ambik beg dan ke kaunter tiket Train yang terletak didalam Station ini juga. First saya jumpa mesin layan diri beli tiket... Duit besar 100€ (euro), so saya pun keluar la dari station cari kedai atau restoran yang boleh tukar duit, ternyata kedai belum buka dan ada kedai kopi kecil tidak mahu tukar. So jalan-jalan jumpa stesen minyak, sibbaik dia mau tukar huhu itupun dia tak cakap english.. saya cakap english dia cakap France macam ayam itik, tapi dia tukar jugak la duit saya tu..so bagi balas jasa dia saya beli la kopi satu :). Dah dapat duit kecil senang la hati nak gerak. Duit 100€ ni memang besar bagi mereka, so ada baiknya kalau dapat tukar sebelum sampai ke Paris.
Saya balik ke Station Gallieni ke kaunter train dan beli tiket terus ke Station yang berdekatan dengan Hotel. Sebelum tu dah study dan ambik map train paris, tengok station mana yang paling dekat dengan hotel dan berapa kali tukar train. Tiket train tak ingat berapa kalau tak silap saya tak sampai 10€ sorang.
Hotel Eiffel Petit Louvre
Saya tempah hotel ini melalui Booking.com, yang ini ok la murah sedikit, dan dekat dengan menara Eiffel tapi berjalan kaki dalam 10 minit. Stesen paling dekat betul2 sebelah hotel adalah Station Dupleix, dua station sebelum sampai station Bir-Hakeim dan station Champ de Mar. Jika hendak ke Menara Eiffel maka station Champ de Mar adalah stationnya. Sampai di Hotel saya tidak boleh cek in lagi sebab terlalu awal so letak bag di store, sib baik petugas hotel cakap english. Nama hotel Hotel Eiffel Petit Louvre tapi sign bord hotel ni perkataan Eiffel dia ganti dengan gambar Eiffel Tower. Terkonfius kejap saya masa nak masuk hotel tu. Lepas letak beg saya pun bergerak ke Menara Eiffel dengan berjalan kaki sahaja.
Eiffel Tower
Memang best la bagi yang pertama kali sampai kat Eiffel Tower ni. Teruja sedikit sebab sampai kat salah satu mercu tanda Paris. Memang ramai orang kat sini. Ramai jugak yang beratur hendak naik menara. saya jalan2 sekitar sahaja dan ke arah taman untuk bergambar menara. Jangan terkejut pulak bila sampai disini kerana peniaga jalanan yang menjual souvinior boleh cakap melayu beberapa patah. Bayangkan punya la banyak pelancong Malaysia dan Indonesia yang berkunjung sampaikan mereka boleh bercakap melayu beberapa patah. Bila saya berjalan penjaja jalanan ini akan tegur ... Malaysia Indonesia? dan siap ofer souvinior dalam bahasa melayu seperti " lima barang satu pound". Anda juga boleh terserempak dengan kumpulan orang Malaysia dan Indonesia disini. Ramai juga plencong dari china yang datang dlm rombongan tour bas.
Kawasan taman ni besar jugak, kalau nak bergambar latar belakang menara kena jalan sedikit ke ke taman. Kawasan padang bertutup dengan pagar, hanya dibuka pada waktu petang. Bila watu petang memang ramai yang lepak duduk kat padang menghadap menara. Memang meriah. Bila sebelah malam pulak ramai berada is sebelah jambatan untuk bergambar dengan Menara yang dipasang lampu yang cantik. Semasa berada di kawasan menara Eiffel Tower ini pelancong dinasihatkan supaya jangan tinggalkan beg tanpa di pegang kerana kawasan ini terkenal dengan penyeluk saku. Jangan letak beg pada kerusi tanpa pegang.
Jalan-jalan menuju ke Musee Du Louvre
Dari menara Eiffel Tower saya berjalan kaki untuk ke Lokasi berikutnya iaitu Musee Du Louvre dengan bergerak ke arah Ecole militaire, Disini saya dapat melalui empat banggunan tarikkan iaitu Ecole militaire, Musee De L'armee, Assemblee Nationale Palais Bourdon dan Palace De La Concorde, berjalan perlahan2 sambil bergambar. Suhu sejuk jadi susah untuk kita berpeluh dengan cepat. Jalan kaki ok selamat cuma jangan masuk lorong-lorong kecil yang tiada orang lalu sahaj sahaja.
Selepas melalui Assemblee Nationale Palais Bourdon Dari sini saya lintas sungai dan jumpa Palace De La Concorde (Menara kecil ditengah bulatan) so dari sini saya pun menuju ke Musee Du Louvre melalui taman yang besar dan cantik iaitu Jardin Des Tuileries. Kalau musim bunga dan musim tulip memang banyak bunga tulip di tanam di Jardin Des Tuileries ni. saya sempat jugak tengok dan relaks di taman ini sambil minum kopi. Terdapat 2 bulatan kolam dalam taman ini. Bulatan kolam ini di penuhi dengan kerusi dan orang ramai duduk santai mengelingi kolam ini sambil relaks. Dari taman ini kita jalan-jalan sambil menghayati pemandangan taman menuju ke arah Musee Du Louvre.
inilah Musee Du Louvre, dengan Landmark piramid kaca. Didalamnya sebuah musium, saya lihat ramai yang beratur. Saya sekadar bergambar di sekitar luar sahaja malas nak masuk sebab ramai dan masa terhad. Saya lepak kejap ambik gambar dan sambil duduk di kawasan ini.
Jalan-jalan menuju ke Arc De Triomphe Etoile
So lepas bergambar saya pun berjalan kaki semula menuju ke Arc De Triomphe Etoile. Memang jauh la jalan kaki dari Musee Du Louvre ke Arc De Triomphe Etoile tapi ok la bole tengok2 sekitar jalan Avenue Des Champs yang memang happening ramai orang jalan kaki kat sini.
Sepanjang jalan Avenue des Champs-Élysées menghampiri ke arah Arc De Triomphe Etoile memang meriah, kawasan ini banyak butik2 jenama terkenal seperti LV, Mark & Spencer, H&M dan pelbagai lagi, memang kelihatan banyak orang shopping di kawasan ini.
Ini lah menara Arc De Triomphe Etoile yang terletak di tengah-tengah bulatan jalan yang besar. Memang sesak dengan kereta dan orang bergambar. Sampai Arc De Triomphe Etoile saya bergambar beberapa keping dan meneruskan perjalanan.
Jalan-jalan menuju ke Palais De Chaillot
Dari Arc De Triomphe Etoile saya berjalan kaki menuju ke hotel melalui Palais De Chaillot, kawasan ini pun menarik sebab dia seberang sungai dan bertentang dengan menara Eiffel Tower. Saya tidak pergi sampai ke banggunan tersebut cuma tgk dari jauh sahaja, tapi kat sini memang saya lihat ramai yang bersantai lepak. So bergambar kejap dari atas jambatan dan bergerak pulang ke Hotel.
Ini la rupa bilik Hotel Eiffel Petit Louvreyang saya tempah, tidak la besar tapi selesa jugak. untuk dua orang dan hanya satu malam kira ok la, ada lagi yang lebih besar tapi lebih mahal la. Bilik tiada aircond tetapi ada pemanas.
Sampai di hotel cek in dan rehat sebentar. Sekitar jam 8.00pm saya keluar semula lepak di menara Eiffel Tower lepak sambil minum kopi dan menunggu sunset. Selepas bergambar sunset dan suasana malam dari atas jambatan..kami pulang semula ke hotel dan singgah makan malam di sebuah restoran iran halal yang terletak tidak jauh dari hotel.
29 April 2014
Flight pulang ke KL jam 1.30pm. Cek out dari hotel jam 8.00am dan ke Station Dupleix beli tiket ke airport CDG harga 10€. Airport jauh jugak dalam 1 jam perjalanan. Sampai di Airport lepak kejap dan pergi ke kaunter Air France untuk drop Bag. Kat sini buat sendiri, print boarding Pass dan print sticker bag lekat sendiri dan drop bag kat mesin. Bagi yang bawa backpack yang banyak tali2 perlu ambik beg plastik yang disediakan, masukkan beg dalam plastik tersebut dan baru Drop bag. Bes plasti itu untuk elakkan tali-tali beg yang berjuntai tu terlekat pada sistem bagasi.
Selepas drop bag saya pergi Claim Vat, pergi kastam cop resit dan pergi kaunter claim isi borang. Ada dua jenis resit ada yang boleh terus dapat dan ada yang refun masuk kad kredit.
Jam 1.30pm saya pun berlepas pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air France yang Transit 3 jam di Manchester, kemudiannya menaiki Pesawat KLM ke Ansterdam, Transit 1 jam di Amsterdam dah sampai KLIA pada jam 2.30pm 30 April 2015. Alhamdulillah.
Tentative
Day 11 : 27.4.2015 – Isnin
06.00pm - Tiba di Coach Station London (Bersebelahan Victoria Station)
09.30pm - Cek in di kaunter
10.30pm - Bus to Paris
Day 12 : 28.4.2015 – Selasa
08.00am - Tiba di Station Bus Gallieni
08.45am - Lepas tukar duit naik train ke hotel
09.30am - Sampai hotel letak beg rehat kejap dan ke Eiffel Tower dan day tour
06.00pm - Cek in Hotel
08.00pm - Ke Eiffel Tower layan sun set
Day 13 : 29.4.2015 – Khamis
08.00am - Cek Out Hotel
09.30am - Sampai Airport CDG
01.30pm - Berlepas Pulang Transit di Manchester dan Amsterdam
Kos
Bus Euroline
London - Paris = 39£
Hotel
RM275 satu malam
Train
Hotel - Airport = 10€
Station Bus Gallieni - Hotel = dalam 4€
Pastikan anda ambil peta laluan train di kaunter tiket train bagi memudahkan anda bergerak.
Makanan
Harga makanan macam kat Malaysia juga bezanya dalam euro. contohnya kalau beli sandwish atau roti harga dalam 3-4€, kalau kat fast food dalam 7-8€ dan kalau kat restoran yang lawa sikit satu hidangan nasi beriani dalam 15€. Kalau di convert ke duit malaysia memang la mahal. So kat sana kalau nak berjimat makan cari la yang harga sekitar 4-5€.
Souvinior
Kalau nak beli keychain yang bentuk Eiffel Tower beli kat penjaja jalanan sahaja kerana dia jual 5 keychain = 1€ , kalau kat kedai tak dapat. kalau magnet terpaksa jugak la beli kat kedai harga biasa 4 = 10€. semua souvinior ini adalah made in China. susah nak jumpa barang souvinior yang made in france.
Tips
Paris terkenal dengan penyeluk saku, kalau boleh bag terus tinggal kat hotel dan bila berjalan lenggang jangan bawa beg sendang. Jaga wallet dan jangan berasak2 di tempat ramai orang. Jangan benarkan orang paris tolong ambil gambar kita kerana ada banyak kes juga dia bawa lari hp dan kamera pelancong.
Penginapan cari yang berdekatan dengan Eiffel Tower dan berdekatan dengan station Train. Pastikan anda ada duit kecil sekitar 50€ atau 20€ sbb 100€ tu besar.
Menaiki pengangkutan awam memang senang cuma perlu duit kecil aja. Dapatkan peta train dan peta laluan bus untuk memudahkan anda bergerak. Berjalan kaki memang selamat di sana cuma perlu berjaga dengan penyeluk saku sahaja. Selebihnya saya rasa selamat jer jalan kaki. Jika anda malas berjalan kaki anda boleh beli kad untuk sewa basikal. Basikal awam banyak di tepi jalan jika ada kad tersebut cuma sentuh pada kunci dan basikal boleh guna. dan stesen basikal ni banyak jer, boleh pulangkan di mana2 stesen.
itu sahaja dahulu trip sehari di Paris. Coretan di Manchester dan London saya sambung kemudian.
Sekian
ko pegi sorang ke Dy? pegi sana naik flight apa?
ReplyDeletesalam Zulfekar
ReplyDeleteSaya pergi berdua ke Manchester ada training. so dari manchester saya naik bus ke London dan dari london saya naik bus ke Paris.
Pergi = KL - Amsterdam - Manchester ( Flight KLM)
Balik = Paris (Air France) - Manchester (KLM) - Amsterdam (KLM) - KL
like.
ReplyDeletemenarik bro hamydy..teruskan perjalananmu dan teruskan menulis
ReplyDeletenice entry en. mydy ... =)
ReplyDeletehi Aishah
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi baca coretan saya :)
Salam Wan Hamidi
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah di blog saya. insyallah
hi Erliyani
ReplyDeleteTerima kasih baca coretan ini. Tunggu update pasal trip kinabalu 2015 kita beberapa hari lagi :)
itu lah, sering juga ke mari kalau2 dah di update even muka saya tak ada dalam gambo. haha... Insha allah, 2017 nak repeat kinabalu kalau ada trip en.mydy lagi.
ReplyDeleteNice..
ReplyDeletePicture pun lawaa...👍👍👍
X puas baca😉
ReplyDeletehi erliyani... tengah karang lagi.. inyallah semua muka ada dalam coretan tu.
ReplyDeletenanti dah siap saya update ...maaf lambat sikit
hi Juliaty
ReplyDeleteTq, pic kat sana kalau cuaca elok memang cantik. ada rezeki boleh pergi lagi.
wah sudah ada blog ka
tak puas baca sebab pendek atau kurang info :)
ReplyDeleteHaha..buka jak pn x mnulis pun..anyway..my sister always encourage sy utk buat blog...entahlah bilalah tercapai impian dia tu..haha
ReplyDeletedari eiffel tower ke Musee Du Louvre then ke Arc de triomphe jalan kaki je ke??? tak jauh ker??
ReplyDeletehi Cyboxm7
ReplyDeleteJalan kaki memang jauh la, tapi tak la susah sangat pun, jalan slow2 sambil ambil gambar dan explore apa ada sepanjang perjalanan tu mengasyikkan dan tambah info :)
lagi satu suhu sejuk so jalan jauh2 tak berpeluh sangat pun. siap berhenti makan dan minum lagi, saya guna peta pelancong ambik kat hotel, so dari situ saya lukis laluan buat satu pusingan...tgk dapat singgah tempat apa yang berdekatan laluan yang saya lukis tu.
saya mula gerak kul 10am dari hotel dan kembali ke hotel sekitar 6.00pm, semua jalan kaki slow2 dan bergambar berhenti minum dan makan. Kalau orang muda suka jalan baik jalan. Sebab atraction yang dekat2 tu jalan kaki pun bole kalau nak la.
yang penting ambil maps pelancong pastu buat laluan mana mula dan habis.
Dari Musee Du Louvre ke Arc De Triomphe Etoile ramai jer yang jalan kaki sepanjang jalan Avenue Des Champs yang lurus tu sbb happening dan melalui butik2 jenama terkenal.
Saya cek Google maps kalau jalan kaki tanpa henti ikut laluan saya tu ambil masa dalam 2 jam 30 minit
Salam...mr. hamdy..catatan ke Manchester dan London telah ditulis atau belum..saya ingin menggunakannya sebagai rujukan...
ReplyDeleteHi Elayano
ReplyDeleteMaaf kelewatan entri london dan manchester. masih menulis lagi entri tersebut. bila cadang hendak pergi europe tu