F&N Treasure Hunt
18 May 2014 saya telah terlibat sebagai salah seorang Urusetia untuk Program F&N Treasure Hunt. Program khas bagi kakitangan F&N ini telah diadakan di Bukit Gasing. Sebanyak 6 cek point telah di sediakan untuk peserta F&N Treasure Hunt ini. Peserta Treasure Hunt ini dibahagikan kepada 7 kumpulan semuanya. Di setiap cek point terdapat tugasan yang akan diberikan untuk dilengkapkan.
Cek point ini melalui trail-trail ringkas iaitu melalui menara pandang, Taman Rekreasi dan juga melalui laluan utama. Setelah habis keenam cekpoint peserta berkumpul di lokasi taman permainan kanak-kanak berhampiran pintu gerbang bukit gasing untuk sarapan dan juga melalkukan tugasan berkumpulan terakhir.
Progam ini tamat sekitar 11.30am dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. Memang seronok terlibat dengan kakitangan F&N ini semuanya memberikan kerjasama berkumpulan yang baik dan sporting. Terima kasih.
Sekian
Tugasan Paling Susah
Imej 3D yang perlu mencari Ibu Burung bagi makan 3 ekor anak. Kejulingkan mata untuk tengok pic ini. Dah balik umah tenung dalam PC baru saya berjaya nampak.
Ok la sebab ramai yang telah whatsap saya bertanya dimana imej burung bagi makan anak maka saya tunjukkan lebih kurang gambarnya seperti di bawah. Apa yang kita nampak adalah bentuk imej burung bagi makan dengan warna seperti background cuma kita akan nampak dia timbul. seperti dibawah. Kita cuma nampak bentuk sahaja dan bukannya gambar burung.
Memang susah nak buat fokus mata supaya juling tanpa melihat pada satu2 warna. jika anda terfokus pada satu2 warna maka susah nak nampak bentuk. dan jangan cari bentuk burung apa anda kena buat adalah tengok ditengah2 foto sambil juling2 kan mata anda atau lihat seolah2 anda lihat menembusi foto tersebut barulah anda akan lihat.
satu hari saya duk tenung benda ni, bila dapat sahaja lihat bentuk burung dan anaknya dalam sarang maka sangatlah gembira.. saya ambil masa lama juga untuk betulkan kembali penglihatan saya... :D, mana tak semua saya nampak dua..so dinasihatkan selepas anda berjaya lihat bentuk burung ..anda pejamkan mata beberapa minit dan selepas itu cuba baca perkataan pada buku.
ok selamat mencuba..