Monday, February 10, 2014

Batam CNY 2014

Batam


Trip Batam 3h2m kali ini telah dikepalai oleh teman saya Supian selaku Presiden Trip Batam dari Johor. Trip santai ini di sertai seramai 9 orang dan 3 darinya adalah ahli baru. Perbelanjaan trip ini mengikut prinsip sama rata semuanya di bahagi 9 orang seperti hotel, makan, dan transport dan tip supir. Jadi lebih jimat dan mudah memandangkan jika makan asing2 nak kira duit nanti susah kerana ada yang tiada duit kecil. Setiap kami hanya membawa 2 juta sahaja setiap orang, itu pun tidak habis dibelanjakan walaupun sudah shoping beberapa helai T-shirt memang jimat.


Batam Batam
Memandangkan Cuti tahun baru cina kami beli tiket lebih awal, iaitu untuk perlepasan petang teman kami di JB telah belikan sejak awal pagi lagi bagi mengelakkan kehabisan tiket. Selain beli di Kaunter anda boleh juga secara online iaitu di http://www.zonferry.com.my/(link ini sudah tak boleh buka sekarang 22/02/2016) sila cuba http://www.berjayawaterfront.com.my/ update22/02/2016) sehala atau pun pergi balik. Setelah dapat tiket perlu datang awal sejam untuk proses penyerahan pasport dan boarding pass. Cuti-cuti begini memang ramai orang yang masuk Batam, Dari Johor dan Singapore seolah-olah percutian keluarga. Tidak dinafikan kebanyakkan orang johor mempunyai saudara di Batam begitu juga sebaliknya. Contohnya salah seorang sahabat kami pakciknya adalah orang Batam. Jadi beliau sering ulang-alik ke Batam.
Batam Batam
Ferry Pintas Samudra 9 Ferry ke Batam boleh aja beli mana-mana. Tiket jam 4.30pm kami dapat ferry Pintas Samudra. Selesa jugak ferry ini. Tiada pilihan seat, siapa masuk dulu pilih dulu seatnya. biasanya penumpang tak kisah pun tiada pun yang nak berebut tempat duduk. duduk di mana aja.
Batam Batam


Kalau naik ferry ni kalau tak makan meggi memang tak sah. macam best jer makan megi segera panas2. Harga sekitar RM5 satu. Makan sambil layan view di laluan antarabangsa antara Johor dan Singapore. Trip sempena cuti Tahun Baru Cina ini merupakan suasana baru buat kami semua, Booking hotel hanya dipesan dengan supir di Batam yang sudah biasa namanya Pak Saidar. Kami menaiki Ferry jam 4.30pm dan tiba di Batam jam 4.30pm waktu Batam. Batam lewat satu jam berbanding waktu Malaysia. Sampai sahaja di Terminal Batam Center kami sudah siap dijemput dengan 2 biji INNOVA.


Batam Batam


Kami menginap di Hotel Pelita INN yang agak hampir dengan Pusat kota. memandangkan hotel2 lain semuanya penuh. Hotel ini pun nyaris kami terlepas, kerana kami perlu tiba jam 6.00pm jika lambat bilik kami akan diberi pada org lain yang sudah siap menunggu di lobi hotel. Kami sampai di Pelita INN hampir jam 6.00pm.


Batam Batam

Makan Malam Hari Pertama Selesai sahaja cek in dan menyegarkan badan kami siap sedia keluar makan malam. Makan malam kali ini kami mencuba gerai-gerai makan tepi jalan. Kami cuba ayam bakar salah satu gerai tepi jalan, tak ingat lokasinya cuma di cadangkan oleh pak supir. memang enak jugak ayam bakar dengan sambal yang pedas. Selepas makan kami pusing-pusing kota batam melihat suasana malam tahun baru Cina (Perayaan Imlek). Kami dapati mercun dimainkan begitu sahaja dan gerai2 menjual mercun banyak sekali. Tengah malamnya kami singgah makan di Mc Donal Pasar Jodoh yang dibuka 24 jam. Di tingkat atas McD ini ada disediakan 2 biji PC yang berinternet untuk para pengunjung, biasanya dikuasai oleh mat salleh ("buleh" bahasa batam)yang hendak cek in flight dan buat carian google. Enak juga Mcd ini yang terletak di simpang jalan bertentangan dengan Masjid Pasar Jodoh, boleh lihat pemandangan dari tingkat atas.
Batam Batam
Hari Kedua Memandangkan banyak hotel lain masih penuh kami tidak jadi untuk tukar hotel. Hotel Pelita INN ini pun ok dan enak dan ada Wifi cuma tiada disediakan sarapan pagi. Kami makan di Restoran Masakan Padang di Restoran Puteri Bongsu sebelum ini kami hanya mencuba restoran Selero Besamo sahaja. Ternyata walaupun restorannya enak dan nyaman lauknya tidak boleh menandingi restoran Selero Bersamo jugak.


Batam Batam
Selepas makan kami berangkat ke Jambatan Balerang. Lawatan ke sini memang tak sah kalau tak pergi kerana pemandangan laut dari jambatan yang merupakan Mercu tanda Batam ini sangat cantik dan menarik dengan gerai2 menjual makannan. Madu Lebah Barelang Di jambatan ini jika anda bernasib baik anda akan jumpa penjual madu lebah asli Barelang. Madu di ambil di kawasan paya bakau. Tenyata madu asli disini memang mujarat, kerana sudah beberapa kali datang teman saya masih juga membeli madu disini. Harganya juga berpatutan sekitar 250-350ribu rupiah, kena pandai tawar. Selain madu ada juga dijual Royal Jelly.


Batam Batam
Rujak Gendut Kalau di jambatan Balerang ini kalau tidak mencuba rojak buah yang di beri nama Rujak Gendut memang tidak sah. Ada beberapa penjual rujak ini. Masa ketibaan kami cuma jumpa satu sahaja. Penjual yang sebelum ini tiada pula. Cara buat Rojak Buah ini memang unik, kerana penjual rojak ni berdangdut sambil menyediakan rojak buah ini. Kami tapau sahaja rujak buah ini dan makan di ladang buah naga sambil minum jus buah naga.


Batam Batam

Di tepi Jambatan ini terdapat restoran yang halal yang siap dengan kemudahan tandas. Nama Restoran ini Anugerah Cafe & Seafood. Harganya pun berpatutan. Ramai juga pengunjung yang singgah di restoran ini untuk menjamu selera. Selain itu sepanjang jalan sebelum dan selepas jambatan ini ada gerai2 kecil yang menjual jajan dan juga minuman dalam botol. Kekadang ada juga penjual seafood goreng seperti ketam dan udang yang di jinjing dalam bakul.


Batam Batam
Restoran Buah naga tidak berapa jauh selepas jambatan Barelang, ketibaan kami kali ini ternyata sedikit hampa kerana buah naga habis, jadi buah yang ada hanya dibuat jus dan soup sahaja. ramai orang singgah disini minum, ialah panas2 kena jus sejuk buah naga memang enak.


Batam Batam


Shooping Time Pasar Jodoh Selepas pulang dari Balerang kami singgah di pasar jodoh, ada teman yang ingin membeli Telekong dan juga baju anak2. Disini macam-macam ada. Ada dua bahagian gerai yang ditepi jalan lokasi baru dan yang di dalam banggunan lokasi lama. kami cuma jalan2 di lokasi baru gerai-gerai tepi jalan. kat sini ada gerai menjual CD-CD cerita indonesia. Macam2 movie yang tak pernah kita jumpa kat malaysia juga ada. Boleh cuba beli, kualitinya biasa saja DVD copy dan juga Cinema Copy, bukan la yang origenal, tapi kalau pengunjung tak kisah boleh aja beli.


Batam Batam
Seterusnya kami singgah di Factory Outlet. Premis ini menjual pakaian yang berjenama dengan kualiti yang bagus. Tak pasti pula sama ada origenal atau tidak. Tapi setakat ini saya sudah beli beberapa kali disini dan ternyata puas hati dengan kualiti fabriknya. saya kat sini selal cari baju Hard Rock Cafe yang banyak dijual disini selain jenama lain. kalau pembaca perasan Baju Merah Hard Rock yang selalu saya pakai tu juga dibeli disini sudah setahun masih elok.


Batam Batam

Makan malam Kami makan malam di sebuah gerai yang terletak di hadapan Taman Putri Indah. Gerai yang terletak ditepi jalan di hadapan sekolah ini memang enak dan sedap. Gerai ini hanya dibuka malam sahaja mulai jam 6.00pm. Menu kegemaran kami disini adalah 3tey (Telur, Tauhu dan Tempe)kami pesan nasi ayam bakar dengan 3tey, ada juga yang pecsan pecalele bakar dan juga murtabak. Pastikan anda pesan 3tey yang panas2 yang baru dimasak supaya lebih terasa powernya bila di cicah dengan sambal pedas... menagis... Gerai ini menghidangkan ayam bakar, goreng2 dan juga minuman. Selesai makan kami pusing2 kota batam dan singgah minum di Harbour Bay.


Batam Batam

Restoran Seafood ditepi laut. di restoran ini kita boleh lihat lampu2 kapal dan juga boleh lihat Singapore yang jauh disana. Suasana di Harbour Bay ini memang happening memang ramai sangat orang. Kami minum dan makan ringan2 sambil menonton bola yang dipancar di layar. Di restoran ini ada teman2 yang mencuba siput laut. Rasa enak di cicah dengan sos cuma rupanya sahaja geli nak makan. Kat sini masih ada dijual teh tarik yang sebijik sama macam kat malaysia.


Batam Batam

Hari Ketiga Hari kedua kami tidak banyak perancangan, selepas cek out kami ke Batam Center untuk beli tiket pulang ke Malaysia. Ambil ferry terakhir jam 5.45PM. Seterusnya kami makan tengahari di Nagoya Hill Mall di tingkat atas ada food court. Jalan2 cuci mata dalam nagoya sambil ada teman yang masih hendak shoping tshirt, Frige Magnet dan juga Key Chain Batam. Selepas makan kami ke Batam Center semula sekitar jam 4.00pm. kami sangat terkejut bila sampai di terminal Batam Center. Ramai giler orang beratur panjang untuk melepasi Emigresen.


Batam Batam

Kami risau jugak...sempat ke tidak untuk naik ferry. Setelah beratur satu jam lebih sekitar 5.40pm petugas emigresen pangill siapa yang naik last ferry ke Stulang sila ikut dia. Lega dia bawa kami potong barisan terus masuk ke emigresen, kalau dia tak buat macam tu memang boleh terlepas kami. Sebenarnya ferry kami tidak la penuh sangat tetapi disebabkan pintu masuk emigresen cuma satu sahaja jadi semua yang hendak ke singapore, tanjung pinang, Kota tinggi, Tanjung Balai beratur di laluan yang sama sahaja menyebabkan kesesakan. Kesesakkan seperti ini berlaku ketika musim perayaan, tahun baru dan tahun baru cina. Seterusnya kami kami sampai di Stulang sekitar jam 8.30 kerana ferry sedikit delay.
Batam Batam
Pulang kami naik ferry PT Citra manakala datang dengan Pintas Samudra 9. Ferry memang selesa dan selamat.Akhir kata terima kasih kepada tuan Presiden Trip-Trip Batam (Mr Supian) kerana menjayakan trip kali ini denga jayanya. Memang terbaik tip top pengurusan nya..


Sekian sahaja

3 comments:

  1. Kira Holidays Travel&TourFebruary 20, 2014 at 4:35 PM

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  2. Hi from Batam ! Nice blog, some interesting places that u have visited, possibly i havent even been to some of the places, hahaha. Looking forward for more travelling stories from u. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih hamydy ats tip2 ke batam ini... npknya sy perlu mbuat persiapan awal & rapi, kerana sy jg akn ke batam pd peak season, iaitu pd cuti deepavali ini...
    Beberapa soalan sy:
    1. Adakah membeli tiket secara online lbih murah?
    2. Adakah tiket return, utk blik smula ke malaysia boleh mngikut masa kita sendiri @ sudah ditetapkn masa?

    ReplyDelete