Monday, July 29, 2013

Labuan 2013 - 3H2M

Labuan

Labuan 2013
Labuan adalah sebuah pulau yang sebesar separuh daripada Pulau Pinang (Penang). Walaupun Pulau Labuan ini tidak besar namun terdapat juga tempat yang menarik jika hendak dikunjungi.
Dari segi hiburan malam, ternyata Labuan terdapat banyak pub dan club karaoke. Disebabkan mungkin oleh minuman arak yang murah dan juga persinggahan kapal-kapal dagang jadi banyakla kelasi kapal yang turun dari kapal untuk berhibur.
Trip solo 3h2m saya ke Labuan merupakan trip pertama kali. Saya dapat tiket Promo Air Asia Cuma RM98 pergi balik total termasuk tax…murah kan. Dah lama nak singgah di Labuan sebenarnya walaupun sudah 8 kali sampai di Sabah tapi tak kesempatan.


Hari Pertama
Hari pertama sampai di Labuan menaiki pewasay Air Asia jam 7.35am, sampai di Labuan jam 10.00am. Dari airport ada dua cara hendak ke Bandar, yang pertama yang murah adalah menaiki Bus Mini (Van), kekadang van ini masuk ke airport hantar orang, jadi kita kena tanya samaada dia ke Bandar atau ketempat lain. Bayaran dalam seringgit. Atau anda boleh tunggu di luar airport untuk tahan Bus Mini (bus) atau Bus Mini (Van). Cara kedua adalah dengan menaiki teksi, teksi lebih mahal..tak tanya pulak saya berapa sebab saya tidak naik teksi. Ketibaan saya dijemput oleh kenalan saya yang bernama Malik, beliau menguruskan kereta sewa persendirian di Labuan. Perjalanan saya dari airport ke backpacker di Bandar Cuma lebih kurang 10minit sahaja.


Labuan labuan

Saya menginap di Hostel Backpacker Jack yang terletak tidak jauh dari terminal Jetty Antarabangsa. Saya cari backpacker ini melalui internet, tapi backpacker ini sudah tidak aktif webnya, jangan email atau call. Nasib baik hostel ini masih wujud. Pandangan pertama saya sampai di hostel backpacker ini ternyata indah kabar dari websitenya. Rasanya gambar2 dalam website tu adalah gambar ketika mula2 ia beroperasi. Saya ada tanya berkenaan booking saya melalui email, petugas hostel tersebut cakap tiada internet dan walk in sahaja. Terdapat beberapa bilik dan dorm, tapi hanya 1 bilik(double) dan 1 dorm (11 bed) sahaja yang available. Bilik dan dorm lain sudah di sewa bulanan kepada pekerja syarikat. Harga semalam hanya RM25 sahaja. Boleh la sekadar hendak tidor, dorm Cuma dilengkapi dengan aircond dan kipas. Bilik air satu sahaja di luar dan tidak dijaga dengan baik, pintu rosak..pendek kata kurang selesa. Tapi bagi backpacker mcm saya asalkan tempat tu selamat dan ada toilet dan air kira ok la..nak jimat la kata kan. Memang boring di hostel ini kerana tiada TV, nasib baik ada pc kat ruang tamu boleh layan movie.


Labuan Labuan

Hari pertama saya tidak kemana2, selepas solat jumaat di masjid berdekatan saya rehat sahaja di bilik. Sekitar jam 2.30pm barulah saya keluar jalan2 di pekan Labuan yang kecil itu. Saya dapati banyak kedai2 yang menjual pakaian, coklat dan arak. Saya singgah di Bazar Labuan melihat ole-ole, terdapat tshirt yang bertulis Labuan dalam pelbagai corak. Harga sekitar RM10-RM30. Ok la kualiti kena pandai pilih. Saya singgah juga di terminal jetty Antarabangsa untuk survey harga tiket boat dan juga harga kereta sewa dan motosikal sewa. Kereta sewa paling murah Kancil sekitar RM60 24jam, manakala motosikal sekitar RM40 24jam.


Labuan Labuan

Berbuka puasa di Labuan jan 6.30pm. Saya sempat jalan2 sekitar Pasar Ramadan Labuan. Juadah makanan yang dijual sama saja seperti di Semenanjung lebih kurang saja. Saya tidak pernah membeli juada berbuka puasa di Pasar Ramadan sejak 3 tahun kebelakangan ini, sebabnya malas dengan karenah peniaga yang tidak jujur, jual makanan asal boleh saya, tidak jaga kualiti dan juga kebersihan. Saya beli sedikit kuih buat berbuka, kemudian saya dijemput oleh rakan saya berbuka puasa di Restoran Terapung Steam Boat “Manja Rasa”. Ok juga makan disini, tapi steam boat di Kl lagi menarik kerana disini kurang menunya.. tapi ok la kan murah saja sekitar RM20 sahaja makan sampai kenyang.
Aktiviti malamnya bagi saya yang bukan kaki clubbing memang membosankan. Sekitar hostel saya menginap terdapat pub club, karaoke club, pusat snooker dan juga kedai makan. Memang meriah dan ramai orang yang datang sampai 2-3pagi. Kebetulan ada game Malaysia Vs Chelsea, so saya Cuma layan bola saja di kedai makan. Makan disini senang banyak restoran halal dan di bulan puasa ada yang buka sampai sahur. Bawah hostel saya menginap ni pun ada 4 restoran.


Labuan Labuan

Hari Kedua
Hari ini maka bermula lah ekplorasi saya. Sekitar jam 9.30am saya sudah mengambil moto sewa di terminal jetty. Scuter cepat habis yang tinggal Cuma manual, so dapat Modenas Kris. Ok la kan. Mula2 saya buat keputusan hendak cari hotel buget yang lebih selesa sebab boring kat hostel tersebut..cari punya cari tiada yang murah dan banyak penuh. Akhirnya saya redo jer duk kat situ :D.


Labuan Labuan

Saya meneruskan perjalanan mengelingi Pulau Labuan. Sekiranya menaiki kereta dan melalui jalan utama kita Cuma ambil masa tidak sampai 2 jam untuk pusing Labuan dengan jarak Cuma 40km sahaja. Lokasi pertama saya tuju adalah Memorial Perang Dunia Kedua ( World War II Memorial) Terletak tidak jauh dari pekan Labuan. Disini tiada apa yang menarik Cuma perkuburan memorial sahaja, tetapi masih di jaga dengan baik.
Labuan Labuan
Labuan Labuan
Selepas bergambar saya meneruskan perjalanan ke Layang Layangan. Tempat penyerahan kalah tentera Jepun (Surrender Point) dan juga taman peringatan damai ( Peace Park). Tiada apa juga disini hanya taman peringatan sahaja yang terletak sebelah pantai. Pantainya juga tidak cantik…huhuhuhu pikir 2 kali kalau nak mandi… Jgn marah yer orang Labuan .
Labuan Labuan
Seterusnya saya melawat Chimney kawasan bekas tempat perlombongan arang batu di Labuan. Yang tinggal menara dan dijadikan museum. Disini sempat la saya membaca sejarah perlombongan Arang Batu di Labuan.


Labuan Labuan

Sepanjang perjalanan saya sempat singgah di Perkampungan Air Kampung Patau-Patau dua dan satu, serta kawasan2 pantai dan juga taman seperti Labuan Square dan sebagainya. Sekitar jam 3pm saya sudah selesai, jadi saya singgah di shooping mall yang terbesar di Labuan iaitu di Ujana Kewangan, Banggunan besar dimana dua tingkat dibawah adalah shooping mall, selebihnya tingkat 2 keatas adalah pejabat kerajaan. Memang ramai pengunjung mungkin kerana ini saja tempat yang menarik dan happening kot. Saya pusing2 window shoping, ternyata tiada pakaian berjenama yang murah disini, semuanya biasa sahaja. Seterusnya jam 6.00pm saya meninjau di Labuan Walk tempat Pasar Ramadan yang terbesar di pekan Labuan. Tiada yang berkenan dihati, jadi saya pulang ke hostel hendak lawan western food kat restoran dibawah backpacker, tak sempat nak oder rakan saya datang jemput, dia bawa makan di meden selera Labuan. Ok juga tempat ni, tapi makanan biasa saja… layan aja.


Aktiviti malam selepas solat saya pun tak tau nak buat apa so saya layan movie di backpacker bersama2 budak2 yang menyewa bulanan disitu. Kalau anda hendak tahu di Labuan ini tiada Pangung Wayang. Jadi orang Labuan kalau hendak tgk movie akan tgk cd atau pun akan ke KK tengok wayang..sedih kan.


Hari Ketiga
Hari ketiga saya tidak buat apa rehat saja, jam 9.30am saya hantar moto dan mula shoping ole2, tak banyak pun beli, Cuma tshirt Labuan untuk diri sendiri aja di Bazar Labuan. Jam 3pm kawan saya datang jemput hantar ke Airport.


Berikut saya kongsikan hasil pembacaan saya berkaitan Labuan


HomeStay
Terdapat beberapa HomeStay yang dicadangkan oleh kementerian perlancongan dalam brosurnya antaranya Kampung Air Kampung Patau Patau II, I Kampung Bebuloh Laut , Kampung Ranca-Rancha Laut dan kampong Bukit Kuda.


Pulau-Pulau Sekitar Labuan
Labuan terkenal juga dengan aktiviti menyelam “Diving” antara seperti bangkai kapal karam. Terdapat beberapa bangkai kapal seperti Kapal Perang Tung Huang 1980, Mabini Padre 1981, USS Salute 1945, SS De Klerk (Australia) 1944. Pulau-pulau lain seperti pulau Kuraman, Pulau rusukan Kecil dan besar, pulau burong dan pulau papan.


Labuan
Shooping di Labuan
Shaoping kat Labuan ni tak la menarik, kerana rata-rata orang Labuan pergi ke KK untuk membeli belah. Bagi yang suka minuman keras dan coklat memang la happening kerana banyak kedai yang menjual arak2 terkenal dengan harga murah. Makan2 di Labuan juga senang kerana banyak restoran seafood kat sini.


Sekian


Tentative saya


Day 1 - 27.07.2013 - Jumaat
07.35am - Berlepas
10.00am - Tiba di Labuan sampai Backpacker rehat
02.30pm - Mula Jalan2
06.30pm - Buka puasa


Day 2 - 28.07.2013 - Sabtu
09.30am - Mula ronda dengan moto
- World War II, Kampung Air, The Chimney, Peace Park,Surrender point, Botanical Garden,
- Tanjung Purun, Labuan Square, Marine Museum
03.00pm - Ujana Kewangan
06.00pm - Pasar Ramadan, Medan Selera


Day 3 - 29.07.2013 - Ahad
09.30am - Shoping Ole-ole Bazar Labuan
03.00pm - Transfer to Airport
04.40pm - Berlepas ke KL
07.00pm - Tiba di LCCT


Cadangan saya kepada anda yang teringin hendak ke Labuan adalah, jika boleh satu malam sahaja sudah cukup, selebihnya anda boleh pergi ke KK, pulau tiga atau juga Brunei, jadi jika kelabuan jangan lupa bawa passport.


Kos Perbelanjaan 3h2m
Flight Return = RM98
Backpacker Hostel 2 malam = RM50
Sewa Motosikal = RM40

6 comments:

  1. Dolu2, chia duk kt KK...naik feri pagi ke labuan, ronda2 satu pulau labuan sekejap je, then petang bli tiket naik feri blk KK...so x perlu tdo kt labuan sbb xde pape wktu mlm...nk lg adventure dari KK, naik bas ke Menumbok, beaufort...then naik speed boat ke labuan, bbrp menet je naik speed boat...tp sakit skit la bontot boat thempas2...tp mmg adventure... :-)

    ReplyDelete
  2. Tq chia komen.
    tula satu hari dah cukup..ni dah terlebih itu yang mati kutu bila malam :D. sib baik 3h2m jer. Tapi tgk orang labuan relaks saja tak stres2 pun.

    ReplyDelete
  3. Perlukan kereta sewa budget di Pulau Labuan, layari laman web kami www.keretasewalabuan.com.my atau hubungi 0103771564 (Junaidi)

    ReplyDelete
  4. nice entry. sangat informative and humoring..
    nak tambah sikit boleh?
    here some of my sharing, thought best to share with all.

    saya org kl, live in labuan.

    1, kalo nak tau, labuan ada panggung wayang. satu je. cari kedai makan Banana leaf di bandar., x dapat cari, cari RHB Bank. sederet la tu.
    2. palm beach x gi? ala ala reggae gitu. Outdoor nya guna brg2 kapal yg dah karam. sangat menarik.
    3. makanan sedap labuan. well.mmg x sesedap semenanjung..well.. letme think..

    MESTI TRY : Sup Ayam Goreng di Medan Selera hadapan Ujana. Anjung Ketam Gerai No 3 (seafood heaven), Anjung Ikan Bakar
    i) Chicken Wing Kak Ros - area Pulau Enoe
    ii) nasi air special (Gerai Nasi Kukus Ayam Berempah) di Bukit Kalam.
    ii) nasi kukus ayam berempah Bukit Kalam.
    iv) nasi lemak kukus gerai Ganu Kita di Lajau atau Eko Pelancongan (tokey sama)
    v) Satey Sg LAda.
    vi) Lamb Chop Cafe Alfa di Kg Muslim.

    p/s kalau dtg bulan puasa, try berbuka di Papaya Palm Beach Resort. Menu bufey, rm35.. cheapst here.

    And yes, Labuan sooo peaceful, NO JAMM at all.. Crime zero. I could leave my car keys inside the car and nothing happen to it. (Pulau kan, nak bawak klr ikut kastam) .

    Bagi yg jiwa ketenangan, this is perfect place to live in. i plan to marry a local and stay hidden here. Did i mention I am KL people? heeeee

    ReplyDelete
  5. Salam
    Hi Nur Ashikin
    Terima kasih kerana singgah di blog saya
    terima kasih lagi sekali kerana sudi memberi tambahan info dan komen.

    ReplyDelete
  6. boleh bg number kawan awak yg buat bisnes kereta sewa tu. saya ni baru nk pergi labuan.

    ReplyDelete