Thursday, March 14, 2013

Batam 3H2M ~ Trip Shoping dan makan

Batam
Batam 3H2M
Trip jalan-jalan cari makan dan shoping kali ini ke Pulau Batam Indonesia. Trip ke Batam ini sudah banyak kali saya buat. Maklumlah mendapat permintaan dari rakan2. Ramai yang tanya apa yang Best kat Batam, Sebenarnya banyak tempat yang menarik juga untuk dilawati di batam untuk bersantai. Ramai yang kata ia tempat syurga hiburan, bagi yang tak pernah pergi jangan la terpedaya dengan cakap2 orang. Dimana-mana pun ada hiburan, ada yang halal dan ada yang haram. Yang penting tujuan kita pergi melancong itu yang penting. Anda buat anda dapat. Ramai jer family-family dari Johor dan Singapore yang beriadah di Pulau Batam dan Pulau Bintan, jika ada buget lebih boleh la menginap di resort2 yang indah yan menarik..harga pun menarik jugak :D. Ok lah berbalik pada trip saya.
Batam Batam
Trip bermula dari Kuala Lumpur. Anda boleh pergi ke The Zone Setulang melalui bas dari Terminal Bus Bandar Tasik Selatan ke Larkin dan dari Larkin anda boleh naik teksi atau pun bus ke The Zone. Saya dan kawan-kawan memilih menaiki kereta dari Kuala Lumpur. Perjalanan malam dalam 3 jam sahaja. Malam-malam boleh speed kereta tak banyak dan tiada speed trap, tapi skrg kena hati2 la dengan AES. Sampai di johor kami singgah dan rehat di rumah salah seorang teman orang Johor, selepas solat jumaat baru kami berangkat pergi ke Setulang The Zone.
Batam 857330_4870917005732_1733285086_o
Batam Batam
Tiket Ferry ke Batam
Tiket ferry ke Batam ni agak mahal jugak, pergi balik RM160. Boleh beli pergi balik atau beli sehala sehala. Dari The Zone anda boleh beli tiket ferry ke Pulau Bintan juga. Biasanya kalau anda bercuti lama boleh la buat trip Pulau Batam dan Pulau Bintan. Pulau Bintan pun cantik jugak. Terdapat beberapa syarikat ferry di kaunter. anda boleh memilih untuk masuk ikut beberapa pelabuhan antaranya seperti Batam Center, Sekupang, Batu Ampar bergantung pada tiket. biasanya kalau pengunjung ke Batam ia akan beli tiket ke Batam Center. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Waktu di Indonesia lewat satu jam dari waktu di Malaysia. Ketibaan kami di Batam Center telah pun dijemput oleh supir yang biasa kami ambil. Di jetty ini ada banyak jer teksi dan Ojek (Motosikal), Jika anda seorang atau berdua dan nak jimat boleh la sewa ojek ni, Harga pandai2 la tawar. Takperlu pun sewa sehari sewa ikut destinasi jer.


Makan Malam 
Makan malam di Batam juga menarik, Jika anda ada masa dan peluang maka boleh cuba jalan-jalan cari makan sepanjang pulau Batam, Banyak tempat makan yang sedap jika kita pandai cari. Banyakla baca blog2 kerana banyak info dari situ.


Batam Batam


Gerai Ayam Penyek
Trip kali ini berbeza sedikit kerana kami hendak jalan2 cari makan. kami telah dimaklumkan ada gerai ayam penyek yang sedap. jadi setelah memberikan lokasi gerai tersebut kepada supir, ternyata supir juga tahu tempat tersebut. Gerai kecil sahaja tepi jalan. yang membuatkan nasi ayam penyet ni sedap adalah sambalnya yang power. Pedas dan sedap. Selepas kenyang makan ayam penyet kami mencuba desert yang famous, dihidang panas2 dengan sambal yang pedas dan sedap. Desert ini namanya "Tiga Tey" bermaksud Tiga T, iaitu telur, tempe dan tauhu. Memang sedap dan anda jika berkunjung ke Batam patut cari gerai ini untuk mencuba makan.



 
Ayam Bakar Rujak
Menu ayam bakar rujak dimakan dengan nasi bakar memang sesuatu yang baru bagi saya. Rasanya yang sedap dan pedas memang buat kita rasa kik punya. Masakan ini di hidangkan di sebuah restoran yang tidak jauh dari Nagoya Hill Mall. Nama restoran ini adalah Dapur Unik. Kalau nak ke restoran ini mudah sahaja, ia berdekatan dengan Hotel Grand Virgo. Jarak Restoran ini terletak ditengah antara Hotel Grand Virgo dan Nagoya Hill Mall. Restoran Dapur Unik ini juga menghidangkan beberapa menu lain. Tetapi yang saya nak highlight kan adalah menu Ayam bakar rujak dan nasi bakar. Bagi Tekak saya memang sedap walaupun pedas. Jika hendak oder menu ini kena sebut begini “Ayam Bakar Rujak dengan Nasi Bakar”. Jika anda oder ayam bakar rujak sahaja nanti dia akan hidang dengan nasi putih sahaja


Batam 170442_3792422724049_961603048_o
177420_3792429044207_1437561528_o 471389_3792427764175_816163585_o
Bebek Penyet
Bebek Penyet atau Itik Penyek. Menu baru yang kami cuba bila makan malam. Restoran yang kami cuba ini namanya Waroeng Lamongan. Lokasinya saya lupa dimana, Jalan2 cari makan saja dengan pak supir, selalu minta dia bawakan kami makan tempat yang kami tak pernah cuba. Di warung ini terdapat menu lain juga. disebabkan menu2 lain dah pernah cuba jadi kami mencuba menu utama warung ini iaitu Bebek Penyet. Rasanya macam ayam penyet cuma bezanya ia itik dan juga sambalnya yang sedap dan pedas.


Batam Batam
Hotel
Setelah kenyang makan kami mula bergerak cek in hotel. Disebabkan kami tiba hari jumaat malam, jadi tidak susah la untuk kami mencari hotel. Hotel Golden Virgo selesa dan harga berpatutan. Harga paling murah adalah 250ribu semalam. Ada lagi hotel buget lain yang berharga sekitar 100-150ribu semalam tetapi biasanya kalau hujung minggu banyak dah penuh. Tambah lagi kalau hotel yang berdekatan dengan Shoping Mall besar seperti Nagoya Hill pastinya selalu penuh jika ditempah lewat.


Hiburan Malam
Disebabkan sampai dah malam, selepas makan pun dah jam 11.00pm, selepas cek in kami lepak melihat persembahan Live Band yang datang dari Jogjakarta di sebuat cafe live band. Kumpuan muzik dari jogjakarta ini membuat persembahan selama seminggu di Batam dan akan pergi ke daerah lain pulak untuk promosi kumpulan Band mereka masih muda dan sangat berbakat.Lepak sampai jam 2.00am mata pun dah mengantuk, seterusnya pulang ke Hotel.


Shoping Time
Terdapat banyak Shoping Mall di Batam ini. ada yang besar dan ada yang kecil. Banyak jugak mall yang saya singgah tak semua nama yang saya ingat dan tak semua saya ambil gambar. Yela kekadang dah penat bejalan tak teringat nak ambil fotonya kalau nama tak ingat kurang2 banggunannya kita cam :D. So apa yang ada saya share la kat sini.
Batam Batam
170489_3792404043582_2077453830_o Batam
Nagoya Hill Mall
Nagoya Mall ini antara yang terbesar jugak mallnya. Memang ramai kalau hujung minggu. Berdekatan atau bersebelahan Mall ini banyak hotel dari yang murah hingga yang mahal. Kalau hujung minggu hari sabtu jangan bermimpi nak walk in cek in hotel sbb selalu penuh. Dah jadi adat orang kita kalau duk hotel mesti yang dekat dengan mall kalau boleh depan hotel tu nak shoping mall :D. Saya nak cerita banyak pasal Mall ni saya tak pandai sbb saya bukan kaki shoping pun.. bawa kawan2 shoping boleh la :D. Tapi mall ni besar dan puas la kalau nak shoping. Diluar Mall ini ada juga kedai2, jadi kekadang anda boleh juga dapat barangan tertentu kat kedai2 ini. Kalau di Mall harga tetap.


Batam Batam
Factory Outlet
Butik Factory Outlet ini terletak jauh sikit dari Nagoya Hill kena naik transport kalau bejalan kaki mau berpeluh jugak. Satu banggunan kecil tidak la besar sangat satu tingkat sahaja. Butik ini menjual pelbagai barangan berjenama yang murah dari biasa. Biasanya ramai kawan2 saya kalau singgah di Butik ini suka sangat shoping baju origenal Hard Rock Cafe. Butik ini buka dari jam 10 pagi dan tutup 10 malam.


Batam Batam
Mega Mall Batam Center
Jeti Batam Center pun selesa ada cafe dan gerai, ia juga ada jejantas yang menghubungkan terus komplek jetty dengan shoping komplek MEGA MALL Batam Center. Shoping Mall ini juga besar dan gedung pakaian yang terbesar di mall tersebut adalah Gedung Matahari. Harga juga murah dan banyak pilihan.
Batam Batam
JC Mall. Mall ni pun besar jugak, di mall ini dapat juga beli baju yang tulis kelakar seperti gambar. JC mall ini tak jauh daripada Kedai Factory Outlet.
Itulah sedikit sebanyak shoping mall yang saya ingat, next time saya ambil gambar lebih sikit.

 

Untuk transport anda boleh rujuk blog ini http://mvhtourbatam.blogspot.com/2013/04/minibus-and-car-rent-at-batam-indonesia.html

Tiket Online
http://www.berjayawaterfront.com.my/

......Bersambung.....

37 comments:

  1. Salam.Hi.
    Mula2 agak xyakin nak pi.Lepas baca,trus beli Fflyz sebab ada promo p Batam.

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya dan kawan nak ke batam hari khamis ni. Boleh tak kalau in case awak ada number supir dekat sana, saya nak number dia. Senang utk transport nanti.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih promote batam, jelasnya bisa visit ke blogku di xhia.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. As slm Bro. Mana lagi best antara P.Batam dgn Bandung. Hrp membantu utk sy buat trip akhir tahun nanti,Tk,

    ReplyDelete
  5. Wsalam Mahir

    Kalau tanya Batam dengan Bandung... maka pastinya la Bandung lagi Best

    Batam ni sebab dekat sahaja dengan Johor belanja pun murah naik fery jer.
    Shoping pun ok.

    kira batam ni boleh pergi sabtu ahad jer kalau nak.. :)

    kalau nak tgk trip Bandung ada entry saya sebagai rujukan.

    ReplyDelete
  6. sory bos...nak tanya...duit shoping kat batam guna duit rupiah atau usd....sebab Inshaallah bln oktober ni kami satu family akan ke batan....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.....mmg Batam utk shoppping je ke...mmg x de tmpt2 menarik utk di lawati...di sana guna matawang indon...sbb ada dgr cerita ada certain hotel guna matawang s'pore....

    ReplyDelete
  8. hi Selmah
    Berbelanja di Batam guna rupiah pun boleh, ada juga yang guna dolar sing.

    ReplyDelete
  9. Hi Ina
    Matawang kalau nak selamat guna Rupiah la sbb itukan indonesia. Batam bukan satu pulau sahaja, kalau explore boleh sampai ke Pulau Bintan ada resort cantik. Batam ni nak buat weekends gateway boleh la. Enjoy jugak kat sana

    ReplyDelete
  10. Berap nilai sekarang bagi duit Rm kita dan Rupiah di Batam cth: RM10 = Berapa rupiah?
    aper nama masjid atau surau yang berhampiran tika berbeli-belah di shopping mall batam juga di sediakan surau juga.

    ReplyDelete
  11. as salam..blh x mintak no contact pak supir tu?saya de family plan nk ke sana..

    ReplyDelete
  12. salam....kalau pergi utk enjoy mkn2 je..tak shopping langsung...agak2 berapa jumlah budjet utk 3 hari 2mlm termasuk transport n hotel n supir?

    ReplyDelete
  13. Hi Aini
    Terima kasih singgah di blog saya. kalau tak shoping dalam 2juta dah cukup dah untuk 3h2m.

    ReplyDelete
  14. hi aderiana

    boleh cuba contact ini http://mvhtourbatam.blogspot.com/2013/04/minibus-and-car-rent-at-batam-indonesia.html

    ReplyDelete
  15. assalam.... saya tengah servey pembekal lobster di pulau batam, apakah pulau batam pembekal dan pengedar lobster... apakah saudara tahu tempatnya

    ReplyDelete
  16. kalau pegi pulau bintan tu tempat nye menarik ke?
    kalau 2 juta tu bersamaan berapa ringgit?

    ReplyDelete
  17. Hi Iika

    Terima kasih singgah di blog saya.
    Bintan banyak resort yang cantik. Menariknya untuk santai dan relaks la kat resort2 tu. kalau yang happening batam. kat Pulau Bintan pun ada tempat Wisata yang boleh kita melawat.

    kalau nak tanya pasal duit rupiah -ringgi ni awk boleh guna currency converter http://www.xe.com/currencyconverter/
    2Juta tu lebih kurang RM600

    ReplyDelete
  18. Please contact me for the private car rent during your Batam vacation.
    Whatsapp / Call : +6281283999510
    Email : Limbenny@ymail.com

    ReplyDelete
  19. Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
    Call : +6282214441280
    +6282216270779
    WhatsApp : +6282214441280
    +6282216270779
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
    Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

    Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

    ReplyDelete
  20. Hi nak tanya , tiket ferry tu kalau dari singapore ke batam berapa ye ?

    ReplyDelete
  21. hi Dewi Shia
    terima kasih ya lewat di blog saya. saya juga sudah baca blog shia. enak dan menarik ceritanya :)

    ReplyDelete
  22. hi Sha
    boleh cuba contact ini http://mvhtourbatam.blogspot.com/2013/04/minibus-and-car-rent-at-batam-indonesia.html

    ReplyDelete
  23. hi Aimi
    terima kasih singgah di blog saya. batam memang ok. tempat melamcong yang dekat

    ReplyDelete
  24. hi apple
    di batam juga ada muslim dan ada masjid di area Jodoh

    ReplyDelete
  25. hi zamzuri
    saya kurang arif berkenaan pembekal lobster di pulau batam

    ReplyDelete
  26. Hi Lisa ini tiket dari Setulang, kalau dari singapore rasanya mahal sikit ja

    Ticket Price 69.00
    Seaport Charge 10.00
    Insurance 2.00
    Fuel_surcharge 3.00

    Sub Total 84.00

    ReplyDelete
  27. Salam Izla
    Berkenaan berapa harga pakej ni saya tak dapat nak bg anggaran. Sbb saya tak buat pakej travel. Ia bergantung pada budget (jenis hotel, tempat lawatan dan aktiviti).

    Anggaran Kos ground
    Hotel budget 4 bintang bole dapat sekitar RM100 semalam. Sewa avanza sekitar Rm60-150/hari bergantung tempat lawatan.

    Shopping
    Ini bergantung pada individu. Terdapat factory outlet yang murah dan ada yg mahal.

    ReplyDelete
  28. Hai... bole tnya, tuan pernah ke pulau bintan?

    ReplyDelete
  29. Salam Ruhaizan
    Terima kasih kerana singgah di blog saya. Untuk makluman saudara pulau bintang saya belum pernah sampai. Tapi apa yang saya tahu dan juga pengalaman kaean saya. Pulau bintan terdapat resort2 yang cantik pantainya. Kena survey resort sebelum pergi.
    Maklumat lain saya tak ada.
    Saudara bole cuba. Sama macam batam cuma tidak sesibuk batam.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih hamidy kerana memberi pengetahuan & kisah tentang batam, satu tempat yg mampu milik utk sy melancong..sy brminat ke batam pd bln oktober ni.. kisah2 ini mberi rujukan kpd sy tntang batam

    ReplyDelete
  31. Salam Ruhaizan

    Terima kasih kerana sudi membaca entri Batam di blog saya. Benar Batam merupakan destinasi mampu milik kerana lokasi nya yg dekat dan perjalanan yang singkat.

    Elakkan pergi pada musim cuti di Batam. Jika hendak pergi pada musim cuti atau perayaan..pastikan buat tempahan hotel lebih awal dan plan perjalanan. Kerana saat musim perayaan atau cuti ... hotel yg dekat center akan seringkali penuh dan saat hendak berangkat fery pulang akan menjadi sesak.

    Pengalaman saya semasa pergi cuti tahun baru cina ...nyaris ketinggalan ferry pulang disebabkan berbaris panjang untuk melepasi emigresen.

    Biasanya kalau musim2 perayaan mcm ni ramai juga band2 muzik dr jakarta, Bandung dan daerah2 lain yg dtg ke Batam membuat persembahan live.

    Bole juga rujuk entri2 saya yg lain berkenaan Batam
    1. https://hamydy.wordpress.com/2014/02/10/batam-cny-2014/

    Harap info saya membantu..

    ReplyDelete
  32. Salam terima kasih atas entry yang awesome. Saya nak bertanya betul ke bole ke batam melalui Kukup? thanks!

    ReplyDelete
  33. Salam En Burhanuddin

    Terima kasih kerana singgah di blog saya. kalau tak silap saya ada ferry yang direct. tapi saya tak sure jadual nya, dan masih availabel ke tidak. Tapi yang saya pasti kalau di Tg Balai memang ada ferry ke Batam.

    bole cuba contact ini

    NAMA JETI : TERMINAL FERI ANTARABANGSA KUKUP
    LOKASI : KUKUP, PONTIAN
    KEGUNAAN : PENUMPANG
    PEMILIK : KERAJAAN NEGERI JOHOR
    NO.TEL/FAX : 07-227 4045 / 07-221 9000
    PELESENAN : JABATAN LAUT MALAYSIA
    PENYELENGGARAAN : PENAGA TIMUR SDN BHD

    Ini antara syarikat ferry yang beroperasi

    BIL
    SYARIKAT
    NO TELEFON
    NO FAKS
    DESTINASI
    1 TUAH FERRY PENAGA TIMUR SDN BHD 07-6969098 07-6969532 KUKUP – TG.BALAI
    2 OCEAN INDOMA SDN BHD 07-6969098 07-6960988 KUKUP – TG.BALAI
    3 MARINA BARU 5 SDN BHD 07-6961888 07-6961888 KUKUP – TG.BALAI
    1. Laman Web Majlis Daerah Pontian berkaitan Jetty : http://www.mdpontian.gov.my/feri

    2. Laman Web Jeti Penumpang Pontian : http://kukupterminal.com.my/

    Alamat TERMINAL FERI ANTARABANGSA KUKUP
    JALAN KUKUP LAUT
    82300 PONTIAN JOHOR DARUL TA’ZIM
    No. Tel : 07-6969098 No.
    Faks : 07-6969532
    Emel : info@kukupterminal.com.my

    ReplyDelete
  34. salam...bole bg contact number supir yg bw saudara jln2 tu....supir yg biase kami ambik tu x dpt dihubungi....huhuhu

    ReplyDelete
  35. boleh cuba contact ini http://mvhtourbatam.blogspot.com/2013/04/minibus-and-car-rent-at-batam-indonesia.html
    ini nombornya Pak Iwan = +62 819-9084-4114

    ReplyDelete