Thursday, October 20, 2011

Hotel Buget Kuching Sarawak




Penginapan Buget
Penginapan Buget kali ini di Kuching menjadi pilihan saya kali ini adalah Pinnacles Kuching Lodge. Hotel buget ini terletak berhampiran Waterfront dan sebaris dengan Tune Hotel dan bertentang dengan Hilton Kuching. Berhampiran dengan Pullman Hotel, Grand Margherita, River Majestic. Tempahan boleh dibuat melalui online di http://www.pinnacleskuching.com

Hotel ini selesa dan sesuai bagi yang ingin buget. Jika anda bercadang untuk bercuti semasa musim cuti sekolah, maka anda perlu booking lebih awal kerana pada waktu begini hotel akan penuh.


Bilik Penginapan
Berikut adalah gambar dorm yang sy tempah. selain Dorm ada juga bilik2 lain seperti twin dan family. Dorm ini murah sahaja iaitu RM30 satu malam dan bilik air diluar. Jika anda 4-5orang sy cadangkan ambil Family Room, ada 1 katil master dan 1 katil single ada toilet didalam, so bila dikembarkan jadi la besar dan muat 4-5 orang jika saiz sederhana. Lagi satu pihak hotel ini tidak kira kepala jika tempah Family room :D . Untuk makluman di hotel ini cuma ada satu Dorm sahaja yang memuatkan 6 katil untuk 6 orang.

Kemudahan yang disediakan
Kemudahan yang disediakan seperti biasa ada wifi, ada ruang tamu untuk berehat sambil tgk TV besar, iaitu di lobi utama. bilik semua ditingkat atas. Kasut hendaklah dibuka sebaik sahaja anda memasuki hotel ini dan tempat letak kasut turut disediakan. Sarapan pagi disediakan tetapi layan diri la. sarapan yang disediakan standard iaitu roti bakar dan teh dan kopi. ruang santai ini juga dilengkapi dengan majalah dan buku2 novel, jadi boleh la santai sambil membaca buku.


Makanan
Jika anda lapar dan hendak makan, maka anda tidak susah kerana kedai makan banyak sekitar waterfront. tapi jika anda hendak murah anda boleh makan di bawah blok hotel ini ada kedai makan melayu dan ada juga Cyber Cafe tapi mahal sikit RM4 sejam. Saya cuba upload pic dari pc CC ini tapi nasib tak baik virus banyak kat pc tersebut, habis memory card camera sy kena virus. Tapi pic yang sy ambil berjaya diselamatkan. So kalau hendak makan tengahari nasi campur juga ada disini. apabila malam jika hendak makan malam kedai2 kat situ banyak menjual menu goreng, macam2 jenis nasi goreng. Tempat ni tak la nampak menarik, biasanya orang tempatan dan pekerja dari shoping mall banyak makan kat sini. jika anda hendak makan yang best2 anda boleh berjalan ke waterfont, Topspot, Pekan Cina atau Mall atau anda pergi ke Food Court seberang Waterfront.

Food Court Seberang WaterFront
Jika anda di kaki lima Water Front dan hendak makan, anda boleh makan di tepian waterfront tersebut biasanya lewat petang hingga malam baru semua kedai dibuka, jika pagi dan tengahari tak banyak kedai dibuka. Harga pun mahal sikit, contohnya nasi lemak telur goreng harganya RM4 dan teh tarik harganya RM2. Jadi jika hendak murah dan banyak pilihan biasanya orang akan keseberang waterfront. Kat seberangni ada 2 buat food court dan ada gerai Kek Lapis dan juga ada menjual ikan terubok masin. untuk pergi keseberang anda perlu menaiki Bot Penampang cuma RM0.50 sen sahaja. Jika selepas 10 malam harganya jadi RM1. Jika anda naik bot penampang ini anda jagan sesekali tanya harga, sbbnya jika anda tanya harga dia tahu anda pelancong dan dia akan cakap harga RM1 walaupun sebelum jam 10 malam. Jadi sudah naik terus anda bayar 50sen. Sediakan duit kecil sbbnya dia tiada masa nak bagi wang baki pada anda.

Kek Lapis Sarawak dan Ikan Terubok Masin

Nanti sy sambung lagi maklumat lain...Bersambung :)

1 comment: