Sunday, June 19, 2011

Medan Selera Desa Pandan


Desa Pandan merupakan salah satu tumpuan tempat makan sekitar Kuala Lumpur. Kawasan ini terdiri daripada sebaris gerai2 yang menawarkan aneka juuadah makanan yang sedap2 belaka ada jugak yang tak sedap. jadi pandai2 la pilih menu dan gerai yang sedap. Kawasan ini terdapat banyak tempat makan. Gerai yang dalam gambar ini adalah kawasan yang terletak dibelakang banggunan MacD dan KFC dan sebelah Kedai Bata. Waktu puncak adalah sekitar jan 8-10malam, waktu ini memang sangat sesak dengan pengunjung dan selalunya meje2 penuh dan terpaksa menunggu giliran. selepas jam 10mlm keadaan mulai lengan dan kurang orang. ada gerai yang tutup jam 12 malam dan ada yang tutup jam 1pagi, bagi gerai yang sudah abis jualan akan tutup sebaik sahaja bekalan abis dijual.


 
Gerai yang saya suka kunjung apabila datang kesini adalah gerai western. Rasanya selang 3 gerai dari mula masuk. Gerai ini selalu ramai juga pengunjung. Menu yang saya suka makan di gerai ini adalah Lamb Cop, Nak kata sedap...sedap jugak la sbb selalu makan kat gerai ini. Menu lain seperti chiken cop dan steak juga ok.

0 comments:

Post a Comment