2H1M di langkawi. Kesempatan ke Kedah walaupun sekejap sempat juga saya berjalan. so saya panggil trip 2h1m di langkawi. Sebenarnya banyak lagi tempat2 yang menarik yang boleh dilawati di langkawi ini, terutama pulau2 yang indah dan airnya yang jernih membadai pantai yang putih bersih pasirnya. 2h1m di langkawi tak banyak yang sempat saya lawat kerana ada urusan dan kesuntukan masa. Berikut adalah beberapa tempat yang sempat saya lawati.
Memancing di kawasan Black Rock tak jauh dengan Pekan Kuah dan Jetty. Banyak juga ikan dikawasan ini, kena pandai guna umpan sahaja. sebelah petang ramai yang memancing dikawasan ini. kawasan ini juga tempat berlabuh orang dari boat layar, biasanya boat layar mat2 salleh.
Cabel Car. Harga untuk Naik Cabel Car ini adalah RM30 seorang, Jika masuk jam 5pm harga akan jadi RM15 seorang. Tiada apa kat atas sana cuma pemandangan yang menarik dan udara yang nyaman, Biasanya orang naik sebelah pagi sewaktu masih berkabus dan sebelah petang bagi menikmati matahari terbenam. Makanan dan Minuman tidak dibenarkan bawa masuk. Macam kat airport pulak pengunjung terpaksa tinggalkan mineral water kat gate nak masuk cabel car. Kat Station kedua dan ketiga ada disediakan Tandas dan Gerai makanan dan minuman. Jambatan Yang menghubungkan dua puncak, viewnya cantik dan dapat lihat pulau2 sekitar Pulau Langkawi.
Kedai Hj Ismail Group.Terletak kat Pekan Kuah merupakan tempat shoping coklat yang selalu dikunjungi orang ramai. orang ramai lebih suka membeli disini kerana harga coklat hj ismail group kat jetty lebih mahal sedikit berbanding kat pekan kuah ini, mungkin sbb harga sewa tapak mahal kot :D .
Pekan Rabu Langkawi. Terdapat Gerai makan atas pelantar boat. Gerai makan ni terdapat di banggunan dibelakang banggunan Pekan Rabu Langkawi dan banggunan ini merupakan tempat pelabuhan boat2 yang menawarkan pakej ke pulau2 sekitar Langkawi, antaranya pulau Tuba dan sebagainya. Diwaktu malam gerai hujung ini akan menjadikan kawasan pelantar ini sebahagian dari tempat makannya dengan meletakkan meja makan sekitar pelantar. View sangat menarik dengan dikeliling boat2 dan kawasan terbuka. Tapi awk jika bawa kanak2 agak bahaya. Di kedai makan ini juga turut di jual sate kajang yang diimport khas dari kajang, saya ada bertanya mereka syarikat mana dari kajang, Hj Samuri ke?, mereka pun tak tau, yang mereka tau bos mereka ambik dari kajang. Kedai makan ini tutup jam 2-3pagi sahaja.
Kedai Gamat Asli. Kat langkawi terdapat banyak kedai menjual gamat asli, banyak warisan2 yang ada. Antaranya Warisan salju, warisan hajjah puteh dan sebagainya. Untuk makluman kalau nak beli harga murah kena pergi terus kat tempat prosesnya harga dapat separuh dari yang tertera pada botol tu. Contohnya saya beli krim gamat Warisan salju pada label botol harga tertulis RM12 kalau beli kat kilangnya dapat sampai RM6 sebotol, tapi bukan bei sebotol jer la.. beli 10 mcm tu dapat la.
Pantai Burau Bay. Lokasi pantai yang cantik, terdapat Pulau Baki yang terbentuk hasil hakisan pantai, menjadikan kawasan ini seperti teluk kecil, sesuai untuk kapal layar dalam kuantiti sedikit singgah dan parking dikawasan ini. Disebelah nya juga terdapat Chalet eklusif banyak mat salleh duduk Mutiara Burau Bay Resort" Kawasan pantai ni banyak "Dugung Putih" berjemur, cuci mata boleh la, tapi jangan "prak" sangat.
Sebelah Burau Bay terdapat Telaga Habour Park, Sebuah pelabuhan mimi untuk Parking Kapal2 layar. Kawasan view yang cantik dan terdapat rumah api yang tersergam indah.
Nak Ronda2 di Langkawi dan perlukan kereta sewa boleh la menghubungi no seperti berikut:
Paksu Zally : 014-7416379
Jangan Lupa sebut nama saya setiap kali nak tempah kenderaan dari pada beliau. Semua jenis kereta beliau boleh dapatkan. Servis yang bagus dan orangnya sangat peramah.
Berikut Adalah Tentative Perjalanan saya
Tentative
Hari Pertama-Jumaat-24 Jun 2011
10.00am - Tiba di Kuala Kedah - Tiket Habis
Terpaksa beli jam 12, Harga tiket RM23seorang. Boat last jam 7.00pm
12.00pm - Naik Boat
01.30pm - Tiba di Langkawi (Jetty)
01.45pm - Stay kat Penarak - jalan kaki 15 minit sahaja dari Jetty dan Dataran Lang.
05.00pm - Memancing di Black Rock - Kawasan tambak
08.30pm - Shoping di Pekan Kuah - Kedai Hj Ismail Group - Banyak Coklat murah
Hari Kedua-Sabtu-25 Jun 2011
09.00am - Sarapan
10.00am - Bertolak ke Cabel Car
10.45am - Tiba di Cabel Car - Tiket RM30 seorang untuk dewasa, RM15 jika beli jam 5.00pm
02.00pm - Makan di restoran tepi pantai Burau Bay.
02.30pm - Jalan2 di Pantai Burau Bay, Sebelah Mutiara Burau Bay Resort.
03.15pm - Jalan2 di Telaga Habour Park
04.00pm - Pergi beli kuih Pau Bakar kat area Makam Mahsuri- Pau Bakar yang terkenal sedap. (Mak ngah Limah)
06.00pm - Beli tiket boat ke Kuala Kedah
07.00pm - Tiba di Jetty, Ferry Delay disebabkan Geng Baju hijau membanjiri langkawi. (Geng Zhulian Malaysia Thailand seramai 4000 orang)
07.45pm - Baru Boat bertolak.
Sekian
Ini lah rupa Pau Bakar Mak ngah Limah yang sedap. Lokasi rumahnya adalah berdekatan dengan simpang hendak ke Makam Mahsuri, rumahnya tepi jalan. beliau buat bila ada tempahan, so kalau walk in nasib la kekadang ada kekadang tiada. so nak senang tempah awal.
nak pancing tu bot dia sewa berapa?
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteHaave you ever considered writing ann ebook or guwst authoring on other websites?
ReplyDeleteI have a blog based on thhe same topics you discuss and would really like too have you share some stories/information.I know my readers would appreciate your work.
If you're even remotely interested, fewel free to send
me an e mail.