Korea 2011
Trip ke Korea Selatan merupakan trip pertama saya ke negara 4 musim. Perbelanjaan tiket penerbangan ke Luar Negara sememangnya menelan belanja yang besar tetapi dengan adanya promosi seperti AirAsia “Now everyone can fly” maka ramai orang dapat merealisasikan impian mereka untuk melancong ke Luar Negara dengan murah.
Tiket penerbangan mula di tempah pada bulan Oktober 2010 semasa promosi Air Asia dengan harga murah iaitu penerbangan pergi dan balik Cuma sekitar 300 sahaja termasuk tax. Murah kan?.
Hari Pertama
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Korea (Incheon International Airport) mengambil masa 6 jam. Pesawat penuh dengan penumpang, ramai jugak rakyat Malaysia menaiki pesawat tersebut, ada juga pelajar Malaysia yang pulang setelah cuti pengajian mereka. Didalam pesawat saya duduk bersebelahan dengan seorang gadis korea yang pulang setelah tamat pengajian di Australia. Saya bertanya kepada beliau kenapa tidak terbang sahaja dari Australia ke korea, beliau jawab tiket Air Asia murah, jadi beliau dari Australia ke Malaysia dan ke Korea lebih murah dari penerbangan terus dari Australia ke Korea. Disebelah kanan saya pulak ada seorang orang Malaysia namanya Mohd Nasrul, beliau melancong seorang diri. Bayangkan trip beliau ke korea adalah pengalaman pertama naik Flight dan pengalaman pertama ke Luar Negara dan beliau seorang diri, betul2 berani. Saya Tanya dia, apa persediaan pergi ke korea, beliau menunjukkan saya satu file yang setebal 20 helai, penuh dengan maklumat perjalanan, tempat, hotel, train dan sebagainya yang beliau dapatkan hasil google di blog2 dan forum2. Backpacker style, kos yang beliau ceritakan pada saya jauh lebih murah dari buget yang saya buat. Beliau tidak menempah sebarang hotel atau guide, beliau akan bergerak sendiri melalui train dan subway semasa di korea ke semua lokasi beliau dan beliau juga akan walk in ke hostel backpacker yang Cuma berharga USD8 semalam. Murah betul semua maklumat beliau dapat melalui forum.
Semasa tiba di lapangan terbang saya rasa lapar dan ingin menjamu selera, tetapi tidak ada satupun restoran yang tertulis atau ada logo Halal. Itu cabaran pertama, jadi saya mundar- mundir mencari restoran atau fast food di air port, tetiba bertebu dengan pelajar Malaysia, apa lagi saya pun menegur dan berbual dengan beliau tentang makanan, beliau memberitahu bahawa di airport tiada restoran yang ada logo halal, jadi jika terdesak hendak makan beliau mengesyorkan supaya beli makanan yang tiada Daging lebih selamat. Jadi saya pun mengikut beliau ke satu restoran fast food membeli doonut dan sandwish tuna. Beliau juga mencadangkan kalau nak makan pergilah ke restoran 100% seafood kerana restoran ini tidank menghidangkan daging kinzir, untuk pengetahuan anda kebanyakan atau hampir semua makanan yang berdaging adalah daging kinzir.
Kemudian saya di jemput oleh Guide yang telah ditempah dan saya dibawa ke hotel di Bandar Hwagok. Saya menginap di New Reagent Hotel yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini di tengah Bandar dan mudah hendak bersiar-siar di Bandar. Hari telah pun malam ketika tiba di hotel, setelah cek in dan meletakkan barang saya mula keluar berjalan kaki di Bandar Hwagok, Suhu pada ketika itu sejuk iaitu sekitar 3°C , aktiviti malam disekitar Bandar memang happening ramai orang bersosial di restoran2 dan pusat hiburan karaoke dan bar. Sepanjang pemerhatian saya tidak nampak pulak pusat-pusat disco kelihatan. Mungkin bukan habit mereka ber clubbing. Pelacuran juga tidak kelihatan, biasanya jika ada kita nampak wanita berpakaian seksi dan menjolok mata di tepi simpang atau di kaki lima hotel. Mungkin ada tapi bukan secara terbuka kerana saya ada juga terjumpa kad-kad kecil yang di tabur di kaki lima hotel tertentu, di kad tersebut saya lihat terdapat gambar wanita seksi dan no telefon dalam tulisan korea so saya tak pasti sama ada ia iklan khidmat sex atau iklan lain. Berjalan kaki di kota ini waktu malam saya rasa selamat dan tiada gangguan Cuma perlu elakkan bertemu orang yang mabuk sahaja. Sepanjang berjalan kaki kita boleh jumpa ramai orang korea yang mabuk tetapi dia dipimpin oleh rakan yang tidak mabuk, rasanya mungkin budaya mereka suka minum sampai mabuk dan salah seorang dari mereka mesti tidak boleh mabuk.
Saya pergi ke korea tidak membawa langsung bekalan makanan dari Malaysia, agak menyesal jugak saya apabila hendak makan terpaksa tercari-cari, sudah penat pusing-pusing kota Hwagok saya singgah minum di sebuah café, Cuma oder kopi dan sandwish tuna sahaja. Saya lepak dan relaks sehingga jam 12 tengah malam sambil perhatikan gelagat warga korea, kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa English, jika café yang nampak macam coffe bean dan star buck ni biasanya pengurusnya tahu berbahasa English dan menunya dalam tulisan English jadi mudah la kita nak oder dan tahu kandungannya. Tetapi jika restoran atau café biasa ni semuanya dalam bahasa korea jadi susah la nak paham. Café yang saya minum ni agak canggih setelah oder dan buat pembayaran saya diberi sekeping cakera seperti pelapik gelas. Apabila tempahan kita telah siap cakera tersebut akan bergetar dan mengeluarkan cahaya, barulah kita pergi ambik tempahan kita di kaunter.
Setelah puas lepak saya pun pulang ke hotel. Di hotel saya melayan tengok tv, banyak chanel cerita korea, yang bestnya semua movie local dan international tidak di censored, banyak jer cerita yang bogel tapi dia blurkan di bahagian kemaluan sahaja.
Selepas ini saya akan ceritakan tempat- menarik yang telah saya pergi secara satu persatu tidak secara timeline.
Makanan
Makanan halal dan restoran halal di korea sukar untuk kita temui, tambahan pulak di Bandar tenpat saya menginap iaitu di Hwagok memang tidak terdapat restoran halal. Jadi bagaimana saya survive di situ. Sebenarnya guide yang saya tempah adalah guide yang selalu bawa orang muslim dan beliau sangat arif dan tahu apa yang orang Islam boleh makan dan tidak. Jadi selama saya kat hotel tersebut untuk sarapan pagi beliau telah pastikan hotel tersebut menghidangkan makanan halal pada saya. Hari pertama sarapan pagi saya dihidangkan roti kosong, madu, telur dan teh, hari kedua, juga sama, masuk hari ketiga saya request nak makan nasi maka dihidangkan nasi putih, telur dan sayur, hari keempat dan kelima sarapan roti, telur, madu dan kopi. Bagi makan tengahari dan malam saya akan ceritakan didalam tempat-tempat menarik yang saya lawati.
Nami Island
Nami Island atau dikenali sebagai Naminara Republic merupakan salah satu tempat tumpuan pelancongan di korea, terletak 63km dari Bandar Seoul. Pulau ini Cuma berkeluasan 460,000m2 iaitu sekitar 5km sahaja jika berjalan satu pusingan dan ia berbentuk daun, mukabuminya rata dan tidak berbukit. Tempat ini menjadi popular selepas drama korea terkenal Winter Sonata menjadikan pulau ini salah satu lokasi pengambarannya. Asal usul pulau ini sebenarnya adalah sebuah bukit sahaja, apabila empangan Cheongpyeong dibina maka jadilah ia pulau. Dahulunya pulau ini hanya menjadi tempat champing dan langsung tidak popular. Kemudiannya seorang ahli perniagaan korea Mr Byeong-Do Minn telah membeli pulau ini dan menjadikan ia sebagai tempat rekreasi dengan landskap yang cantik dengan menanam semula beribu pokok, maka mulalah ia menjadi tarikan.
Pulau Nami mendapat nama sempena nama Jeneral Nami, Jeneral Nami mengikut sejarah merupakan seorang pahlawan dan jeneral yang gagah dan bijak. Disebabkan kebijaksannan dan pengaruh beliau, maka beliau telah di hukum bunuh penggal kepala oleh istana. Orang-orang istana kuatir dan risau jika suatu masa jeneral Nami akan memberontak dan mengambil alih kerajaan, maka beliau telah difitnah dan di hukum pancung semasa berumur 26 tahun pada tahun 1965. Mayat beliau telah disemadikan di pulau tersebut. Kita akan dapat melihat terdapat hanya satu-satunya makam jeneral Nami di pulau tersebut. Di pulau ini kita akan dapat melihat terdapat hidupan seperti rusa, burung unta, arnab, tupai, itik dan pelbagai burung-burung.
Untuk ke Pulau Nami anda boleh menaiki train ke stesen Gapyeong
Bayaran dan kemudahan yang disediakan di adalah seperti berikut.
Perkara | Bayaran | Note |
Transport Tour Bus dari Insa-dong ke Pulau Nami | Sehala – 7500won Duahala – 15000won | |
Bayaran masuk termasuk dgn ferry | 8000won (RM24) - Normal 4000won - Diskaun bagi bawah 18 tahun, lebih 70 tahun dan OKU | Jadual Ferry 7.30am mula 30minit sekali 7.30am-9am 10-20minit sekali 9am-6pm 30minit sekali 6am-9.45pm |
Parking | 4000won | Parking |
Basikal | 3000won - 30 minit 5000won - 1jam | |
Basikal 3 elektrik | 8000won - 30 minit | |
Kereta tour elektrik | Taxi 30,000won - 4 org Bus 5000won - 1 org | |
Namycar | 3000won - lokasi tertentu 10,000 - Round keliling | |
Penginapan | Main building - 99ribu - 150ribu won Condo - 160ribu -380ribu won Cottages - 110ribu - 200ribu won Guest House - 130ribu - 140ribu won |
Antara kemudahan dan tarikan yang terdapat di Pulau Nami seperti berikut
Kemudahan/tarikan | Note |
Exhibition Hall | Ada 9 jenis hall dan galeri |
Pentas Pertunjukan | Terdapat 4 pentas pertunjukan seperti outdoor, air, dan studio. |
Taman Tema | Terdapat 17 taman tema seperti bonsai, burung, diraja dan lain2. |
Seminar/Banquet | Terdapat 5 jenis dewan seminar dan banquet |
Berikut adalah tentative perjalanan saya melancong ke korea. Tentative ini saya buatkan secara ringkas. Detail aktiviti saya akan di update kemudian.
Day 1 Sabtu (5.3.2011)
01.55pm - Penerbangan Air Asia dari LCCT ke Incheon (Waktu Malaysia)
09.15pm - Tiba di Incheon (Waktu Seoul)
09.30pm - Dijemput oleh pemandu pelancong menaiki MPV ke Bandar Hwagok
10.15pm - Tiba di New Regent Hotel check in.
11.00pm - Jalan kaki sekitar bandar Hwagok (terdapat pusat hiburan, cafe, bar dan pusat karaoke)
Day 2 Ahad (6.3.2011)
07.00am - Sarapan pagi di hotel (roti, telur dan teh)
08.00am - Bertolak ke Nami Island
09.00am - Tiba di jeti dan menaiki boat ke Nami Island
01.00pm - Makan Tengahari di Restoran di Nami Island ( Makanan Vegitarian - Nasi, sayur, telur, sea food)
04.00pm - Bertolak pulang ke hotel
05.00pm - Singgah di Shopping Complek - Membeli belah sedikit keperluan makanan dan baju sejuk
08.00pm - Makan Malam di restoran seafood ( Nasi, Telur, Ikan Bakar)
10.00pm - Balik ke Hotel
11.00pm - Bersiar2 sekitar bandar dengan jalan kaki. Lepak di cafe
Day 3 Isnin (7.3.2011)
07.00am - Sarapan di hotel (Nasi, telur, sayur)
08.00am - Berangkat ke Gyeongbok Palace dan Folklore Museum
12.00pm - Makan Tengahari kat restoren seafood
01.00pm - Shoping kat National Ginseng Centre dan Amethyst Shop (Kedai kristal)
02.00pm - Shopping kat Korean Cosmetic Shop
03.00pm - Berangkat ke Masjid di bandar Itaewon
06.00pm - Makan Malam di Restoran Salam (Restoran Turkish) makan daging ayam nasi
10.00pm - Tiba di hotel
11.00pm - keluar jalan2 di bandar
Day 4 Selasa (8.3.2011)
07.00am - Sarapan (roti, madu, telur)
08.00am - Berangkat ke Korean Folk Village- melihat Korean old culture and traditional show
01.00pm - Makan Tengahari - Masakan seafood - ikan bakar nasi sayur
02.00pm - Berangkat ke Suwon - melawat hwaseung fortrss (UNESCO Cultura Heritage)
04.00pm - Melawat National Museum
06.00pm - Makan malam di Reatoran Turkish Kebab
08.00pm - shoping kat Myeong-dong
10.00pm - Menaiki subway di Seoul Station ke Hwagok
11.00pm - Tiba di hotel
Day 5 Rabu (9.3.2011)
07.00am - Sarapan
08.00am - Berangkat ke DMZ
03.00pm - Shoping di Insa-dong dan Namdaemoon Market
08.00pm - Makan Malam
09.00pm - Berangkat ke Airport
11.20pm - Berlepas pulang ke KL (Waktu Seoul)
Day 6 Khamis (10.3.2011)
05.05am - Tiba di LCCT (Waktu Malaysia)
Takde group yg pegi 17 Jun 2011.. Bole join skali. Saya akan pergi bertiga dan ini kali pertama kami..
ReplyDeletetak beli baju untuk adik djunsyg mesti abgi tau pi korea nak tunjuk belagak nak kata abg mydy byk duit blh gi melancaong.lantak la.ni yg anda kejar sgt hidup la mydy.hidup dlm keseronokan.sampai bila nak kejar keseronokan kejarlah
ReplyDeleteseronokla mydy seronok yg cari sgt dlm hidupla.biar tuhan yang akan balas atas apa hang dah buat kat aku.tak puas lagi seronok.
ReplyDeletejika tidak keberatan, boleh x saya nk tahu berapa kos keseluruhan trip ke korea ni? kalau pergi secara individu dan berkumpulan.
ReplyDeleteboleh saya tahu, Rahmat yang encik ceritakan mula-mula sekali tu, ada contact information dia tak?
ReplyDeleteblog ke.
sebab saya bakal travel ke Korea macam tu juga.
solo backpacker. jadi banyak yang saya nak tahu.
Wah, duduk hotel 5 bintang berapa kos agaknya?? Kami backpacking 3 orang dan menginap di Seoul Hostel, Anguk. Kos untuk 5 malam lebih kurang RM300+. We stayed in Seoul for about a week and all in all, RM2,000 pun insh cukup [termasuk shopping, travel via subway n bas, makan dan entrance fees ke tourist spots]. Makanan yg kami bawak: roti, sambal kering, maggi, kaya, tuna, milo. Tu pun tak cukup dan kena stock up ie beli di Itaewon.
ReplyDeletebestnye aku bace entry ko.... tk sabarnye aku nk gi......aku br je booked tic flight smlm tuk gi time spring next year...ok la tic prgi-balik campur luggage n makan atas flight almost RM 700..mana nak dapat kan...flight lain tk der RM 2000++ jgn berangan nk gi sane...syukur ade AirAsia kan...
ReplyDeletekali ni aku gi sorg gak...aku ajak member ade yang nk...ade yg ade masalah financial..bagi aku ade rezeki kite gi...hehehe...insyaallah semua perancangan berjalan lancar...
salam
ReplyDeleteterima kasih kerana singgah di blog saya
tahniah sbb dapat tiket murah.
semoga berjalan lancar. nampak gaya macam anda selalu travel seorang. dia biasa dgn korea ker.
so lepak kat itaewon la ker. situ senang nak makan.
ok ada rezeki boleh travel sama.
salam...tq sbb replay..
ReplyDeleteaku skrg ni sibuk kumpul info dgn tgk2 blog2 org b4 gerak ke sana...ni 1st time aku ke sane...tk pernah lg ke sana sebelum ni...insyaallah aku ade 8 bulan lagi tuk buat preparation b4 gerak ke sana...so dr entry ko ni at least aku dapat info kan...thank so much...
yup aku selalu travel sorg2...bulan 4 lepas aku pi bercuti ke europe...alhamdullilah...segala perancangan berjalan lancar dan yg penting selamat pg n balik kan..hehehe....
insyaallah ade rezeki kite travel same2....:P
Nak g 28 Disember ni.... Trus smbut new year kat sana. Any advise?
ReplyDeleteTia, sy dan adik bercadang utk melancong ke korea thn depan, kalau boleh nak gerak sendiri atau amik guide di sana. boleh bagi info Tia stay di mana n kalau ada buat catatan perjalanan minta bg link. thanks
ReplyDeletesalam terima kasih kerana singgah di blog saya
ReplyDeleteermm advise macam mana yang diperlukan tu.
melancong ke korea mudah dengan ada sub way.
disember kalau tak silap musim salji.
saya pun dah lost contact dengan beliau. pernah minta link catatan beliau tapi tiada respon.
ReplyDeletekos bergantung hotel dan pakej yang diperlukan. kalau pergi bersendirian guna subway pun dah ok untuk kesemua tempat
ReplyDeletesudah pergi korea ? boleh la share catatan anda.
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/#!/pages/Jalan2-korea/200768056667245?sk=photos
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/#!/pages/Jalan2-korea/200768056667245?sk=photos
ReplyDeletemalaysian student tourist guide in seoul
HI...
ReplyDeleteBile baca crita bro melancong srg2 ni mcm best plak. Sy dh lama nk g korea ni, tapi nk pergi srg2 tak berani lg. Nak ajak member xder yg berminat. Blh bro bg panduan tak tentang tips nk melancong srg diri ke Korea ni? Lg baik guna travel agen atau pergi sendiri? Klu ada rezeki Insya-Allah thn depan sy rancang nk ke sana. Hrp bro bleh bantu.
Thanks
Salam,
ReplyDeleteNak tanya kat Itaewon tu senang nak dapat makanan halal ke? dan dia senang untuk ke tempat2 yang menarik if ambil hotel disitu?
satu lagi nak tanya kenapa tak pergi Pulau Jiju? tak sempat masa ke
Salam bro just nak tanya if travel in person perlukan visa ke ke korea
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteboleh tak saya nk tahu awak ambil tour agent kat mana?dan ada lagi tak contact number agent tu?sbb saya insyaAllah akan ke korea januari tahun depan dengan family.
terima kasih.
sy akan ke korea mac ini. apakah musim disana ntti
ReplyDeleteTak pergi everland?kalau pergi situ kena stay sampai malam..sebab ada parade and firework..memang meriah..namsan tower pun best jugak..
ReplyDeletejust 4 share - me too dh travel ke korea, booking ticket time promo rm 367 return + tax + luggage + makan. rezeki dpt ticket murah. gi bulan April 2011 with officemate sembilan orang semuanya. Booking guesthouse yang murah n betul2 kat bandar namsan. Guesthouse tu kitaorg carik yang de dapur sng nak masak ;-). Bekalan milo, maggi, roti, sardin, sambal bilis semua ada. Sempat shopping n jalan2 di myeongdong (brooch arked), namsan (cosmetics item), nami island, gyeongbok palace, lotte world (tamam tema mcm disneyland), itaewon,.
ReplyDeleteSalam..insyaAllah i akan pergi..boleh x kalau i nk tau nama guesthouse yg u pergi tu..ade contact no ke..
ReplyDeletesy mgkin insyaallah nk ke korea dlm tahun nie,tp x tau lg bln berapa....kalu boleh nk gi dlm musim luruh dan musim salji(musim favorite)...bile sampai ke korea sana..mcmana nak tau perjalanan disana?sb sy ni first time nak kesana nie.....kalu leh sy cadang nak pergi sekali ngn ahli keluarga..seronok cikit...(^_^)
ReplyDeleteSetiap pertanyaan tak perhah di reply,apa la,bagus tak payah buat blog,aku ada soalan pun dah terbantut nak bertanya...
ReplyDeletesalam.. pinjam pengalaman ke korea ni untuk dimuatkan dalam manuskrip/karya saya.... harap dizinkan ya. terima kasih .
ReplyDelete[...] Luar Negara 1.Bali - 2008 2.Arab Saudi - 2008 3.Pekanbaru - 2010 4.Surabaya - 2010 5.Korea - 2011 6.Bandung - 2011 7.Cambodia - 2011 8.Brunei - 2011 9.Singapore - 2011 10.Batam - 2011 11.Karimun - [...]
ReplyDeletesalam Yadz
ReplyDeletediizinkan TQ.. jgn lupa kreditkan pada blog saya
nk tahu mcna nk dptk pmndu pelncong.pleasa sms 0178058029,
ReplyDeleteAde group yg pergi untuk bulan February tak saya nak pergi 2 orang....boleh emailkan kos termasuk air ticket......
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebercadang nak ke korea thn depan..n nak tanya macam mane nak dapatkan guide kat sana sbb saya pergi hanya berdua bersama rakan..kena cari banyak maklumat sebelum ke sana..dan nak tanya pendapat musim ape yg sesuai utk ke sana?
DMZ guna tour di lotte hotel atau dari guest house? Boleh beri anggaran kos ke sana..serta pantang larangnya..
ReplyDelete