Peserta : Pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP)
Bilangan Peserta : 29 Orang Pelajar dan 6 orang Guru Pengiring
Tarikh : 26-27 Feb 2010
TENTATIF (Asal)
26 Feb 2011- Hari pertama (Sabtu)
07.00pg - Tiba di Hutan Hutan Rekreasi Gunung Datuk
08.00pg - Pendaftaran / Taklimat Aktiviti / Persiapan Untuk Pendakian
09.30pg - Pendakian Bermula
10.30pg - Jangkaan tiba di ‘Check Point’ Pondok Tumbang
12.30pg - Jangkaan tiba di puncak Gunung Datuk / Santai / Bergambar
02.00ptg - Persiapan turun / bergerak turun dari puncak
04.30ptg - Jangkaan tiba di Hutan Simpan Gunung Datuk
05.30ptg - Bertolak ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi
06.00ptg - Jangkaan tiba di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi / Mendirikan khemah / Santai
09.00mlm - Taklimat Aktiviti Meneroka Gua Batu Maloi / Berehat
27 Feb 2011 – Hari Kedua (Ahad)
09.00pg - Aktiviti Meneroka Gua Batu Maloi
12.00pg - Merobohkan khemah & persiapan balik.
01.00ptg - Bersurai.
Terima kasih kepada Pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP) kerana menggunakan khidmat saya. insyallah sy buat yang terbaik untuk anda.
Laporan Lengkap
Berikut dibawah ini adalah Petikan Laporan dari Laman Web Orang Hutan Malaya http://oranghutanmalaya.blogspot.com/ di link laporan http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2011/03/rs-bersama-psp.html
Friday, March 4, 2011
Riadah Santai adalah merupakan sebuah aktiviti riadah yang berbentuk santai atau rileks yang dijalankan bertujuan memupuk minat peserta terhadap aktiviti luar @ outdoor. Dan pada 26 hingga 2 Feb 2011, sebuah lagi aktiviti Riadah Santai (RS) dijalankan bersama-sama pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang atau lebih tepat lagi bersama ahli Kelab Kembara, PSP seramai 29 orang pelajar serta 6 orang pensyarah pengiring. Manakala ahli OHM yang terlibat adalah seramai 7 orang (hamydy, sazini, ninie, jai, rusman, zaidi & garfu).
Aktiviti bermula di Hutan Rekreasi Gunung Datuk. Seawal jam 6.00pagi lagi, ahli OHM yang terlibat sudah mula berkumpul di lokasi kawasan tempat letak kereta awam sambil melayan sarapan pagi tajaan McD iaitu “Family Breakfast Box” (..nyum..nyumm..). Lebih kurang jam 8.30pg, pelajar mula tiba..difahamkan, mereka bertolak daripada Seberang Perai jam 10.00mlm. (kesian beb, fenin kena goncang dengan bas pun belum ilang lagi hihi). Setelah menukar pakaian untuk pendakian, bro hamydy mula menyerahkan borang deklarasi kepada semua peserta untuk diisi. Kemudian satu taklimat ringkas diberikan untuk tujuan keselamatan.
Lebih kurang jam 9.30pg, pendakian bermula (terlewat 30 minit dari jadual asal) dengan pergerakkan yang agak “slow” tapi “steady”. Apabila tiba di pertengahan bukit curam yang pertama, tiba-tiba pendakian dihentikan kerana “organizer” iaitu cik nurul husna mengalami kecederaan pada pergelangan kaki. Rupanya beliau sebelum ini pernah mengalami kemalangan yang mengakibatkan pergelangan kakinya terkehel. Bagi mengelakkan kecederaan yang dialaminya lebih serius, kami mengarahkan beliau turun dengan diiringi oleh bro jai dan 2 orang student senior. Pendakian diteruskan oleh peserta lain, dan lebih kurang 45 minit pendakian, kami tiba di lokasi pondok tumbang untuk berehat.
Selepas puas berehat, pendakian diteruskan dengan melalui laluan yang agak landai dan sedikit menaik. Mungkin disebabkan tidak cukup rehat akibat perjalanan yang jauh daripada Pulau Pinang ke Negeri Sembilan, disepanjang pendakian terdapat beberapa pelajar mengalami kepeningan namun masalah itu dapat diatasi seleapas mereka ini diberikan limau & oren untuk dimakan serta hidu. Lebih kurang 1 jam sebelum tiba ke puncak, cik ninie yang sepatutnya menjadi runner mula mendaki beriringan dengan sweeper (garfu) hahahaha.. kaki krem katanya (kui kui kui…makan oren beb ^^) dan beberapa kali Flanil menjadi mangsa sapuan cik ninie (ahaks).
Akhirnya, lebih kurang jam 12 tengahari, kami tiba ke campsite puncak gunung dan berehat sambil menunggu giliran untuk mendaki batuan puncak. (orang ramai giler beb, terpaksa ambil nombor giliran) Selepas berehat dan lunch ala kadar, kami memulakan pendakian batuan puncak. Laluan yang agak sedikit bahaya itu didaki degan penuh hati-hati dan dengan permerhatian guide pengiring. (tak semua peserta naik ke puncak batu..sebab gayat hihi). Kat puncak batuan, peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar serta menghayati permandang yang menakjubkan seluas mata memandang sehingga ke Selat Melaka dari puncak batuan Gunung Datuk.
Jam 2 petang, selepas bergambar beramai-ramai bersama banner OHM, peserta mula bergerak turun. (laju giler diorang nih). Lebih kurang setengah jam, muka masing-masing dah tak reti nak senyum dah..lapar campur penat (hahaha) dan sebelum tiba ke kawasan Pondok Tumbang, seorang peserta mula pitam dan kepeningan serta muntah angin. (nasib baik ada minyak yu yee cap limau..”terima kasih minyak yu yee“ ^^ ). Kat sini juga tiba-tiba “Kak Limah” muncul dan mengakibatkan semua yang ada termasuk pensyarah pengiring pecah perut dibuatnya (hahahaha jangan mare ye Kak Limah).
Alhamdulillah, lebih kurang jam 4 petang, semua peserta selamat turun. Ingatkan sampai je bawah terus boleh naik bas untuk ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi, tup tup bas pulak takde.. ishh semua peserta muke kembali mencuka sebab kena jalan kaki dari lokasi hutan rekreasi hingga ke jalan raya luar (jauh gak tu beb..kesian hiks), tapi apa ada hal kan?? Lagikan trek Gunung Datuk boleh ditawan inikan pulak jalan raya . Sebaik sahaja sampai ke jalan raya luar, bas masih tidak kelihatan..haisshhh! Tak puas hati punya pasal, gerai air tebu kat sebelah yang jadi mangsa..apa lagi..tersenyum lebar la touke air tebu tuh hihi..masyukkk.
Bas yang ditunggu akhirnya tiba, rupanya abang drebar bas pegi isi minyak katanya..OK la tuh. Peserta kemudiannya bergerak ke lokasi Hutan Simpan Gua Batu Maloi dengan mengekori kereta garfu. Manakala 2 orang peserta (yang terkehel & yang muntah) di bawa ke Hospital Tampin oleh cik nini & jai, bro mydy & sazini dengan 2 buah kereta yang berasingan untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.
Setibanya di Batu Maloi, sedikit taklimat diberikan. Seterusnya peserta mula memasang khemah dan memasak untuk makan malam. Bagi ahli OHM yang hadir, kami di‘surprise’kan dengan berita ada orang nak sponsor makan malam. (Wahhh! KFC ke?? McD ke?? Pizza Hut ke??? tak sabar nih). Lebih kurang 8.30mlm makan malam sampai.. Disponsor oleh OHM00127-Nur_Mawar_Ku rupanya. Nasi Putih, Rendang Ayam, Sayur Campur & Kicap yang dimasak sendri oleh beliau memang sedap beb! (sampai jilat jari tau..terharu nih.. ^^). Terima kasih tak terhingga untuk beliau diatas kesudian menyediakan juadah makan malam untuk kitorang yang kepenatan ini. (macam tau2 je kitorang ni penat nak masak hiks). Jam lebih kurang 9.00 malam, taklimat mengenai aktiviti gua diberikan oleh rusman. Peserta mendengar dengan penuh minat, sampaikan ada yang mintak untuk diteruskan lagi cerita tentang OHM serta Gua. (tak penat ke dik? ^^) Lepas tu… titon laa..zzzz.
Hari kedua, peserta mula bangun dan memulakan aktiviti menyediakan sarapan pagi. Tup tup kami sekali lagi di’surprise’kan oleh Nur_Mawar_Ku, kali ni Roti Canai 14 keping dengan air Teh panas…WAHHHHH! (Kenyang beb!) Terima kasih lagi sekali yek ^^ (..jeng..jeng..jenggg.. ntah ntah lunch nanti pun ada orang sponsor gak..ekeke ^^).
Jam lebih kurang 9.00pagi, aktiviti menjelajah Gua Batu Maloi bermula dengan rusman memberikan sedikit taklimat dan susun atur peserta di dalam satu barisan supaya mudah untuk guide memantau keselamatan dan kelancaran semasa di dalam gua. Sewaktu aktiviti berlangsung, peserta asyik tersengeh je bila lens kamera di halakan kearah mereka.. Muka masing-masing ceria je bila menghadapi cabaran demi cabaran di dalam gua tersebut. Sesekali headlamp dan lampu suluh dinyalakan apabila melalui laluan yang agak gelap. Sesekali lampu suluh terpaksa di gigit apabila melalui laluan air di paras leher.. Dan macam-macam lagi cabaran terpaksa dilalui oleh kesemua peserta untuk tiba ke CP 12. Merangkak, menjalar, menyelit, menyelam, memanjat, gelunsur dan lain-lain lagi teknik yang perlu dibuat bagi melepasi cabaran-cabaran yang terdapat di dalam Gua Batu Maloi.
Setibanya di CP 6, penerangan mengenai Gua diberikan oleh rusman sebagai infomasi kepada semua peserta. Sebelum tiba di CP 12 iaitu pintu keluar, peserta menempuhi beberapa lokasi yang menarik yang terdapat di dalam gua tersebut, antaranya air terjun, jeram serta jakuzzi yang sememangnya takkan dilupakan sampai bila-bila.
Akhirnya, selepas 3 jam menjelajah Gua Batu Maloi, peserta tiba di CP12 dan bergambar kenangan beramai-ramai sebelum meneruskan perjalanan balik ke campsite. Selepas lunch, semua peserta bersurai dengan kepuasan yang tak terhingga. Bagi ahli OHM, aktiviti seterusnya adalah menjamu selera di Gerai Cendol Madu, Rembau sebelum masing-masing dengan haluan sendiri ^^.
Tahniah kepada semua peserta kerana menjayakan aktiviti RS pada kali ini. Semoga berjumpa lagi… ariosss ^^
salam..saya mewakili pelajar sime darby college dam kami berminat untk mengadakan aktiviti di kem gua batu maloi.saya memerlukan contact no person incharge kem tersebut kerana ingin mendapat lebih maklumat tentang kem itu.tuan blh emailkan no tersebut kepada brightred.orange@yahoo.com.
ReplyDeleteterima kasih..
[...] Comen Terkini kaswalpalar on About Mekaswalpalar on Pakej Mendaki Gunung Kinabalu…SAHIDIN on Ternakan PuyuhEn @ N on Kuching Sarawak 2011amira aida on Pendakian Gunung Datuk Vs Mene… [...]
ReplyDeleteaku perlu ambik tau ni semua bukan utk aku tapi utk org yang aku terlalu sayang.
ReplyDeleteaku sayangkan anak2 aku.aku sangup berkorban demi diaorg.aku baut semua ni demi danish dan sya
ReplyDeletecerita ni berlaku malam tadi..
ReplyDeleteuntuk kali keduanya aku melihat seorang pakcik tua yang nampak macam alim,naik kereta PROTON WIRA putih dok bising2 marah hanya kerana ditegur pandu kereta sambil telefon di deretan kedai Taman Pauh Indah malam tadi..suara pakcik mereng tu masyaallah macam ekzos jet ski...pungpang..pungpang tak renti non stop..macam budak2 terencat..
Sedarlah sikit diri tu dah tua nak mampus..hormat la sikit kat kami yang dok kat kedai makan tu..nasib baik pemuda yang dia marah sangat sebab tegur perangai dia tu cool je..kalau kena kat aku dah tentu aku terajang orang tua tu dah ..
Kata orang kedai tu nama si tua tu Sop..(mungkin yusof kot)..dan dia ni mmg perangai perengus dan akan jerkah sana sini tanpa ada perasaan malu hanya kerana ditegur ...kiranya mmg bangsa tak boleh tegur lah ni..muka nampak alim,janggut dah putih,tapi perangai macam babi hutan..
aku bukan apa..minggu sudah dia marah budak pompuan hanya kerana motor budak tu parking belakang keter dia..punya pungpang2 macam la budak tu terpijak telor orang tua ni..
Jadi sebagai peringatan aku nak beritahu,kalau korang sekitar Taman Pauh indah tu terserempak la dengan orang tua gila ni yang naik Proton Wira putih ni adalah dinasihatkan jauhkan diri anda atau hubungi gengster untuk dia terima sedikit habuan..jangan asyik nak jerkah orang sana sini je
assalamualaikum.. maaf ganggu, saya juga berminat untuk mengadakan aktiviti di kem batu maloi inii.saya juga memerlukan contact no person incharge kem tersebut kerana ingin mendapat lebih maklumat tentang kem itu. mohon pertolongan pihak tuan untuk emailkan no tersebut kepada pieces_asouna@yahoo.com. terima kasih banyak-banyak kepada pihak tuan
ReplyDeleteSalam AMIRA
ReplyDeleteSila email pada saya maklumat trip anda untuk buat arrangement.