Trip 5 Jam :)
Entri ini mengisahkan trip saya ke Singapore 5 jam sahaja..hihi.. Sebenarnya saya ke JB menghadiri jemputan kenduri teman baik saya, majlis pertunangan dan juga akikah. Janji dengan kawan2 untuk sama2 makan kenduri jam 5.oopm keatas. Jadi saya sampai JB awal sekitar jam 1.30pm, so masih ada masa saya masukla Singapore untuk shoping di Funan Digital Mall.
Sampai di Terminal Bas Larkin jam 2.00pm tunggu sekitar 5 minit dah ada bas ke Singapore. Ada 3 syarikat bas awam iaitu SBS, Causeway Link, lagi satu bus merah tak ingat pulak namanya. selain bus ini ada juga bus express yang harga lebih mahal. Saya tengok bus mana yang dulu nak jalan, so saya naik bus Causeway Link yang warna kuning yang berada di terminal no 30, tambang RM3.40 sehala. Bus ini dari Larkin dan stop di Terminal Bus Queen St atau juga dikenali Bugis kerana berhampiran dengan MRT Bugis.
Disebabkan Emigresen tidak ramai orang so perjalanan laju dan lancar. Tiket bus jangan hilangkan, nanti selepas emigresen naik bus dari syarikat yang sama tak perlu bayar. Boleh naik mana2 bus syarikat yang sama tapi pastikan bertanya dahulu bus tu kemana, sbb ada banyak bus yang ulang alik emigresen JB dan woodland singapore yang berbagai destinasi. Tidak perlu tunggu No bus yang sama yang kita naik. So selepas melepasi emigresen Woodland Singapore saya terus turun ke tempat bus cari bus Causeway Link warna kuning dan tanya jika ke bugis dan terus naik, cara ini lebih cepat dari menunggu ja bus.
Sampai di Terminal Bus Queen St saya bergegas ke stesen MRT Bugis, naik tren ke City Hall. Keluar city hall saya terus berjalan kaki ke Funan Digital Mall. Masa nak exit MRT City Hall ni ada banyak exit seperti exit dlm mall, exit di Park, kalau salah exit jalan jauh la sikit, so kalau nak ke Funan Digital Mall exit yang dekat dgn gereja St Andrew Catheral.
Funan Digital Mall
Sampai di Digital Mall dah dekat jam 3.30pm, Terus singgah di Foodcourt tingkat 4 kalau tak silap, ada kedai halal kat situ. Makan nasi campur harga 4.50 SGD (RM13.50) huhuhu bahana ringgit jatuh. Selepas makan apa lagi masuk ke kedai challenger. Kedai ni jual pelbagai barangan digital dan elektronik. Saya masuk nak survey harga camera jer sebenarnya sambil usha barang2 lain. Kalau nak untung, kat sini join jadi la member. Yuran keahlian 30 SGD untuk 2 tahun, boleh dapat diskaun dan juga point. Sebelum ini pernah beli jam Polar untuk excersise dapat jimat hampir RM300 dengan guna member card. Masa saya datang kebetulan ada sale pakaian winter, harga murah, tapi kalau masa duit RM tak jatuh memang berbaloi beli sbb beza banyak, tapi sekarang kalau beli cuma beza sikit saja berbanding harga kat mesia.
Sekitar jam 5.30pm baru saya bergerak keluar dari Funan Digital mall. Naik Mrt city hall ke Bugis. Sampai di Terminal Bus Queen St, tak ramai sangat orang so naik bus terus jalan. Tiket Bus balik ke Larkin adalah 3.30 SGD, Sampai di Larkin sekitar jam 6.30pm. Ambil kereta dan terus ke Kempas untuk makan kenduri. Sampai umah kawan masih ada kawan2 yang datang lewat menunggu saya :D. tq tq sbb tunggu. Lepas makan sekitar jam 9.00pm saya bertolak pulang ke KL dan sampai KL sekitar jam 12.30am. Laju jugak bawa :).
Begitulah Perjalanan trip... Sekian
Tentatif
10.00am - Bertolak ke JB dari KL
2.15pm - Naik Bus di Larkin
3.30pm - Sampai di Funan Digital Mall
4.00pm - Masuk Kedai Challenger Digital Shop
5.30pm - Beredar dari Funan Digital Mall
6.30pm - Sampai Larkin Bus Terminal
7.00pm - Gerak ke Kempas
9.00pm - Bertolak Pulang ke KL
12.30am - Sampai KL
Kos
Makan nasi campur = 6.50 SGD
Jus Kiwi = 1.50 SGD
Aiscream kapit roti = 1.20 SGD
MRT Bugis ke City Call 1.40 SGD return = 2.80 SGD
Bus Larkin - Bus Queen St = RM3.40
Bus Bus Queen St - Larkin = 3.30 SGD
Tips
- Kalau nak naik bus dari Terminal Bus Queen St, pastikan anda jangan main naik sahaja, kena tanya dahulu Direct Larkin atau tak. Sebab ada bus SBS ke Larkin yang henti2 bukan direct. so kalau anda terkejar masa abisla. Bas henti2 ni dia akan lalu jalan biasa melalui semua hentian, so ada penumpang yang naik turun.. boleh jadi stress..sbb bole sampai 1 jam nak ke woodland.. :(
Tahniah.
ReplyDeleteAwak masih menulis. Lama tak dengar khabar. Nampaknya semua masih baik. Alhamdulillah
Terima kasih Sufaliq
ReplyDeleteAlhamdulillah. Penulisan blog seperti biasa :), masih ada entri yang tidak sempat ditulis...
Mana awak tahu ni saya?
ReplyDeletehi sufaliq member blogger lama mestilah kenal
ReplyDelete