Wednesday, June 10, 2015

Bukit Gasing ~ Latihan Kecergasan

Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Bukit Gasing ~ Latihan Kecergasan
Trip Bukit Gasing kali ini khas anjuran Kelab Rekreasi PPUKM Cheras. Kelab telah buat perancangan untuk mengalakkan aktiviti kecergasan hujung minggu ni sebagai aktiviti bulanan pada setiap sabtu ketiga setiap bulan. Lokasi adalah bukit-bukit sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang memerlukan masa yang pendek untuk pergi dan trekking.


Antara bukit-bukit yang boleh kita trekking bagi mengeluarkan peluh antaranya seperti Bukit Gasing, Bukit Saga, Bukit Apek, Bukit Puchong, Bukit Broga dan beberapa lagi yang berdekatan.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Para peserta berkumpul di PPUKM sekitar jam 6.30am dan mula bergerak sekitar 7.15am. Parking kereta di Pusat Komuniti Lembah Pantai yang terletak selepas Pantai Hill Park. Sekitar 7.45am selepas sedikit taklimat kami mula mendaki trek bukit gasing masuk ke trek Bukit Abu Bakar. Masuk melalui Pantai Hill Park ni selesa kerana parking kereta yang banyak dan tidak sesak berbanding masuk ikut main entrance di jalan gasing. Lagi satu kalau masuk ikut sini boleh buat trek pendek iaitu trek jambatan gantung dan bukit abu bakar.


Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Pemulaan masuk kalau kita lihat dihadapan pusat komuniti ni ada projek pembinaan Kondo yang sudah siap. So masuk memelalui denai bersebelahan U turn.  Masuk sahaja ke laluan denai  ini anda akan jumpa simpang dengan 2 buah Bangku, sebelah kiri adalah ke menara pandang dan sebelah kanan ke Bukit Abu Bakar dan Jambatan Gantung.


Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Adalah di cadangkan supaya anda melalui laluan ke Jambatan gantung terlebih dahulu supaya anda mendapat kesan mendaki 2 buah bukit. Selepas melalui jambatan gantung anda akan mendaki satu bukit kecil tidak la terlalu curam sangat. Setelah itu anda akan menurun sehingga jumpa kesan sungai kecil, kekadang ada air jika tidak kering. Selepas sungai kecil itu barulah permulaan mendaki bukit abu bakar yang sememangnya curam lebih kurang 45-55 darjah. Setelah sampai di puncak Bukit Abu Bakar anda akan menurun ke simpang yang mula2 anda sampai jika dari pantai hillpark td. Sampai di puncak bukit abu bakar kami rehat sekejap sebab ada yang semput mendaki bukit ni :D. Sedihnya di puncak ni kami lihat banyak pokok sudah kering dan mati, menurut maklumat dari pendaki tetap bukit gasing katanya bukit gasing yang sempadan kuala lumpur ini telah dijual kepada pemaju, hasil kesan pembinaan tu menyebabkan kehijauan bukit gasing ini makin berkurangan. Harap komuniti bukit gasing ni dapat membuat sesuatu :).


Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Semasa di kawasan jambatan gantung kami terserempak dengan komuniti bukit gasing yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan trek, kami turut membantu secara sukarela membawa batu bata ke point berikutnya A dan B melalui jambatan gantung dan dapat  mendaki 2 buah bukit :), Best jugak berpeluh para peserta.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark


Seterusnya turun dari Bukut Abu Bakar kami meneruskan trekking melalui trek yang diberi nama "Highway". Kenapa disebut highway sebab i trek yang panjang terus ke main entrance. Di pertengahan trek ini ada satu signboard peta trek Bukit Gasing. Kat sini berhenti sekejap sambil buat taklimat berkaitan trek bagi yang pertama kali datang.


Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Seterusnya trekking diteruskan sehingga ke Main entrance yang keluar ke Jalan Gasing kawasan perumahan. Jalan gasing ni dah kawasan Selangor. Sampai di pintu masuk kami dapati ada event menanam pokok yang di buat oleh kelab bukit gasing. Dah terlambat kami nak join aktiviti ni, jadi kalau ada orang ramai nak join aktiviti amal memulihara bukit gasing ni boleh la join Kelab Sahabat Bukit Gasing ni, selalu jugak mereka buat aktiviti. Web Site http://www.friendsofbukitgasing.com.my  Tel o3-79546603.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Setelah bergambar di pintu masuk treking diteruskan ke menara pandang (Watchtower). Menaiki trek Watchtower ini kita akan dapat satu bukit yang banyak tangga dan agak menegak jugak. Semput jugak bagi yang tak biasa. Sampai di Watchtower kami rehat sekejap dan makan roti. Kebetulan semasa di Watchtower  ada seorang makcik yang mengalami masalah kesihatan, kebetulan dalam group kami ada seorang MA iaitu sarah. Beliau telah memberi bantuan kepada makcik tersebut...Gud Job Sarah..
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Gasing
Selesai di Watchtower kami meneruskan trekking melalui trek Bunglow lama yang terbiar. Bunglow lama yang nampak scary ini dah lama terbiar rasanya bunglow ini di bina zaman british dahulu dimana kawasan ini dahulunya sebahagiannya adalah estet. Tidak banyak yang diketahui asal usul bunglow lama ini. Trek ini memang mencabar sebab menegak dan bertangga.. memang menyengat la kaki lalu trek ini. kat trek ini kita dah dapat 1 bukit. selepas trek bunglow ini kami menerus trekking ke persimpangan trek Abu Bakar.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Gasing
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Gasing
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Gasing


Akhirnya program tamat sekitar jam 9.50am apabila kami sampai di simpang masuk dari Pantai Hill Park. Peserta kembali ke parking dan bersurai.

Rumusan program kecergasan selama 2 jam ini, kami berjaya mendaki 4 buah bukit iaitu Bukit Abu Bakar, Bukit Jambatan Gantung, Bukit Menara Pandang dan Bukit Bunglow Lama. Walaupun sekejap tapi peserta semua dapat berpeluh. Bagi yang pertama kali ambil masa 2jam jika yang sudah biasa dengan trek biasa bole buat satu jam sahaja.

Sekian

Tentatif
Day 1 : 13 Jun 2015 ~ Sabtu
06.30am - Berkumpul di HUKM (PPUKM)
07.15am - Bergerak ke Pantai Hill Park
07.45am - Mula trekking dari Parking Pusat Komuniti Lembah Pantai
09.50am - Program Tammat

Tips dan Panduan
1. Sila gunakan Insect Repellent – untuk mencegah nyamuk ketika musim nyamuk banyak. Sebagai pencegahan.
2. Tongkat jika perlu
3. Air, Roti, gula2

Peringatan

1. Jangan trekking jika waktu sunyi dan tiada orang dan jangan melalui trail yang jarang orang lalu jika berseorangan dan lewat petang atau lewat tengahari. Sebagai Langkah keselamatan. Biasanya waktu paling ramai orang adalah sekitar jam 6.00am-9.00am dan 4.00pm-6.30pm.

Anda boleh baca entri bukit gasing untuk trail2 lain di entri berikut

1. https://hamydy.wordpress.com/2013/05/26/bukit-gasing-latihan-pre-mt-kinabalu/
2. https://hamydy.wordpress.com/2012/10/11/latihan-pre-kinabalu-bukit-gasing/
3. https://hamydy.wordpress.com/2011/11/27/bukit-gasing-27-nov-2011/
4. https://hamydy.wordpress.com/2011/02/02/bukit-gasing/

7 comments:

  1. maaf bertanya, adakah pebdakian ini sesuai bagi mereka yang baru berjinak degan aktivit lasak.

    ReplyDelete
  2. Bukit gasing sesuai bagi yang baru berjinak.

    Sebabnya ia ada beberapa trek. Bukit-bukit di Hutan Bukit Gasing ni tidak la tinggi sangat pun, sesuai untuk trekking dan sedikit mendaki. Disebabkan dia banyak trek, kita boleh pilih ikut kesesuaian masa dan stamina kita.

    Antara trek bukit yang menegak seperti Bukit Abu Bakar, Trek Bunglow lama, Menara pandang dari pintu masuk dan Trek ke Pencawang/Kuil.

    Trek paling biasa orang buat

    Main Entrance -> Menara Pandang -> Hiway -> Jambatan Gantung -> Bukit Abu Bakar -> Hiway -> Main Entrance

    Trek Panjang

    Main Entrance -> Kuil/Pencawang -> Logi Tadahan Air 1 & 2 -> Taman Rekreasi -> Bunglow Lama -> Hiway -> Jambatan Gantung -> Bukit Abu Bakar -> Hiway -> Menara Pandang -> Main Entrance

    harap ini membantu Noni

    kalau nak pergi bukit gasing pada hari sabtu whatsap saya, sebabnya saya selalu juga ke sana setiap pagi sabtu jika free.

    Sekian

    ReplyDelete
  3. Bang.... entrance pantai hillpark masih boleh diguna? biasa masuk dari gasing, tapi saya tinggal di hillpark...

    ReplyDelete
  4. Nurul Azliza NordinAugust 23, 2016 at 3:05 PM

    Assalamualaikum. Tumpang tanya,saya agak tertarik dengan aktiviti hiking ni. Tapi,tak pernah lagi panjat2 bukit yg tinggi. Pernah sekali thn 2012,tu pun redah hutan di kemensah. Tak ingat apa nama bukitnya. Baru2 ni nak mulakan semula lagi. Tapi xde geng yg minat hiking. Lagi 1,bdn sy besar sikit. Boleh ke panjat2 bukit ni ye? Kdg2 macam xyakin nk buat.Tapi,nak buat jugak.Nak jadikan aktiviti bulanan/mingguan.

    ReplyDelete
  5. Salam Nurul Azliza
    Bagus kalau minat untuk aktiviti kecergasan. Berkenaan dengan geng mendaki ni jika kita selalu join aktiviti seperti ini kita akan ada kawan hiking.

    Jika saiz badan besar bole la berjinak2 dengan bukit2 yang terdapat sekitar kl..seperti Bukit Gasing di Kerinchi, bukit puchong, bukit saga. Jika hendak ke Bukit Gasing saya ada beberapa org kawan yg kerap ke bukit gasing hampir setiap minggu..bole join mereka. Jika berminat bole whatsap saya di talian 0132383464

    ReplyDelete
  6. salam .. saya nk tanya .. kalo nk cari kt maps .. jz tulis pusat komuniti lembah pantai ke ??

    ReplyDelete
  7. wsalam Nurul Naznin. Betul tu jika guna maps atau waze cuma type pusat komuniti lembah pantai dah jumpa.

    ReplyDelete