SetiaWalk ~ The Litle Shanghai
The Litle Shanghai, Jika nak merasa suasana Shanghai tak perlu pun pergi jauh. Kita boleh jumpa di tempat ini di SetiaWalk yang terletak tidak jauh dari IOI Mall. Sebenarnya tempat ini merupakan tempat makan yang bertemakan Shanghai. Nama sebenar tempat ini adalah "Grand Shanghai Food Theme Park"
Memang tempat ini dekorasinya di buat seolah-olah kita kat sana dimasa silam, Food Court ni saya dapati tidak sesuai untuk saya makan kerana tidak halal. Bagi kawan2 non muslim boleh la mencuba makan kat sini, saya cuma singgah bergambar jer :) . Terletak kalau tak silap saya tingkat 4 dibawah pusat Movie TGV. Terdapat beberapa gerai makan dan juga beberapa shop lot.
Di sini jurugambar profesional tidak dibenarkan buat fotoshoot tanpa kebenaran. So kalau bergambar dengan camera phone dan compact tu kira ok la. Nak lagi menarik anda datang makan kat tempat ini pakai pakaian warna warni ala-ala zaman 80an sure bila bergambar nampak macam zaman tu :) .
SetiaWalk ini merupakan tempat makan dan Mall yang berkonsepkan shop lot, Terdapat juga pusat Gym seperti Celebriti Fitnes, Restoran Mamak, Supermarket dan banyaknya adalah tempat minum happy hour la. Tak banyak yang dapat saya ceritakan tentang tempat ini. Tarikkan utama adalah Movie la. Rasanya kalau takde Movie TGV kat sini mesti tak ramai pengunjung. SetiaWalk ini adalah Gabungan tempat Komersial dan Residen. Dimana pada tingkat tertentu setiap blok ada residen. So lebih kurang 3 tingkat ke bawah adalah shop lot dan restoran. Landskap SetiaWalk ini juga cantik dimana lokasi tempat minum banyak terdapat. Sangat happening ketika waktu malam dan hingga larut malam.
0 comments:
Post a Comment