Langkawi
Pulang ke Kampung saya mengambil kesempatan untuk shoping di Pekan Kuah Pulau Langkawi. Trip singkat balik hari memang sering dibuat oleh orang Utara. Jadi sebelum buat trip balik hari ini perlu lihat dahulu hari tersebut ada apa2 even tak, contoh cuti sekolah atau cuti umum di kedah. Sbb kalau ada cuti kena keluar awal untuk beli tiket atau pun beli online.
Parking Terminal Ferry Kuala Kedah
Saya sampai ke Terminal Ferry Kuala Kedah sekitar jam 8.00am, letak kereta di Parking berbayar depan terminal dengan bayaran RM15 untuk satu malam, jika balik hari dia kira ikut jam dan maksimum RM15. Kalau parking lain (Private orang kampung) mereka caj RM10, tapi jauh sikit dari terminal. Kalau parking private ni kekadang kita kat trafik light nak masuk terminal sudah ada juruparking naik moto panggil suruh masuk parking mereka. Jika anda pertama kali jangan terkejut cakap tak nak dan masuk parking depan terminal sahaja. Jika nak murah then boleh la ikut mereka. Saya juga pernah parking di tempat private ni ketika parking depan terminal penuh. Apa-apa jangan percaya jika mereka cakap penuh..anda masuk dahulu dalam parking terminal tu cari, kalau penuh baru anda cari parking private tu.
Terminal Jetty Kuala Kedah
Tiket ferry boleh dibeli di kaunter tiket Jetty Kuala Kedah. Setakat ini hanya dimonopoli oleh satu sahaja syarikat Ferry iaitu Ferry Line Ventures Sdn Bhd. Selain beli di Kaunter anda boleh juga beli secara Online. Harga tiket bagi dewasa adalah RM23 seorang. Setelah beli tiket ferry anda perlu menulis nama di borang senarai nama. Setelah itu boleh la masuk menunggu sehingga di panggil. Biasanya sekitar 15minit sebelum bertolak petugas jetty akan panggil penumpang untuk boarding ke ferry. Ambil masa juga beratur sbb kekadang ramai orang.
Kawasan ruang menunggu memang luas dan ada banyak kerusi. Di dalam kawasan menunggu ini juga terdapat kaunter-kaunter agen tour. Jika anda hendak bercuti dan tercari2 pakej boleh la berurusan di kaunter tersebut. Harga di kaunter ini tidak jauh beza dengan agen di Pulau Langkawi, kekadang anda dapat lebih murah. Itu semua bergantung kepada tawar-menawar anda. kalau anda nak senang booking siap2 dari kaunter ini, bila sampai disana sudah ada yang uruskan. Jika anda tidak mahu di Jety kuah pun banyak agen tour.
Ferry Line
Ferry ke Langkawi dari syarikat Ferry line ini besar dan selesa. Setiap orang ada no seat, jadi masa mula masuk duduklah di seat anda dahulu bila dah jalan barulah ubah seat jika ada yang kosong.Saya naik Ferry nama Starcity Express No6. Ferry ni dua tingkat, kekadang jika tidak penuh tingkat atas tidak dibuka, dia penuhkan dibawah sahaja.
Ferry ini ada kemudahan tandas, agak selesa tandasnya. Penumpang tidak dibenarkan keluar di bahagian terbuka di belakang hanya dibenarkan keluar untuk ke toilet sahaja. Ada petugas yang sentiasa mengawasi disitu bagi memastikan keselamatan penumpang.
Jetty Terminal Kuah Langkawi
Sampai di langkawi sekitar jam 11.00am, semasa di terminal anda akan kelihatan notis peringatan cukai dan larangan membawa keluar lebih dari 3 helai kain batik.. ermm nampak jer notis ni mesti pelancong yang nak shooping rasa terbantut. Tapi tak apa ada caranya :).
hendak keluar kita akan didatangi oleh beberapa orang pengusaha kereta sewa yang menawarkan kereta sewa dan motosikal. Jika anda belum tempah maka boleh sahaja tawar menawar harga yang berpatutan dengan mereka, dan biasanya kereta sewa ini sudah siap sedia di parking di parking depan terminal jetty, memang mudah saja. Saya kebetulan sudah call paksu Zaly saya ckp nak pinjam kereta, beliau yang buat bisnes kereta sewa cuma minta saya cari kereta beliau di parking sahaja. Kereta biasanya ditinggalkan oleh penyewa di parking tanpa di kunci apa bila setiap kali selesai menggunakan. Jangan terkejut jika selepas anda sewa kereta pemiliknya minta aanda tingalkan keretanya di parking Airport atau parking Ferry terminal.. ini memang biasa di Langkawi..kemana kereta nak hilang dalam pulau kan. dan pengusaha-pengusaha kereta sewa ini sangat mengenali sesama mereka sehinggakan kereta siapa pun mereka kenal. Saya singgah makan dahulu di restoran mamak di terminal jetty. Seterusnya terus memandu ke Pekan Kuah.
Pekan Kuah
Saya shooping di sekitar Pekan Kuah sahaja, masuk kedai Hj Ismail Group cari Cokelat, Kedai2 sekitarnya melihat kain batik, perkakas dapur dan sebagainya. Kemudian masuk kedai menjual produk Gamat beli beberapa minyak gamat. Jika anda ada banyak masa boleh la pergi beli sendiri di kilang gamat ini, boleh tgk live :D. saya sekejap sahaja hanya pusing2 di pekan kuah sahaja.
Selepas selesai shooping barangan saya pulang semula ke jetty terminal sekitar jam 3.00pm, Tinggalkan kereta sewa di parking kereta tanpa kunci. seterusnya ke kaunter tiket ferry untuk beli tiket pulang ke Kuala Kedah. Kebetulan ramai pulak pelancong nak beli tiket jam 4.00pm dah penuh maka terpaksa beli tiket jam 5.00pm. Sambil menunggu boleh la melihat2 barangan kedai-kedai di Jetty terminal.
Tips : Bagi barangan Larangan seperti kain batik dan sarong, jika anda beli lebih dari 3 helai, anda perlu buka plastik dan sticker pada kain, kemudian nya lipat semula dan packing dalam beg seolah2 anda guna. So biasanya jika cara ini dalam 10 helai dia lepaskan yang penting anda ckp bukan untuk berniaga, buat buah tangan pada keluarga. Kalau yang beli banyak untuk berniaga tu memang la akan kena cukai. Patutnya pihak berkuasa tempatan Langkawi bagi kelonggaran untuk orang datang shopping supaya membantu menaikkan ekonomi penduduk langkawi, kalau beli lebih sikit dah kena cukai apa cerita kan rakyat sendiri pun.
Pengunjung di terminal Ferry kuah ni memang ramai kerana pelancong yang hendak ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Ramai orang suka melalui Kuala Perlis kerana lebih dekat berbanding dari Kuala Kedah yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Tepat jam 5.00pm ferry berlepas ke Kuala Kedah.
Sekian
Tentative
26/10/2014 - Ahad
08.00am - Sampai di Terminal Ferry Kuala Kedah
09.30am - Ferry Berlepas ke Lanagkawi
11.00am - Sampai Langkawi, makan dan bergambar di Dataran Helang
12.00pm - Ambil Kereta di Parking dan menuju Pekan Kuah
12.15pm - Mula Shopping
03.30pm - Selesai Shopping dan pulang ke Terminal Ferry, Tinggal kereta di Parking
03.40pm - Beli tiket ferry jam 5.00pm, lepas tu survey2 pakej tour
05.00pm - Ferry berlepas ke Kuala Kedah
06.30pm - Sampai di Kuala Kedah, singgah makan Laksa Kuala Kedah
Info
Tiket : Web Tiket Online : http://langkawiferryline.com/
Kereta Sewa Paksu Zaly : 014-74163792
Berikut adalah peta lokasi menarik di Langkawi yang patut anda lawati. Kebiasaanya pengunjung yang pertama kali jejak kaki ke Langkawi akan pusing pulau Langkawi ke tempat-tempat sejarah seterusnya barulah island hooping dan sebagainya.
Peta Tempat2 Menarik di Pulau Langkawi
Info Tambahan jika ke Pulau Langkawi
Sumber Foto : http://koh-lipe.info/ & http://eyeofthailand.com/wp-content/uploads/2014/03/4.jpg
Koh Lipe
Jika anda bercuti lama di Langkawi pastikan anda bawa Pasport, ini kerana anda boleh pergi island hopping di Pulau Koh Lipe Thailand yang terletak tidak jauh dari Pulau Langkawi. Pulau ini memang cantik ramai pelancong yang buat trip Langkawi - Koh Lipe. Tiket Ferry ke Koh Lipe mahal sikit la sekitar RM118 sehala untuk dewasa. Jika ambil pakej day trip harga RM378 dah termasuk Return tiket, Guide, Lunch, alat Snorkeling dan insurance. Nak tau lanjut sila Klik brosur yang saya ambil ini. Brosur Koh Lipe
lama dah x gi Langkawi ngan Koh Lipe.. dulu gi Koh Lipe terpaksa ekot jalan jauh.. mahal sungguh ticket ferry dari Langkawi gi Koh Lipe ek
ReplyDeletehi Shin
ReplyDeleteTerima kasih kerana komentar di blog saya.
tiket ferry memang mahal sbb blom famous sangat nak ke koh lipe dari Langkawi. Mungkin suatu masa nanti, bila dah ramai orang, trip akan jadi banyak dan ada competation harga ...dapat la harga turun jd murah.
As salam boleh tak saya nak tau cara utk bawa keluar 15 helai kain batik..saya nak bagi pada tetamu utk majlis tahlil arwah ayah
ReplyDeleteKalau caj tax mahal tak utk 15 kain tu
ReplyDeletesalam Nana, maaf lambat reply. sebenarnya tiada cara lain nak bawa keluar 15 helai kain tu. kalau kastam rajin cek waktu tu, tetap kena bayar cukai.
ReplyDeletetips yang biasa orang buat adalah buka bungkusan plastik kain tersebut dan masukkan dalam beg. bila kastam cek slowtak kat dia ckp untuk family sahaja, then kalau dia nak caj juga cuba minta dia caj minimal kuantiti bukan 15 kain tu. kadang2 kastam yg baik hati dia lepaskan, kekadang ada kastam caj minimal.
bergantung juga. yang penting kita jgn la cemas, bila kena cek dan dia jumpa kita ckp la slow2 " ini untuk keluarga"
selama saya pergi Langkawi tiada masalah pun. Paling senang kalau naik Flight terus masuk ludgage, tak de nya dia cek. yg cek biasa kat ferry.
Ringkasan Tip
1. Naik Flight
2. Slow talk ckp untuk family
3. Mintak dia caj yg minimal kuantitil kain
4. Kalau naik ferry ikut nasib