Trip Jakarta Bandung
Trip edisi pengenalan ini dibuat hasil permintaan rakan2. Mereka semua tidak pernah lagi sampai ke Jakarta dan Bandung. Trip dirancang sejak january 2013 lagi, Kami berjaya mendapat tiket promo Air Asia pada febuari 2013 dengan harga RM150 pergi balik. Memang Murah kan :D. Mulanya nak turun di Jakarta dan pulang dari Bandung, tetapi disebabkan tiket return Jakarta lebih murah maka flight return pun dari Jakarta.
Persediaan
Tiada persediaan pun kami buat, malahan mana-mana tempahan online pun kami tidak buat. Sebenarnya salah seorang peserta trip ini ibunya adalah orang Indonesia, jadi dia telah menghubungi pakciknya yang tinggal di Bandung untuk booking hotel di jakarta, di bandung dan juga van. Sewa van kami ambil full pakej, bermaksud tiada limit masa, kemana kami nak pergi jam berapa semua boleh. Harga memang mahal sikit berbanding yang transport yang ada tentative.
Day 1 : 5 Oktober 2013
Hari pertama kami semua berkumpul di TBS (Terminal Bus Selatan) di Tasik Selatan. Sarapan dan tunggu rakan2, Nasib baik janji awal jam 9.00am, kalau tidak hampeh jer, nak cukup semua yang datang berjam2 tunggu.. biasa la kawan2. Ada yang pukul 9.00am baru bangun, ada yang dari Johor dan Ada yang jam 9.00am dah sampai..Last2 jam 10 baru semua cukup. Lepak2 makan dan sembang2.
Jam 11.00 baru naik bus TBS - LCCT. Sebenarnya TBS baru sahaja beberapa bulan menyediakan perkhidmatan bus direct dari TBS ke LCCT, Harga tiket baru RM8. Biasanya dari TBS orang ramai akan naik ERL yang akan tukar bus di stesen Salak Tinggi yang berharga RM12 kalau tak silap. Lebih kurang jer masanya, Bezanya Bus TBS-LCCT direct dan sejam sebiji, manakala ERL Transit kena tukar naik bus di salak tinggi dan setiap 30 minit.
Jakarta
Tiba sahaja di Jakarta kami semua menghadapi sedikit masalah untuk melepasi Emigresen Indonesia, Disebabkan tidak booking hotel maka pada kat kedatangan tu kami semua cuma tulis Jakarta, Pegawai emigresen tu tak terima dan tak nak lepaskan kami keluar sehingga hami nyatakan nama hotel.. Waduh2 kenapa begini.. pusing kami sekejap. Sib baik kawan saya dapat call sedaranya tanya nama hotel.. Hotel Mangga Besar di Jakarta. Lepas tulis nama hotel terus dilepaskan.. selama ni tak pernah pulak saya kena macam ni, tak pernah pun ditanya nama hotel. Sekadar tulis nama Kota sahaja. Sebenarnya hotel dah di tempah oleh pakcik kawan saya tu, cuma kami tiada maklumat tu sbb pakciknya ckp "usah risau semua sudah tersedia, datang aja.." :D
Selepas keluar supir yang telah diuruskan oleh pakcik kawan dah tersedia menunggu kami. Kami ambil Van besar muat 14 Orang, kenapa ambik besar semua nak tidur dan duduk selesa. Supir yang jemput kami namanya Pak Eddy sudah tua orangnya sekitar 60 tahun. Kami terus di bawa ke kota jakarta untuk minum dan rehat sebelum ke Hotel. Kalau tak silap sekitar jalan Jalan Hayam Wuruk. Sebaik saja sampai hujan turun dengan lebatnya. Selepas minum kami cek in Hotel Magga Besar yang terletak di Jalan Mangga Besar, Hotel budget saja. Hotel ni selesa jugak walaupun tak la best sangat. Setelah selesai mandi manda barulah kami keluar untuk makan malam.
Kami makan malam di restoran Rumah Makan Garuda yang buka 24 jam tak jauh dari hotel. Restoran nasi padang, Harga boleh la murah jugak bergantung pada berapa lauk yang kita sentuh. Dia akan letak banyak piring lauk atas meja kita, yang mana kita nak kita ambil.
Selepas makan barulah kami lepak "mengopi" (lepak Minum kopi) di beberapa cafe yang ada life band. itupun tak jauh dari hotel. Ternyata Penyanyi2 dan band2 yang memberikan persembahan live ini bagus-bagus bangat, suara sedap dan pemilihan lagu yang best jugak. memang terhibur. Lepas Lepak sampai jam 1.00am barulah kami pulang ke hotel sebab nak guna wifi percuma :D. Kat hotel ada tapi slow.
Day 2 : 6 Oktober 2013
Jam 5.00am semua sudah bangun dan siap2 mandi dan berkemas. sekitar jam 6.00am selepas subuh kami pun bertolak ke Jakarta. Jam 6.00am di Jakarta sudah pun cerah macam kita jam 7.00am. Menggunakan higway dan Kami singgah sarapan di RNR. Sekitar jam 10.00pagi kami sampai di kota bandung, Perjalanan lancar tapi agak perlahan tambah berhenti rehat yang lama. Sampai di Bandung van yang kami naiki terpaksa masuk bengkel untuk pateri exzos yang patah. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke tempat Wisata Kawah Putih.
Kawah Putih
Sebenarnya kami berbahagi pendapat Kawah Putih atau Tangkupan Perahu, disebabkan saya sudah 3 kali ke tangkupan perahu maka saya bersetuju dengan cadangan Pak Supir. Kawan2 yang lain pun sebenarnya tiada idea mana lebih menarik kerana ramai yang dapat info jika ke bandung tangkupan perahu biasa orang melawat. Rupanya pilihan ke Kawah Putih memang pilihan tepat kerana Tangkupan Perahu tutup disebabkan ada erupsi.. haha sib baik tak kesana kalau tidak dah rugi masa.
Jadi pesan saya jika anda ke bandung sila la dapat informasi terlebih dahulu keadaan tangkupan perahu atau kawah putih sama ada buka atau tutup. Perjalanan ke Kawah Putih juga mengambil masa 2 jam lebih memandangkan van besar kami yang slow sikit bila naik bukit.
Sampai saja di entrance Kawah Putih, kami lihat ramainya pengunjung. dan lebih meriah dengan gerai2. ada dua cara untuk naik ke puncak kawah. Satu dengan van pickup warna oren yang disediakan dan kedua dengan kenderaan sendiri. Saya tak galakkan naik dengan kenderaan sendiri keranan sangat curam dan semasa perjalanan naik saya lihat 2-3 biji kereta tersadai rosak :D. lagipun bayaran naik dengan kereta lebih mahal berbanding kalau kita naik kenderaan yang disediakan. Tiket masuk sekitar 30ribu ( Tiket masuk + Transport return).
Lebih kurang 30 minit untuk naik. sampai saja di atas kami bergambar dan trekking turun ke kawah yang ada tasik belerang. Memang cantik pemandanganya, tak rugi saya kesini. Kat sini hanya dibenarkan 15 minit sahaja berada di kawah untuk mengelakkan kita pening bau belerang, tapi ada ja yang duduk lama, bagi yang tak tahan keluar la awal. Amaran dan peringatan sentiasa di maikan di corong pembesar setiap 15 minit sebagai lankah berjaga.
Restoran Masakan Sunda
Selepas penat melihat wisata Kawah Putih kami singgah makan di Restoran Masakan Sunda. Rupanya kami dah terlewat makan sbb asyik dengan kawah putih, bayangkan kami sampai di restoran tersebut pd jam 3.00pm, memang lapar giler, restoran ni tak jauh dari Kawah Putih otw ke Bandung.
Restoran ini sekali dengan Hotel, Disebabkan kami lewat sampai maka kani tidak sempat makan di kawasan pondok2 yang berlandskap sawah yang cantik, kami makan di restorannya sahaja. Lepas makan baru kami melawat kawasan tempat makan yang berlandskap tu. memang cantik dan aman.
Shoping Malam
Perjalanan pulang dari Kawah Putih ke Kota Bandung ambil masa 2 jam lebih tambahan dengan jalan yang slow kaki sampi Kota bandung sekitar jam 8.00mlm. Sampai saja di kota bandung kami terus cek in hotel di Hotel Chihampelas 1 yang telahpun di tempah oleh pakcik kawan yang merupakan seorang Pak Polisi.Sempat beliau buat jejak kasih di Bandung, beliau tidak pernah berjumpa adik ibunya malah suami makciknya itu.. ini kira pertama kali jumpa. seterusnya selepas letak barang kami ke butik pakaian, antaranya yang famous dikalangan pelancong Malaysia iaitu Butik Rumah Mode. ingat sekejap ja singgah last2 sampai tutup shoping didalamnya. Rumah Mode ni besar jugak butiknya, pelbagai jenis pakaian dari yang murah hingga yang mahal ada dijual disini. Kat sini boleh jumpa jugak orang Malaysia yang membeli belah.
Seterunya kami pulang ke hotel mandi manda dan bersihkan diri, sekitar jam 12.00 malam kami keluar semula untuk makan, kami makan sekitar cafe yang ada live band di jalan Dago. Selepas makan sekitar jam 1.00pagi kami pulang ke hotel tido
Day 3 : 7 Oktober 2013
Selepas semua selesai sarapan sekitar jam 8.00am maka kami pun mula berjalan kaki shoping sekitar jalan Cihampelas, banyak kedai2 dan juga gerai sekitar jalan Cihampelas. Shooping cenderahati tshirt pun senang di sepanjang jalan ini, banyak yang murah2. Seterusnya kami pulang ke hotel mandi dan cek out jam 12.00 tengahari.
Rumah Mode
kami lagi sekali pergi ke Rumah Mode. Sebab tak cukup shoping dan ada yang masih nak shoping kat situ, Jalan2 kat Rumah Mode terjumpa kawan dari Malaysia, keciknya dunia ini.
Kat KL tak jumpa kat Bandung pula boleh terjumpa...hhiihihi.. dia pun bawa keluarganya shoping disitu. Kali ni ramai yang shoping boleh tahan jugak banyak. Seterusnya disebabkan masa singkat kami cuma melewati butik2 yang lain dan beri idea kepada kawan2 yang akan datang sendiri selepas ini. Selain jalan Cihampelas terdapat banyak lagi butik-butik yang bagus2 seperti di Dago dan juga mall2.
Kartika Sari
Seterusnya kami shoping ole-ole di gedung Kartika Sari, beli kek lapis, Pisang Molen dan kerepek pisang yang famous. Memang ramai kat sini. Gedung Kartika sari ni ada banyak di sekitar Bandung ni. Kami singgah di salah satunya. Kebetulan hujan pulak turun dengan lebat.. Berlari-lari la kami, masa nak balik ke Van ada beberapa orang budak dengan payung menyediakan perhhidmatan menghantar ke Van, bila di tanya berapa bayaran, dia cakap brapa-brapa aja. Kesian macam2 cara mereka buat untuk cari rezeki. Bayar 3ribu dia ckp dah cukup, 3ribu tu baru RM1.
Pasar Baru
Sampai di pasar baru sekitar jam 3.00pm, Makan dulu kat restoran Ampera jam 4.00pm baru shoping kat Pasar Baru. Pusing-pusing dalam pasar baru kepala pun pusing banyak sangat barang dan cantik2 waduh2 ingat dah beli tu cantik... bila jalan lagi jumpa lagi cantik..huhuhu, nak pusing semua tingkat tak sempat jadi shoping mana yang sempat sahaja. Kalau tak cukup rupiah peniaga sini pun terima duit Ringgit. Banyak sangat pakaian, kain pasang, kain tudung, jubah dan pelbagai lagi, Beg dan kasut juga ada. Terdapat medan selera di tingkat 5 kalau tak silap. Van kami pak supir paking di tingkat 6, so bagusnya kami tak perlu turun jadi kami shoping ke atas dan terus g ke parking tingkat 6 :D, cara bijak.
Jakarta
Selepas penat shoping apa lagi kami pun bergerak pulang ke Jakarta. Perjalanan yang panjang sekitar 2-3jam ni kami tak sedar kerana semua dah terbongkang tidur dalam van. Nasib baik ambil Van Besar (Mini Bus) dapat la tido selesa. Kami singgah minum "mengopi" di RnR. Seterusnya masuk sahaja di Bandaraya Jakarta....aduuhhh macet bangat...huhuhuhu nak sampai ke hotel pun berejam la padahal dah masuk kota pun. Seterusnya kami cek in di Hotel Ru-Jia Indonesia yang terletak di jalan Mangga Besar dan tak jauh dengan Jalan Hayam Wuruk.
Selepas mandi kami keluar jalan kaki ke sekitar jalan Hayam Wuruk untuk makan. Makan kat Burger King sahaja. Kawan2 risau nak makan kat gerai takut perut tak tahan. tapi gerai pun sedap2 makanannya dan halal.
Selepas makan kami melihat2 di sekitar jalan ni, ternyata banyak sekali gerai pacak menjual obat-obat kuat, antara yang terkenal adalah kapsul urat madu. Sebut Urat Madu pasti semua orang tahu, kalau sebut Cialis, Taladafil ker orang tak paham sangat. Tapi saya tak galakkan beli sbb takut ada yang tiruan dan ekpired, naya jer nanti. Elok2 sihat last2 KO. hahah :D
Day 4 : 8 Oktober 2013
Jam 5.00am kami semua dah bangun siap2kan diri. tepat jam 6.00am kami berangkat ke Airport. Sampai di airport singgah sarapan di J.CO. biar awal senang tak kelam kabut. Seterusnya jam 8.45am kami semua selamat berlepas pulang ke Malaysia.Sampai di LCCT sekitar jam 11.30am.
Sampai sahaja pemeriksaan kastam pegawai kastam pun tanya dari mana, cakap dari jakarta, jadi dia tak cek pun hasil shoping kami, tapi yang balik dari bandung dia siap cek...keret sikit, kalau betul buat kerja cek la semua jangan pilih2, kesian kat akak tu yang balik dari bandung..kena buka begnya..
Walaupun trip ni nampak ringkas dan tak menarik sangat kerana tidak banyak tempat yang kami pergi sebaliknya hanya melewati sahaja. Sebenarnya trip ini adalah trip pengenalan kepada kawan2 yang tidak pernah datang sini. So selepas melihat2 Jakarta Bandung maka rakan2 saya sudah tau dan sudah rasa yakin jika hendak datang sendiri. Tak susah pun cuma sebelum ini mereka takut2 sebab tak pernah terbang jauh, dan tidak pernah berhadapan dengan karenah emigresen luar. so dah tau jadi senang saja. siap dah ada yang plan nak datang shoping sendiri di bandung sebulan dua selepas ini.
Dari LCCT kami menaiki bus LCCT- TBS, kereta parking di TBS tak mahal dalam RM25 sahaja. Seterusnya apa lagi kami cari mamak la makan tengahari.. pekena nasi beriani kat Restoran Q-Bistro di Sri Permaisuri. Sambil mengagihkan hasil shoping sebelum masing-masing pulang ke destinasi masing2.
OK sekian rasanya itu sahaja