Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, August 25, 2013

Restoran Wadihana Islamic Kitchen Bangi

Wadihana
Restoran Wadihana Bangi
Dah lama tak jalan-jalan cari makan dan update dalam blog. Baru-baru ini saya telah dicadangkan rakan saya yang menginap di Bangi untuk mencuba makan malam di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi. Restoran Wadihana outlet Bangi, ada dua restoran ditempat yang sama satu di blok depan dan satu di blok belakang. Saya mencuba di Restoran Sajian Wadihana Islamic Kitchen yang terletak di blok belakang. Restoran ini besar jugak dan mengambil ruang dua lot kedai lot tepi.
Wadihana Wadihana
Saya semak menu banyak juga menu menarik, ada harga murah dan ada harga mahal. Tapi masih boleh anggap murah bagi menu2 yang biasa seperti masakan melayu dan cina, tapi kalau makan western harga standard RM10-RM30. Selain itu ada juga masakan Jepun dan Korea. Ramai yang datang ke restoran ini, layanan dan servis juga baik. Saya mencuba makanan Western iaitu Steak Combo yang berharga RM29 dan juga Chiken Chop tak ingat harganya. Errmm rasa memang enak dan kena tekak saya. Saya boleh katakan sedap. Mungkin lain kali saya nak cuba menu lain pulak. Dah lama tak citer pasal jalan-jalan cari makan dah kurang idea nak tulis :D. Kalau tak silap restoran ini pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari makan TV3 yang di hostkan oleh Chee.
Wadihana Wadihana


Berikut adalah Maklumat Restoran Ini ~ Harap tiada yang tersilap call hp saya untuk buat tempahan :)

Outlet Bangi
Sajian Wadihana Islamic Kitchen
No 2 Jalan Medan Pusat 2C
38 Curve Busines Park
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.
Tel : +603 8927 5540

Wadihana Islamic Steakhouse
No 25 Jalan Medan Pusat 2C
38 Curve Busines Park
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.
Tel : +603 8926 4546

Outlet KL
Wadihana Islamic Steakhouse
No G-36, PV128 Jalan Genting Klang
Setapak 53300 Kualal Lumpur
Tel : +603 4131 8696

web : www.wadihana.org
FB www.facebook.com/Wadihana-islamic-kitchen

Wadihana

Saturday, August 17, 2013

Eye in the Sky ~ AirAsia E-Gift Voucher

eye sky
Baru-baru ini saya terpilih sebagai spy AirAsia survey. Kiranya tak sia-sia juga la naik Pesawat AirAsia ni selalu. Selepas dapat email yang kita dilantik sebagai Spy Eye in the Sky, kita akan dapat email seterusnya beserta dengan no rujukan pesawat dan booking yang telah kita buat sebelum ini, email ini sebagai reminder untuk tugasan apa yang perlu kita buat bila menaiki pesawat yang telah kita tempah itu. Tugasan seperti berikut:


1. When you checked in at the counter:
a. How many people were in front of you in the queue?
a. How much time did you have to wait in the queue?
2. Did the staff ask you security questions relating to your baggage?
3. Was an announcement made for your flight at the departure gate?
4. What was the name of the cabin crew who served you?(Refer to name tag)
5. Did the Captain make an announcement to welcome you on board?

IMPORTANT!
a) To be eligible for the RM 50 EGV you must complete ALL of the questions and provide the exact name of a cabin crew (as displayed on name tag) for verification purposes.
b) You must not let any AirAsia staff or guests know that you are our 'Eye in the Sky'!
eye sky
Selepas sehari kita menaiki pesawat kita akan dapat email lagi yang bagi link kepada webpage yang ada survey. Survey ini expired 7 hari sahaja bermula kita dapat email link ini. Jadi kena cepat. Bila klik link survey saya jawab soalan berdasarkan tugasan yang diberi, saya dah siap catit nota ketika naik pesawat tersebut supaya tidak lupa. Apa yang penting adalah nama FA ( Flight Atendant) mesti kena betul untuk pengesahan. Susah jugak nak baca nama pada taq nama mereka, sib baik saya dapat satu nama, sebaiknya kalau dapat lebih dari 1 nama lagi bagus untuk pengesahan. Ejaan mesti betul jangan salah.
eye sky
Setelah isi survey selepas beberapa hari saya terima email Gift voucher. Mula mcm tak caya, tapi bila saya cuba buat tempahan dan memasukkan no voucher untuk penebusan ternyata ia adalah benar :D. Dapat la saya beli tiket flight ke destinasi berikutnya dengan harga murah :).


TQ AirAsia

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam Lebaran 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam Lebaran dari Puncak Gunung Kinabalu. Sempena Aidilfitri 2013 ini, Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin kepada semua kenalan FB, Pembaca Blog, Kenalan Mendaki, Kenalan Backpacker, Kenalan Melancong dan kenalan-kenalan saya di Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei, Vietnam, Cambodia, Thailand dan seluruh dunia... Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Semua urusan dihentikan sementara waktu sehingga 13 Ogos 2013. Maaf diatas kesulitan.

Sekian Terima Kasih

Monday, August 5, 2013

Gunung Irau 6 Julai 2013 - Daypack

Irau
Gunung Irau Daypack
Trip mendaki Gunung Irau Cameron Highland kali ini disertai seramai 37 orang peserta. Trip ini merupakan anjuran bersama dengan Kelab Orang Hutan Malaysia. Ada dari Penang, Perak dan Kuala Lumpur. Trip ini berbula dari hari jumaat, dimana semua peserta mula menuju ke Brincang malam jumaat. Ada yang bertolak dari kl seawal jam 6.00pm dan ada yang bergerak sekitar tengah malam, Kerana semua akan berkumpul di pekan Brinchang sekitar jam 5.00am. Mulanya trip ini di rancang oleh Group Penang yang diketuai oleh En MOHD RIDZWAN BIN DERANI, Beliau memaklumkan tentang plan beliau dan mengajak saya untuk turut serta, selepas itu saya mengajak ahli kelab dan juga membuka event di Blog.


6 Julai 2013
Setelah semua peserta berkumpul di Pekan Brincang, semakan kehadiran di buat. Ikutkan list yang mendaftar adalah seramai 60orang. Tapi yang berjaya hadir adalah seramai 37 orang sahaja. Dalam trip kali ini peserta yang paling muda adalah berumur 10 tahun dan dia mendaki dibawah jagaan bapanya. Setelah kedatangan diambil, senarai kehadiran tersebut di serahkan kepada Balai Polis Brinchang. Semua peserta menapau makanan masing2 di pekan brinchang, beberapa gerai dan kedai makanan memang sudah buka seawal jam 5am.


Seterusnya setelah selesai solat subuh kami bergerak ke Puncak Brincang. Sampai di Puncak Brincang sekitar jam 7.30am, semua peserta membuat persiapan dan juga senaman memanaskan badan. Setelah taklimat diberikan barulah kami memulakan pendakian. Guide terdiri daripada ahli kelab dan juga rakan2 yang pernah mengikut saya mendaki sebelum ini. Bila berkumpulan maka 3 guide dilantik, iaitu Lead, Runner dan Sweeper. Semua peserta tidak boleh memotong Guide Lead (guide depan), dan tidak boleh berjalan dibelakang guide sweeper (guide last). Manakala Runner pula adalah guide yang di tengah. Memandangkan kita memasuki hutan, oleh itu semua pantang larang hutan mesti dijaga seperti tidak menjerit nama, tidak bercakap besar, dan tidak membuang tuala wanita sesuka hati.
Irau Irau
Setelah semuanya siap sedia dan jelas dengan taklimat maka kami mula mendaki melalui trek Hutan Mossy. Trek hutan mossy memang cantik dan mempersonakan. Peserta tidak henti2 bergambar setiap kali bertemu dengan lokasi yang menarik. Perjalanan lancar dan tidak hujan. Semua peserta enjoy dan mendaki dengan baik.


Untuk mengetahui step-step dan cek point gunung irau boleh rujuk entry sebelum ini di link ini  http://hamydy.wordpress.com/2012/09/20/gunung-irau-15-sept-2012/


Sampai di Mini Irau salah seorang dari peserta group Penang tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Jadi peserta tersebut duduk rehat di mini irau menunggu kami pulang dari puncak. Jika dari mini irau untuk kepuncak Irau mengambil masa sekitar 45minit hingga 1 jam.


Kami sampai di Puncak Irau sekitar jam 12.00 tengahari dan ada yang sampai 12.30pm, Tapi kami limitkan untuk rehat dan mula turun dari Puncak Irau paling lewat jam 1.30pm. Ini bagi mengelakkan kelewatan sekiranya mengalami masalah. Akhirnya hampir semua peserta berjaya sampai ke pintu masuk hutan mossi sekitar jam 4.00pm, setelah membersihkan diri dari kotoran tanah lumpur irau para peserta mula kembali ke pekan Brinchang dan ada yang terus pulang.


Nasib kurang baik bagi group Penang, salah seorang dari group mereka mengalami sedikit masalah stamina dan ditambah pulak kasut pecah. Jadi saya menunggu group tersebut keluar sambil bersiap sedia untuk mendapatkan bantuan pertolongan sekiranya diperlukan. Akhirnya Group Penang berjaya keluar sekitar jam 7.00pm dan hari pun sudah gelap. Alhamdulillah semua selamat keluar. Setelah semua selamat keluar barulah saya memaklumkan kepada pihak polis yang kami semua selamat keluar.


Saya dan group penang mengalami kesesakkan lalu lintas, jalan menghala ke Brinchang Jem teruk disebabkan pasar malam di Pekan Brincang. Salah satu sebab kita kena keluar sebelum jam 5.00pm adalah untuk mengelakkan jem. Kalau dah keluar jam 7.00pm nak sampai pekan brincang dah jam 8.00pm, tambah tambah jem sampai hotel dah jam 10.00mlm.


7 Julai 2013
Sekitar jam 10.00am baru la kebanyakan peserta yang menginap di hotel brinchang mula keluar bersiar2 di pekan Brinchang, melawat ladang strawbery, ladang sayur, shoping, dan juga melawat ladang teh. Sebelum pulang kami sempat singgah di ladang teh Barath bergambar dan menikmati Teh Segar.


Irau

Trip ke Gunung irau ini jika tidak ditambah dengan trip bercuti tidak lengkap. Jadi sekiranya anda ingin mendaki Gunung Irau, dicadangkan anda mendaki daypack hari sabtu, pastu tidur semalam dan bersiar2 pada hari ahad sebelum pulang ke rumah masing2 menjadikan trip outdoor ini santai dan adventure.


Irau Irau

Ucapan ribuan terima kasih kepada ahli Kelab OHM (Orang Hutan Malaysia) yang membantu menjadi Guide dan juga kepada Group Penang yang telah merancang trip irau kali ini. Semoga jumpa lagi.


Tentative

Jumaat : 5 Julai 2013
Para peserta mula bertolak ke Brinchang mengikut masa masing2. Ada yang datang seawal tengahari dan cek in hotel. rata2 dari KL mula bertolak malam sekitar 6.00pm dan 11.00pm.

Sabtu : 6 Julai 2013
05.00am - Pastikan semua sudah berada di pekan Brincang di Surau Pekan Brincang hadapan Balai Polis
06.00am - Selepas tapau makanan dan solat subut mula bergerak ke Puncak Brincang
07.00am - Sudah berada di Puncak Brincang untuk memulakan Pendakian
08.00am - Mula mendaki
12.00thr - tiba di Puncak Gunung Irau
01.00pm - Mula Turun
04.00pm - Mula bergerak balik dari Puncak Brincang
05.00pm - Bebas - ada yang menginap di apartment

Ahad : 7 Julai 2013
10.00am - Peserta yang menginap apartment mula keluar sarapan dan bersiar di
- Ladang Strawbery, Ladang Teh Barat sambil minum teh.
01.00pm - Peserta pulang ke rumah masing2

Sekian

Saturday, August 3, 2013

Borong Fabric Vietnam 2013

Borong Vietnam

Trip Borong Fabric Vietnam kali ini saya buat sempena Bulan Ramadan 2013, kerana kebetulan mendapat tapak meniaga di Bazar Malam Ramadan di Wangsa Maju. Trip pendek 3h2m di minggu pertama bulan puasa memberikan pengalaman yang berbeza.


Saya dengan seorang rakan kongsi telah berbincang tentang trip borong ini dan membuat perancangan 2-3 hari tentang jenis2 fabric yang ingin kami borong. Setelah mendapat idea kami menempah penerbangan MAS. kalau harga MAS dan Air Asia lebih kurang better ambik MAS kerana MAS dah free luggage dan dapat makan free. Kami pergi hanya sehelai sepinggan sahaja. masing2 cuma bawa beg kecil dengan 2 pasang baju sahaja. Sangat simple.


Borong Vietnam

Hari Pertama - Jumaat - 19 julai 2013
Selepas kerja hari jumaat saya berangkat ke KLIA penerbangan jam 7.00pm. Sampai di airport kami menaiki teksi ke hotel berdekatan dengan Pasar Bent Than. Hati2 jangan tertipu dengan pemandu teksi yang meminta bayaran paking, ada dua jenis teksi satu harga dia bagi dah siap dengan duit paking airport dan lagi satu tanpa bayaran parking airport. Kalau teksi yang tanpa bayaran parking ni, pemandu teksi tu akan minta, kalau yang menipu tu dia mintak sampai 100ribu dong, padahal cuma 10ribu dong sahaja.


Sampai di hotel cek in dan keluar meninjau kedai2 fabric dan kedai makan muslim. Restoran muslim di kawasan pasar Bent Than agak mahal, kalau di convert duit Malaysia sekali makan dalam belas2 ringgit hanya untuk nasi goreng dan air. Jadi kalau nak murah boleh makan kat gerai2 kecil tepi banggunan yang muslim.


Hari Kedua - Sabtu - 20 Julai 2013
Jika anda hendak borong jangan borong di dalam Pasar Bent Than kerana harga disitu sangat mahal, hanya jika anda pandai tawar sahaja boleh. Jadi untuk senang dan mudah anda cari kedai lot yang berhampiran, kedai2 ini jual lebih murah berbanding yang terdapat di Pasar Benthan, cuma harganya tetap dan kalau kurang pun sikit sangat. Jika kita sudah jadi regular customernya mungkin baru dia bagi murah sedikit. Kedai2 lot ini anda boleh cari kain pasang, telekong, baju kurung, tudung dan sebagainya. Biasanya jika anda mencari baju sedondong untuk dipakai sempena kenduri atau raya selalunya orang Malaysia shoping kat sini la lebih murah.


Borong Vietnam

Kalau anda hendak tahu di bulan Ramadan ni kalau kat vietnam ni anda rasa macam kat Malaysia sahaja, ramai jer orang kita yang datang shoping. Sampaikan peniaga-peniaga disana sudah pandai bercakap Melayu. Sembang2 dengan peniaga mereka bagitau bahawa jika hendak borong untuk berniaga di Malaysia biasanya pemborong datang sebelum bulan Ramadan borong sakan. Jadi kebanyakan fabric yang cantik2 sudah habis diambil. Contoh seperti Mydin dan Tudung Fareeda mereka tempah di vietnam dan ambil 2-3 bulan sebelum puasa.


Sambil minum di gerai saya sempat mendapatkan maklumat dengan bersembang dengan Orang Malaysia yang sering memborong. Selalunya orang Malaysia ni kalau kat sana sombong dan tidak mahu berkongsi maklumat yang mereka dapat. Jadi kebetulan seorang kakak ni baik hati bagi maklumat. Menurutnya jika orang yang hendak berniaga, biasanya mereka ini akan datang Vietnam borong kain, mereka pilih kain yang berkualiti dan murah. Selepas itu mereka akan hantar kain2 tersebut kepada tukang jahit yang ada kilang. Selepas itu baju2 ini di hantar pulak untuk upah menjahit manik, Oleh kerana upah murah jadi kos untuk satu baju menjadi murah, jadi di Malaysia baju tersebut dijual 3 kali ganda. Contohnya kalau kat butik jual baju kurong Vietnam yang bermanik sekitar RM150-RM200, sebenarnya kos nya sekitar RM60 sahaja di Vietnam. Tapi ok la sebab dicampur dengan kos tenaga, hotel, flight maka harga RM150 tu kira ok la.


Borong Vietnam

Memandangkan saya baru pertama kali buat kerja borong ni so saya tiada contact kat mana nak cari kain murah, kat mana nak tempah baju murah dan kat mana nak jahit manik murah. Jika anda dah biasa dan dah tahu contact2 ini maka lagi mudah dan murah. Biasanya orang kita yang berniaga ni kedekut, dia tak akan cakap kat mana dia tempah murah. Jadi kena pergi selalu la baru tahu. Ada juga orang kita yang jadi guide, dia ni tau la kat mana semua tu.


Hari kedua ni saya menghabiskan masa sepanjang hari untuk mencari baju kurong yang sesuai dan mengikut trend, telekong pun ada beberapa jenis ada yang sutera, jahitan tangan dan jenis cotton. Kain-kain pasang juga saya beli. Setelah semuanya siap dibeli dan di bawa pulang ke hotel, maka baru la buat repacking.


Borong Vietnam

Sebelah malamnya setelah berbuka puasa saya berjalan kaki ke Hard Rock Cafe Ho Chi Min untuk membeli tshirt yang di kirim oleh rakan2. Berjalan kaki sekitar 15minit sampai la ke Hard Rock Cafe ni. kalau Google guna google map, dia bagi lokasi lama jauh sedikit, Jadi cara mudah hendak ke sana dengan teksi la kan :D, tapi kalau nak jalan kaki dari Pasar Bent Than kita cari Saigon Square. bila jumpa Saigon Square sudah tak berapa jauh.


Matawang
Jika anda pergi shooping kat sini, tidak perlu tukar banyak matawang Dong, tukar sikit buat naik teksi dan masa kat airport atau pun untuk hotel. Jika hendak shoping boleh guna duit Ringgit. Lagi satu masa di airport masa tiba duit jangan di masukkan beg dan dalam sampul jika banyak. masuk saja dalam Walet. Sebabnya bila scan nampak macam banyak dan dia akan suruh kita buka. Sekitar Pasar Bent than hampir semuanya menerima Ringgit Malaysia.


Hari Ketiga - Ahad - 21 Julai 2013
Memandangkan flight pulang petang maka pagi sampai tengahari saya mencari lagi bahan2 yang boleh dijual di gerai kat malaysia nanti, antaranya yang di cari seperti Alas meja dan juga Beg luggage. Setelah beli beg, bawa balik hotel dan mula repacking. Kakak yang saya jumpa pesan supaya dibuka semua plastik2 dan packing tanpa plastik. Ini kerana, menurutnya ketika di imbasan kastam kat Malaysia jika tidak dibuka plastik akan nampak berpetak2 dalam imbasan tersebut , maka kastam akan mintak kita buka beg. Hendaklah beli beg luggage jangan sesekali guna beg plastik borong atau kotak jika hendak elak kastam Malaysia. Dan lagi satu jangan pulang flight malam ke Malaysia.


Borong Vietnam

Setelah repacking, saya berjaya memasukkan semua hasil borong kedalam 2 buah Beg. Disusun dengan padat dan rapi. Sekitar jam 4.00pm saya dah mula bergerak ke Airport.


Di airport selepas timbang dan melepasi scan, Alhamdulillah tiada masalah semua lepas. Sampai sahaja di Malaysia apabila melalui kastam, pihak kastam langsung tidak meriksa beg selepas melepasi scan. Saya tengok yang mana guna bek plastik borong dan kotak kena periksa dan dibuka oleh kastam.
Borong Vietnam
Sampai sahaja di balai ketibaan sudah ada yang tunggu untuk membeli mereka adalah Kawan2 yang bekerja di Airport. Selebihnya saya bawa masuk gerai untuk berniaga di Bazar Ramadan.


Borong Vietnam

Suatu pengalaman baru bagi saya. Edisi Redah dan Borong :D


Sekian


Update 13.10.2014


Memandangkan Ramai yang tertanya2 berkenaan perkhidmatan penghantaran barangan (POS), maka disini saya lampirkan contact yang sempat saya dapatkan semasa saya di sana. Saya tidak pernah guna perkhidmatan ini tapi ramai orang guna katanya.

Phuc Tam Trans & Services JSC
75 Ho Van Hue
St Ward 9
Phu Nhuan Dist
Ho Chi Minh City Vietnam
Tel : (84-8) 39 974 003
website : www.phuctamtrans.com

Sila Download Brosur PDF - Phuc Tam Trans & Services JSC

Friday, August 2, 2013

Mt Kinabalu 2013 Challenge ~ Via Mesilau

Kinabalu

Gunung Kinabalu ~ Via Mesilau 2013
Program pendakian gunung kinabalu kali ini melibatkan 33 orang peserta seluruh Malaysia. Peserta dari Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan. Program ini dirancang dan dibuat booking sejak Ogos 2012 lagi. Program ini bermula pada 30 May 2013 dan tamat pada 3 Jun 2013.


Program dengan kerjasama antara www.hamydy.worpress.com dan www.oranghutanmalaysia.com telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 12 orang adalah peserta dari kelab dan selebihnya terbuka dimana kebanyakan adalah cikgu dan pensyarah.


Hari Pertama
Para peserta mula tiba di Kota Kinabalu pada 30 May 2013 dan ada sebahagiannya pada 31 May 2013. Peserta yang tiba pada 30 May 2013 telah disediakan penginapan di Hostel Backpacker ( Borneo Backpacker) ada juga yang memilih menginap sendiri dengan pasangan masing-masing di hotel yang berlainan. Setelah semua peserta tiba kami mula bertolak ke Kinabalu Park untuk pendaftaran sekitar jam 12.00 tengahari.  kami singgah makan tengahari di kawasan bernama  Putra Jaya, kawasan kedai dan gerai makan.


Dalam perjalanan kami singgah di Rumah Terbalik, tapi kali ini pengurusan rumah terbalik telah mengenakan caj jika hendak masuk dan bergambar di kawasan luar rumah. Sebelum ini jika masuk dalam rumah sahaja dikenakan bayaran. Sekarang mereka telah meletakkan pagar yang tinggi jadi jika hendak ambil gambar dari luar pagar sudah tak nampak rumah terbalik tu. Untuk bergambar kalau tak silap RM5 dan jika masuk kedalam rumah RM10 rasanya. Memandangkan tidak boleh bergambar maka kami semua meneruskan perjalanan ke Pekan Nabalu untuk bergambar latar belakang Gunung Kinabalu.


Kinabalu

Setelah tiba Pekan Nabalu, kami mula bergambar pemandangan gunung walaupun sikit kurang bernasib baik kerana gunung di litupi awan dan kabus. Di pekan Nabalu ada pasar kraftangan, dan anda boleh shoping disini. kami singgah sekejap


Setibanya di Kinabalu Park, kami mula membuat pendaftaran dan juga menjelaskan bayaran2 tertentu seperti bayaran guide. sementara peserta lain mengambil kesempatan untuk bergambar.


Kinabalu Kinabalu

Selesai pendaftaran dan mengambil Tag permit, kami meneruskan perjalanan ke Dairy Cattle Farm, tempat ternakan lembu yang kelihatan seperti Switzerland. Kami sempat melihat bagaimana susu lembu diperah dan membeli produk tenusu dan juga kraf. ramai pengunjung yang datang. tiket masuk cuma RM4 sahaja,


Mesilau National Park
Sampai di Mesilau National Park kami terus ambil kunci bilik dan cek in. Makan malam disediakan. Suasana di mesilau memang sejuk. Selepas makan malam kami pun berehat di bilik masing-masing. Sebelum semua mula tidur sekitar jam 9.00 malam kami adakan sesi ice breaking dan sesi suai kenal. Selesai sesi suai kenal maka diadakan taklimat ringkas berkaitan pendakian gunung kinabalu.


Hari kedua
Kami bangun seawal jam 6.00am, membuat persiapan dan seterusnya sarapan pagi. Jam 7.00am kami sudah mula berkumpul di depan gate Mesilau sambil bergambar dan juga menunggu ketibaan Guide2 Gunung. Setelah guide kami sampai, peserta yang ingin ambil porter mula menimbang beg masing2. Harga untuk 1kg adalah RM10, ada juga yang ambil portal peribadi dengan bayaran RM80 tak termasuk berat beg. Portal peribadi akan berjalan sebelah tuannya. kalau portal biasa, biasanya mereka berjalan belakang sekali.


Kinabalu kinabalu

Kami mula mendaki setelah dibuat regangan memanaskan badan serta dengan dibimbing bacaan doa oleh ketua guide iaitu en Kamaluddin. Permulaan mendaki semua peserta teruja dan masih bergerak dalam kumpulan, sesi berfoto sepanjang perjalanan km1, km2 dan seterusnya. Trek mesilau bermula dengan trek hutan yang indah diselami dengan kabus nipis. Treknya yang menaik dan menurun tiada tangga di permulaan.


KM 1
Permulaan trek memang santai, trek hutan tiada bertangga, selepas jumpa Signboard O.5km baru jumpa sikit trek bertangga kemuan kembali trek hutan. Setelah jumpa  Signboard 1km kita sudah boleh nampak view yang cantik. dan akan jumpa pondok pertama ( Pondok Schima)


KM 2
Laluan ke KM2 kita kembali trek hutan  dan akan jumpa Signboard 1.5km dan seterusnya akan jumpa pondok ke dua (Pondok Bambu) kat sini kita boleh jumpa tandas. Kemudian kita melalui trek hutan sehingga jumpa Signboard 2km.


KM 3
Setelah melalui Signboard 2km kita mula menurun melalui trek sedikit bertangga dan kembali landai. Di laluan ini kita akan jumpa titi kayu pendek, ada air sungai mengalir cetek yang jernih dan sejuk. laluan ini kita akan jumpa sedikit berbatu. Selepas jumpa Signboard 2.5km kita jumpa lagi titi kayu pendek dan mula melalui suasana hutan yang nampak menarik dan cantik ditambah dengan kabus nipis. Memang memberikan suasana aman dan tenang, hilang semua keletihan :D.


Selepas melalui Signboard 3km dan pondok ketiga (Pondok Nepenthes) kita akan melalui titi kaju yang besar yang merentasi sungai yang mempunyai  air terjun yang cantik. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini, ada yang membasuh muka dan ada yang berani meminum air sungai yang jernih dan segar itu. Bagi orang bandar yang tak biasa minum air mentah amat tidak digalakkan minum. Seterusnya kita akan jumpa jambatan gantung ( Jambatan Gantung Kipuyut) merentasi sungai yang  cantik pemandangannya. Selepas jumpa Signboard 3.5km kita akan jumpa trek sikit bertangga menuju ke pondok keempat (Pondok Tikalod). Selepas jumpa pondok ini kita akan melalui Tangga kayu yang agak tinggi sebelum sampai ke pondok kelima ( Pondok Lompoyou). Biasanya kat pondok Lompoyou ni para pendaki berehat untuk makan makanan yang di tapau oleh pihak kinabalu park. Di pondok ini kita dapat lihat view yang cantik dan kawasan agak lapang.


KM 4-5
Selepas melalui Pondok Lompoyou kita akan mula jumpa beberapa tangga kayu diselang seli trek bertangga. Seterusnya kita akan berjumpa pondok keenam (Pondok Magnolia). Pondok ini kelihatan berlumut jarang orang berhenti di pondok ini kerana tiada tandas. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini.


KM 5-8
Seterusnya trek mula menaik dan bertangga dan akan jumpa Signboard 4.5km dan sudah kelihatan view yang cantik. Seterusnya perjalanan diteruskan sehingga jumpa Signboard 5.0km, kalau ikutnya kita sudah berjalan 7km, cuma di persimpangan mesilau dan timpohon Signboard ikut Signboard Timpohon yang hanya 6km ke laban rata. So setelah jumpa Signboard 5km bermakna kita cuma 1km sahaja ke laban rata. Kita akan melalui pondok ke tujuh ( Pondok Villosa. Depan pondok ini terdapat batu besar tempat ramai pendaki bergambar.


Melalui Signboard 5km kita akan melalui kawasan taman bonsai yang sungguh indah berlatar belakangkan gunung kinabalu jika tidak berkabus. Seterusnya pada Signboard 5.5km kami melalui pondok yang ke lapan pondok yang terakhir iaitu pondok ke lapan ( Pondok Paka). Pendakian mula makin menaik menuju ke Chalet pertama iaitu Waras Hut. Setelah jumpa Waras Hut pendaki akan berasa sangat lega dan gembira kerana dibelakang Waras Hut tersebut adalah Laban Rata Rest House yang ada cafe.


Kami kebanyakkannya sampai di Laban Rata Rest House sekitar 5.00pm. Jika ikut kebiasaan 8jam dan patut sampai sekitar jam 4.00pm. tapi ada peserta yang muda dalam group kami berjaya sampai jam 4.00pm dan peserta yang paling lambat sekitar jam 7.30pm.


Kinabalu Kinabalu
Kinabalu Kinabalu

Setelah makan malam dan bergambar di laban rata. kami mula cek in chalet. seramai 30 orang peserta menginap di Chalet Gunting Lagadan. Peserta perlu mendaki anak tangga kayu sekitar 15 minit untuk ke Chalet Gunting Lagadan. Lagi 3 orang peserta menginap di Laban Rata Rest House. Sekitar jam 8-9.00pm semua pendaki mula mengambil masa untuk tidur kerana perlu bangun pada jam 12.30am untuk sarapan dan memulakan pendakian ke puncak. Bagi peserta yang menginap di Chalet Gunting Lagadan mereka perlu turun ke Laban Rata Rest House untuk sarapan. Jangan berharap kepada guide untuk tapaukan kita makanan (Teh dan Roti) kerana mereka bergantung pada pihak dapur laban rata kalau ada makanan dan mereka masak awal maka ada la, kalau tak tak ada la, walaupun mereka cuba nak tapau untuk kita. So saya lebih suka pendaki turun makan supaya dapat panaskan badan dan dapat makan untuk berikan tenaga.


Hari ketiga
Sekitar jam 2.30am kami mula berkumpul di Gunting Lagadan untuk penerangan akhir daripada ketua Guide kami. Setelah bacaan doa kami mula mendaki dengan melalui Gate gunting Lagadan. Diawal pendakian sudah terasa penatnya kerana menaiki tangga kayu dan juga suasana yang sejuk dan kurang oksigen. Salah seorang peserta group kami mengalami AMS dan terpaksa turun semula ke Chalet Gunting Lagaadan.


Pendakian makin mencabar apabila tiba ke lokasi pendakian menggunakan tali yang pertama, di kawasan ini curam sikit. Pendaki perlu memegang tali sehingga melepasi curam ini. Setelah melepasi curam ini kami bertemu dengan Signboard 7.0km seterusnya kami melepasi Cek Point puncak iaitu Sayat-Sayat. Di cekpoint ini semua pendaki dikehendaki mempamirkan permit masing-masing. Pendaki yang gagal menunjukkan permit akan menghadapi kemungkinan tidak dibenarkan melepasi gate sayat-sayat. Anda perlu sampai ke Sayat-Sayat sebelum jam 5.00am untuk membolehkan anda melepasi Gate Sayat-sayat, jika lewat tidak dibenarkan, semua 32peserta. Tali sebagai panduan memang terdapat sepanjang trek sehingga ke puncak. Diwaktu pagi tengah gelap2 pendaki mesti memegang tali dan berjalan mengikut tali sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan kita tersasar laluan yang boleh menyebakkan terjatuh.


di KM8 kita melalui Signboard 8km yang berlatar belakang puncak seperti yang ada pada duit RM1. dikawasan ini sudah landai untuk menuju kepuncak. Sebelum sampai puncak kita akan jumpa Signboard 8.5km dan mula mendaki menaiki puncak.


Kinabalu Kinabalu
kinabalu Kinabalu
Kinabalu Kinabalu

Kami sampai di puncak sekitar jam 6-7am, tak sempat untuk melihat sunrise di puncak, namun semua dapat melihat sunrise ketika perjalanan ke puncak. Puncak sangat kecil dan ada Signboard tempat pendaki bergambar.


Jam 8.00am para pendaki mula turun semula ke Chalet untuk cek out dan makan. Pendaki tidak digalakkan turun selepas jam 8.00am kerana jika kita turun selepas jam 8.00am kita akan lewat untuk cekout dan jika lewat cekout kita akan didenda RM100. Waktu akhir cekout adalah sebelum jam 10.30am.


Kinabalu
Selepas selesai cekout dan makan kami semua mula turun dari laban rata sekitar jam 11.00am. Pendakian turun mengikut kelajuan masing dan tidak perlu terlalu lambat untuk mengelakkan otot kaki lemah. Kami semua sampai di Timpohon Gate sekitar jam 3.30pm dan yang terakhir sampai sekitar jam 6.00pm. Setelah makan dan mengambil sijil kami bertolak semula ke Kota Kinabalu (Penginapan Backpacker)


Setelah sampai di Hostel kami membersihkan diri dan bersiap2 untuk makan malam di pasar malam sebelah Pasar Filipine.


Hari Keempat
Pagi-pagi selepas sarapan kami mula menuju ke Jeselton untuk trip snorkeling ke pulau Manukan , Mamutik dan Sapi. Sampai di jeti terminal kami pecah 2 group, 1 group hendak terus snorkeling di pulau mamutik dan sapi dan satu lagi group nak island hopping sambil snorkeling di pulau manukan, mamutik dan sapi. Jadi di jeti terminal kami survey harga boat dari kaunter yang terdapat disitu, mula mintak kurang dan sebagainya, setelah dapat harga yang kami suka barula buat deal.


Kinabalu Kinabalu

Kami meehatkan badan dengan snorkeling dan Island hooping.


Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya dalam ekspidisi kali ini dan semoga berjumpa lagi.

Sekian


Senarai Peserta
Ahli Kelab KOHM
1.ABDUL HAMYDY BIN ABDUL HAMID
2.NURUL AZLINA BT OMAR
3.MUHAMMAD KHAIDIR BIN HASHIM
4.ZAINUL RIZAL BIN JAMIL
5.NOR AZIZAH BINTI AHMAD
6.ZELA AZNI BINTI NAHIZAN
7.AFIQAH BINTI NOOH
8.SYED AHMAD ZULFADHLI BIN SAIYID SHAIFUDDIN
9.SHARIFAH KHAIRUN NISAA’ BINTI SAIYID SHAIFUDDIN
10.NUR FARHIYAH BINTI BASIR
11.SHALIZA BINTI NASRUDDIN
12.ESAH NINI BINTI TAJUDDIN

Bukan Ahli Kelab – Mendaftar dengan www.hamydy.wordpress.com
13.YANG ADLINA ZULKIFLY
14.ZULAFANDI ZULKIFLY
15.MAHANI BINTI BAHARY
16.MARLINA IBRAHIM
17.ANDRITA KASSIM
18.MOHD FADZLY BIN ISMAIL
19.MARZURIA BINTI MOHAMAD
20.MALINNA BINTI JUSOH
21.ABDULLAH AZHAR BIN ZOLKIFLY
22.MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN OTHMAN
23.NOOR AZURA BINTI MAT ISA
24.MOHAMAD ZAIDAN B MOHAMAD NOR
25.SAHARA BT ABDUL RAZAK
26.SHARUN NIZAM ABDUL MANAN
27.AHMAD ZAHURI B DAHALAN
28.NURILAZWA BT SAAD@HAMID
29.MOHD QIAMUDDIN B MOHD HASHIM
30.MUHAMMAD IQBAL B MOHD QIAMUDDIN
31.ROZITA BT HUSSIEN
32.NUR HAYATI BINTI SAJUDI
33.JENEFER BT MOIN