Sunday, September 16, 2012

Cendol Bakar Kuala Selangor



Cendol Bakar Kuala Selangor
Jalan-Jalan cari makan kali ini membawa saya sehingga ke Kuala Selangor. Ingatkan McDonald dan KFC sahaja ada Drive Thru, tapi cendol pun ada Drive Thru. Cendol Bakar ni ni lain sikit rasanya. Cendol sama sahaja menunya macam cendol2 lain cuma yang buat rasa beza adalah ada rasa bakar. Mungkin rasa gula melaka yang dibakar membuatkan rasa cendol tu rasa bakar.


Rasanya pun sedap. Kalau tengah cuaca panas mcm ni memang kena sangat la. Yummies. Kalau anda ke Kuala selangor jangan ketinggalan untuk mencuba cendol bakar ni. Lokasi cendol bakar ni tak jauh pun dengan pekan Kuala Selangor dan terletak di sebelah stesen minyak caltex.



Harga pun tak la mahal sangat dari RM2 hingga RM3.5. Bagi Orang Fakir Miskin dan OKU cendol ini adalah percuma dengan syarat kena menunjukkan kad JKM. Gerai ini juga Unik kerana dibuat beratapkan atap Rumbia. dan nampak macam ala2 kampung bersesuaian dengan kawasan kampung sekeliling. Pengunjung memang ramai kalau tak silap sampai magrib pun masih buka. Tapi tak pasti pulak ia buka sampai malam atau tak.
 

Restoran Cendol Bakar ni ada 5 cawangan + main jadi 6 la restoran ni. Restoran yang saya makan ni yang terletak di Kg Bukit Assam Jawa, Jalan Bukit Rotan.


Sekian


2 comments: