Mt Kinabalu Via Mesilau 18-20 May 2012
Trip mendaki Gunung Kinabalu kali ini di sertai oleh seramai 21 Orang. Mulanya seramai 24 orang telah mendaftar dan berjaya mendapatkan tempat. Last minit disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan seramai 3 orang tidak dapat pergi,
Untuk entri kali ini saya akan ceritakan ala-ala telenovella, panjang sikit ada cintan cintun dan melibatkan emosi. Jalan cerita tak berubah cuma nama watak yang saya gunakan, saya reka untuk menyedappkan cerita.
"Eh Hassan hang tak balik lagi ka?" aku tanya. " Aku ada latihan bola tampaq la" ermm peluang baik ni untuk aku mintak tolong hassan hantar ke stesen ERL tasik selatan. "Hassan tolong hantar aku jap kat ERL station Tasik Selatan". Hassan setuju untuk hantar, "tapi pakai moto hang la, aku mana ada moto" OK OK aku jawab.
Sampai ERL jam 6.15pm dan jadual ERL berikutnya jam 6.30pm. Kira ngam-ngam la aku sampi. Harga tiket RM12 termasuk tiket bus dari salak tinggi ke LCCT. Perjalanan ke station Salak Tinggi mengambil masa 45 minit. dan dari Stesen Salak tinggi ke LCCT mengambil masa sekitar 30 minit.
Sampai di LCCT saya mula mencari rakan2 yang lain iaitu Hafis, Aizuddin dan Khair. Tunggu punya tunggu akhirnya bertemu mereka di Mac Donald, Hafis di hantar oleh rakan2nya termasuk alif farhan yang tidak jadi pergi turut juga hadir. Setelah sesi suai kenal dan makan kami pun bertolak masuk melepasi emigresen. Memandangkan sudah ada polisi satu penumpang satu bagasi bimbit tak melebihi 7kg, ada yang cuak takut tak lepas, tapi kalau dalam Malaysia ( Domestik) hal ini tak tak ketat sangat khair bawa 3 beg, yang lain pula beg melebihi 7kg. tapi semua lepas masuk.
Kat balai berlepas kami menunggu kedatangan lagi 2 orang rakan iaitu Adella (Dell) dan juga Nursyarafina (Iena). Disebabkan flight delay 30 minit maka dell dan iena sempat makan di Mac Donald. So sebaik mereka masuk ke balai berlepas adalah tidak susah untuk mereka mencari dan mengecam muka saya sbb mereka sudah kenal muka saya melalui laman blog saya. dari jauh dah nampak 2 awek tersenyum memandang tepat ke muka saya. Bila bertemu dell memperkenalkan diri dan juga memperkenalkan Iena yang menggantikan Nur Hidayah yang tidak dapat pergi kerana ada Peperiksaan VIVA Master beliau yang jatuh pada hari tersebut 18 May 2012. menurut dell, Hidayah yang menghantar mereka ke LCCT.
Sambil menunggu flight kami semua berborak2 pasal kinabalu dan persediaan nampaknya tiada yang buat latihan kecuali hafis yang pernah mengikuti saya trekking malam Gunung Datuk yang lepas. Iena pulak baru buat keputusan untuk mendaki Gunung Kinabalu 4 hari yang lepas. so memang tiada latihan langsung.
Sementara itu rakan yang sampai KK lebih awal adalah Kak Wan dan Kak Azlina Basir dan juga Adibah, mereka dah check in di backpacker Hotel iaitu Borneo Backpacker. Disebabkan mereka tiba awal saya sudah aturkan transport pick up untuk mereka. so mereka tak perlu bayar apa2 sebab pickup oleh pihak hotel. Pick up ini jarang dapat sbb ia bergantung kepada keadaaan transport, jika ada transport maka pick up boleh di aturkan.
Penerbangan yang dijadualkan pada jam 9.05pm telah delay hingga 9.25pm. Jadi kami sampai di KK jam 11.59pm. Sampai saja di KK kami ambil teksi airport Tayota Innova dengan cas RM63. Sampai sahaja di backpacker kami chekin dahulu dan keluar makan di restoran Azlina Sulewesi. yang terletak tidak jauh dari hotel. Direstoran ini jika anda penggemar teh tarik, janganlah oder teh tarik, sbb nya di Sabah ni resepi teh tariknya tidak sama macam di Semenanjung jadi sebaikknya oder teh susu sahaja. kami semua bereenam masing2 oder makan ada yang oder mee goreng, nasi goreng dan ada roti canai. Setelah kenyang makan sekitar jan 2.00am kami pun pulang ke backpacker dan tido. Hotel backpacker ini sebenarnya caj RM25 per bed. tapi disebabkan dah biasa maka saya dapat dikaun RM20. Setakat ini layanan petugasnya iaitu Edith dan Nani sangat baik. Cuma jangan ganggu mereka tido selepas jam 12 malam :). Kalau dah dapat kata laluan pintu tu ingat la atau salin kat mana2 kertas so kalau anda balik lewat lebih dari jam 2.00am dan anda tekan loceng memang la kena marah sbb dah bagi pasword lupa pulak. hahaha.
Esok pagi 18 May 2012 rata2 bangun awal sekitar jam 6.00am. Kami 9 orang mula gerk dari backpacker sekitar jam 7.00am untuk mencari sarapan. Jalan-jalan di water front menuju ke pasar filipine, singgah makan di Pasar Besar, Hafis, Khai dan Aizudin lewat setelah diberi direction mereka pun sampai jugak di pasar besar. Kami sarapan di bahagian atas di hujung Pasar Besar. Selepas sarapan kami siar2 kat area pasar filipine yang ke banyakan kedainya belum buka. Disebabkan dah biasa shoping kat pasar Filipine ini saya pun beritahu mereka yang saya nak balik hotel. Saya sempat juga berpesan pada mereka supaya berhati-hati dengan penyeluk saku di kawasan ini jika tetiba ada orang diragui berselisih dengan kita. Pastikan beg, posh, poket sentiasa dijaga. Ini merujuk kepada pengalaman saya pada may 2011 dimana telephone bimbit saya kena curi dari posh beg saya, manakala kawan saya hilang camera kerana beg galasnya kena seluk. Jadi berhati2, Penjenayah dimana saja. dan jenayah membawa padah :D
Sekitar jam 10.00am Group Nestle Malaysia pun sampai. Group mereka sebenarnya 8 orang tetapi last minit 1 orang tidak dapat ikut. Kisah mereka hendak berlepas ke KK jugak menarik. Salah seorang yang telah kehilangan Kad Pengenalan tidak dibenarkan Boarding maka terpaksa membeli tiket Flight baru dan sampai jam 1.00pm. Manakala Group dari Penang (Idayu, Jannah, Nasira) dan Azema wati sampai lewat petang.
Setelah sarapan dan berehat di backpacker sekitar jam 1.00pm kami dah bersiap2 untuk bertolak ke Kinabalu Park. Semuanya 3 biji Van, memandangkan 4 orang sampai lewat petang maka kami 2 biji van (17) orang berangkat terlebih dahulu tinggal lagi sebiji van untuk ambil 4 orang yang sampai lewat petang.
Group Nestle Malaysia naik satu van, Dalam perjalanan kami singgah di lokasi Rumah Terbalik. Rumah terbalik ini dibuat untuk kunjungan pelancong. Tiket untuk masuk ke dalam rumah ini sekitar RM10 kalau tak silap saya. Rumah terbalik ini merupakan arikkan baru yang perlu anda singgah.
akan bersambung lagi
Salam,
ReplyDeleteTahniah kepada semua pendaki!
Ikhlas,
Hani
geram tengok cuaca yan cuuunnnn sgt tuuu....
ReplyDeletenextyear bulan jun (kalau ada lee)
saya boookingggg satu okkk.. terbaekkkk
Kalau naik folo timpohon turun folo mersilau dapat 2 sijil tk? Kwn2 ofis pujuk akak g taun depan. tp akak x decide lg. serik merangkak nyampai puncak x ilang lg. Lg pon horror lah naik sayat2
ReplyDeleteSalam Kak Bib. Dua sijil hanya diberi kalau sampai puncak sahaja. jadi kalau tak sampai puncak kalau lalu mesilau maka dapat satu sahaja
ReplyDeleteBESTnya, saya pun dah booked untuk mndaki pada 1 feb 2013 ni....tak perasan pun saudara pon menguruskan pakej ni. anyway saya harap trip saya pon berjaya sebab saya ambik pakej dengan Gaya Gemilang.
ReplyDelete