Saturday, April 14, 2012
Gunung Datuk Pendakian Malam 13 April 2012
Gunung Datuk
Gunung Datuk Pendakian malam kali ini telah berlangsung pada 13 April 2012. Seramai 12 orang semuanya berjaya sampai ke Tapak Rekreasi Gunung Datuk untuk mendaki. Dan kesemua 12 peserta semuanya berjaya sampai ke puncak Gunung Datuk dengan berjaya. Ada 6 orang yang last minit tak dapat hadir atas sebab kesihatan. Pendakian Malam Gunung Datuk kali ini adalah sebagai latihan Pre Kinabalu untuk peserta April 2012 dan juga May 2012. Peserta kinabalu yang dapat hadir cuma 3 orang termasuk saya iaitu Adibah dan Hafis group kinabalu May 2012. Bagi group 22 April 2012, tiada wakil yang dapat hadir kerana faktor masa dan kekangan tugas dan cuti. Apa2 pun saya harap peserta kiabalu yang lain yang tidak dapat sertai latihan ini dapat elakukan latihan sendiri bagi memantapkan stamina masing-masing.
Rata-rata bertolak dari umah sekitar jam 8.00pm. Ada yang dari Kajang, Bangi, Shah Alam, Sg Buluh dan Melaka. Semua peserta siap dan sampai ke Tapak Rekreasi Gunung Datuk 10.00am dan yang terakhir sampai jam 11.30pm. Setelah semua siap sedia dan sedikit Rengangan Memanaskan Badan dilakukan kami memulakan pendakian sekitar jam 12.00 tengah malam dengan diiringi bacaan doa oleh Abang Najib dari Bangi.
Sekitar 1.30am kami sampai di pondok roboh berehat sebentar. Kak Asmaa sikit semput kerana dah lama tidak bersenam, tetapi masih bersemangat. Beliau dan Suaminya Abg Zairul akan mendaki kinabalu pada Oktober 2012.
Kami semua sampai di Puncak Base champ sekitar jam 3.00am. Angin tidak bertiup terasa sedikit panas dan baik kerana semua tidak bawa khemah hanya tido atas batu dan lapik tikar. Sekitar jam 5.00am tetiba ada sedikit angin dan gerimis membuatkan peserta terasa sejuk. tapi cuma sekejap sahaja. Tidak macam sebelum ini saya datang angin memang bertiup kencang dari tengah malam sehingga la pagi memang terasa sangat sejuk. Sekitar jam 6.30am semua sudah bangun dan bersiap. Tiba2 jan 7.00am hujan turun dan kami semua berlindung di bawah gua batu. Bila hujan sedikit reda kami nula menaiki tangga yang pertama untuk group foto. cadangnya tidak naik ke tangga kedua sbb faktor keselamatan kerana kuatir licin.
Uncle Zainul dan wife, hafiz dan afiq turun lebih awal kerana ada urusan kena balik cepat. yang lain masih cuba hendak naik kepuncak tangga kedua. Setelah beberapa minit hujan berhenti dan batu sudah tidak lagi licin maka setelah di periksa keselamatan maka kami teruskan naik kepuncak.
Akan Bersambung .........
terbaik....ti kalo ade lg nk join lg...:)
ReplyDeleteTahniah .. kepada semua yang berjaya sampai ke puncak .. Juga kepada En Hamydy (Penganjur)
ReplyDeleteKpd kwn2 yg nak gi ke G.Kinabalu tu kena banyakkan latihan .. Semoga anda berjaya ...
Salam Abg Najib.
ReplyDeleteTerima kasih kerana turut serta.
Salam Afiq
ReplyDeleteInsyaallah jika ada lagi, saya update. Terima kasih kerana turut serta.
salam en midi.. nak tny.. g.dato ni kalo naik mlm kena guna guide tak?
ReplyDeleteWsalam Bezita
ReplyDeleteGunung Datuk pendakian malam mesti kena ada guide. Guide boleh gunakan guide yang sedia ada di tapak rekreasi gunung datuk ( Orang Kampung) atau lantik kawan2 yang sudah biasa mendaki gunung datuk siang dan malam sebagai guide. ini bagi menjamin keselamantan anda.
walaupun saya sudah banyak kali naik, saya tetap melantik kawan saya sebagai guide tambahan bagi membantu saya. Biasanya untuk group ramai saya akan lantik 2 orang rakan untuk membantu saya.
bagi pendakian malam paling kurang kena ada 2 orang iaitu satu jadi guide depan dan satu guide belakang. semua ahli kena patuh dan beri kerjasama kepada guide sepanjang pendakian.
kesimpulannya jika mendaki malam kena cari guide.
cuma mendaki siang hari sahaja biasanya org tak ambik guide.
Salam..sy tgk active btul outdoor kat sini :) sy pun minat nak join. cemana e?
ReplyDelete